Friday, July 23, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 3




♥lagu tema BCP♥

"Perlukah aku kahwin dengan Azrisa tu? Dia dengan macam langit dengan bumi. Aku kacak, dia alahai lagi cantik nenek aku. Macam mana ni. Dia seriuskah nak ada hubungan lebih dari awek aku saja" Darwish berulang-alik di dalam biliknya. Sesekali rambutnya dilurut-lurut kebelakang. Seketika pula kepalanya digaru kasar walaupun tidak gatal.

"argh!!! ini betul-betul gila. Dia hanya aset aku. Lombong duit. Aku Azrisa. Azrisa aku. Darwish Azrisa. Alahai memang tak kena langsung lah!!!" Darwish menjerit sekuat-kuat hatinya. Ketukan dipintu bilik membuatkan Darwish terdiam. Pintu rumah teres kos rendah itu dibuka malas.

"kau ni kenapa Wish. Cakap sorang-sorang macam orang sasau. Menjerit sana-sini. Kau dah mental disorder ke? Menganggu aku nak tidur malam-malam buta ini. Aku bagi penampar sekali bisu baru kau tahu agaknya. Kau nak aku telefon Tanjung Rambutan ke? Sekarang jugak pun boleh. Nasib baik aku ni tak sakit jantung alamat kalau ada sakit tu mati terkejut tahu tidak." Tanpa titik noktah Nizam melancarkan bebelan mengalahkan perempuan.

" Okay aku minta maaf. kau ni membebel tak reti nak meletak koma atau noktah ke. Bengong aku hendak fahamkan satu-satu perkataan kau. Laju mengalahkan Bullet Train!" Darwish pula melepaskan geramnya. Nizam hanya tersenyum kambing menampakkan barisan giginya yang karat dek tabiat merokok tegar!.

"Aku sebenarnya aku..aku..." Nizam membuat muka bosan. Cakap tersangkut-sangkut. Sudah gagap apa agaknya kawannya ini.

"aku apa!" sergah Nizam. Darwish menarik tangan Nizam ke sofa di ruang tamu. Setelah menghenyakkan punggung masing-masing, Darwish mengeluarkan keluhan panjang. Dahinya sudah berkerut seribu.

"Aku takut si Azrisa itu nak serius dengan aku lah." Nizam mengangkat kening kirinya. Pelik. Bermadu asmara. Berpimpin tangan sana- sini. Berkepit tanpa kenal mahram atau tidak tapi takut hendak menjalinkan hubungan serius. Manusia......

"Boleh bagi aku sebab kenapa tak mahu serius? Aku tengok dari gaya kau memang tangkap cintan dengan Azrisa tu. Dia lagi lah bercintan-cintan~" Darwish merenung muka Nizam seperti mahu menelannya. Darwish mengangkat punggung. Kini berdiri tegak dihadapan Nizam.

"Kau gila aku hendak kahwin dengan dia! Nak mampus!" Darwish bersuara lantang. Nizam terperosok ke sofa terkejut mendengar suara Darwish yang keras dan menikam itu. Pandangan Darwish yang mencerlung api kemarahan juga meragut tangkai jantung Nizam untuk luruh!

BERSAMBUNG...
(maaf kerana sambungan yang agak lewat! busy exam)

0 Komen: