Monday, December 21, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 3


Setelah sampai…
“thank you..rumah awak kat mana sampai boleh hantar saya ni…”soalku. Terpaksa juga buat muka tak malu tadi nak tumpang mamat ni balik. Ye lah ego punya pasal sampai lupa balik nak naik apa.

“sebelah rumah awak..”dia sudah tersenyum simpul. eleh hensem sangat ke buat senyum begitu. Memang hensem pun. hahaha boleh cair tu! Ok control-control kegedikan melanda ini.

“hah!!kenapa tak pernah nampak??”jawapan dia buat aku nak tumbang tapi i'm cool ok!

“awak tak nampak tapi saya nampak…”dia tergelak kecil. keningnya sudah terangkat-angkat.

“stalker apa???”

“mana ada..saya jenguk jer…”dia tergelak. wah gelak dia tu buat jantung ku berdetak kencang! hei apa kena dengan aku ni.

“apa-apalah…ok..bye…”jawap ku supaya aku tak lagi merepek dan membuat kerepek.

“Tiara..esok saya hantar awak pergi sekolah..tak payah lah awak naik bas…”mana dia tahu? eh tentulah dia duduk rumah sebelah.

“tapi..tak susahkan awak ke???”aku mula tak tahu malu ni!

“tak…”jawapnya ringkas

“ok..bye..”aku terus masuk ke rumah.

'oh my god! apa dah jadi ni?'jerit aku tapi dalam hati lah.

*****

Semenjak dari hari itu Zariel selalu menghantarku ke sekolah.hubungan kami semakin akrab. hari berganti hari.bulan berganti bulan.kini sudah 6 bulan aku mengenali Muzariel dan SPM semakin mengusha ku untuk ikut dia.Tidak!!. Jadi, aku perlu menjarakkan masa aku dengan Encik Kasanova Zariel tu.dia juga setuju.Ye lah kan dia pun nak ambil STPM.

Sejak dari itu aku kembali ke sekolah menaiki bas. kena bersesak. terpaksa keluar duit. pencemaran! Tak ada Encik Zariel ku! Tapi nasib baik hanya untuk sebulan sahaja aku naik bas ni..selepas SPM bolehlah aku kembali merapatkan jurang yang terpaksa kami ciptakan.Tapi aku nak korang tahu aku hanya minat Encik Zariel tu atau dengan ayat lebih senang aku tak cinta dia!

*****

Kedengaran lagu Cinta Tak Bersyarat dari kumpulan Element dari telefon bimbitku..aku terus mengangkat panggilan telefon itu tanpa melihat siapa yang menelefon kerana sibuk membaca peta minda matapelajaran sejarah sebagai persedian untuk peperiksaan sejarah(mata pelajaran yang umpama mendodoi budak-budak kelas aku untuk tidur!) esok..

“Hello!!” aku sabar menunggu jawapan pemanggil di sana.

“Hello Tiara.. ni Zariel lah…”suaranya ada nada-nada gembira.

“oh Zariel nak apa??? Tak study ke??”

“dah..tak nak stress lah..nanti baca lagi jadi serabut otak… I telefon nak ucap good luck for exam esok..”

“ohh..good luck to you too..”suara ku ini seperti kebosanan! kalau ikutkan hati nak saja aku marah Si Zariel ni! aku nak baca buku lah!

“Tia....ermm”

“kenapa??”pelik je dia panggil nama aku. Tia???

“I miss you…”

“hah!!!!”aku terkedu. Sawan apa.

“yes..i really miss you sayang..” Ibu tolong ada orang gila telefon kata Sayang -sayang kat Tiara. nak saja aku jerit macam tu tapi diam sajalah.

“hmmm..bye…”aku terus mematikan telefon bimbit.kepala ku serabut.aku terus ke katil dan merebahkan diri.tanpa disedari aku terlelap.senang betul tidur aku ni bila ada problem!

*****

Minggu peperiksaan telah berlalu. Merdeka!.Jadi, aku kembali memikirkan kata-kata Zariel yang aku tangguhkan dahulu.aku duduk di taman di hadapan rumahku malam itu dengan di temani bulan dan bintang juga deruan air terjun di kolam mini di taman rumah ku itu.

'kenapa dengan Zariel ni??? tiba-tiba nak miss..miss lak…sayang-sayang lagi..ish..geli lak aku'

"ehem!"aku dikejutkan dengan satu suara.aku ingat hantu manalah tadi!

“menung apa tu??”aku melilau memandang sekeliling. mata ku tertancap ke arah pagar di hadapan tempat duduk ku.

'Zariel..apa dia buat kat sini??'otakku ligat berfikir.aku terus masuk ke dalam rumah.aku teringat kata-katanya hari itu.aku sebenarnya segan dan malas nak layan dia. Malam itu ada mesej masuk ke telefon bimbit ku. faham-faham sajalah dari Zariel.

Awak marah saya ke??? Saya minta maaf ….ok…..tapi..tu lah apa saya rasa..saya dah tak boleh tipu diri sendiri….k..lepas ni saya tak akan kacau awak lagi..dan awak mungkin tak akan jumpa saya lagi…bye….

Aku jadi bingung membaca mesej itu..aku ingin membalas mesej itu tapi kredit sudah habis. Time jugak lah kau nak habis!kenapa dengan Zariel.aku hanya mengelak dari dia..ak kan dia tak nak jumpa aku lagi.merajuk ke dia. Encik Kasanova pun sensitif ke.

alahai!keesokkan harinya aku menghantar mesej kepada Zariel tetapi delivery report kata not sent!..aku cuba menelefon.tapi nombor tidak aktif.aku bingung. merajuk betul nampaknya budak ni. semenjak dari hari itu aku sering cuba menghubungi Zariel setiap hari.tapi jawapan masih sama, tiada jawapan…mengapa??? besar sangat ke salah aku?

*****

Hari yang di nantikan telah tiba.hari ini keputusan SPM telah keluar.Takutnya aku! pagi lagi aku telah bersiap untuk ke sekolah ni..takut dan excited bercampur! aku ke sekolah menumpang motor Syafeera.setelah sampai ke sekolah..aku terus ke tempat mengambil slip keputusan SPM. Jantung ku berdegup kencang.aku menyelak helaian demi helaian mencari nama ku.Tiara Fazlina.tertayang namaku di dada slip keputusan SPM itu. 9 A1!aku melompat keriangan.kalau nak suruh buat shuffle pun boleh lah!terasa butir-butir air mata turun di pipiku.tidak sia-sia usahaku sebelum ini. Ter-feeling pulak..Syafeera pula dapat 8 A1, 1 A2… dia amat gembira.kami berpelukan.peluk gembira okay! jangan salah tafsir! kami berdua terus bertolak kembali ke rumah.

Sampai sahaja ke rumah,aku terus berlari mendapatkan ibu dan ayah.macam tak pernah balik rumah. aku menunjukkan slip keputusan itu, mereka turut gembira..jadi cita-cita ku untuk menjadi doktor nanti pasti boleh terlaksana.Saya Doktor Tiara! wah angan-angan bermula!

*****

Lagi seminggu lagi aku akan bertolak ke Australia. aku akan menyambung pelajaran di sana.aku cuba menelefon Zariel sekali lagi. Tapi masih tiada jawapan.kecewanya. kenapa Zariel mematikan telefonnya.adakah dia masih marah padaku..kini sudah masuk 5 bulan panggilan aku tak pernah sekalipun Zariel jawap. aku berputus asa..kadangkala pernah aku meninjau ke rumahnya.tapi rumah itu tiada penghuninya.ke mana mereka sekeluarga??dah pindah ke?? sampai hati tak beritahu aku dulu.rasa nak nangis ni.

*****

6 tahun telah beralu.hari ini aku akan pulang ke tanah air ku setelah lama menjadi perantau di negeri orang.aku telah menamatkan PhD dalam bidang perubatan di sana. Balik ke Malaysia gelaran doktor pasti berada dalam genggaman ku. 'Malaysia here I come' jerit ku dalam hati sewaktu menaiki pesawat untuk pulang ke Tanah Air. kalau aku jerit betul-betul ada pulak yang kena campak keluar dari kapal terbang ni. Free-free di cap orang gila! tak pun Cik seksi sebelah aku ni pukul dengan kasut tinggi 3 inci dia!

Bersambung...

0 Komen: