Wednesday, December 22, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 1 ♥





"Lewat pulak masuk hari ni. Kaulah punya pasal Intan. Lembab sangat. Tengok wayang dah start 15 minit dulu."bebel Zyra. Dia ini memang tidak sah kalau tidak membebel sehari. Pot-pet-pot-pet macam mak nenek ajelah. Mengalahkan murai tercabut bulu, err salah tercabut ekor.

"Ya. Aku salah. Salah aku. Hah, kau yang betul" Intan buat muka seposen. Macam mana Zyra tak mengamuk kalau setiap kali Intan keluar aje mesti mahu pakaian yang padan aje. Pink semualah pink. Belum lagi bahagian mekap, eyeshadow lah, blusher-lah, dan apa-apa lagilah nama kosmetik si Intan pakai, Zyra sendiri tidak ambil peduli dan tak mahu ambil peduli.

"Macam mana aku tak membebel Intan, aku ajak pergi tengok wayang je. Kau pakai macam nak pergi konsert okestra tahu. Aku nak solek pun tak macam kau. Pakai bedak dengan lip ice sudahlah." Zyra sumbat beberapa ketul popcorn ke dalam mulutnya sambil berjalan.

"Yalah. Mana sit kita?" Intan mula meninjau-ninjau nombor kerusi, abaikan bebelan Zyra tadi. Hari itu mereka berdua bertukar angin menonton wayang di Golden Screen Cinema (GSC) di Dataran Pahlawan, Melaka.

"hah!! tu, kau duduk tepi,aku duduk dalam. Like always-lah ya" Zyra terus meluru mengambil tempat duduk diikuti pula dengan Intan. Tidak sabar rasanya ingin menonton filem Santau yang hebat digembar-gemburkan itu. Mereka kata seram, tetapi bolehkah membuat adrenaline Zyra yang hati batu ni bergolak?.

Setelah setengah jam filem ditayang, Zyra mula tidak senang duduk."Hakelleh, aku ingat seram sangat. Lawak adalah."Zyra berbisik kepada Intan. Popcorn disumbat lagi ke dalam mulut. Daripada aku tengok cerita macam ini baik makan, lagi bagus.

"shhhh! senyaplah kau" Intan menolak wajah Zyra ke tepi. Intan sedang menghayati filem itu, matanya terbeliak apabila melihat isteri entah siapa itu makan telur berdarah-darah siap bercacing, gelinya.

"Elleh kau takut cakap ajelah.." Zyra mula mengejek. Dia sambung makan popcorn lagi di selang seli dengan minum air pepsi. Saat itu kebosanan mula melanda. Rasa macam nak buat tarian break dance dekat depan panggung ini! . Biarkan semua orang tertumpu pada dirinya sahaja, tak usah tengok wayang macam ni.

Boringnyalah aku. Eh apa pasal mamat sebelah aku ni, semacam aje. Walaupun dalam kegelapan di panggung wayang itu, dia tetap dapat melihat lelaki di sebelahnya dalam keadaan samar-samar sedang menggesel-geselkan kaki kepadanya. Tangan lelaki itu juga diletak di atas bahu Zyra. Jari-jemarinya seronok menguis-nguis rambut ikal milik Zyra.

Wah ini sudah lebih! dia fikir dia sapa main raba-raba anak orang. Zyra mula berdehem-dehem kecil tetapi tidak dipedulikan. Ada yang kena Ultraman Taro dengan aku ni nanti. Boleh dia buat selamba kodok aje. Zyra mula mengetap-ngetap gigi. Kesabarannya hilang. Zyra bangun dan terus berdiri bercekak pinggang dihadapan lelaki itu. Lelaki itu terkejut kalah beruk yang terkejut.

"Woi bro! kau apa pasal main gesel-gesel kaki kat aku. Apasal kau nak nak jadi kucing ke. Ini, yang ini apa pasal kau usik-usik rambut aku?. Ini nanti ada yang kena lutut dengan aku karang. mati tak sempat sudah filem ni. aku taulah rambut aku cantik, kaki gua cutting baik tak macam kau yang cutting macam peha dinasor tapi janganlah kau nak usik-usik pulak" Zyra mula marah dan dia terus bertindak memijak kaki lelaki itu sekuat hatinya. Lelaki itu terjerit kecil.

Penonton-penonton lain tidak lagi menumpukan perhatian kepada wayang itu tetapi wayang siaran langsung di hadapan mereka ini. Ada juga penonton yang marah kerana Zyra menganggu penumpuan mereka.

"Woi, nak gaduh laki bini balik rumahlah tepi aku tak nampak depanlah. Nak urus rumah tangga baliklah wei" Zyra mencari suara yang berani itu. Dia belum kenal siapa Zyra!

"Kau senyap.. Ada aku kisah ke kau nak tengok cerita ni ke apa ke yang penting bagi aku selesai dengan si Peraba ni dulu! ke kau yang nak kena tumbuk dengan aku!" Zyra mula berang kepada salah seorang penonton wayang yang memarahinya.

"Hah! berbalik pada kau. Kau tengok dekat kaki aku, dekat rambut aku, dan dekat mana-mana lagi yang kau boleh nampak. Ada ke pasang banner kata UNTUK DIRABA?" Zyra menarik kolar baju lelaki itu dan lelaki itu terpaksa berdiri.

"Relax-lah sayang. Kenapa nak marah-marah. You ni macam tak biasa pulak. You datang bulan ke ni tiba-tiba marah" Lelaki itu dengan selamba katak puru memegang pergelangan tangan Zyra. Ini sudah lebih~

"Apak kau sayang! bila masa aku awek kau. Bila kala aku dah biasa dengan kau! Bongok, Bangang, Sengal, Tak guna, go to hell-lah kau." Zyra memaki hamun. Bukk!! singgah penumbuk ke hidung lelaki tak tahu malu itu. Bukk!! sekali lagi penendang singgah di celah kelengkang. Puas hati.

Pergh senak, boleh mandul gini. Aku belum kahwin lagi. Kurang asam jawa betullah. Lelaki itu tak dapat lagi menahan sakit terus jatuh terduduk.

"Sabar Zyra" Intan cuba menenangkan Zyra. Nafas Zyra sudah turun naik, marah yang teramat nampaknya. Pihak panggung mula merapati mereka.

"Apa sabar-sabar. Hah! abang pengawal ni mesti nak suruh saya keluarkan, tak apa saya boleh keluar sendiri."kata Zyra sebelum sempat pihak panggung berkata apa-apa

"Budak ni baca fikiran aku ke Mat?" soal salah seorang daripada dua orang pihak panggung itu. Kawannya hanya membalas dengan mengangkat bahu.

"Haah, saya baca fikiran abang, sixth sense, telepati dan segala yang bolehlah" Zyra merengus lalu melanggar bahu abang pengawal yang masih blur-blur kejap. Apa ke sengal abang ni. Kena kencing dengan aku pun blur. Kalau dia tak beritahu memang semua orang dah tahu pun. Sebelum Zyra membuka pintu panggung wayang sempat pula dia menjerit.

"Eh ingat bro, aku ada taekwando tali pinggang hitam. Nasib baik kau tak mati aku kerjakan. Aku ingat muka kau, Kau memang tak selamat. Aku tunggu kau kat luar!" Zyra terus keluar, Intan membuntutinya. Penonton wayang bersorak dan mula membaling pop corn dan apa sahaja yang boleh dibaling ke arah lelaki itu. Kalau boleh baling kerusi? kerusi pun mereka nak balinglah agaknya!

Aiseyman! bukan awek aku ke tadi. Patut lah suara lain, aku ingat dia sakit tekak lagi. Alamak mana awek aku. Sengallah perempuan ni. Merosakkan hari aku aje. Lelaki itu masih leka menghadam peristiwa tadi tanpa menghiraukan suara orang sekeliling.

Bukk, botol mineral terkena kepala lelaki itu. Lelaki itu menoleh sekeliling tetapi tak dapat melihat siapa yang kurang diajar membaling botol ke arahnya. Nasib baik botol air itu tinggal suku sahaja airnya. Kalau tidak mahu pengsan sekejap. Dia segera menjengah nombor tempat duduk.

Alamak salah seat. Lelaki itu terus menepuk dahi. Dia terus bangun dengan tergesa-gesa dan menghala ke pintu keluar. Tangannya pula pantas menekan butang Qwerty di telefon bimbit Nokia E5. Dia harus mendail nombor telefon teman wanitanya yang tersayang sekarang juga. Tiba-tiba...


BERSAMBUNG 
[tq pada yang baca. Nak baca lagi sila like]
*kuangasamasin perangai aku ni haha*