Friday, May 24, 2013

Beban Yang Kau Tanggung.


Disaat ini aku baru sahaja sudah membaca bicara kita dahulu. Disaat ini aku baru sahaja sudah mengingatkan aku yang dulu. Disaat ini aku baru sahaja mengingatkan setiap perbuatan aku. Disaat ini aku baru sahaja mengingatkan segala kata-katamu. Disaat ini aku baru sahaja mengenangkan perubahan kita dari mula sampai kini. Disaat ini juga aku menangis.

Mungkin keadaan kita sudah tidak seperti perbualan pertama dulu. Sumpah saat itu manis dan itu yang membuatkan aku menangis dengan setiap janji. Dengan setiap ketawa. Dengan setiap gurau senda. Dulu dan kini bezanya jauh. Entah kenapa aku merasakan kini terlalu aku bikin keruh. Sumpah aku tak mampu nak menahan air mata ini semakin jatuh dan jatuh. 

Setiap kelukaan kamu. Setiap beban yang kau tanggung. Setiap kesakitan yang kau tahan buat aku tak tahan untuk melihat lagi membiarkan menanggung. Aku sendiri keliru adakah kau melakukan hal yang betul membiarkan aku masuk namun aku merosakkan setiap rasa yang kau ada. Aku sendiri takut yang adakah kenyataannya kau pantas bersama insan seperti aku. Adakah kau lebih baik menerima mereka daripada aku.

Setiap kata-kata, setiap perbuatan aku semuanya melukakan kau lebih parah. Beban yang kau tanggung pada hati kian membusung dan bernanah. Aku sayang, aku mohon maaf, tapi itu tak cukup mengubat kamu sayang. Kau sudah kehilangan raut seperti pertama kali dulu. Wajah kau sudah dicemari air mata dan rasa kecewa. Bagaimana sayang adakah kau sanggup berpimpin tangan bersama api yang semakin lama membakar kamu? 

Kamu sakit sayang. Sudahlah sayang, berikan aku seluruh beban kamu. Aku tak mahu kau menanggung itu lagi. Sakitnya sayang melihat kau terluka. Kau tak perlu rasakan sakit ini. Aku takut kau jatuh kerana aku. Aku takut kau rebah kerana aku. Aku mencorak kehidupan semula, adakah kau bisa menerima dan memaafkan aku sayang. Adakah kau sudi menyambut huluran tangan aku sekali lagi sayang?



Going through old messages.



Monday, May 20, 2013

Halau Semua Kesakitan.


Kadangkala dalam masa kau berjaga. Dalam masa itu kau terlena dan tersungkur. Dalam masa kau cuba berhati-hati dalam masa itu juga kau buat binasa. Kau masih berjalan. Seperti jarum minit mengejar jarum saat. Ya kau tak berjalan tapi mengejar. Kau ingin menggapai tapi tangan tak sampai. Kau ingin panggil tapi suara kau tidak kedengaran. Atau mungkin kau hilang suara.

Acap kali kau memanggil. Merayu. Namun salah tetap salah. Kau tanggung akibatnya sendiri. Kau menangis meratap tak guna kerana kau tetap salah. Kau mengeluh tak guna kerana itu silap kau. Tahanlah air mata kalau mampu. Tahanlah rasa yang kau rasa kalau kau kuat untuk itu. Kau sesal. Kau menyesal. Kau ingin kembali namun tak bisa kerana dia jauh. Jauh hati. 

Kau tahu dia ada. Kau rayu. Kau mahu minta keampunan. Kau sedar kau salah. kau sedar kau khilaf. Dan kau masih menunggu. Masih memanggil walau kau tahu suara kau tak mungkin kedengaran. Masih memanggil walau dia masih tak kelihatan. Akhirnya kau menangis. Kerana kau sakit kerana dia sakit. Kau menangis kerana kau kerap membuat onar. Kau menangis kerana kau kerap melakukan khilaf. Dia pasti menitis air mata lagi kerana kau. Kau jahat. Kau selalu bikin dia luka. Kau tetap kau. Manusia yang masih begitu. Manusia seperti kau..

Kalau kau bisa mendakap erat tubuhnya. Kalau kau bisa mengucup keningnya. Kalau kau bisa mengucup tangannya. Mahu sahaja kau kata kau minta maaf sepenuh jiwa. Mahu sahaja kau kata jangan rajuk lama kerana hati kau gelisah. Kerana hati kau nanar tak tentu arah. Kau harapkan kau ada disisi dia. Menyejukkan hati yang panas. Namun itu imaginasi kau. Kau biarkan dia lena dalam kesakitan. Kau harapkan kau bisa membelainya tidur. Menghalau pergi semua kesakitan.



Malam yang sunyi.