Sunday, December 20, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 2


Perlawanan sukan yang aku sertai akan berakhir hari ini…

“Tiara I think you should say thank to your hero!!”ucap Syafeera. Kening nya terangkat-angkat.

“tak mahu lah….”ceh aku sudah berlagak pemalu.

“kau cakap lah..tak sopan lah nampaknye nanti..orang dah tolong tak terima kasih”Syafeera ini memang suka memancing aku lah.

“alah…malaslah…kejap lagi kan ada game….”

“kau pergi nanti aku belanja kau 5 coklat Snickers..”wah coklat. tawaran yang baik ni.

“betul ni..ok…aku buat..tapi mana khemah budak sekolah tu???”aku sudah mula terpancing ni. wahaha! gelak umpama devil sudah berleluasa. tapi dalam hati je lah.

“tu..sebelah ni jek…”Syafeera menunding jari ke sebelah kiri khemah kami.

“Ok..aku pergi ni..aku pergi..jangan lupa janji kau…”sebenarnya masih teragak-agak ni nak pergi khemah sebelah.

“ye..ok…”syafeera tertawa kecil… memang diriku pantang di cabar pasti aku sahut..aku berjalan ke arah khemah disebelah khemah kami..

“sorry…boleh tolong panggilkan Muzar…hmm..Muzariel Khazrul…”tanyaku kepada seorang lelaki yang berada di situ…Lupa pula nama mamat tu.

“oh kapten eh..kejap ye…”lelaki itu sudah tersenyum-senyum apa entah dia senyumkan. Cun sangat ke aku? hehe.. virus perasan sudah melanda.

“ok..”muka ku berlagak kayu.

“Zariel ada awek cari kau!!!!”teriak lelaki itu.. sedapnya mulutnya berkata..suka suki dia je aku bagi Back hand baru tahu. tak sempat nak hidup nanti. Eii budak ni memang besar menyakitkan hati orang. kecik-kecik tak mahu mati! geramnya aku. tengok semua budak-budak dah pandang.

“mana Hafiz aweknye???” tanya Muzariel ketika berjalan ke arah lelaki yang dipanggil Hafiz itu….

“ni hah..”Hafiz menunding jari ke arah ku.

“oh..dah kau pergi main jauh-jauh”ujar Muzariel setelah tiba dihadapanku.

“ok..kau ni tak da keje ke usha awek jek…dah aku chalow”ucap Hafiz selamba.panasnya hatiku mendengar..Kalau mamat tu Punch bag dah lama aku bagi big punch!

“sibuk lah kau..blah la..”Muzariel tetawa kecil.kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.Muzariel menoleh kembali ke arah ku.

'pergh!cute mamat ni'alamak apa aku cakap ni.

“awak cari saya???” lelaki itu memandang redup ke arah ku. kelihatan manik-manik peluh di dahinya…aku mengangguk.

'eleh berlagak gentelman! geli aku' gumamku. terasa geli melihat perangai berlagak Gentel man lelaki ini.

“awak nak apa??kenapa senyap ja??”soalnya lagi setelah lama aku senyap. aku memandang kosong wajahnya.

"kenapa tengok muka saya macam tu? berkenan ke?"soal lelaki itu.

"oh tolonglah!"aku sudah menunjuk lagak mahu muntah.

"habis tu kenapa?"

“saya nak ucap..ucap terima kasih coz hantar saya kat khemah masa pitam semalam…”aku menunduk..seganlah pula.

“oh…sama-sama..tapi…”hah aa dia nak cakap ni.

“tapi apa??”aku mendongak.kelihatan lelaki itu lebih tinggi dari ku.kenapa galah sangat aku tahu lah aku pendek sikit.

“tapikan..naik sakit pinggang saya angkat awak ni..nampak badan jek kecik tapi..masyaallah beratnya..” Muzariel mula mengetuk-ngetuk belakang pinggangnya.

“eh??? Mana ada…”muka ku merona kemerahan. aku berpaling ke belakang untuk mengangkat kaki pergi dari situ.

“tunggu dulu..”Muzariel mengenggam tangan ku.aku tersentak.Dan kembali berpaling ke arahnya semula.

“eh apa ni..pegang-pegang..suka suki awak je!”aku cuba meleraikan genggamannya.

“ok…ok..sorry…saya gurau je….”Muzariel sudah tersenyum simpul. Eii menyampah aku tengok!

“hmm..oh..saya pergi dulu…bye..”

“nanti…”dia kembali mengenggam tangan ku. suak suki dia je bukan ke aku dah marah dia tadi. memang tak makan saman betul.

“nak apa???” aku menengking.

“hmm..senyum sikit..jangan marah k….takut saya awak marah-marah ni” dia tersenyum kecil..

“ye lah…awak nak apa lagi??”aku memaniskan muka.

“sapa name awak????”

"awak nak tahu buat apa?"aku sudah malas nak melayan budak ini. nampaknya dia ini lebih kurang macam mat romeo je.

"bagi lah tahu adik manis!"mata lelaki itu di kelip-kelipkan. cantik lah sangat rupa gitu!.

“Tiara…Tiara Zalina…”

“hmm sedap nama..nice to meet you…Saya Muzariel Khazrul…”

“ok..dah tau dah..ok lah saya pergi dulu….”baru aku hendak mengangkat kaki berlalu pergi

“kejap…”lelaki itu berlari ke begnya dan mengambil sebatang pen.

"nak apa lagi!"aku sudah mendengus geram.

“hulurkan tangan kejap…”

“hah?? nak buat apa?”aku terpinga-pinga.. Muzariel terus menarik tangan kananku.dan dia menulis sesuatu di tapak tanganku…

MUZARIEL KHAZRUL 017-XXXXXXXXXX

“jangan lupa contact saya..”ujar lelaki itu. aku memandang kosong ke tapak tanganku yang bertulis itu.aku berlalu pergi.aku berpaling kembali..dia melambai ku dengan senyuman. senyumannya yang menawan mampu sahaja mencairkan hati semua yang memandang.setelah sampai di khemah kumpulan ku.

“kau pergi terima kasih ke apa?? aku tengok dari sini bukan main lagi..siap pegang-pegang tangan lagi…”Syafeera sudah memandangku pelik umpama aku ini alien dari plenet Pluto!

“tak da apa-apa lah...jangan lupa snickers 5…dah jom get ready nak start game dah…” aku sempat pergi ke tempat beg ku diletakkan.aku terus mencapai telefon bimbit dan menyalin kembali nombor telefon itu. Syafeera menunjukkan muka tak puas hati. Lantak dia lah!

“oi…minah cepat lah…”jerit Syafeera. aku berlari mendapatkannya lalu terus ke gelanggang. setelah selesai. macam biasa kali ini sekali lagi kami memenangi permainan itu.sewaktu aku melompat-lompat ke riangan terasa diriku diperhatikan.aku mencari dari mana pemerhati ku itu.pandangan ku tertancap ke arah susuk tubuh itu.

“Tiara!!!”Zariel menjerit dan melambaikan tangan ke arah ku.aku membalas.aku kembali berpaling ke arah kawan-kawan ku. petang itu penyampaian hadiah di adakan.seperti yang di janjikan kami menjadi juara.

*****

Selepas itu kami bergerak ke khemah untuk mengambil barang masing-masing.Aku dan Syafeera berjalan beriringan.

“Tiara!!”suara itu menjerit.aku berpaling.mataku terbeliak.

‘Zariel??’ nak apa lagi lah encik kasanova ini.

“aku pergi dulu lah Tiara tak nak ganggu…”ujar Syafeera dan terus berlalu pergi sebelum sempat aku menahannya. Syafeera sempat berpaling dan melempar senyum penuh makna tersurat-tersirat.aku faham sangat maknanya.sakitnya hati.

“tak pa lah awak..biar lah dia pergi…..”

“nanti saya nak balik macam mana??? Saya naik motor dengan dia!!!”

“saya hantar pakai kereta saya!!”Ujar Muzariel selamba ke arahku.

“hah…kita baru kenal hari ni..awak dah nak bawak saya naik kereta awak..entah-entah awak ni tak boleh di percayai ke..ada niat jahat ke…perogol bersiri ke”aku sudah mula menampakkan wajah menakutkan.

“muka saya ada rupa penjahat ke???”Muzariel menunding jari ke arah mukanya. dia sudah tersenyum macam kerang busuk!

“mana lah tau..muka nampak baik tapi….hampeh..”ujar ku selamba..

“tak lah..ye lah siapalah saya..”dia sudah menampakkan wajah sedih.

“ok..tapi kalau awak buat apa-apa siap lah…saya ni belajar karate tau..master tau..”aku sudah menunjukkan lagak salah satu dari langkah karate aku.

“ui…bahaya ni…baru plan nak buat apa-apa..”keningnya sudah terjungkit-jungkit

“hah!!”aku terus berpaling dan mahu berlalu pergi.

“saya gurau lah !!!”Muzariel menjerit. Aku mula membuka langkah seribu meninggalkan dia.

"tiara..tunggu!" jeritlah kau mamat apa aku peduli.

'eh tapi macam mana aku nak balik?'aku sudah menepuk dahi.

BERSAMBUNG...

0 Komen: