Saturday, December 25, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 5 ♥



"Selamat petang, Zack. Stok dah sampai ke. Maaflah aku lambat sikit." Zyra menghampiri Zack yang berada di kaunter bayaran. Dia meletakkan topi keledar dan jaket kulit di atas kaunter bayaran itu. Zack hanya tersenyum dan terus menyimpan barang-barang Zyra ke dalam almari yang berada dibelakangnya.

"Zyra buat apalah minta maaf pada aku. Aku ni pekerja kau aje, Kau itu yang bos. Stok sampai dalam setengah jam lagi, katanya buku-buku dihantar kali ini semuanya yang best sellers dan juga buku-buku yang popular suatu masa dulu ya Zyra?" Zyra hanya mengangguk.

"Buku yang latest pun ada. Banyak jugaklah aku tempah buku karya tempatan ni. Apa kurangnya buku karya tempatankan. Karya mereka juga hebat walaupun tak dapat setanding dengan Harry Potter. Aku ambil dari penerbitan Jemari Seni, Buku Prima, Alaf 21, Karnadya dan jugak Kaki Novel."Zack hanya terangguk-angguk faham. Mata Zyra mula melilau memerhatikan keadaan kafe pada hari itu. Nampaknya makin ramai yang datang bertandang.

"Zack, komputer nombor lima tu dah ada orang baiki tak, Komputer-komputer lain elok lagi tak. Streamyx tu dah laju balik ke, okey tak kalau kita tukar pada UniFi. Dakwat printer ada lagi ke, ada buku yang rosak tak, dan hari ini ada yang lewat atau ponteng?"Zack menelan air liur dan menggeleng laju. Banyak betul soalan yang diajukan oleh Zyra.

"Wo-wo. Kejaplah Zyra, satu-satu. Komputer nombor lima dia dah baiki tadi, komputer yang lain masih elok tak ada masalah, streamyx dah laju balik, tak payah dulu tukar UniFi, dakwat printer saya baru beli semalam, buku rosak ada satu kena kopi dan hari ini lima-lima pekerja kita datang tepat pada masanya Kapten Zyra" Zack memberi tabik hormat kepada Zyra. Zyra hanya mengukir senyuman.

"Bukan apa Zack, kau pun tahu aku bukan selalu datang kafe. Tiga atau empat kali seminggu aje, sebab tu banyak soalan. Lagi pun kaukan orang kepercayaan aku. Kau yang kena jadi mata dan telinga aku dekat kafe ni. Sudahlah bagi aku apron, aku nak ambil order." Zyra mencapai apron rasmi Kafe Ragamuffin yang dihulurkan Zack itu dan juga buku menu.

"Zyra kenapa pula nak pergi ambil order. Itu bukankah kerja aku" Zyra menggeleng sambil memakai apron dipinggangnya dan terus buat tidak tahu. Dia terus melangkah ke arah pelanggan yang baru tiba. Zyra menghampiri lelaki yang berada di meja kecil bersebelahan cermin kaca yang mengeluarkan air seperti air terjun. Ketenangan.

"Selamat datang ke Ragamuffin Kafe. Boleh saya ambil order encik? Ini menu makanan dan ini pula menu untuk buku-buku yang ada di kafe ini" Zyra melemparkan senyuman manis sebaik sahaja pelanggannya itu merenung wajahnya sekilas. Pelanggannya menyelak helaian menu makanan dahulu seterusnya menu buku-buku.

"Mocha fuzze, one slice blackforest cake, and Fallen by Kate Lauren. One more thing miss, sini ada wi-fi tak?" Zyra mengangguk laju sambil mencatat tempahan pelanggannya yang berkaca mata itu. Zyra terus berlalu dan memberi Zack tempahan tadi, dia terus pergi ke Rak Buku mencari buku yang dimahukan tadi.

"Okey, ini mocha fuzze, kek blackforest dan bukunya. Have a relaxing day" Zyra sempat mengucapkan motto kafenya itu. Pelanggannya yang berkumis nipis itu mengangguk perlahan sambil matanya menatap dada komputer riba. Zyra sempat menjeling ke arah dada skrin komputer riba itu. Lelaki itu melayari laman web Kafe Ragamuffin!. Zyra tersenyum puas dan terus meninggalkan pelanggannya itu sendirian.

"What if the person you were meant to be with could never be yours? 17-year-old Lucinda falls in love with Daniel only to find out that he is a fallen angel, and that they have spent lifetimes finding and losing one another as good & evil forces plot to keep them apart.Get ready to fall..." Terdengar sayup-sayup ditelinga Zyra suara lelaki itu membaca sinopsis pendek buku yang dimintanya tadi. Sinopsis pendek itu ditulis oleh Zyra, di cetak dan dijadikan seperti penanda buku untuk buku itu.

" Nampaknya kafe kita semakin popular. Terima kasihlah Zack kau promosikan kafe kita dekat internet. Ini yang buat aku sayang pada kau!" Zyra tersenyum sambil menongkat dagu di kaunter pembayaran. Zack hanya tersenyum seperti kerang busuk, kembang semangkuk lah tu.


♥♥♥♥♥♥


"Hmmm..fikir-fikir balik kenapalah aku boleh ikut aje cakap perempuan ganas macam gorilla tu dekat cinema tadi. Macam lembik pulak rasanya tapi dia tu main ugut-ugut" Ezamirul bercakap sendirian sambil duduk di ruang tamu pada malam itu. Tangannya ligat menekan punat di alat kawalan jauh. Bertukar-tukar dari satu siaran ke satu siaran. AXN, ASTRO PRIMA, ASTRO CITRA, KBS, CARTOON NETWORK dan macam-macam lagi siaran dialih. Matanya sedikit pun tidak terbejat untuk mati di dada televisyen. Otaknya masih dibius insiden di panggung tadi.

'Biarkan cinta kita jadi begini
Janganlah engkau mencuba untuk rayu lagi
Tak mungkinlah aku kembalikan cintaku ini
Engkau memungkiri kata janji jadi lupakan kenangan'

Deringan telefon bimbit yang mengalunkan lagu "Biarkan" nyanyian Vince menyedarkan Ezamirul yang khayal dengan insiden memalukan pagi tadi. Tergopoh-gapah Ezamirul mencapai telefon bimbitnya di bawah meja kopi.

"Siapa pulak ni. Mengganggu betul" dengus Ezamirul. Tangannya pantas menekan punat hijau dan menanti orang yang memanggil bersuara. Senyap.

"Hello..Hello" Berkali-kali Ezamirul mengucapkan hello tapi tiada jawapan. Akhirnya dia mengambil keputusan menyepi seperti pemanggil misteri itu. Baginya tak salah dia diam kerana bukan guna duitnya pun. Pemanggil itu punya duit.

"Assalamualaikum Brother!" suara itu memberi salam setelah 15 minit mendiamkan diri. Suara serak basah pemanggil itu menyapa gegendang telinga Ezamirul.

"Hah! ada orang pulak. Gua ingat orang bisu telefon " geram Ezamirul terhadap pemanggil itu. Kalau mahu diam pun bukan seminit dua tapi lima belas minit, memang banyak duit sungguh. Tapi telinga Ezamirul ni yang panas menunggu.

"Sekali lagi. Nampaknya macam tak faham, tak dengar atau kesengalan yang teramat kau ni. Assalamulaikum!" ulang pemanggil itu lagi sekali . Sesedap mee sedap pemanggil itu mengutuk Ezamirul.

"Ish dia ni. Waalaikumsalam. Siapa ni?" Ezamirul rasa tersindir dan bercampur dengan geram tahap dewa kerajaan bawah tanah. Ezamirul mula buat drama lagi~

"Haa. Kan bagus tu sebagai umat Islam. Ini akulah yang bagi hadiah terajang pada kau. Dekat panggung pagi tadi..ingat?" pemanggil itu tergelak.

Alamak gorilla. Matilah aku. Ezamirul mula menjerit-jerit di dalam hatinya. Dia mula gelabah, saat-saat genting ni.

"Macam yang dijanjikan my slave, esok kau kena datang rumah aku. Nanti aku akan hantar alamatnya pada kau. Kau mesti datang. Kalau tidak aku rasa kau tahukan apa akibatnya? Jangan lupa hantar balik alamat rumah kau pada aku. Senang aku nak cari kalau kau hilang nanti. Ingat aku tunggu esok 9.30 pagi. Tepat! Lambat aku tambah hari dari 365 ke 395. nak?, mesti tak nak. Okey bye, assalamualaikum"

"Saya..saya.." Ezamirul mula mencari alasan. Apa yang patut dia lakukan supaya tidak berada dalam jajahan orang gila ini! Tidak, tolonglah.

"Shut Up! Assalamualaikum sekali lagi!!" talian dari cik garang gorilla di matikan. Ezamirul sudah terpinga-pinga, saat itu dia tersedar semuanya sudah terlambat. Kalau lari bukan boleh selamat pun, nanti dia akan dicari oleh geng gothik dan surat saman turut dihantar!. Cari nahas tu kan namanya.

"Waalaikumsalam!" jawap Ezamirul lemah. Nampaknya gelaplah masa depannya, harapannya untuk menyambung pelajaran semula pun akan tertangguh. Gila!

"I'm totally dead!" Ezamirul menjerit. Jeritan jantan itu mampu menggegarkan rumah dua tingkat milik keluarganya. Rasa sebal membuatkan dia terus mencampakkan telefon bimbit ke atas meja kopi.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: