Thursday, December 24, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 5


"assalamualaikum..tegur Zariel sewaktu tiba di kamar pengantin kami" dia tersenyum manis

"waalaikumsalam"wah sopannya aku!!! dupp..dap..ish berdebar-debar gitu!

"tiara mari duduk sini" arah Zariel dalam lembut supaya duduk di sebelahnya di sofa bilik itu.aku hanya menurut.

"tiara abang sayang sangat pada tiara..abang minta maaf sebab abang hilang dulu...abang.."

"tak apa bang...tiara redha..ni kan kita dah jumpa balik?"aku cuba mengelakkan suasana sedih..Zariel tersenyum.

"dah jom tidur.. mesti penat kan?"aku mengangguk dan malam pun berlalu.

*****

selepas setahun:

“comelnya anak ayah ni… nak bagi nama apa ye???? Bagi nama macam ayah juga lah..Muz…Muzamiel…ok tak mama??” Zariel mendukung anak lelaki sulung kami. sudah masuk 1 tahun setengah perkahwinan kami ketika itu

“saya tak kisah…asalkan nama tu sesuai…”

“ok…zamiel…esok kita balik rumah baru ye???” Zariel mencuit hidung kecil bayi itu.


*****

2tahun berlalu:

Muzariel memang amat menyayangi Muzamiel. mana ada ayah yang tak sayang anak. Kini Zamiel sudah berumur 2 tahun. Tapi akhir-akhir ini Muzariel sudah berubah, kenapa?? Dia sering pulang rumah lewat. kadangkala tidur di pejabat. aku rasa aku tidak bermakna pada dirinya.dia juga sering mengelakkan diri daripada ku. hari itu aku melihat dia membawa sampul surat yang besar balik ke rumah.

“abang surat apa tu???” soal ku pada malam itu.

“tak ada apa-apa lah..surat company punya…”jawap dia ringkas

“oh..” aku musykil.aku tak rasa itu surat syarikatnya.

Hari itu aku tak ke hospital. aku cuba mencari surat Zariel itu.puas ku menyelongkar tapi tiada.. aku hampir putus asa.hatiku terdetik untuk melihat di bawah laci almari baju Zariel.ada kertas yang di tampal, aku mengambilnya .aku pasti itulah suratnya. aku membuka sampul itu dan terus membacanya. hatiku bagai nak luluh. kenapa dia rahsiakan perkara ini daripada ku.. samapai hati Zariel buat aku macam ni.apakah makna aku sebagai isteri dalam hidupnya, jadi nilah punca dia berubah.

*****

Malam itu aku menunggu Zariel pulang, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam.aku masih sabar menanti dalam gelap.Zariel masuk ke dalam rumah . lampu yang sengaja aku tutup itu di buka,Zariel melompat ke belakang apabila melihat aku di sofa. dia mengurut dadanya dadanya sambil beristigfar. terkejut benar agaknya. ada rupa hantu ke aku ni?.

“Tak tidur lagi??? kenapa?? Zamiel mana??” mukanya selamba. Soalan di beri bertubi-tubi.

“tak…tunggu abang…Zamiel dah tidur…”

“kenapa?? Tak boleh tunggu esok ke??” Zariel memandang ku kosong
Aku memandang tepat ke wajah Zariel, kenapa dia buat aku begini? tiadakah hak aku sebagai isteri buat dirinya? Kenapa tuhan menduga ku dengan cabaran ini?

“Sayang tak apa-apa??? Sayang nak cakap apa??” kata-kata Zariel mematikan lamunanku, aku menggeleng. aku menunjukkan surat yang aku jumpa itu pada Zariel.mukanya berubah.

“kenapa selongkar barang abang!!” Zariel menengking, tak pernah lelaki itu meninggikan suara kepada ku.Sampai hati

“saya ada hak!! Saya isteri abang..saya perlu tahu.. kenapa abang sorok ni dari saya…”air mataku menitis. Zariel kaget,dia cuba merapatiku.aku menghindar dan terus berlari ke kamar. sakit hatiku dengan sikap Zariel itu.aku terus duduk berteleku di atas sofa yang berada di bilik kami.

“abang minta maaf…sorry abang tinggi suara pada Tiara…”Zariel duduk disebelah ku.dia mengelus jari-jemari ku.

“kenapa abang rahsiakan perkara tu dari tiara??? Tiara isteri abang. Tak kan abang nak buat tiara menderita? sampai hati abang!” aku melentokkan kepala ke bahu Zariel. air mata ku tak mahu berhenti menitis.

“abang tak mahu sayang kalut….abang tak mahu sayang sedih…”

“tiara lagi sedih kalau abang rahsiakan perkara ni…”

“abang minta maaf ok…”pujuknya lagi
Zariel menghadap wajah ku,aku mengangguk.

"abang?"panggilku lembut masih ada esakan tangis dalam suaraku

"hmm?"

BERSAMBUNG

0 Komen: