Saturday, December 11, 2010

BUAT YANG DICINTAI 1 ♥


Okey, aku nak perkenalkan entry surat cinta. Aku tak tau lah
sampai ke berapa entry surat akan muncul. Kiranya macam surat
untuk seorang yang dicintai tapi tak disampaikanlah
dan bukan surat cinta aku ye.Macam di atas,
tajuknya BUAT YANG DICINTAI.
Selamat membaca.



Assalamualaikum..

Buat awak yang saya cintai, sudah bertahun kita berkenalan tapi entah bagaimana saya tak tahu bagaimana nak memulakan kata. Lama menyepi buat saya buntu dan bisu untuk mencari ayat. Saya mulakan semua ini dengan bismillah, moga awak dapat mengerti apa semua ini.

Awak kita tak pernah bercakapkan, hanya tulisan menjadi alat bicara. Tetapi entah bagaimana saya jatuh cinta pada awak. Kita kenal guna social networkkan. Mungkin kalau orang tahu dia orang akan kata saya bodoh sebab jatuh cinta menggunakan laman sosial.

Dulu saya memang tak ambil tahu tentang awak. Kita pernah chatting tapi tak lama kerana masa itu saya punya hati pada yang lain. Saya tahu awak memang baik. Awak banyak menasihat. Awak banyak membimbing. Cuma masa itu saya buta. suka pada orang yang tak sukakan saya.

Saat saya sedar, awak yang saya cari. Awak sudi mendengar walaupun saya selalu tidak pedulikan awak. Lama kelamaan saya sedar saya mahukan insan seperti awak. Dulu saya pernah cuba berterus terang pada awak yang saya suka pada awak, dan awak kata belajarlah dahulu. Awak bukan orang baik. Saya dapat terima sebab masa itu saya bukan betul-betul ada rasa apa-apa.

Tapi sekarang lain. Awak tahu, bila awak tenangkan saya dengan ayat-ayat awak, awak ada saat saya sedih, saat awak menasihatkan saya, saat awak buat saya ketawa dan bermacam lagi ragam awak barulah saya sedar yang saya sudah jatuh cinta.

Dulu saya buta sebab tak nampak kewujudan awak. Tapi sekarang saya celik sebab saya tahu saya sukakan awak. Saya jatuh cinta dengan cara awak dan dengan tulisan awak. Suka bukan sebarang suka. Suka yang mengandungi sayang, cinta, rindu, kasih dan perasaan yang indah.




Saya jatuh cinta pada pengetahuan agama yang ada pada awak. Awak sedarkan saya yang semakin kabur tentang agama. Suka saya membuatkan saya tercetus rasa ingin menjadi yang halal buat awak. Saya mahu menjadi isteri awak. Saya mahu menjadi ibu kepada anak-anak awak. Saya mahu menjadi segalanya untuk awak.

Saya sukakan awak kerana Allah SWT. Tak usah awak soalkan perasaan ini kerana saya sendiri tidak pasti ia datang dan bila ia akan pergi. Saya sendiri buntu dengan semua ini.



Saya bukanlah wanita yang cantik, bukan yang baik, bukan yang solehah, dan bukan yang arif dalam soal agama. Saya tak secantik wanita yang berpusu merebut cinta awak. Saat itu saya tersedar lagi yang saya tidak layak untuk awak. Saya banyak buat silap dalam hidup saya. Saya tak patut mengharapkan apa-apa daripada awak.

Sejak itu saya rasa ingin pergi daripada hidup awak. Saya tak mampu menanggung rasa tidak layak yang ada dalam diri ini. Saya juga ingin berubah. Saya mencari sinar Allah SWT. Saya mahu kembali ke jalan Allah SWT. Kerana saya terlalu suka pada awak, dan cinta pada awak saya belajar untuk melepaskan awak pergi. Walaupun hati saya yang merintih.




MOGA AWAK MENGERTI.BERSAMBUNG...
part *TWO* and *THREE*


4 Komen:

princeduyong said... [Reply]

tulis lagi....best...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@princeduyong

meaceh~ insyallah

~NySz~ said... [Reply]

wah!!! superb!! awesome!! marvelous.. nice entry.. x saba nk tunggu smbungannye.. he3.. (",)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@~NySz~

lebey2 la adik komen..huhu..