Monday, December 27, 2010

HANYA TUHAN TAHU [V2] ♥


Ini version ke dua hanya tuhan yang tahu dan dipendekkan tajuknya jadi hanya tuhan tahu ajelah. Tak banyak yang ubah cuma bagi detailed sikit la.Saje nak modified sebelum nak bagi korang baca cerpen terbaru yang on the way nak siap. Yang nak siap tu mesti korang suka. Okeylah enjoy baca yang versi kedua ni. Ouh, malam ni episode 7 Miss Violence and Mr Casanova ditanguhkan dululah yep.


"Dalam surah an-nur ayat 30-31 ini Allah SWT telah ingin menjelaskan kepada umatnya bahawa Allah mewajibkan orang beriman lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri dan memelihara aurat masing-masing. Setiap mukmin dilarang melihat perkara-perkara yang diharamkan. Kaum wanita dilarang menunjukkan perhiasan yang tersembunyi dengan apa cara sekalipun. Mereka yang terlanjur hendaklah bertaubat" kata-kata Ustaz Fakhri meresap ke dalam saraf-saraf minda Crissandra. Bagi gadis bermata biru itu, Islam itu cukup indah.

Nabi SAW bersabda: Agama islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat dalam agama melainkan dia akan kalah sendiri (riwayat Bukhari)


Walaupun Crissandra dilahirkan dalam keluarga yang tidak mempercayai mana-mana agama, Ateis, entah bagaimana dia telah mula jatuh cinta untuk mendalami agama ajaran Nabi Muhammad SAW itu. Pertemuan dengan Ustaz Fakhri membuatkan keinginannya mendalami Islam semakin kuat.

Bayangan sewaktu berjumpa dengan Ustaz Fakhri menjelma difikiran. Saat itu dia sedang mabuk, hampir sahaja dia diperkosa tetapi syukurlah, Ustaz Fakhri yang waktu itu baru pulang daripada Solat Terawih berusaha menyelamatkannya. Saat dia terdengar Ustaz Fakhri mengucapkan lafaz Astagafirullahaladzim hatinya mula terusik. Persepsinya tentang Islam yang dahulu dirasakan konservetif kini berubah 360 darjah. Ya Islam itu memudahkan bukan menyusahkan.

"Ustaz apakah itu aurat?" Loghat melayunya disulami loghat Inggeris. Ustaz muda itu menerangkan bahawa aurat itu ialah bahagian tubuh badan seseorang yang wajib dilindungi daripada penglihatan ajnabi atau mahram. Anggukan Crissandra membuatkan ustaz itu tersenyum kecil. Sekali lagi Crissandra bertanya apakah itu batasan aurat lelaki dan perempuan, dengan lancar dia dapat menjawabnya.

Tiba-tiba terdetik dihati Crissandra yang awal pertemuannya dengan ustaz itu iaitu tiga bulan yang lalu, tidak pernah sekalipun matanya mahupun wajahnya ditatap lama. Adakah ustaz itu malu atau sama seperti firman di dalam Al-Quran ini agar menjaga pandangan mata?. Masa berlalu dengan pantas . Waktu 60 minit itu bagaikan enam minit. Penerangan ustaz itu tentang batas-batas pergaulan dalam Islam benar-benar menarik hati nuraninya.

"Cik Crissandra sekarang sudah pukul 4.30 petang. Saya mahu solat asar dahulu. Saya rasa cukup sampai sini pembelajaran kita. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Ustaz Fakhri mengangkat punggung daripada bangku kerusi di Taman Rekriasi Ayer Keroh itu. Crissandra hanya menghantar pemergian ustaz muda itu melalui ekor matanya. Sebentar, mindanya terfikir sesuatu!

"Ustaz, can you accompany me to buy baju kurung and veil tomorrow?" Ustaz Fakhri berhenti melangkah dan berpaling ke arah Crissandra. Bibirnya menguntum senyuman dan mengangguk perlahan. Lelaki bersongkok itu berlalu pergi dengan langkah yang teratur. Hati Crissandra damai mengatakan Islam itu indah, umatnya juga begitu indah.

