Thursday, December 23, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 3 ♥


--> PART 1 - PART 2 <--


"Kau yang kata kau sanggupkan. Tugas kau ialah jadi hamba aku!" Budak lelaki itu ternganga memandang Zyra macam tak percaya arahan yang diberikan itu. Biar betul.

"Kau akan jadi hamba aku mulai dua hari selepas hari ini.. jadi daripada hari tu sehingga 365 hari lagi kau akan menjadi hamba aku. Setuju. Tapi jangan lupa 365 hari itu bersamaan 21900 jam. Jadi mesti penuh 21900 jam barulah penyiksaan jiwa raga kau sebagai hamba abdi aku tamat secara rasminya. Faham."kening Zyra naik turun dengan senyum sinis.

"hah! gila apa. Awak ingat ini Zaman Tamadun Mesopotamia ke nak jadikan saya hamba" budak lelaki itu cuba membantah nampaknya. Ini memang satu penyiksaan jiwa, raga, zahir, batin , nurani, jasmani dan segala jenis istilah yang boleh! Budak lelaki itu merenung Zyra dengan mata yang membulat.

"Ada aku kisah. Owh nampaknya kau lebih prefer kena saman ye. Okey lagi bagus pilihan kau tu nanti dapatlah aku duit!" Zyra berdiri setelah lama bersila di atas lantai yang sejuk. Punggung seluar di bersihkan dan dia terus berdiri di sebelah Intan.

Bodoh betul mamat ni..cakap kena saman je dah kecut. Zyra melihat mata budak lelaki semakin membulat seperti mata Sugar Glider. Comel pula kalau tengok lama-lama budak sengal ni.

"Okey-okey saya sanggup ikut perintah awak tu" Budak lelaki itu menjawap dengan pantas sambil mengangguk laju. Permainan akan dimulakan tidak lama lagi nampaknya, Zyra sudah memasang strategi yang terbaik di alam semesta!.

"Macam itulah bro. Cepat bagi nombor telefon dan paling penting sekali nama kau, nombor kad pengenalan!" Zyra meminta nombor telefon sekali lagi dan butiran-butiran lain daripada budak lelaki itu. Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket kiri seluarnya.

"Nama saya..nama" Virus gagap mula melanda diri budak lelaki. Intan sudah tersengih melihat permainan yang dimulakan oleh Zyra itu. Lembab betul budak ni, tergagap-gagap tak pasal-pasal. Tangan pulak terketar-ketar, Parkinson ke.

"Nama kau apa peah!" sergah Zyra.

"Ezamirul..Ezamirul.." Ezamirul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan dahi yang berkerut seribu. Terkejut nampaknya, Intan tertawa kecil. Zyra mula seronok mengenakan budak lelaki itu.
"Sengal betullah kau ni itu pun gagap. Hah bagi nama penuh sekali dengan kad pengenalan. Senang nak cari kau nanti" Zyra membuka aplikasi nota di telefon bimbitnya. Jarinya mula bersedia ingin menaip nama budak lelaki mata Sugar Glider itu.

"Nama penuh Ezamirul. Ezamirul Hakimi bin Idris. Nombor kad pengenalan 891119...." Ezamirul senyap seketika, dia mengeluarkan kad pengenalan daripada beg dompetnya. Nampak sangat pelupa.

"Kau ni lembab betulkan?. Taip nombor kad pengenalan dengan nombor telefon kat sini?" Zyra menghulurkan telefon bimbit, Nokia 2600 classic miliknya. Ezamirul mengulurkan kembali telefon bimbit itu setelah selesai menaip apa yang dipinta.

Handphone cikai, lagi canggih handphone aku. Kalau jual hanphone dia ini Rm500 pun tak dapat punya. Ezamirul mula mengutuk di dalam hati tanpa sedar bibirnya turut tersenyum sinis. Tanpa sedar juga Zyra sedang memerhatikannya dengan muka sebal.

"Aku tahu kau kutuk handphone aku cikaikan?"Zyra mula menduga. Ezamirul menelan air liur dengan payah. Tiba-tiba sahaja terasa kesat dikerongkong. Dia terkejut kerana Zyra boleh mengetahui dia mengutuk telefon bimbit Zyra dengan tepat sekali. Memang betul agaknya Zyra ada sixth sense, boleh baca fikiran atau mungkin telepati.

"Haha. Aku dah agak. Ini handphone aku lagi satulah, kau ni main suka-suka menilai orang. Aku sajhaja bagi kau pegang yang cikai. Manalah tau kau nak culik yang ini." Zyra meraba poket seluar sebelah kanannya dan menunjukkan telefon bimbit Blackberry Bold. Ezamirul termalu sendiri, menyesal pula kutuk banyak-banyak.

"Kau duduk mana?" Zyra mula berbalik kepada topik asal mereka. Kalau tak balik pada isu asal nanti mula pulak nanti aku melalut tak tentu fasal. Melayan budak sengal ni sampai esokpun tak sudah.

"Aku duduk kat rumah, atas tanah, bawah langit di alam semesta" Ezamirul ketawa. Sesi loyar buruk mula berjalan, memang nak tempah maut betul si Ezamirul ini. Zyra angkat kening kiri, aku serius, dia buat loyar buruk ya.

"Kau ni sengal ke tak faham bahasa melayu. Ke nak aku cakap bahasa siam atau bahasa sanskrit?" Zyra mula buat muka 'stone' dia bercampur dengan riak bosan. Budak mentah ni perlu diberikan pengajaran sebaik mungkin. Cuci otak dia dengan chlorox lagi bagus agaknya.

"Iyalah maaf-maaf. Aku duduk kat perumahan depan padang Golf yang on the way pergi MITC. Melaka Perdana." Zyra terangguk-angguk. Anak orang kaya rupanya, patutlah perangai macam 'nates'. Agaknya semua perangai anak orang kaya sengal lagi bingai macam dia ni. [nates=setan]

"Owh..bagus-bagus macam ni. Rumah aku dekat aje dengan kau, Ozana. So you can get away from me right?" Zyra tersenyum ala-ala Joker dalam cerita Batman lagi, Joker pun boleh berhenti kerja macam ini.

"Hmm" hanya itu yang dikeluarkan dari kotak suara Ezamirul . Pasrah sangatlah tu, hati pula macam mahu menyanyi lagu pasrah yang Erra Fazira dendangkan suatu ketika dulu. Dramaking betul Ezamirul ini.

"Kau nampak geng Gothic depan tu. They all geng aku!. 
Don't you ever get away because we will find youUntil Cacing hole" Alamak, teruk benar bahasa Inggeris Zyra. Lutut Ezamirul mula terketar-ketar apabila melihat salah seorang daripada geng gothik itu merenungnya tajam. Dia melarikan pandangan ke arah lain dan nampak orang yang dicari sejak daripada tadi.
Saat itu baru Ezamirul perasan cara pemakaian Zyra itu. Zyra memakai celak tebal di mata dengan gincu bibir berwarna hitam. Kemeja checkers hitam putih tersarung di badan, seluar jeans ketat dan sport shoes. Rambut Zyra pula ada highlight warna putih. Macam mana Ezamirul tidak perasan tadi, mungkin sebab dia terlalu takut digertak Zyra sampai tak perasaan cara pemakaian Zyra yang agak menggerunkan itu.

"Okey. Saya tak lari, saya janji. Kejap ya saya nampak awek saya tu, biar saya panggil dia ke sini dulu" Ezamirul bangun daripada duduk dan mahu beredar menghampiri teman wanitanya.

"Mana?"Zyra mula menyoal sebelum Ezamirul melangkah jauh. Mahu juga dia melihat siapa teman wanita si SEX MANIAC ni, malang sungguh hidupnya. Gelap masa depan, musnah harapan budak perempuan tu nanti.

"It..tu"Ezamirul terhenti daripada terus berkata-kata apabila melihat ada seorang lelaki menghampiri teman wanitanya. Hatinya lebih panas saat dia melihat teman wanitanya itu melayan lelaki itu. Siap betul-betulkan kolar baju lelaki itu!.

"Hawau betul!" degus Ezamirul, marah nampak. Kasar betul bahasa yang keluar. Zyra dan Intan yang mendengar terus terdiam, ajaib betul. Identiti bertukar sudah, TRANSFORMERS!.

"Alahai bro tinggal ajelah perempuan macam itu, nampak sangat dia ni banyak pak we lain selain kau. Dayus kau kalau terus couple dengan dia ni. Mesti dia niat nak main-mainkan kau aje. Playgirl kut awek kau tu" Zyra mula mencucuk jarum.Ezamirul terus meluru ke arah teman wanitanya meninggalkan Zyra dengan Intan terpinga-pinga.

"Jahat tak aku bagi dia panas?" Zyra menyoal Intan sambil angkat kening kiri. Rasa macam mahu menari tarian Tango kerana berjaya membuatkan orang bertambah marah. Seronok sangat-sangat.

"Baru tahu ke kau jahat. Bukan selama ni kau memang jahat" Intan tertawa. Dengan tak semena-mena, bukk!!. Kepala intan diluku oleh Zyra. Intan mengaduh kesakitan. Sakit betul kepalanya saat itu.

"Shuut. Senyaplah minah. Dengar dia nak gaduh dengan awek dia tu. Cepat-cepat tengok"Zyra mula mengarah. Intan mengangguk faham. Drama baru pula keluar ini, seronoknya. Kalau buat filem kemudian bawa masuk panggung komfem filem arahan David Teo pun kalah. Berjuta-juta boleh dapat.

"Heii perempuan!. Aku tunggu kau macam orang bodoh dekat dalam panggung tu sampai salah orang kau boleh pulak mengawan dengan jantan lain eh! . Kau ni memang perempuan tak guna. Apa pasal aku boleh kawan dengan Bohsia macam kau. Buat malu hidup ajelah. Memang sial betul kau ni."Ezamirul meninggikan suaranya sehingga semua mata memerhatikan ke arah mereka. Dia mula bengang!.Kata-kata tidak sedap didengar oleh telinga mula terhambur keluar.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

1 Komen:

dreamygirl said... [Reply]

dalam ganas2 punye perempuan,gatal gak zyra ni..ahahah