Saturday, August 21, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 6


♥lagu tema BCP♥


[Pak-kepak-kepak-kebum-kebum-kebum] Bunyi kompang yang kuat mampu mengegegarkan jantung sesiapa pun. Pengantin lagi lah. Sudahlah diarak dekat 200 meter. Orang yang berkompang betul-betul dibelakang. Mahu tidak gugur jantung. Dalam hati kedua mempelai pula menahan debar disamping menahan terkejut mendegar kompang yang dipalu.

Darwish sudah kawal kehenseman. Azrisa pula kawal cun. Tapi dia tidak sedar agaknya mak cik-mak cik yang tengah menapak bawah khemah sedap 'menganyam ketupat' tentang dia. Mana tidaknya kahwin tiba-tiba. Majlis tunang pun tidak pernah ada. Pelik.

"Kau tak pelik ke Midah, anak si Ramlah itu tiba-tiba aje kahwin. Tunang pun tak ada. Majlis merisik pun aku tak pernah dengar. Entah-entah..." Mak Cik Melah sudah memuncungkan bibir.

"Entah-entah kena tangkap khalwat tidak? Manalah tahu dekat Melaka itu dia buat apa-apa. Mak dia kat sini, jadi apa dia tahu. Tak begitu Melah" Mak Cik Melah mengangguk-angguk bagai burung belatuk. Bunyi batuk halus yang muncul di antara orang tua yang kuat mengumpat itu membuatkan kedua-duanya berpaling kebelakang. Ramlah.

"Anak aku tidak macam itu. Sudah-sudahlah kamu hendak mengumpat. Aku jemput suruh raikan majlis anak aku ini kau buat tahi di sini" Kasar. Puan Ramlah memang marah. Kemarahannya tahap maksima. Dia tidak suka orang mengumpat anaknya. Seburuk-buruk Azrisa itu, dia tetap anaknya.

Mak Cik Melah dan Mak Cik Midah menelan air liur. Tersentap mendengar kata-kata yang tajam bak sembilu. Mereka berdua segera bangkit dan terus pergi ke tempat buffet makanan. Padan muka, mengumpat sahaja tahu.

Puan Ramlah bergegas masuk ke dalam tandas yang berada dekat dengan balai raya itu. Air mata jernih mengalir daripada tubir matanya. Azrisa kenapa buat ummi macam ini. Astagafirullahaladzim. Setelah lima minit wanita tua itu berteleku, dia segera keluar daripada tandas. Berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Suasana diluar kecoh. Puan Ramlah bingung. Apa yang telah terjadi. Dia bergegas ke bawah khemah pengantin yang dikerumuni orang ramai. Dilihatnya seorang gadis berpakaian ketat ala-ala nangka terdedah sana-sini sedang menjerit-jerit, memaki hamun lalu membentak-bentak Azrisa dan Darwish.

"Kau memang celaka Wish, sanggup kau kahwin dengan perempuan sundal ini. Aku dah bagi macam-macam pada kau! Kau balas macam ini..Memang dasar jantan tak guna!" Gadis itu mencapai garfu yang berada dimeja pengantin itu. Meja makan itu dinaiknya. Darwish, Azrisa dan semua terperanjat. Darwish kaget tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Gadis itu melompat ke arahnya bersama garfu dan.........

BERSAMBUNG
#sambungan pada setiap hari sabtu

0 Komen: