Sunday, July 18, 2010

KAU PERGI ♥



lagu tema KP


"lama tidak kau pergi China?" Amira merenung mata bundar sahabatnya itu. Dalam menikam. Sahabatnya itu hanya menunduk dan mengangguk. Emosinya bergolak.

"Shera, aku akan rindu kau. Aku akan ingat persahabatan kita. Kau simpan lagi gelang itu? nanti kalau kita jumpa lagi. Selagi hayat kita dikandung badan. Kita pakai ya gelang itu. Tangkap gambar sama-sama. Macam dulu aku cakap itu gelang persahabatan kita. Bila kau tengok gelang itu ingat aku. Aku juga akan sentiasa ingat kau" Amira menahan tubir matanya yang semakin memberat.

"Aku akan sentiasa pakai. Aku tak akan lupakan kau" Pantas Shahira merangkul Amira. Erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Matanya sudah mula bergenang. Suasanan riuh di KLIA itu seolah-olah sunyi seketika. Tidak lama kemudian pelukan dilepaskan.

"Kita sahabat, kita saudara tetapi kita bukan kawan bukan juga lesbian" kata-kata Amira itu membuatkan Shahira ketawa. Mana mungkin orang tidak tersalah menilai apabila sebelum ini mereka selalu melihat Amira dan Shahira berkepit sahaja. Gaya pemakaian yang agak-agak serupa. Barangan yang dibeli juga serupa. Suara pihak pengurusan KLia memanggil penumpang pesawat yang akan ke China membuatkan lamunan mereka berdua terurai. Dengan lemah Shahira bangun dari tempat duduknya. Amira membuntutinya. Air mata di tahan lagi.Shahira mula bergerak ke pintu masuk. Sekali lagi Amira dipeluknya. Dan yang pasti untuk terakhir kali.

" Dah-dah. dia dah buat panggilan kedua masuklah. Selamat tinggal sahabat" Shahira mengangguk dan masuk. Amira hanya melihat dari tepi pintu masuk. Lambaian Shahira seolah memanggil Amira mendekati.

"Beb, boleh tidak kau ikut aku. Aku akan rindukan kau kalau kau tak ada.." Shahira mengenggam erat jari jemari Amira. Air matanya jatuh. Amira hanya menggeleng lemah.

"kau pergilah. tidak mengapa. Kita pasti akan jumpa lagi. Ingat aku rindukan kau. aku sayang kau. Pergi ya?. Jaga diri. Jaga maruah. Jaga kesihatan. Jaga iman" Shahira melepaskan genggamannya dan terus masuk.

Sahira mula hilang dari pandangan. Beberapa minit berlalu amira masih termangu disitu. Pesawat telahpun berlepas. Dan di saat itu Amira meraung sekuat-kuatnya menyebut nama Shahira hingga dia terjelepok jatuh.

"Shera jangan tinggal aku, aku sayang kau..Shera....." Raungan terus menerus tanpa mempedulikan kata-kata orang mahupun pandangan orang. Baginya perpisahan itu terlalu berat.

" eh, menangis macam mati laki. entah apa-apa entah" suara itu membuatkan Amira masih lagi menangis dan menangis. Dengan langkah longlai dia keluar dari bangunan KLIA itu. Tangisan itu berterusan setiap kali selepas tidurnya. Air mata menjadi penyambut pagi hari.

TAMAT
Jasin,9.15 a.m
"ini merupakan mimpi aku pada malam tadi. benar aku tak tipu. wataknya juga benar. benar air mata aku masih meleleh pagi tadi cuma fakta pergi ke china itu tak wujud. serius aku terkejut aku menangis ♥. So cerita ini dedicate to Shahira Yusaida Yahya."


0 Komen: