Friday, December 24, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 4 ♥






"Yo brother. Apa kes lu marah-marah awek gua ni!" Lelaki di sebelah kekasih Ezamirul mula menegur. Ezamirul menikam anak mata lelaki itu, rasa marah mula membara. Jari jemari digenggam erat.

"Woi jantan. Dia ni awek aku. Eh, silap-silap. Lepas aku tengok dia dengan kau. Secara automatiknya dia adalah bekas awek aku secara rasmi. Tak guna aku nak simpan perempuan bohsia macam dia!" Ezamirul terus berlalu meninggalkan bekas kekasihnya itu. Tiba-tiba terasa lengannya ditarik.

"Bee. Maafkan Lina bee. Dia-dia..." Lina mula gagap, air mata sudah bergenang. Ezamirul mendengus kencang, mahu saja dia beri penampar kepada perempuan itu. Tapi hanya mampu ditahan sahaja.

"Dia apa. Kita putus!"Ezamirul menengking dan menyentap lengannya dari genggaman Lina. Lina sudah terdiam, terkejut. Baru pertama kali Ezamirul berani menengkingnya sebegitu di khalayak ramai pula. Ezamirul yang selama ini manis dan romantik bertukar menjadi singa . Semuanya secara drastik. Ezamirul sudah membuka langkah untuk berlalu pergi tetapi dia berpatah balik ke arah Lina yang kaku tegak berdiri di tengah orang ramai itu. Lina mengukir senyuman. Sangkanya Ezamirul Hakimi sudah berubah fikiran.

"Kau buka cardigan tu sekarang. Aku beli tadikan. Pulangkan pada aku balik. Membazir aje duit aku untuk perempuan macam kau ni" Ezamirul mula menjerkah. Lina tergamam dan dia terpaksa menurut arahan Ezamirul dengan air mata yang menitis. Ezamirul tersenyum sumbing setelah mendapat cardigan itu kembali. Dia terus berlalu.

"Menangis konon minah sewel ni" Ezamirul menghampiri tong sampah dan terus menyumbat cardigan jenama Scarlet itu ke dalam perut tong sampah. Zyra dan Intan yang daripada tadi hanya melihat daripada jauh terus tercengang, pelik bin ajaib.

♥♥♥♥♥

"Intan, aku pelik betullah. Kenapa mamat sex maniac tu tak lawan balik apa aku cakap. Apa aku buat pada dia pun dia tak balas. Dengan awek dia tadi boleh aje marah-marah balik. Menakutkan pulak tengok dia tengking-tengking macam itu. Depan aku macam lurus bendul aje." Zyra mula menyoal Intan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ozana.

"Haah. Aku pun pelik. Muka dia innocent, hensem, manis, comel aje tapi main raba-raba anak orang pulakkan. Spoil betul" Intan menumpukan perhatian semula pada jalan raya. Zyra mula buat lagak mahu termuntah. Manis, hensem, comel?. Tidak munasabah langsung.

"Tak logik langsung. Mana entah yang kau tengok sampai boleh kata dia macam tu. Aku tengok biasa aje"Zyra mencebirkan bibirnya.

"Muka dia macam Kim Sang Beom tau. Kau ni nak menafikan pulak. Kejap balik kepada soal dia tak berani lawan kau tadikan, aku rasa mungkin kau ni garang macam raksasa kut sebab tu dia tak lawan. Lagi pun mungkin dia hormati orang tua bangka macam kau ni" Intan menyambung lagi dan tergelak kecil.

"Kau suka suki aje cakap aku raksasa dengan tua. Aku baru 25 tahun tau. Jadi yang hal tadi tu memang betullah dia fikir aku awek diakan. Tapi memang pelik-pelik betul budak-budak zaman sekarang ni. Kecik-kecik dah gatal nak mampus. Kalau gatal sangat kahwin aje lah. Tak payah nak raba-raba anak orang yang tak halal untuk dia, bila dah kahwin senang tak ada orang nak larang. Nak buat lebih-lebih pun tak siapa kisah. Lagipun Melaka kan dah boleh kahwin usia 16 tahun, dapat elaun lagikan" Zyra membebel panjang sambil ketawa.

"Betul-betul-betul. Kau tak mahu kahwin. Kau tu dah lebih had umur memang dah layak kahwin tu "Intan tertawa dengan kata-katanya sendiri

"Sudah-sudah upin- ipin kau tu. Aku kahwin.Tak apalah terima kasih. Aku tak mahu sebarang komitmen. Kau tengok sendirikan kes cerai berai, suami pukul isteri dan macam-macam masalah rumah tangga. Aku tak mahu ambil risiko. Kau nak kahwin, kahwinlah dulu dengan kekasih kau tu. Jangan lupa jemput aku, pastikan aku dapat makan beradab nanti" Zyra menggeleng laju dan terus menyiku pinggang Intan. Sesuka hati dia aje minah ni.

"Main siku-siku pula kau ni, aku tengah drive ni. Kalau aku kemalangan siapa susah kau dengan aku juga. Siapa masuk hospital. Kau dengan aku juga. Kau tahu tak perangai kau ni memang serupa macam Kak rose dalam upin-ipin tu tau!" marah Intan.

"Kau ni memang addict betul pada upin-ipinlah. Malas aku nak melayan. Dah sampai dah rumah aku tu. Thanks for the ride..chiow" Zyra terus meluru keluar setelah kereta Satria Neo milik Intan sampai dihadapan rumahnya. Dia membuka pintu pagar dan terus berlari ke pintu rumah dua tingkatnya itu.

"Assalamualaikum! bibik..ooo..bibik Zyra dah balik. Open the door please!" Laung Zyra. Mana bibik ni tak keluar-keluar nak aku jadi tarzan ke. Tak apa sekali lagi. Zyra membetulkan suaranya.

"Bibik-bibik. Open cepatlah pintu ni Zyra nak masuk la." Lantang suara yang keluar. Mahu bergegar rumah mendengarnya, dari luar dia dapat mendengar derapan kaki bibik Sutinah berlari ke pintu.

"Waalaikumsalam, iya Zyra. Bibik open-open the door" tangan bibik Sutinah ligat membuka mangga pintu. Penyapu dikepit ke ketiaknya.

"Kenapa berdiri aje. Tak masuk lagi. Habis kenapa tu pandang bibik begitu?" soal bibik Sutinah selepas selesai membuka mangga pintu. Zyra hanya tersenyum sambil memandang bibik Sutinah ke atas dan kebawah.

"Bibik nak open-open apa bik. Jangan open bik. Aurat. Tayangan 18 tahun ke atas tu" Zyra sudah tersengih-sengih lalu mengenyit mata ke arah wanita yang berusia 53 tahun itu.

"Open the door-lah. Takkanlah bibik mahu open yang lain. Zyra kamu suka fikir kotor ya. Kamu ini perlu kahwin segera kalau begini lagaknya" Bibik Sutinah menampar lembut bahu Zyra. Zyra hanya buat tidak tahu dengan isu kahwin yang diutarakan Bibik Sutinah. Alahai abang dia sendiri juga belum berkahwin, tak mungkinlah dia mahu melangkah bendul.

Zyra memeluk bahu Bibik Sutinah erat, dia sayang sangat pada bibik Sutinah. Bibik Sutinah itu sudah dia anggap seperti ibunya sendiri. Bibik Sutinahlah yang bersusah payah selama ini menjaganya dan Akmal sejak awal remaja lagi . Waktu itu mereka sudah kematian kedua ibu dan bapa. Semuanya disebabkan arwah ibu bapa mereka itu terlibat dalam suatu kejadian nahas kapal terbang.

"Bibik Abang Akmal dah balik atau belum?" soal Zyra sebelum memanjat tangga ke tingkat atas.

"Abang Akmal kamu ada kes nak dibicarakan dekat mahkamah" bibik menjawap sambil mengelap hiasan kaca di kabinet. Abang Akmal ini memang workholic maklumlah peguam terkenal. Tapi bagi aku dekat rumah dia terkenal dengan kesengalan tahap dewa.

"Lepas ini Zyra mahu pergi kafe tau bibik, kalau abang balik cari Zyra kata yang Zyra kat sana" Zyra terus berlalu pergi. Bibik Sutinah mengangguk faham. Dari tingkat bawah dia dapat mendengar dengan jelas bunyi pancuran air, Zyra pasti sedang mandi. Bibik sutinah menyambung kerjanya semula. Selepas setengah jam Zyra berlari semula turun ke tingkat bawah dengan memakai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang bersarung jaket kulit . Rambutnya diikat ekor kuda.

"Bibik Zyra pergi dulu, rasanya Zyra balik malam sikit" Zyra mencapai kunci motor dan topi keledar. Selepas siap memakai kasut sukan, dia terus melompat naik ke atas motor Kawasaki Ninja miliknya. Bunyi enjin motor membingitkan telinga Bibik Sutinah.

"Zyra-Zyra, perangai macam budak lelaki betullah dia ni." Bibik Sutinah mengunci semula pintu rumah selepas Zyra keluar daripada kawasan rumah. Zyra harus segera ke kafe miliknya di Banda Hilir, Melaka. Stok buku-buku baru dan terpakai akan selepas waktu asar , nampaknya banyak kerja yang harus dilakukan nanti.

"Cepat-cepat. Budak-budak kat kafe tu bukan boleh harap sangat. Lagi-lagi mat bingai, Si Zack tu" bebel Zyra sambil memecut laju Kawasaki Ninja-nya di atas jalan raya. Kafe itu adalah segalanya buat Zyra. Ianya hasil daripada titik peluhnya sendiri. Kafe itu dilengkapi kemudahan wireless, kafe siber, buku-buku bacaan juga ilmiah, surau, makanan dan juga minuman. Segalanya yang ada di kedai itu cukup compact. Mindanya ditumpukan ke jalan raya. Motorsikal semakin laju membelah jalan raya. Ligat.

"argghhh! lampu merah pula." Zyra mendengus kegeraman. Masa aku nak cepat, masa itulah dia nak merah. Sengal punya lampu.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: