Friday, August 27, 2010

BIARKAN CINTA ITU PERGI ♥ 7


♥lagu tema BCP♥

S
appp... bercalar muka pengantin baru itu. Darah yang kononnya manis itu menitis-nitis diatas baju pengantinnya. Orang ramai menarik gadis itu turun daripada terus menimpa batang tubuh Darwish. Si Darwish sudah memegang pipinya yang berdarah. Azrisa berlari mendekati suaminya itu. Dipapahnya Darwish bagun semula.

G
adis itu meronta-ronta supaya dilepaskan daripada pegangan. Gadis itu terlepas, Kali ini dia cuba menyerang Azrisa tetapi Darwish telah menolak gadis itu sehingga tersungkur ke belakang. Kali ini wajah Darwish mula membengis. Berani betul perempuan ini hendak mencederakan lombong emas aku!.

"K
au pergi dari sini! aku tidak pernah suka pada kau. Kau yang salah sangka, aku anggap kau adik aku. Kau memang gila! menyesal aku tolong bawa kau keluar daripada pusat pemulihan akhlak!. Kau yang sendiri sudah lama rosak hendak salahkan aku pula. Ingat sekali kau cuba sentuh isteri aku, aku humban kau ke lokap" Darwish menengking lantang, dan sebagai satu fakta disini Darwish menipu. Gadis itu bukan datang dari pusat pemulihan akhlak!.Jadi, kali ini semua tetamu majlis melemparkan kesalahan pada bahu gadis itu. Darwish kelihatan suci sekali saat itu.

A
zrisa sudah memeluk lengan Darwish sambil menangis-nangis. Puan Ramlah yang terpaku daripada tadi cuba menghampiri Azrisa. Bahu Azrisa ditepuk-tepuk lembut. Naluri keibuannya sudah menyedari ini baru permulaan masalah!. Walaupun Puan Ramlah berasa tidak sedap hati dia sempat berbisik kepada Azrisa supaya pergi mengubati luka menantunya itu. Gadis itu sudah berlari meninggalkan majlis si bedebah itu. Semua mata memerhatikannya.

"Suatu saat nanti akan aku kembali mencari kau Darwish demi sesuatu yang dipanggil maruah dan isi yang kau tinggal dalam hidup aku." Gadis itu menahan teksi dan terus menghilang daripada pandangan orang ramai. Darwish berasa lega bukan kepalang. Selesai satu penghalang.

"Minta maaf dengan apa yang terjadi tadi, para hadirin sila ke tempat duduk masing-masing untuk menjamu makanan semula." Juruhebah majlis cuba menenangkan keadaan. Darwish dipapah masuk ke dalam bilik yang berada berhampiran dengan balai raya.

"Abang tidak apa-apa, kejap Risa ambil peti kecemasan." Azrisa menghilang dan kembali semula selepas itu. Pipi Darwish disapu iodin dan ditampalkan plaster. Saat itu Darwish terasa seperti diri disayangi. Ah, persetankan soal sayang. Darwish masih menafikannya.

"Sakit" Azrisa menyoal sepatah dan dibalas dengan gelengan Darwish. Saat itu entah macam mana Darwish boleh tergerak untuk mencium sekali lagi dahi Azrisa. Azrisa tersenyum malu. Dia yakin Darwish menyayangi dirinya, ternyata ummi tersilap perhitungan.

'A
pakah perasaan yang aku rasakan ini? mustahil aku suka dia' Darwish bertarung dengan perasaan sendiri selepas mereka berdua keluar semula menuju ke tempat makan beradab.

BERSAMBUNG...
(raya dah dekat, trial dah dekat,spm dah dekat nampaknya ada harapan cerita ini kena tangguh)

2 Komen:

hajar's blog said... [Reply]

sambung la ceita ni,,

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@hajar's blog

nanti ada masa saya sambung okey... skrng tumpukan miss violence sy :)