Pukul 10 pagi, Ustaz Fakhri sudah menanti dihadapan Melaka Batik House. Peluh-peluh dingin mula keluar didahinya. Crissandra berlari-lari anak menghampirinya. Dia hanya berpakaian kasual, rambutnya yang perang dan kerinting dihujung rambut dibiarkan lepas. Pandangan lelaki berkulit kuning langsat itu segera dialihkan daripada terus menatap gadis itu.

Mereka berdua melangkah masuk ke bangunan itu. Rambang mata Crissandra melihat pakaian yang serba indah disitu. Batuk halus yang keluar dari kerongkong ustaz itu mengejutkannya.

"Jangan tamak, itu amalan syaitan. Pilih hanya yang perlu. Cik Crissandra pilihlah baju yang tidak mengikut susuk tubuh dan tidak jarang agar tidak dapat menampakkan perhiasan diri. Saya tunggu disana." Crissandra mengangguk. Pakaian demi pakaian dibelek dan dicuba. Sepasang baju kurung berwarna merah berbunga putih dengan selendang yang berona serupa dibayar di kaunter.

Hari Isnin tiba dengan izin Allah SWT, seperti biasa pengajian agama diteruskan. Ustaz Fakhri sudah menanti di meja biasa. Dia masih leka membaca buku pengembaraan Ibnu Battutah.

"Maaf ustaz saya lambat sedikit. Saya perlu bantu my little brother in his assignment". Ustaz Fakhri berpaling ke belakang untuk melihat pemilik suara itu. Masyallah, ini manusia atau bidadari syurga!. Ya Allah indahnya ciptaanmu ini. Subahanallah, Benar saat itu Crissandra sungguh jelita, dengan memakai baju kurung dan selendang yang dibelinya minggu lepas bersama.

"Ustaz Fakhri..."suara itu mengejutkan lamunan Ustaz Fakhri.

Firman Allah SWT dalam surah an-nur ayat 30: katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka....


Astagfirullah al-azim, apa yang aku buat ini!. Ya Allah, ampunkan aku. Kau peliharalah pandanganku. Aku hanya ingin membantunya mendalami agamamu. Ustaz Fakhri hanya tersenyum lesu. Pengajaran hari ini berkisar perkahwinan dalam Islam. Satu jam berlalu pergi dan pembelajaran sudah tamat. Sebelum ustaz itu pergi, dia menghadiahkan Crissandra sebuah kotak yang tidak diketahui isinya. Entah kenapa hari itu Crissandra terasa sayu untuk melepaskan ustaz itu pergi. Di dalam kereta, pemuda yang berumur 25 tahun itu berteleku sendiri, mengucap panjang dan memanjatkan doa kepada Allah SWT.

"Ya Allah, inikah yang dinamakan cinta tetapi adakah perasaan dan juga keputusan ini benar Ya Allah. Aku dan dia berbeza. Dia masih berpegang pada Ateis walaupun dirinya senang mendampingi Islam. Aku dan dia dipisahkan batasan, adat dan syariat. Ya Allah andai dia untukku kau permudahkanlah. Andai tidak kau jauhkanlah." Enjin kereta mulai panas, penghawa dingin mulai sejuk. Fakhri memandu keretanya ke jalan utama. Moga keputusan yang telah dipilihnya itu betul. Dia menghitung segunung harapan pada gadis itu dan dia redha dengan jawapan yang bakal diterima.

Crissandra tiba di rumah dua tingkat milik keluarganya. Dengan langkah longlai dia menuju ke biliknya ditingkat atas. Minda pula masih terganggu dengan wajah Ustaz Fakhri yang kelihatan sungul tadi. Tombol pintu bilik dipulas lemah....

"Crissandra! Why are you wearing this kind of cloth. Here, Over here now! Why do you read this kind of books?. Islam and what so ever. Are you insane!" Crissandra berundur ke belakang. Suara bak halilintar yang menerobos ke corong telinga itu benar-benar mengejutkannya. Papa! hanya itu yang boleh dikatakan. Air matanya terus mencemarkan pipi yang putih bersih.

"Tonight, I will send you back to England and stay alone over there. Dont you ever dare to try to study about Islam again. I know why do you become like this. It must because of that stupid ustaz!" Tiada apa yang boleh Crissandra ucapkan, hanya tangisan dapat diluahkan. Tangisan yang meminta seribu pengertian. Jiwa meronta-ronta menjerit nama Fakhri dan Allah SWT. Crissandra tidak mahu melawan papanya. Dia bimbang jika papanya mengamuk seperti suatu ketika dahulu. Saat itu juga dia teringat kata-kata Ustaz Fakhri agar tidak melawan kata-kata ibu bapa.

Firman Allah dalam surah Al- Isra' ayat 23-24: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil


"Pack your bags now Sandra!" suara papanya menggegarkan gegendang telinga Crissandra. Papanya berlalu pergi ke tingkat bawah dengan hati yang membahang. Crissandra mula mengemas , secara sembunyi-sembunyi dia membawa sekali kotak misteri yang dihadiahkan Ustaz Fakhri dan buku-buku agamanya. Dihatinya kini nekad bahawa dia akan tetap mendalami Islam di England. Cintanya pada Islam tetap diteruskan. Selamat tinggal kekasih Allah, Fakhri.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, Fakhri" Langkah longlai diatur keluar. Muka papa yang menyinga membuatkan Crissandra gerun, tapi dia nekad. Islam itu pilihannya, tiada yang lain lagi. Saat itu dia hanya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad itu rasul Allah SWT.




Tiga tahun kini berlalu. Ustaz Fakhri masih seperti dulu. Masih menanti, masih mencintai dan masih mengharapkan. Dia masih setia kerana jawapan yang diharapkan masih belum diterima. Walauapapun, segalanya tetap diserahkan kepada Allah SWT. Bukankah kita hanya merancang, dan Allah SWT itulah yang menentukan.

Dia duduk berehat ditempat yang suatu ketika dulu dijadikan tempat mengajar gadis mat saleh agama Islam. Entah kenapa, pergi ke tempat itu seolah-olah menjadi rutin harian baginya. Adakah dia ke sana untuk menanti gadis mat saleh itu hilang tanpa berita dan juga jawapan. Tiba-tiba terasa sebutir air mata mengalir di pipi, air mata yang mengandungi sejuta perasaan yang tersurat. Tiga tahun itu benar-benar terasa berat untuk dilalui, tapi dia gagahi juga dengan berkat daripada Allah SWT yang tak pernah tidur atau jemu untuk mendengar doa daripada hambanya yang kerdil itu.

"Assalamualaikum, kekasih Allah..." suara itu mengejutkan Ustaz Fakhri. Saat berpaling ke suara yang menghulurkan ucapan salam, pandangannya terpana. Gadis itu, dia kembali. Kembali seperti yang hatinya harapkan. Dia gadis yang dicintai dan dirinduinya kerana Allah SWT. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya saat itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia bersyukur kerana dipertemukan kembali. Benarlah cinta itu satu anugerah yang terindah daripada Allah SWT.

Gadis itu tersenyum manis. Gadis itu juga telah menerima cinta sucinya. Dia pasti hanya dengan melihat sepasang baju kurung dan tudung litup yang dipakai oleh gadis itu. Ya benar, itu hadiah yang telah diberikannya tiga tahun lalu. Cincin yang pernah ada dalam kotak itu kini elok tersarung di jari manis si gadis bermata biru! yang dikasihi, yang disayangi keranaNYA Ya Rahman, Ya Rahim. Terima Kasih Ya Allah.

TAMAT


0 Komen: