Tuesday, July 13, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 2




♥lagu tema BCIP♥


"Ummi Risa pergi dulu. Abang Darwish sudah sampai di laman rumah itu" Azrisa menghampiri umminya yang sedang menonton segment soal agama Islam di kaca televisyen. Mendengar kata-kata Azrisa yang kasar di gegendang telinga membuatkan nurani hati ibu tua itu terguris kecil.

"hati-hati ya sayang♥. Nanti kamu jangan duduk sebelah Darwish kamu itu, duduk belakang. Takut nanti menimbulkan syak pula. Mari sini ummi nak cium pipi kamu" Azrisa menghampiri Umminya dalam terpaksa. Adakah patut dia suruh aku duduk belakang Ummi ni. Itu kekasih♥ aku. Mesti duduk sebelah akulah! Azrisa bergerak laju keluar dari rumah. Umminya dibiarkan begitu sahaja. Tiba-tiba dia terasa yang dia terlupa sesuatu. Dari luar Azrisa melaung.

"Ummi duit Risa dah habis! jangan lupa Bank In. Nanti mati kebulur anak Ummi ni" Azrisa terus pergi menghampiri kereta kekasih pujaan hatinya itu. Dari tingkap rumah Puan Ramlah melihat anak gadisnya itu tetap juga di tempat duduk disebelah pemandu. Azrisa sayang♥ Ummi. Kenapa degil sungguh kamu sayang♥. Tiba-tiba manik air mata turun dari tubir mata tuanya.

"sayang♥ apa kata kita ramai-ramai pergi tengok wayang hari ini? GSC paling sesuai.." Darwish melunakkan suara memujuk Azrisa. Walang hatinya melihat si gadis pujaan bermuram durja sejak awal masuk ke dalam perut keretanya. Hati Azrisa yang dingin seperti ais melebur setelah gegendang telinganya menangkap alunan suara itu. Senyuman melebar di bibirnya yang comel.

"anything for you dear♥ " Azrisa menggenggam lembut jari jemari Darwish yang berada di stereng kereta. Bunyi batuk yang sengaja di buat-buat mengejutkan Azrisa. Pantas tangannya dialihkan. Wajahnya merona kemerahan.

"nak buat adegan romantik♥ bukan sini. Di rumah lah cik adik dan cik abang oi! cepat-cepat kahwin" Nizam yang duduk dibelakang dengan selamba mengeluarkan kata-kata yang memanah hati Azrisa dan Darwish. Azrisa tersipu malu lagi dan Darwish mula gelabah. Kahwin? Apa itu?

BERSAMBUNG
(perlukah cerita ini disambung lagi??)

♥ BACA BAHAGIAN 1