Friday, December 25, 2009

CINTA TIADA NOKTAH 6(TAMAT)



"kenapa abang tak bagi tahu tiara abang sakit?"aku menahan rasa

“abang dah lama menghidapi penyakit ni tiara… dulu yang kita terputus hubungan tu…abang pergi buat rawatan kat luar negara…berjaya…and abang terus balik Malaysia….tapi tak tau macam mana boleh ada balik”jelasnya.

“tapi mustahil abang ada penyakit ni???abang sihat. tiara sendiri lihat abang aktif sukan. kenapa ada penyakit ni, kenapa tuhan tak adil nak pisahkan Tiara dari abang. cukup lah terpisah sekali dahulu.tapi sekarang untuk pisah selamanya tiara tak sanggup,kenapa tuhan kejam lakukan ni pada tiara!!”air mataku menderu laju dari tubir mataku,murahnya air mataku malam itu.

“tiara jangan cakap macam tu… dah Qada’ dan Qadar dari tuhan…. Jangan bantah..
kita hanya manusia biasa…sihat macam mana pun kalau tuhan dah tetapkan penyakit tu akan datang kita tak boleh buat apa-apa…Kita hanya merancang..tuhan yang menentukan…tiara patut syukur kita sempat jadi suami isteri daripada abang mati macam tu je tanpa tiara tau abang kat mana…”dia cuba memujuk. suamiku ini emang handal dalam memujuk

“tapi… abang tahukan yang abang cukup bermakna pada tiara dan Zamiel…” air mataku bercucuran.

“tahu sayang… dah tumour otak ni dah ada dalam kepala abang ni .nak buat macam mana… nak cegah dah tak boleh. dah tahap kritikal sayang..abang redha…”Zariel tenang.

“abang.abang nak pergi dari dunia ni selamanya…abang tinggalkan Tiara,Zamiel dan anak yang ada dalam kandungan ni… abang nak biarkan dia tak pernah lihat bapanya… kami bertiga tak ada tempat bergantung….baby dalam perut ni.. belum kenal lagi apa itu erti mati..apa itu kehilangan bang…”aku mengongoi di dalam pelukan Zariel.

“sayang ada baby?bila dapat tahu?dah berapa bulan? Alhamdulillah..abang tahu isteri abang ni kuat.. tak mustahil tak boleh hadapi keadaan ni…”Zariel mengusap kepala ku…

“dah 3 bulan…abang tolonglah jangan ubah topik….”

“tak lah,abang Cuma nak tahu jek..sayang…dah takdir abang… redhalah… isteri abang kuat…. Jangan salahkan takdir…jangan tolak Qada’ Qadar…kalau sayang ni sayang pada abang… tolonglah faham…” Zariel melepaskan pelukannya dan menghadapkan wajahku tepat ke wajahnya.

“tiara tahu…tiara faham…tiara sayang abang..tapi..”belum sempat aku menghabiskan kata Zariel sudah memotong

“tak ada tapi…sayang jagalah Zamiel baik-baik…jaga diri sayang baik-baik..jadi isteri yang tabah… jaga baby tu baik-baik…boleh kan?? Ajal abang dah hampir jadi sayang perlulah pandai jaga diri…” Zariel menyeka air mata ku,aku mengangguk lesu.

“macam nilah isteri abang… dengar cakap… good girl…” zariel sempat bergurau, aku tersenyum tawar.

“abang nak…baby ni kalau perempuan bagi nama dia Musyameera… kalau lelaki lagi… Muzsyamil… bolehkan…???” aku mengangguk lemah.Zariel meletakkan kepalaku dibahunya, dia menggosok lembut perut ku. Aku sedar yang dia ingin menangis tetapi di tahan, tabahnya suamiku. Ya Allah besarnya dugaan ni.

“abang… tiara nak abang tahu…Walau dirimu hilang dari pandangan…Walau jasad mu berjauhan dari ku..Tiada sebab untuk aku melupakan mu…Kerana cinta ku padamu tiada noktah”aku menggenggam tangan Zariel, Zariel mengucup tanganku. aku tahu cinta suamiku itu amat mendalam tapi kami terpakasa berpisah atas kehendak tuhan yang maha esa.

“abang tahu….jomlah tidur abang tak suka lah sedih-sedih ni….”

“tiara sayang abang…”aku menangis.tak mampu aku tahan lagi.

“abang tahu…”Zariel mengucup dahiku, terasa nafasnya yang hangat.aku dapat merasakan itu seperti itulah kali terakhir aku dapat merasakan kasih-sayang dari Zariel.

Zariel terus bergerak ke katil, dia pasti penat. baru beberapa minit dia sudah terlelap. Aku tidak dapat melelapkan mata. aku terus mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat hajat.

Lama aku berteleku di atas sejadah,aku memandang zariel. Aku tak menyangka aku akan kehilangannya.aku duduk bersebelahan dengan katil di atas lantai. aku menatap wajah suamiku itu.. telekung tidak lagi ku buka tanpa disedari aku terlelap.

*****

Ketika itu jam menunjukkan jam 6.45 pagi.aku tersedar dari tidur, aku menggoncang tubuh Zariel lembut untuk mengajak sembahyang subuh bersama, sudah lama kami tidak solat berjemaah. Tubuh itu masih kaku, aku kaget dan merasa denyutan nadinya. Tiada!

“Abang!!! Kenapa tinggalkan tiara!!” aku menjerit, Zamiel berlari ke arahku. mungkin terkejut mendengar jeritanku. dia masih terpisat-pisat…..

“mama…kenapa ni??” tanya Zamiel lemah.

“Zamiel…ayah..ayah dah tinggalkan kita Zamiel”aku memeluk tubuh kecil Zamiel. dia masih terpinga-pinga.

“ayah pergi mana ma?Kenapa nak tinggalkan kita?bila ayah nak balik?Tapi ayahkan ada kat sini?? apalah mama ni”Zamiel tertawa kecil.

“zamiel sayang…ayah tak akan balik sampai bila-bila…ayah menghadap tuhan miel…”

“ah?Apa ni ma? Miel tak tau lah..dah lah miel nak tidur ngan ayah….ngantuk…” Zamiel naik ke atas katil dan tidur di sebelah tubuh kaku ayahnya.dia masih tak faham.aku menangis.

*****

Tengah hari itu mayat Zariel dikebumikan.Zamiel terpinga-pinga.

“ma… kenapa dia tanam ayah…diorang jahat lah ma…pukul dia ma. Kenapa ayah tak pukul dia ma…. Tadi pun kenapa dia angkat ayah dalam kotak tu… bukannya ayah tak boleh jalan…Dah tu bila miel cakap dengan ayahpun..ayah tak mau jawap..ayah marah miel ke ma?”Zamiel merenungku kelihatan airnya sudah berlinang mahu menangis.

“miel…ayah tak marah miel…ayah sayang miel….tapi ayah…ayah…dah mati miel…” aku menangis lagi.aku terpaksa menggunakan bahasa yang mudah agar Zamiel mengerti erti kehilangan ini. a mati, itulah keadaannya sekrang Zariel dah mati, ayah dah mati! tak mampu aku menahan empangan air mata ini.

“mati!!!! Mama tipu!!! Mama bohong!!! Ayah tak mati!!! Ayah janji nak bawa miel beli PSP hari ni… ayah tak kan mati!!!!mama bohong!!” Zamiel berlari dari tapak perkuburan itu. dia tak dapat menerimanya.aku cuba berlari mendapatkannya.Zamiel lari ke tengah jalan. tiba-tiba.

Sreeettt…Tubuh itu rebah, darah berlumuran.aku kaget,terus berlari ke arahnya. Izfan!!! Dia menyelamatkan Zamiel dari kecelakaan itu. Zamiel berdiri kaku di tepi jalan, dia masih menangis.

*****

“terima kasih Izfan selamatkan anak saya….”kata ku sewaktu di hospital setelah kembali berkerja selepas sebulan mengambil cuti rehat.

“sama-sama.. Tiara.. saya… hmmm..saya…sudi tak awak jadi isteri saya?? Saya nak jaga awak..nak jaga miel…”

“hhmmm…izfan maafkan saya..saya tak boleh..dan saya tak mahu… untuk jadi suami saya tak payahlah….saya boleh hidup sendiri tanpa bantuan…saya tak perlukan simpati…”aku terasa terganggu.

“saya bukan simpati..saya ikhlas..dan saya memang cintakan awak…”Izfan merayu.

“lupakanlah Izfan..saya tak akan cari lelaki lain. biarlah saya jadi janda, saya boleh lakukan sendiri.awak pergilah cari perempuan yang lain, yang lebih baik dari saya…”

“tapi…”aku memintas

“tak ada tapi-tapi…dah lah.. ok… saya hanya boleh cintakan arwah suami saya… kerana cinta saya pada dia tak ada NOKTAH!!!! Tak ada pengganti!!!”aku terus berlalu pergi.Izfan terpinga-pinga di situ.

******

Sejak dari hari itu aku terus mengelak dari berjumpa dengan Izfan.. aku meminta agar aku di tukarkan ke hospital cawangan lain. permohonan ku di terima, hospital itu lebih dekat dengan rumahku.aku boleh meneruskan hidupku seperti biasa, walaupun Zariel tak dapat aku lihat di depan mata.tapi hatiku dapat merasakan dia ada disamping ku.

“abang…. Walau jasad mu berjauhan dari ku..Tiada sebab untuk aku melupakan mu…Kerana cinta ku padamu tiada noktah…”kataku sambil mengusap perut ku yang semakin membesar, sudah 8 bulan. aku sudah bersedia menghadapi soalan tentang siapa ayahnya apabila dia mula mencari siapa ayahnya.Zariel… hanya seorang sahaja lelaki yang bertakhta di hatiku,bapa kepada kedua-dua anak ku.

*****

Cinta aku telah di pisahkan oleh dinding yang utuh dan tak bisa aku runtuhkan. Hanya masa sahaja boleh meruntuhkan dinding itu agar aku bisa bersatu dengannya. kini kedua-dua anak ku sudah meniti usia remaja. Muzamiel Izran yang berusia 15 tahun dan Musyameera Irna yang berusia 13 tahun.

Aku masih mampu mendewasakannya mereka dengan sempurna. Izfan juga sudah mendapatkan teman hidupnya yang sesuai,aku tumpang gembira.aku kembali berhubung dengannya apabila dia telah empunya isteri, itu sahajalah caraku untuk menghentikan usahanya untuk menapak di hatiku kerana aku masih setia dengan cinta ku pada Muzariel Khazrul.

Benar katanya aku mampu menjaga anak-anak itu sendiri, aku dapat meneruskan hidup ini dengan berpegang kata-kata Zariel dahulu,alhamdulillah aku tabah . Kini aku sedang menghitung hari untuk bersamanya pula.

"Abang tunggu tiara…."

Walau dirimu hilang dari pandangan…
Walau jasad mu berjauhan dari ku..
Tiada sebab untuk aku melupakan mu…
Kerana cinta ku padamu tiada noktah...


TAMAT
25dis2009
karya asal 2008

UPDATE 26 JAN 2011
Ini ialah karya masa mula-mula belajar menulis.
Maaflah kalau klise, atau gaya bahasanya tunggang langgang

5 Komen:

Anonymous said... [Reply]

cerita ni blehla tahan.simple tapi mudah difahami cuma hati-hati dengan ejaan ye.gud luck.

HirumaKecil said... [Reply]

Sedihnya.. Tapi saya suka cerita ni... Teruskan berusaha..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@HirumaKecil

eh cerita lama ni. thanks baca..insyallah

Ini Kisah Tia said... [Reply]

suka cerita ni .. simple . tapi mesej yang nak disampaikan tu sampai ..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ini Kisah Tia

tq :)