Saturday, December 19, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 1



“Tiara esok awak and team bola baling sekolah kita akan bertanding peringkat daerah kat SMKIS” Kata Cikgu Ain Shahira kepada ku.

“ok cikgu..kitorang dah get ready lama dah..berkobar-kobar ni…kali ni kitorang mesti bawak piala balik lagi…”aku sudah mula berkobar-kobar kalau macam cerita Goku api sudah menyala-nyala.

“bagus…awak dah jalankan tugas sebagai kapten dengan baik…tapi ingat awak tu SPM tahun ni..main tu main juga.. tapi belajar kena juga”pesan Cikgu Ain

“ok…saya tau cikgu..”muka ku lagak seperti budak paling baik sekali.Biasa lah tu

“dah..pergi balik kelas awak..”arahan umpama Adolf Hitler cikgu aku ni.

“ok…pergi dulu cikgu..”aku melangkah keluar. tak sabar rasa nak ke pertandingan itu.aku mula menepuk-nepuk tangan.. bagai budak kecik dapat mainan!

*****

“ok team… hari ni kita belasah diorang habis-habis.. kita mesti menang punya” kataku sewaktu di padang SMKIS hari itu.

“ok Kapten!!!” jawap semua pemain bola baling kami serentak.

Seperti yang dijanjikan, kami sekumpulan telah membelasah pihak lawan dengan mata yang amat mengagumkan.masa pantas berlalu, sudah 4 perlawanan kami tempuhi dan semuanya menjadi dibawah jajahan kami. gembira hatiku kerana perlawanan aku kini telah berakhir untuk hari ini.Wah bangga gitu! ish-ish tak baik bangga menghala ke arah riak ni.. astagfirullahhalazim!

‘haus lah pulak..nak gi belilah kat gerai sana..’ Dengan langkah yang lemah aku bergerak ke arah gerai itu..terasa jauh pula jarak gerai itu. Langkah ku longlai.kepala terasa berpinar-pinar. tekak terasa loya.kelihatan pandangan ku berputar-putar.

“hei awak!! Tak apa-apa ke?? You look bad..”tegur satu suara dari belakang..

“tak apa-apa.. I’m ok” tak semena-mena pandangan ku gelap..aku rebah…

*****

“hah!!dah bangun pun kau!! Time ni pulak kau boleh pitam eh”terjah Syafeera mengalahkan Abang Nas Melodi! kalau aku ada sakit jantumg confirm KO!tak sempat aku nak baca doa bangun tidur..eh aku tidur ke tadi?

“Feera?? Macam mana aku ada kat sini” ujar ku pada Syafeera

“ada mamat hensem hantar kau kat sini tadi.. dia kata kau pitam...aku tengok muka dia cuak gile…cuak-cuak pon hensem..”mata Syafeera mula terkelip-kelip. Memang gatal betul perempuan ni.

“haahaha..kau guraukan??”aku tak percaya sungguh dengan kata perempuan ni. bukan boleh caya. Silap-silap mat bangla pon dia kata hensem!

“eh! Tak ada masa aku nak bergurau dengan kau lah..kau nampak muka ni macam buat lawak ke??”jari Syafeera mengarah ke mukanya sendiri.

“ye betul kau ni??”sekali lagi soalku.

“ye lah..nah dia bagi note ni kat kau…tapi aku nak cakap kat kau ni..nampak romantik gile masa dia angkat kau tu!!! Hensem gile lah budak tu….padanlah dengan kau….dia pon kuat sukan cem kau..kepten bola baling team lelaki sekolah SMKIS ni..”muka Syafeera dah seperti perempuan gedik di import dari Itali.

“kau jangan nak bukan-bukanlah..dah bak sini note tu.. dah jom chalow balik umah….”aku mencapai nota di tangan Syafeera itu…dan mula berkemas-kemas untuk pulang.

“kau tak nak bagi aku baca ke tu…tu..share lah sikit..”Syafeera menunjuk ke arah tanganku yang masih menggengam nota dari penyelamat ku itu…mukanya ala-ala kartun Puss In boots dalam cerita Sherk.

“tu apa???” eh minah ni aku luku sekali baru tau. geram betul aku dengan dia ni lah.

“eleh..wat tak tau lak… yang kat tangan kau tu lah…”

“Dah!!!jangan nak mengada-ngada…jom balik….busy body je kau ni”aku mula mengeleng-gelengkan kepala.

“ye lah cik puan…”ada nada merajuk dalam suaranya. ah lantak kau lah Feera. Tak goyang aku dngan merajuk kau.

*****

“assalamualaikum…ibu..i’m back..”ucapku sewaktu tiba di rumah..aterus bersalam dengan ibuku…pipi kanan dan kiri aku terus ku terjah dengan big kiss! aku terus duduk di sofa bertentangan dengan ibu.

“Tiara dah balik dah..so..how your game??” ucap ibuku,Puan Azmira.. ibu sememangnya mengambil berat terhadap perkembangan hidupku..

“semua empat-empat game kitorang sapu ibu…”tengok ada nada-nada bangga dalam cara aku cakap! huih harus di bendung sikap tak baik ni!

“hebat….that’s great… tapi lagi great bau anak ibu yang masam ni..” ibu tertawa..

“ye ke??”aku mencium bau bajuku..aku rasa ok je baunye.

“ye lah…dah pergilah mandi..lepas tu turun makan.. kejap lagi ayah balik..boleh makan sama-sama”wah ayah balik makan sekali. ni boleh mintak duit belanja lebih ni.

"ye ke..cuba bau ni ibu sikit..nah-nah"aku mula menghampiri ibu

"hah! jauh Tiara busuk!"ibu mula menolak badanku jauh darinya

“hahahha”aku tergelak besar dan terus berlari ke bilik ku di tingkat dua… Bilik mandi… here I come. selepas berkubang bak kerbau tak jumpa lumpur setahun itu aku keluar..aku mengambil nota yang di berikan oleh penyelamatku di dalam poket seluar sukan ku tadi.. huh.. memang busuk pon bau seluar ni..eh aku tak busuk pakaian je busuk..ibu ni pandai-pandai je kata aku busuk..ahah.. aku tak akan mengaku aku busuk..baru sahaja aku ingin membaca baris pertama..

“tiara!!! turun… makan cepat..papa dah sampai…” jerit ibu dari ruang makan di tingkat bawah…suara ibu ni mengalahkan loudspeaker betul! naik bergegar rumah. kalau si tikus ada lemah jantung alamat matilah semua tikus kat kawasan perumahan aku ni! tak payah si kucing menjalankan tugas!

"aduh ibu ni baru nak jadi minah gedik baca nota dari my hero!"dengan terpaksa aku berlari-lari anak turun. setelah selesai makan ala-ala orang tak makan 100 tahun dan menuntut duit belanja lebih dari ayah aku terus kembali ke bilik. Badan terus direbahkan ke atas katil. terus mencapai nota yang di berikan tadi…baik punya landing!

dupp..dappp..berdebar-debar rasanya nak membaca nota ni..wah macam dapat surat dari pak we.eh..aku ni mana ada pak we...tak mainlah pak we-pak we ni...tak syok..tak bebas!eh dah berubah topik..sambung-sanbung baca.


Hye..awak Kalau penat jangan paksa diri… so..lepas ni jaga diri baik-baik…ada jodoh boleh jumpa lagi…see you at tournament tomorrow…
Muzariel Khazrul
Smkis…



"eh assalamualaikum pon tak de..jap-jap..wah sedap nama..agak2 muka hensem tak macam lee ki woo tak...kim bum ke??" sudah mula lah aku berangan ala-ala minah gedik yang terlalu minat pada mamat korea! mata sudah terkelip-kelip cuba membayangkan wajah lelaki itu..wah! lepas berjam-jam berangan macam orang tak betol..akhirnye tidur penamatnya. buku pun tak sempat baca. nama saja nak ambil SPM tahun ini. ish2 tak wajar di contohi sikap aku ni.


BERSAMBUNG....


FOOT NOTE:how this story? comment please!love

0 Komen: