Sunday, August 01, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU ♥

♥khas untuk pertandingan dianjurkan Ezany-kun.

بسم الله الرحمن الرحيم


"Dalam surah an-nur ayat 30-31 ini Allah telah ingin menjelaskan kepada umatnya bahawa Allah mewajibkan orang beriman lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri dan memelihara aurat masing-masing. Setiap mukmin dilarang melihat perkara-perkara yang diharamkan. Kaum wanita dilarang menunjukkan perhiasan yang tersembunyi dengan apa cara sekalipun. Mereka yang terlanjur hendaklah bertaubat" kata-kata Ustaz Fakhri meresap ke dalam saraf-saraf minda Crissandra. Bagi gadis bermata biru itu, Islam itu indah.

Nabi SAW bersabda: Agama islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat dalam agama melainkan dia akan kalah sendiri (riwayat Bukhari)


Walaupun Crissandra dilahirkan dalam keluarga yang tidak mempercayai mana-mana agama, Ateis, entah bagaimana dia telah mula jatuh cinta untuk mendalami agama ajaran Nabi Muhammad SAW itu.

"Ustaz apakah itu aurat?" Loghat melayunya disulami loghat Inggeris. Ustaz muda itu menerangkan bahawa aurat itu ialah bahagian tubuh badan seseorang yang wajib dilindungi daripada penglihatan ajnabi atau mahram. Anggukan Crissandra membuatkan ustaz itu tersenyum kecil. Sekali lagi Crissandra bertanya apakah itu batasan aurat lelaki dan perempuan, dengan lancar dia dapat menjawabnya. Tiba-tiba terdetik dihati Crissandra yang awal pertemuannya dengan ustaz itu iaitu tiga bulan yang lalu, tidak pernah sekalipun matanya mahupun wajahnya ditatap lama. Adakah ustaz itu malu atau sama seperti firman di dalam Al-Quran ini agar menjaga pandangan mata?.

Masa berlalu dengan pantas . Waktu 60 minit itu bagaikan enam minit. Penerangan ustaz itu tentang batas-batas pergaulan dalam Islam benar-benar menarik hati nuraninya.

"Cik Crissandra sekarang sudah pukul 4.30 petang. Saya mahu solat asar dahulu. Saya rasa cukup sampai sini pembelajaran kita. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Ustaz Fakhri mengangkat punggung daripada bangku kerusi di Taman Rekriasi Ayer Keroh itu. Crissandra hanya menghantar pemergian ustaz muda itu melalui ekor matanya. Sebentar, mindanya terfikir sesuatu!

"Ustaz, can you accompany me to buy baju kurung and veil tomorrow?" Ustaz Fakhri berhenti melangkah dan berpaling ke arah Crissandra. Bibirnya menguntum senyuman dan mengangguk perlahan. Lelaki bersongkok itu berlalu pergi. Hati Crissandra damai mengatakan Islam itu indah, umatnya juga begitu indah.

Pukul 10 pagi, Ustaz Fakhri sudah menanti dihadapan Melaka Batik House. Peluh-peluh dingin mula keluar didahinya. Crissandra berlari-lari anak menghampirinya. Dia hanya berpakaian kasual, rambutnya yang perang dan kerinting dihujung rambut dibiarkan lepas. Pandangan lelaki berkulit kuning langsat itu segera dialihkan daripada terus menatap gadis itu.

Mereka berdua melangkah masuk ke bangunan itu. Rambang mata Crissandra melihat pakaian yang serba indah disitu. Batuk halus yang keluar dari kerongkong ustaz itu mengejutkannya.

"Jangan tamak, itu amalan syaitan. Pilih hanya yang perlu. Cik Crissandra pilihlah baju yang tidak mengikut susuk tubuh dan tidak jarang agar tidak dapat menampakkan perhiasan diri. Saya tunggu disana." Crissandra mengangguk. Pakaian demi pakaian dibelek dan dicuba. Sepasang baju kurung berwarna merah berbunga putih dengan selendang yang berona serupa dibayar di kaunter.

Hari isnin, seperti biasa pengajian agama diteruskan. Ustaz Fakhri sudah menanti di meja biasa.

"Maaf ustaz saya lambat sedikit. Saya perlu bantu my little brother in his assignment". Ustaz Fakhri berpaling ke belakang untuk melihat pemilik suara itu. Masyallah, ini manusia atau bidadari syurga!. Ya Allah indahnya ciptaanmu ini. Subahanallah, Benar saat itu Crissandra sungguh jelita, dengan memakai baju kurung dan selendang yang dibelinya minggu lepas.

"Ustaz..."suara itu mengejutkan lamunan Ustaz Fakhri.

Firman Allah SWT dalam surah an-nur ayat 30:
katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka....


Astagfirullah al-azim, apa yang aku buat ini!. Ya Allah, ampunkan aku. Kau peliharalah pandanganku. Aku hanya ingin membantunya mendalami agamamu. Ustaz Fakhri hanya tersenyum lesu. Pengajaran hari ini berkisar perkahwinan dalam Islam. Satu jam berlalu pergi dan pembelajaran sudah tamat. Sebelum ustaz itu pergi, dia menghadiahkan Crissandra sebuah kotak yang tidak diketahui isinya. Entah kenapa hari itu Crissandra terasa sayu untuk melepaskan ustaz itu pergi. Di dalam kereta, pemuda yang berumur 25 tahun itu berteleku sendiri, mengucap panjang dan memanjatkan doa kepada Allah SWT.

"Ya Allah, inikah yang dinamakan cinta tetapi adakah perasaan dan juga keputusan ini benar Ya Allah. Aku dan dia berbeza. Dia masih berpegang pada Ateis walaupun dirinya senang mendampingi Islam. Aku dan dia dipisahkan batasan, adat dan syariat. Ya Allah andai dia untukku kau permudahkanlah. Andai tidak kau jauhkanlah." Enjin kereta mulai panas, penghawa dingin mulai sejuk. Fakhri memandu keretanya ke jalan utama. Moga keputusan yang telah dipilihnya itu betul. Dia menghitung segunung harapan pada gadis itu dan dia redha dengan jawapan yang bakal diterima.

Crissandra tiba di rumah dua tingkat milik keluarganya. Dengan langkah longlai di menuju ke biliknya ditingkat atas. Tombol pintu bilik dipulas....

"Crissandra! Why are you wearing this kind of cloth. Here, Over here now! Why do you read this kind of books?. Islam and what so ever. Are you insane!" Crissandra berundur ke belakang. Suara itu benar-benar mengejutkannya. Papa! hanya itu yang boleh dikatakan.

"Tonight, I will send you back to England and stay alone over there. Dont you ever dare to try to study about Islam again. I know why do you become like this. It must because of that stupid ustaz!" Tiada apa yang boleh Crissandra ucapkan, hanya tangisan dapat diluahkan. Crissandra tidak mahu melawan papanya. Dia bimbang jika papanya mengamuk seperti suatu ketika dahulu. Saat itu juga dia teringat kata-kata Ustaz Fakhri agar tidak melawan kata-kata ibu bapa.

Firman Allah dalam surah Al- Isra' ayat 23-24:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil


"Pack your bags now Sandra!" suara papanya menggegarkan gegendang telinga Crissandra. Papanya berlalu pergi ke tingkat bawah dengan hati yang membahang. Crissandra mula mengemas , secara sembunyi-sembunyi dia membawa sekali kotak misteri yang dihadiahkan Ustaz Fakhri dan buku-buku agamanya. Dihatinya kini nekad bahawa dia akan tetap mendalami Islam di England. Cintanya pada Islam tetap diteruskan. Selamat tinggal kekasih Allah, Fakhri.

3 TAHUN BERLALU♥....

"Assalamualaikum..." suara itu mengejutkan Ustaz Fakhri yang sedang duduk berehat ditempat yang suatu ketika dulu dijadikan tempat mengajar gadis mat saleh agama Islam. Gadis mat saleh itu hilang tanpa berita dan juga jawapan yang dinanti hingga kini!. Pandangan Ustaz Fakhri terpana seketika saat berpaling ke suara yang menghulurkan ucapan salam. Gadis itu, dia kembali. Gadis yang dicintai dan dirinduinya kerana Allah SWT. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya saat itu. Cinta itu satu anugerah terindah daripada Allah SWT.

Gadis itu menerima cinta sucinya. Dia pasti hanya dengan melihat sepasang baju kurung dan tudung litup yang dipakai oleh gadis itu. Ya benar, itu hadiah yang telah diberikannya tiga tahun lalu. Cincin yang pernah ada dalam kotak itu kini elok tersarung di jari manis si gadis bermata biru! yang dikasihi, yang disayangi keranaNYA Ya Rahman, Ya Rahim. Terima Kasih Ya Allah.

INGATLAH
  • jagalah pandangan matamu
  • janganlah bersifat tamak
  • sabar dan redha dengan setiap perkara yang berlaku
  • hormatilah ibu bapa anda
  • jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah
  • jagalah batas pergaulan anda





Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan
keteguhan iman
insan yang berkasih

♥SEKIAN♥

4 Komen:

LuVidA^^ said... [Reply]

karya yg menarik. gud lux kontes tu :)

Anonymous said... [Reply]

sdfsdf

Khairi said... [Reply]

kena kasi saspens sikit :)

nice one.

myra_zoe said... [Reply]

okey... tq