Tuesday, December 22, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 4



“excuse me Doktor Tiara…jangan lupa pukul 8 malam nanti kita ada operation untuk membuang barah yang ada pada usus Puan Aiera..”ujar seorang nurse.

“baiklah…”jawapku sepatah.ya operation memang lama masa nak guna. menghadap darah. wah nasib baik aku tak takut darah. kalau tak ada yang tumbang masa nak buat operation nanti.tapi begitulah rutin ku sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan.sudah masuk 3 tahun aku berkerja disini. bulan lalu ialah hari jadi aku yang 27. nampaknya dah tua aku ni. ibu pula asyik bertanya bila aku akan bawa balik calon menantunya. macam biasalah aku memang tak berminat nak ada teman lelaki. ibu ada menawarkan untuk mencarikannya untuk aku tapi aku tak mahu. blind date? oh please lah.jadi setiap kali ibu bertanya soal ini aku terpaksa buat pekak..sometimes ada juga aku jawap

‘kalau dah datang seru nak kahwin.. orang kahwin lah mak…jodoh tak ke mana ibu’..ibu sampai tak boleh kata apa-apa dengan ku.tu lah yang buat aku senang tu.kadangkala ibu ada berkata

‘tiara kau ni garang sangat… mana lah lelaki nak dekat’. ye ke aku garang sangat??? Biasa jek…alah dah nasib badan..

“Doktor..doktor.cepat.. emergency ni..ada lelaki cedera parah sebab accident.dia hilang banyak darah tu. dia perlu pembedahan segera. sekarang.”ucap Jururawat tercungap-cungap didepan pintu pejabatku. kacau betul orang nak berangan.tapi aku ada tugas kena jalankan. aku terus berlari keluar dan menuju ke unit kecemasan…

setelah berjam-jam bertarung dalam bilik pembedahan dengan segala kemampuan yang aku ada untuk menyelamatkan lelaki itu akhirnya pembedahan itu berjaya. tangan kanannya patah.kakinya kedua-duanya patah.malang sungguh nasib lelaki ni.siapa lah dia. apa lah yang dia langgar sampai jadi begini? anak gajah ke?

“nurse dah contact family dia??”soal ku sambil membuka sarung tangan.

“dah..kejap lagi they all sampai..”

“ok..pembedahan untuk barah tu you suruh Doktor Izfan ye..saya penat sangat ni..saya balik dulu..”kataku di depan bilik pembedahan.

“ok…”

Aku melangkahkan kaki ke pejabatku.penatnya. esok kena datang pula pukul 4.30 pagi.aku perlu pula melawat pesakit tadi..aku melangkah keluar ke parkir kereta.kereta Nissan Silvia ku meluncur ke apartment…Izfan..Doktor Izfan..sudah banyak kali dia melamarku tapi tidak terdetik hatiku untuk aku menerimanya..tak ada kimia lah,nak kata dia tak kacak memang dia kacak..nak kata dia tak kaya memang kaya..tapi aku tak maulah, not my type..

******

Keesokkan harinya,pagi-pagi lagi aku melawat pesakit yang aku bedah semalam untuk memeriksa keadaannya. dia masih tak sedar. tapi kenapa aku rasa aku macam kenal dia ni, tapi siapa???ah..biarlah dulu nanti tengah hari aku datang balik.banyak lagi kerja aku perlu buat selain fikir siapa dia..

*****

Hari semakin meninggi.lawatan terhadap semua pesakit sudah ku buat..hmmm..apa aku perlu buat ek???? Aku lupa…apa ek…. Ha!! Pergi lawat pesakit yang aku bedah semalam..

Aku bergegas pergi ke wad itu.kebetulan tiada lagi pelawat di situ..waktu melawat sudah tamat, aku duduk di samping pesakit itu.hmmm…aku rasa aku kenal siapa dia…ni…ni…ni lah… alah ni lah , siapa yek???

Aduh susah betul nak ingat,dari raut wajah lelaki ini yang tampan,lesung pipit di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan walaupun tidak senyum,aku pasti. ini lah Muzar..hmm…Muzariel Khazrul…ya Muzariel Khazrul!!!lelaki itu, encik kasanova yang dah lama terputus hubungan dengan aku.sudah lama aku mencarinya.baru sekarang aku ketemu dia.

'hai encik kasanova kenapalah kau jumpa aku dalam kadaan macam ni. kau tahu tak aku rindu gila kat kau. nasib baik tak gila ja. kalau tak, tak sempat rawat kau kat sini.

*****

Sejak daripada hari itu, setiap hari bila aku ada kelapangan pasti aku akan melawat Zariel. Dia masih koma,sudah 2 bulan,aku akan sentiasa bercerita kepada dia segala kenangan ku bersamanya dahulu.kadangkala aku membaca yassin untuknya.

*****

Pagi itu..sewaktu aku bercerita tentang kenangan lalu seperti biasa.terasa tangan ku yang diletakkan di atas tapak tangan zariel digenggam.mata Zariel cuba di buka perlahan-lahan, dia menyebut namaku berulang-ulang kali…

“Zariel saya ada kat sini”

“tiara…ariel minta maaf banyak-banyak pada tiara sebab tinggalkan Tiara macam tu. contact pun tak” Zariel tergagap-gagap mengaturkan kata

“tak apa..dah cukup bagi saya dapat jumpa awak balik..rawat awak..”aku mengawal emosi ku.

“terima kasih tiara…” Zariel mendekatkan tangan ku ke bibirnya dan mengucupnya. aku terpaku melihat tindakannya. aku terus menarik tanganku pantas dan tersenyum tawar.

“maaf”’ucap zariel sambil menundukkan kepalanya.dia memandang ke arah kaki dan tangannya yang berbalut. dia tenang.

“tak pe…saya keluar dulu..ada hal..”aku berlalu pergi, tak sanggup aku berada di situ lama-lama di situ,bagai nak luluh jantung ini…

'Mr kasanova always be mr kasanova tak kira lah sakit berbalut ke apa.."aku keluar sambil menggelengkan kepala. tapi bibir tetap tersenyum kecil.Virus gatal melanda ni. tu lah mak suruh kahwin awal-awal tak nak kan sekarang dah kena virus gatal.

*****

Masa kian berlalu.sudah masuk setahun aku mengenali Zariel.dia sudah semakin sembuh selepas keluar dari hospital dulu. Zariel sudah bertunang dengan ku,bulan hadapan kami akan berkahwin.tak sangka dialah jodoh ku,Mr kasanova is my fiance you know! ibu mestilah gembira melihat aku sudah berpunya. tak adalah aku di jadikan bahan rungutannya, lega… lagi satu,apabila berita tentang perkahwinan aku akan datang kecoh di hospital, kelihatan Doktor Izfan amat kecewa,alahai bukannya orang macam dia tak boleh cari orang lain.

Sebulan sudah berlalu, hari ini aku akan berkahwin dengan lelaki yang pernah menjadi dambaan aku dahulu. walaupun dahulu aku tak pernah menyatakan bahawa aku amat mendambakannya tapi sememangnya aku amat mencintainya dan bahagia kerana apa yang aku hajati tercapai jua.

*****

"Aku nikahkan di kau....."terdengar sayup-sayup lafaz akad nikah oleh tok kadi dan Zariel juga melafazkan nya dengan lancar.Oh ibu i'm his wife now! selepas selesai majlis akad nikah di buat ula majlis bersanding petang itu. owh memang penat betul. Zariel tenang je.

Malam tu tak pasal-pasal sepupuku,mak saudara ku, ibu..ayah terus membuli aku dan zariel mencuci buntut kuali yang lagi hitam dan legam! muka aku yang catik-cantik jadi hitam. zariel pun begitu. dah sudah basuh kuali . nah! basah kuyup aku dengan Zariel sekali kena jirus air. Ini nak bagi kitorang jadi pengantin ke mangsa buli! protesku dalam hati.

"Sayang masuk dulu mandi..tukar baju..nanti demam!" wah lembutnya suara suami aku memejuk setelah melihat mulutku muncung ala-ala itik! Aku menganggguk kecil. sedang mahu berlalu, Zariel menarik tanganku.

"i love you"bisiknya di telinga ku. informasi terus menyerap ke otak. aku tersenyum malu.elleh malulah sangat padahal suka! setelah tangan ku lepas dari genggamannya aku terus berlalu...

Bersambung...


P\S:cerita ni belum tamat lagi tahu!

2 Komen:

Hang TuARC said... [Reply]

best gak cte ni...xsaba tggu part seterusnya hahahha
agak2nye adegan dimane ye =P

owner said... [Reply]

hei2..jgn pikir lain ye!!!