Saturday, August 14, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 5



♥lagu tema BCP♥

Azrisa menyanyi-nyayi riang. Gembira tak sudah. Dua minggu lagi dia akan bernikah dengan Darwish kesayangannya. Walaupun Ummi dan Walidnya melarang pernikahan ini berlangsung tetapi dia tetap berkeras. Akhirnya, demi rasa sayang sang ibu dan bapa pada si anak, keinginan anak gadisnya direlakan.

Semua persedian hantaran, pakaian, persandingan dan segalanya yang berkaitan dengan perkahwinan itu kali ini ditaja sepenuhnya oleh Azrisa. Darwish hanya perlu menyumbang tenaga dan masanya sahaja yang selama ini tidak pernah berharga. Kalau soal duit mungkin Darwish hanya mengeluarkan kurang daripada RM500. Tiada majlis merisik mahupun bertunang terus bernikah. Persandingan mesti hebat mengalahkan anak penghulu kampungnya!.

Petang ini Azrisa dan Darwish akan pergi mencuba baju pengantin. Baju kebaya dan baju melayu berona biru laut menjadi pilihan bakal raja sehari ini. Ahh! ini semua gila. Azrisa mabuk, mabuk kepayang. Buta lagi tuli. Tidak lagi boleh dilihat kedurjanaan Darwish walau dalam terang.
Gila-Gila.

'Seronok betul kahwin dengan perempuan macam ni. Semua dia taja. FUH! Tak adalah kering poket aku. Lombong duit-lombong duit ' Getus hati Darwish sewaktu menanti Azrisa yang sedang mencuba pakaian pengantin. Telefonnya berdering. Lagu Baby nyanyian Justin Bieber membuatkan dia tersenyum. Si pemanggil yang cantik lagi molek menanti.

"Baby, where are you. i miss you very much! you dah tak sayang I lagi ke" suara dari corong telefon menggeletik manja menampar gegendang telinga Darwish. Senyum Darwish melebar. Mangsa kedua. Dalam hatinya menyanyi-nyayi bangga.

senangnya dalam hati dapat kawin seponsor..
seperti dunia ana yang punya..
senangnya dalam hati dapat mangsa kedua..
seperti akhirnya ana kaya raya!!

" I sayang you. But sorry sayang I busy sekarang. I janji esok kita keluar. I janji. Okay?. Love you. Bye Babe" Telefon bimbitnya lekas disorokkan di dalam poket seluar setelah merasakan si bodoh akan keluar dari ruang persalinan. Azrisa keluar dengan senyuman meleret. Baju yang ketat seperti sarung nangka diperagakan dengan bangga di hadapan Darwish.

"Sayangku Azrisa... Kau cantik seperti bidadari syurga" Azrisa tersenyum kembang dipuji. Darwish ketawa menyetan di dalam hati!

BERSAMBUNG
(okay tak nie?)

0 Komen: