Wednesday, December 22, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 2 ♥


-->PART 1<--




"wah-wah berani betul kau keluar awal dari panggung tu. Tak sabar nak jumpa aku ke?" Lelaki itu mula terkapai-kapai mencari nafas apabila kolar bajunya di tarik dari belakang. Lemah jantung sekejap.

"Tolong-tolong. Aku tak boleh nafas lah bodoh. Mati aku macam ni. Lepaslah!! " Lelaki itu mula tercungap-cungap. Dia mahu mendapatkan oksigen sebanyak mungkin.

"Ada aku kisah kau bernafas atau tidak"Zyra mula membentak. Zyra terus menendang belikat lelaki itu dan dia jatuh tersungkur.Zyra menghampiri lelaki itu lalu mencangkung dihadapannya. Lelaki itu mula menjerit kesakitan.

"Kau ni SEX MANIAC ke hah. Suka suki usik-usik aku?" Zyra memegang kolar baju lelaki itu sebaik sahaja dia duduk bersila di atas lantai. Dia senyap tanpa sebarang jawapan. Lelaki itu mula menggaru dahinya.

"Zyra dahlah tu. Biarlah dia"Intan cuba memujuk Zyra dengan sedaya upaya.Zyra mula menjeling ke arah Intan, dia suruh aku biar?. Ini soal maruah tahu. Harga diri seorang perempuan. Ingat aku ni anak kucing siam, boleh usik suka hati sahaja!

"Kau diam Intan. Aku nak ajar dia ni. Dia belum kenal siapa aku" Intan mengetap bibir. Dia benar-benar terkejut apabila mendengar nada suara Zyra yang mula meninggi dengan muka yang bengis.

"sorry babe aku salah orang, aku pikir awek aku tadi. Kalau aku tahu kau, tak mungkinlah aku nak usik" jawap lelaki itu sambil menepis tangan Zyra dari kolar bajunya. Zyra menarik kolar lelaki itu lebih kuat. Lelaki itu menepis lagi kerana dia sudah tidak mampu menghirup oksigen! Zyra terus melepaskan cengkamannya.

"pergh! ni rupanya kerja kau dengan awek kau! Kau ini belajar agama ke tidak!mesti masa kat sekolah dulu ustaz ajar kau agama kau tidurkan ataupun kau ponteng kelas. Kau ni Islam ke tidak, tahu tak mana halal dengan haram. Kau ingat kau dekat Amerika nak bergaul bebas sesuka hati kau aje"Zyra menunjal dahi lelaki itu. Memang perosak anak dara orang, macam mana kes buang anak tak meningkat. Buat malu umat Islam betullah.

"Aku nak bagi awek aku tak takut aje tengok cerita seram tu. aku tak pernah pula lebih-lebih pon! Aku sebagai lelaki kenalah melindungi dia. Wanitakan insan yang lemah." lelaki itu membuat muka selamba. Rosak betul lelaki ni.

Tak pernah lebih-lebih, alahai mustahil kucing siam tak makan ikan emas. Nak menipu aku pada-padalah sikit. Zyra tayang muka meluat melihat lelaki itu.

"Ada aku tanya. Kau ini memang gila betul lah. Hah nama kau apa sengal. Bagi nombor telefon sekali."Lelaki itu mula tersenyum menayang gigi. Aku marah dia, boleh pulak dia tayang gigi. Gila apa.

"Nak beratur jadi makwe saya ke sampai minta nombor telefon." Secara automatik Zyra menunjal lagi dahi lelaki itu. Memang tak tahu malu betullah dia ni. Perasan habis. Macamlah muka kacak lagi menawan sangat.

"Kepala otak kau berjambul. Aku nak mintak nombor telefon supaya senang aku nak contact kau. Iyalah nak suruh abang aku saman malu pada kau "Zyra mula bersila sekali dihadapan lelaki itu dan mula tersenyum sungging.

"Tolonglah jangan main saman-saman. Kita selesai sini jugak. Saya sanggup buat apa aje untuk awak janji awak jangan saman saya. " Lelaki itu giat merayu sambil memegang lengan Zyra. Muka dia sudah macam rupa anak kucing minta makanan.

"Ni apa fasal pegang-pegang tangan aku. Dah tak sayang nyawa. Nak aku bagi sekali lagi"Zyra menepis tangan lelaki tak tahu malu itu dan terus menunjukkan penumbuk sulung. Intan yang berdiri sambil berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi dinding mula buat muka terkejut beruk. Berani betul lelaki itu memegang tangan Zyra lagi.

"Tolonglah awak!"Lelaki itu merayu sekali lagi sambil tutup mata. Zyra tenung muka si tidak tahu malu. Otaknya mula berkira berapa agaknya umur lelaki itu. Melalui gayanya lelaki itu seperti lebih muda daripadanya. Mungkin dalam 21 atau 22 tahun.

Wah dah tukar bahasa saya awak pulak. Lelaki memang macam itu. Kalau bahagian nak mengayat anak dara orang memang pakar. Dengan muka jambu macam ini, mesti playboy tahap dewa. Tapi jangan haraplah aku nak makan kata-kata dia ni.

"Apa kau takut kena saman, paling command aku mintak RM1 000 000 aje" Terbeliak lelaki itu mendengar jumlah yang diminta oleh Zyra. Biar betul sejuta, Intan turut ternganga mendengar jumlah wang yang dimahukan itu.

"RM1 000 000 itu bukan command itu demand awak tahu tak? mana saya nak dapat duit banyak tu. Jangan saman saya okey. Saya kerja pun belum. Umur baru 21 tahu tak"Lelaki itu tersenyum kelat. Tekaan mengena, umur 21 rupanya budak ni.

"Ada aku tanya kau. Kau dengar sini duit sejuta itu belum cukup lagi untuk aku punya maruah. Aku tetap nak saman kau juga. Kau siapa nak aku kasihankan. " Zyra menunjal lagi dahi lelaki itu.

"Saya sanggup buat apa saja. Bolehlah." Macam nak menangis pulak budak lelaki ini. Intan sudah tersengih, malu betul dia tengok lelaki macam ini. Macam Sutun!. Sutun pun tak pengecut macam tu. Lembik.

Alahai, pakai baju Ralph Lauren, seluar jeans Ralph Lauren, kaca mata jenama Ray Ban original tak mungkinlah sejuta pun tidak mampu. Jelas terang dan nyata dia anak orang senang. Buat menghabis duit mak bapak aje.Zyra buat muka meluat lagi. Tiba-tiba idea baru menjelma dalam kepala otak Zyra yang terlebih geliga ni. Nasib kaulah budak. Kau yang kata sanggup buat apa aje untuk akukan.

"Betul kau sanggup buat apa saja? "Zyra menyoal sambil kening kirinya terangkat sedikit. Lelaki itu mengangguk laju. Intan sudah tersenyum simpul. Faham sangat dia dengan perangai 'syaitan' Zyra itu. Nampaknya tamatlah riwayat budak lelaki ni dibawah cengkaman Zyra The Evil Voldemort plus Joker.

"betul?" Lelaki itu mengangguk lagi. Zyra sudah tersenyum seperti Joker dalam cerita Batman. Jagalah kau budak sengal. Memang nasib kau paling malanglah sebab jumpa aku. Zyra tersengih jahat.

BERSAMBUNG
[tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
*kuangasamasin pangai aku paksa korang*

0 Komen: