Saturday, July 31, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 4




♥lagu tema BCP♥

Selepas insiden Darwish mengamuk semalaman, Nizam tidak berani mahu menyuarakan apa-apa lagi. Takut kali ini mukanya ditumbuk pula. Manalah tahu Darwish boleh bertindak se-ekstream itu.

"aku nak keluar. Azrisa nak jumpa." Darwish melangkah keluar dari muka pintu. Nizam yang berada di hadapan kaca televisyan hanya mengangguk. Tidak mahu mengulas isu semalam. Bunyi deruman kereta mengisyaratkan Darwish sudah pergi.

Hari ini Darwish akan membawa Azrisa ke Sungai Melaka. Teringin pula katanya si gadis itu mahu naik bot. Macam-macamlah perangai rungut Darwish. Tetapi mana mungkin dia suarakan rasa tidak puas hatinya pada Azrisa, nanti lari pula si lombong duit itu. Sabar demi kepentingan yang lumayan. Gelak jahat bermaharajalela di minda Darwish.

"Wish" suara lembut Azrisa mematikan lamunan Darwish. Darwish mencari-cari jari jemari Azrisa untuk digenggam. Kononnya tanda kasih sayang menggunung!. Hati Azrisa menjadi berbunga-bunga melihat perlakuan Darwish yang sungguh romantik.

"Wish, Risa sayang sangat pada Wish. Risa mahu hidup sehidup semati dengan Wish. Mahu punya keluarga dengan Wish. Wish apa kata kalau Wish masuk meminang?" Darwish terkedu. Air liur yang ditelan terasa kasar dan perit. Mindanya kalut mencari alasan.

"Sayangku Azrisa, Siapa yang tidak mahu beristerikan isteri secantikmu, semanis mu, sebaik dirimu. Wish juga mahu hidup semati denganmu. Mahu punya keluarga denganmu tetapi sayangku Azrisa, kamu masih belajarkan. tumpukan dulu pada pelajaran. Wish tidak mahu tanggungjawab berkeluarga membebankan Risa." Manis menggula ayat Darwish. Azrisa terharu.

"Tapi Risa mampu. Asalkan Risa dengan Wish." Azrisa kau memang lurus. Tidak tahu permainan si lelaki hidung belang ini. Si pembelot cinta ini. Kau hanya mangsa!. Azrisa tidak mencelikkan matanya kerana cinta.

"Sayang, Wish ini siapa yang mahu digandingkan dengan gadis yang berkelulusan universiti sepertimu. Kerja tidak menentu, gaji tidak seberapa. Wish takut Risa menyesal nanti. Wish takut Wish akan buat anak orang menderita hidup dengan Wish yang hina ini" Cis! Darwish memang hebat bermain kata-kata. Dasar lelaki Romeo. Buaya darat, buaya tembaga.

"Wish jangan cakap macam itu, Risa tak kisah lah. Risa bukan gadis materialistik. Risa sanggup berkongsi segala dengan Wish. My money also your money" Azrisa sudah gila. Salah pegangan kata-katanya itu. Sewajarnya 'My money, my money. Your money, my money'. Azrisa gila, memang gila. Buta tidak celik-celik.

"Betul?" Darwish tersenyum mempunya niat mendalam. Nampaknya ada agenda baru. Oh Sayangku Azrisa. Bodohnya kamu!.

BERSAMBUNG...
(sudi lagi membaca?)

0 Komen: