Saturday, January 09, 2010

CARMELLA TARISHA




Semalam aku sendiri..hari ini pun aku sendiri.adakah aku memang di takdirkan untuk bersendirian” getus hati Carmella Tarisha.dia termenung menghadap bulan dan bintang di persisiran pantai Pulau Redang, Terengganu.Sudah beberapa hari dia di pulau itu atas satu tujuan iaitu mencari ketenangan diri.
“you tak pernah sendirian ella… I sentiasa ada di sisi you..”kata suara yang serak-serak basah..Carmella mencari-cari dari mana datangnya suara itu.
“Siapa tu??????” tegur Carmella.
“ini I… You dah tak kenal dengan I??” muncul susuk tubuh dari kegelapan malam dan terus duduk di sisi Carmella, Carmella termangu.

“Jangan nangis lagi ella…perkara ni pasti dapat selesai juga satu masa nanti, jangan risau…”pujuk Sharleena.dia memang sentiasa mengambil berat tentang masalah sahabat-sahabatnya.dia memang pandai menyelesaikan sesuatu masalah.
“tapi…..aku ni failure.. failure dalam persahabatan..failure dalam segalanya” Carmella menangis teresak-esak.
“tak…. Kau tak gagal..Cuma ni dugaan ellla..kau kena tabah..macam lagu DUGAANNYA kumpulan Hujan tu….” Sharleena tertawa kecil, dia memang suka mencetuskan suasana gembira ketika orang bersedih.
“jangan buat lawak lah…tapi…”
“tak da tapi-tapi…leave it to me!!!”
“aku…”Carmella mati kata..dia mengangguk lemah,air matanya masih menitis. di dapat merasa ada sepasang mata yang memperhatikannya tapi tidak di ketahui siapa gerangannya.

Pagi itu,Carmella pergi mencari Khrishteena.dia sudah tak dapat menahan lagi perasaan yang berperang di hatinya itu.dia ingin mengetahui mengapa persahabatannya dengan Khrishteena terhenti.
“khris….kenapa kau tak nak cakap ngan aku…tak nak jumpa aku..apa aku buat??”
“tak da apa-apa..gi sana.. aku tak nak tengok muka kau…”
“cakap…. Biar perkara ni selesai..”
“tak nak..kau gi sana…”
“cakap…sampai bila perkara ni nak selesai kalau kau macam ni???”
“tak payah.. KAU PERGI SANA!!!! AKU MENYAMPAH DENGAN KAU!!!” tengking Khristeena. Carmella menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong,terkejut dengan perbuatan Khrishteena..
“KAU MENYAMPAH TENGOK AKU… AKU LAGI MENYAMPAH TENGOK KAU..ORANG MACAM KAU NI KAN… SAMPAI BILA PUN PERKARA TAK BOLEH SELESAI..TAK NAK DENGAR PENJELASAN ORANG!!!” Carmella geram.dia terus berlalu pergi.semua mata memerhatikan mereka berdua..tapi apa yang nak mereka berdua peduli,hal mereka.

Selepas habis kuliah,Carmella melangkah dengan pantas ke perpustakaan di kolej itu.Disitu dia bertemu dengan Jessmin.Carmella mencari tempat duduk yang tersembunyi dari orang ramai. Jessmin membuntutinya.Carmella menundukkan kepalanya setelah duduk di situ dan menangis teresak-esak.Jessmin menghampirinya dan meminta Carmella menceritakan perkara yang berlaku. air mata Carmella berguguran jatuh deras..tak mahu berhenti.Carmella memulakan kata. Jessmin memberi kata perangsang,selain Sherleena, Carmella sering berkongsi masalahnya dengan Jessmin.Tiba-tiba Aeryll Fazhee muncul,dia terlihat air mata di pipi Carmella yang mulus itu.Aeryll pelik,dia juga berasa risau. dia tahu yang perempuan yang menyukai dirinya sedang bersedih tapi malangnya dia tak boleh lakukan apa-apa.Dia juga pernah menyakitkan perasaan gadis itu dahulu. sama seperti keadaan sekarang tangisan gadis itu.dia cuba bertanya kepada Jessmin menggunakan isyarat wajah.Jessmin tidak menjawapnya. reaksi Aeryll yang gembira berubah sama sekali dan dia berlalu pergi.Carmella bangun dari tempat duduknya dan terus ke tandas ditemani Jessmin. Carmella bertembung dengan Aeryll dan dia menunduk. Aeryll cuba memandang wajah Carmella tetapi Carmella mengelak dan terus berlalu. Aeryll memandang lagi gadis itu walaupun sudah semakin jauh dari pandangannya. matanya tidak beralih memandang gadis itu.. dari jauh dia melihat Carmella tertawa, ketawa pura-pura.riak sedih di wajah gadis itu masih jelas .

“Kris kenapa kau marah sangat dengan ella??? What’s wrong???” soal Sharleena pada Khristeena. Khristeena memulakan bicara.Sharleena mendengar dengan teliti.cerita Khristeena terhenti.Sharleena berkerut.
'mana mungkin Carmella sedemikian…'getus hati Sharleena.
“kris…. Aku rasa macam ada yang tak kena… tak mungkin lah ella wat macam tu… aku rasa ni mesti ada kene mengena dengan orang yang tak puas hati dengan persahabatan kita…”
“memang ella macam tu.. kau jangan lah ingat dia baik sangat…”Khristeena menentang.
“tak… kita tunggu dulu… let me solve this problem first….”
“alah.. kau….”
“kris please…”
“hmmm…. Apa-apa lah…” Khristeena berlalu pergi meninggalkan Carmella sendirian terpaku di tempat meletak kereta.

“Ella… could you stop it…”
“stop what leena???”
“stop trusting anyone…”
“hah???”
“aku nak kau berhenti percayakan orang habis-habis….”
“kenapa pulak???”
“kau… Kris… “
“kenapa aku ngan Kris??”
“kau gaduh dengan kris sebab kau tak berhenti percayakan orang habis-habis…”
“hah??? Ye ke??? Tapi sapa yang buat??”
“cuba kau fikir…”
“sapa kau malas nak fikir la…cakap lah…” Carmella mendesak.
“it is…’kata sharleena terhenti.
“sapa???”
“just forget it..”
“hai you guys” ucap jessmin.
“hai jess..”ucap Carmella.. Sharleena terus mengangkat kaki keluar dari kafe itu.
“eh… leena… cakap la apa yang kau nak cakap tadi…”
“tak pe lah.. len kali jek… bye.. aku chalow dulu…”
“eh..leena I baru nak belanja makan..” ucap jessmin separuh menjerit.
“tak payah…” tubuh kecil sharleena hilang dari pandangan.Persahabatan yang dulu amat membahagiakan hari-hari Carmella makin pudar, syukurlah ada Jessmin disisi Carmella tatkala sedih dan gembira.

“Hai ella…”
“hai Aeryll… “
“ella awak nak jumpa saya ke??? Nak apa???”
“haah… saja.. jom pergi makan kat Pizza hut..”
“jom… awak naik kereta saya..and balik nanti saya hantar awak balik…”
“baguslah..lagipun saya tak bawa kereta hari ni…” ucap Carmella kepada Aeryll sewaktu berada di hadapan perpustakaan, janji temu yang di aturkan oleh Jessmin untuk Carmella berjalan lancar.dia tahu Carmella amat menyukai aeryll kerana Carmella ada menyuarakan kepada jessmin yang Aeryll tak mungkin memilihnya kerana Aeryll menyukai seorang gadis yang dahulu menuntut disini. Tetapi gadis itu telah melanjutkan pelajaran ke Milan.Sesungguhnya memang Carmella tidak berharap aeryll juga ada rasa yang sama dengannya.
“Ella kenapa mata you bengkak tu…” kata aeryll sewaktu menghantar Carmella pulang ke rumah sewanya.
“hah???” Carmella meraba-raba bawah matanya…
“you nangis eh???”
“mana ada” Carmella menunduk.
“tak payah lah you nak selindung dari I …”
“kenapa pula I nak nangis Aeryll… “
“mana tau you ada problem… cuba cerita pada I…”
“I … hmmm…” Carmella mendengus kecil.
“you kenapa???”
“ha… dah sampai pun….” Ucap Carmella untuk mengelak menjawap soalan Aeryll.
“you ubah topik eh..”
“ermmmm…. oK… bye aeryll… thanks for the ride…” Carmella membuka tali pinggang keledar.. dia melangkah keluar dari perut kereta, baru beberapa langkah dia pergi,dia berpatah balik.
“tertinggal pulak handbag…” Carmella tergelak kecil,tapi tak seindah dulu.tiba-tiba terasa lengannya digenggam.
“kenapa ni Aeryll???” Carmella bingung.
“hmmm…” Aeryll memandang Carmella dengan redup,dia mengeluh kecil.
“Aeryll???”
“opss… sorry..sorry…”Aeryll melepaskan genggamannya,Carmella terpinga-pinga dan terus menutup pintu kereta. Aeryll memecut laju kereta Lamborghini Diablo SE berwarna unggunya selepas itu.


Hari berganti hari,minggu berganti minggu.. masalah Carmella dan Khris masih lagi berterusan. Carmella semakin pendiam dan suka menyendiri.. Sharleena masih lagi mencari jalan penyelesaian..
“Leena kenapa kau jauhkan diri dari Jess???” soal Carmella pada Sharleena pada pagi itu sebelum pergi ke kuliah.Sharleena hanya mendiamkan diri.. ingatan Sharleena melayang ke arah setiap perbuatan yang dilakukan pada Jessmin.
“leena sebelum ni kau ok jek dengan Jess.. kenapa jadi macam ni pula????” soal Carmella lagi.
“Ella kau dengar apa yang aku nak kata ni baik-baik…” ucap sharleena sambil menggenggam jari-jemari Carmella.
“hmmm… apa dia???”
“ok… lepas aku investigate punca pergaduhan kau dan Khris…aku dah dapat jawapannya…. Orangnya rapat dengan kau…”
“sapa????”
“Jessmin!!!!!”
“hah??? Tak mungkin…tak mungkin.. dia dah banyak tolong aku… dia cousin aku… dia sentiasa baik pada aku…”
“cousin dan pertolongan tu tak bermakna apa-apa Ella..”manik-manik air mata turun dari tubir mata Carmella.
“beb… relax ok…” belum sempat Sharleena menghabiskan katanya Carmella berlalu pergi…
Carmella duduk bersendirian di tangga di sebuah blok banggunan kolej yang tidak ramai orang lewati dan dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba ada sepasang kaki berhenti di hadapan Carmella dan menghulurkan sapu tangan ke arahnya,dia tidak mencapai sapu tangan itu.Carmella mengangkat wajahnya.
“Aeryll…..” ucap Carmella dalam tangis, Aeryll duduk di sebelah Carmella .Dia memalingkan wajah Carmella ke arahnya…
“you jangan nangis lagi lah…” Aeryll mengelap air mata Carmella menggunakan sapu tangan tadi. Carmella terpaku.
“ I … I ….”Carmella gagap. air matanya kembali bercucuran.Aeryll merapatkan kepala Carmella ke bahunya… Aeryll mengelus lembut jari- jemari Carmella.
“you tak payah terangkan… I tahu…jangan nangis lagi..” ucap Aeryll lembut.Carmella mengangguk perlahan dan mengangkat kepalanya dari bahu aeryll.
“thanks… I pergi dulu….” Carmella bangun dan ingin memulakan langkah,belum sempat dia melangkah terasa tangannya digenggam erat dan dia berpaling…
“nah ambil ni “ ucap aeryll sambil meletakkan sapu tangan di tapak tangan Carmella.
“thanks…” Carmella terus berlari.. dia tak mahu Aeryll menahannya lagi.

Carmella tergerak untuk menghantar mesej kepada Khristeena pada malam itu. tak sangka ada jawapan darinya.keesokkan harinya sebelum masuk ke dewan kuliah Carmella berborak sambil tertawa dengan Khris.Sharleena juga berasa bahagia melihat sahabatnya itu kembali berbaik semula. Jessmin berlalu di hadapan mereka bertiga dengan reaksi wajah yang geram,mereka bertiga ketawa melihat kejadian itu.Jessmin berpaling dan menjeling.
“sakit mata ke kak??” ucap Khris kepada Jessmin.mereka bertiga ketawa lagi,Jessmin terus berlalu pergi.Carmella berpaling,dia merasakan ada orang memerhatikannya tapi tak dapat dijumpai.
'siapa yang memerhatikan aku?'soal hati Carmella.
“kenapa ella???” ucap Sharleena.Carmella menggeleng dan terus masuk ke dalam dewan kuliah.

Hari demi hari jurang antara Jessmin dengan Sharleena, Carmella dan Khristeena semakin jauh.Jessmin semakin mencemburui dan mendendami mereka.dia giat menabur fitnah agar Carmella kembali bergaduh tapi pisang tak akan berbuah dua kali.mereka sedikit pun tidak menghiraukan kata-kata Jessmin.
“aku akan pisahkan korang walau macam mana pun…” ucap Jessmin sendirian dan tersenyum sinis.

Pada petang itu, selepas pulang dari kuliah,Sharleena dan Khristeena ingin menumpang kereta Carmella untuk pulang ke rumah sewa mereka. Dia sudah menanti di tempat kereta tetapi Sharleena dan Khristeena lambat kerana mereka perlu berjumpa dengan Proffessor Adam dahulu.
“Ella sorry lambat!!” jerit Sharleena di seberang jalan.
“tak pe.. dah cepat lah...”
Sharleena dan Khristeena melintas bersama-sama..
DUMMMM!!!!!!! Darah merah pekat terpercik ke wajah Carmella.Sharleena dan Khristeena dilanggar oleh sebuah kereta, kereta itu membrek.Carmella cuba mendapatkan mereka berdua tetapi Carmella di langgar oleh sebuah motor.Carmella tidak dapat bangun, dia mengesotkan badannya ke arah Sharleena dan Khristeena yang sudah terbujur di tengah jalan. orang ramai mengerumuni mereka.
“Leena...Khris... jangan..ting..tinggalkan ak..aku.. aku..sa..sayang korang.. aku...aku tak puas hidup gem..gembira dengan ko..korang...ak..aku tak bo..bboleh hidup tan..tanpa kor..rang..” ucap Carmella dalam sendu.
“El...ella..ja.jangan nang..nangis..ja..jag..jaga diri ba..baik...baik...”kata Sharleena terhenti,dia terbatuk.. darah pekat tersembur ke wajah Carmella.Carmella menjerit.
“st..stop it...aku.sa.yangkan..kau.”ucap Khristeena pula.
“mengucap...khris..Leena...” setelah mereka berdua mengucap dua kalimah syahadah malaikat maut pun menjalankan tugas supaya menarik nyawa mereka.Carmella meraung-raung.. dia hilang kawalan dan menggagahkan diri untuk bangun. dia pergi ke arah kereta yang melanggar sahabatnya itu.pemandunya masih ada di dalam,Carmella menariknya keluar...
“KAU!!! JESS!! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI!!APASAL KAU KEJAM SANGAT..APA SALAH AKU.. APA SALAH DIORANG!!!!!! NI SEMUA SALAH KAU!! KAU MEMANG NAK DIORANG MATI!! SEKARANG PUAS HATI KAU!! PUAS!!! CELAKA HIDUP KAU!! SAMPAI BILA KAU TAK AKAN AKU MAAFKAN!!!” bentak Carmella sambil menggoncangkan tubuh Jessmin. Carmella menampar pipi Jessmin berulang-ulang kali.
“Ella dah la...cukup...”ucap satu suara. dia menggenggam tangan Carmella dan cuba menjauhkannya dari Jessmin dengan menariknya pergi dari situ..Carmella berpaling ke arah suara itu.
“Aeryll!! Lepaskan I.. biarkan I pukul perempuan tak guna tu...”
“stop it dear... tu semua dah tak guna.. Sharleena dan Khristeena tak akan hidup balik walau sekuat mana you pukul dia...” ucap Aeryll lembut, Jessmin melarikan diri setelah terasa dirinya semakin terancam tiba-tiba... DUMMMM!!! Jessmin di langgar lori. semua yang berada di situ terkejut. Carmella pengsan, Aeryll panik. Carmella di kejarkan ke hospital selain daripada Khristeena,Sharleena dan Khristeena.

Sepanjang seminggu carmella berada di wad,dia sering menangis dan merancau.sampai kadang kala doktor perlu memberikannya ubat penenang.Carmella juga tak mahu menerima pelawat. hanya bapa dan ibunya sahaja dibenarkan masuk.
“Ayah.... Ella nak pergi Pulau Redang lepas keluar wad ni...”
“boleh.. Ayah teman..”
“tak payah.. ella nak bersendiri... bolehkan yah.....please....”
“hmmmmmm....alahai Ella biarlah ayah teman...bahaya sorang-sorang....”
“tak payah.. i want to be alone....”
“ok..ok.. nanti ayah uruskan semua kelengkapan...”
“thanks ayah..” Carmella memeluk ayahnya.
Encik Azharil terpaksa melepaskan anak gadisnya pergi walau hatinya berat. lagipun Carmella juga sudah ketinggalan kuliah untuk jangka masa yang panjang.

“Aeryll... apa you buat kat sini....macam mana you tahu I kat sini???”ucap Carmella di tepi persisiran pantai Pulau Redang.
“Ayah you yang bagi tahu you ada kat sini.. ye lah.. banyak kali I cari you kat rumah tapi tak ada....”
“I tak nak dengar apa-apa lagi.. please leave me alone!!!!”
“you tak boleh sendiri... I nak temankan you.. biar I jadi pengganti Sharleena dan Khristeena...”
“tak!! You tak boleh ganti diorang...leave me alone Aeryll!!!” Carmella berdiri mencekak pinggang... jarinya di tundingkan ke arah lain.
“I love you.. i need you..... like you love me and need me...” ucap Aeryll sayu, Carmella tergamam. dia menunduk dan membisu..
“ I tahu I tak layak ganti mereka...tapi izinkan I bahagiakan you...I sudi jadi peneman suka duka you... I dah sedar yang I sudah cintakan you...”ucap Aeryll lagi.
“tapi Aeryll.. you suka orang lainkan...you pernah tolak cinta I, tak payah lah you kata you suka I.. cintakan I atas dasar simpati...mustahil you sukakan dan cintakan I”
“maaf I pernah tolak cinta you. I buta Ella..Buta!I cintakan you ikhlas.. tiada simpati...you harus tahu yang selama ini I selalu perhatikan you...ambil berat tentang you... semua tu terjadi tanpa I sedari... yelah semenjak I tahu you sukakan I...I juga sentiasa cuba ada di sisi you bila you memerlukan seseorang.. I cuba jadi pendengar yang terbaik...”Aeryll menatap wajah carmella sayu.
“Aeryll....leave me alone”
“no! I wont leave you!...”
“Aeryll terima kasih...”
“tak perlu you ucapkan terima kasih kerana I buat semua tu atas dasar cinta....I yang patut ucapkan terima kasih kerana you bersabar menanti cinta I...”
“I...I dont know what to say....” Carmella menggeleng.
“just say yes or not...”
“hah????”Carmella terpinga-pinga.
“will you marry me????”

“Aku tak kan melupakan korang Leena..Khris...korang tak kan luput dari ingatan ku...Ya Allah kau tempatkan lah mereka dalam golongan orang-orang yang kau kasihi....dan beriman...pada mu juga Ya allah aku bersyukur kerna pernah menganugerahkan sahabat yang baik...aku juga bersyukur padamu kerna menganugerahkan insan yang bisa membahagiakan dan menyayangi diriku...”Carmella menutup album gambar. dia memejamkan mata sebentar kerana menahan sebak atas pemergian sahabat yang di sayangi setelah 7 tahun berlalu.
“assalamualaikum.... Ella.. oh Ella... abang dah balik ni....”
“ye lah mama cepat lah buka pintu Ina dah lapar ni....”ucap satu suara kecil menyelit dari suara lelaki yang kedengaran di muka pintu...carmella gegas berlari ke muka pintu dan membukanya.
“sorry...mama tak dengar lah...dah masuk.. pergi salin baju Ina... abang pun.. kita makan sama-sama.....” kata carmella selepas bersalaman dengan suaminya, Aeryll Fazhee.

Malam itu mereka tiga beranak, Carmella Tarisha. Aeryll Fazhee dan anak mereka Sharleena Khristeena yang kini berusia 6 tahun duduk bersama menonton televisyen.
‘terima kasih ya allah atas semua kebahagiaan ini setelah kau membawa pergi sahabat yang aku cintai...’ getus hati Carmella,air matanya menitis di pipinya yang mulus itu.
“mama... kenapa mama nangis?? Ayah tengok mama ni...” ucap sharleena khristeena setelah melihat ibunya menangis...
“Ella..janganlah nangis lagi... yang dah berlalu biarkan berlalu...abang faham Ella sayangkan diorang sangat-sangat”ucap suaminya sambil mengelus lembut jari jemarinya seperti suatu ketika dahulu.
“mama ni mesti pasal kawan mama yang mama ceritakan dulukan?mama jangan nangis... kan Ina ngan Ayah ada....”Sharleena khristeena memeluk mamanya.
‘‘hhmmmm.. ye lah sayang..” Carmella mengucup lembut ubun-ubun rambut anaknya.
TAMAT

cerita bermotifkan
persahabatan dan cinta
maaf kalau cerita ini
tak best,tak kemas
karya ini amat bermakna buat aku
coz ini karya pertama aku tulis dulu
dan cerita ini 1/4 daripadanya adalah
pengalaman aku!

0 Komen: