Sunday, December 26, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 6 ♥





Tuuttt..tuttt...

Bunyi pesanan ringkas di terima. Nampaknya alamat cik Gorilla telah di terima. Ezamirul pantas mencapai kembali telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi. Alamat rumah terus ditaip sebaik sahaja selesai membaca mesej daripada cik Gorilla dan opsyen hantar dipilih. Matilah aku macam ni.

"Oh my mommy take me to London now!"jerit Ezamirul sambil berdiri di atas sofa.Menyesal sungguh dia tidak mengikuti ibunya ke London semalam. Ingat kalau tak ikut pergi London bebas daripada tawanan pemerintahan mana-mana aristokrat atau apa-apa diktator tetapi ternyata tidak. Malang betul dia telah berjumpa pemerintah kuku besi menggunakan konsep politik berdarah aliran Otto Eduard von bismarck iaitu Maharaja Miss Devil a.k.a Cik Gorilla.

Tiba-tiba Ezamirul terbayang wajah gadis situ siap bertanduk dan ekor meliuk lintuk ke kanan ke kiri, di tangan kiri gadis itu ada memegang tongkat ala-ala garfu besar dan tangan kanannya memegang cemeti. Gadis itu berwarna merah!. Kedengaran ketawa terbahak-bahak bergema diruangan minda. Sappp!! gadis itu melibas punggung Ezamirul menggunakan cemeti itu tadi.

"oh no!!!" jerit Ezamirul lalu melompat turun dari sofa. Tangannya laju menggosok-gosok punggung seperti merasa kesakitan yang teramat. Drama king~

"Kejap" Ezamirul menoleh ke kiri dan ke kanan.Masyallah berangan rupanya, nasib baik tak ada. Ezamirul mengurut perlahan dadanya dan terus menghempaskan badan ke atas sofa. Mindanya melayang ke dunia angan dan terus terlelap.


'Biarkan cinta kita jadi begini
Janganlah engkau mencuba untuk rayu lagi
Tak mungkinlah aku kembalikan cintaku ini
Engkau memungkiri kata janji jadi lupakan kenangan'


Vince menyanyi lagi tanpa jemu meminta panggilan telefon di angkat dengan segera. Ezamirul meraba-raba telefon bimbit di atas lantai, celah-celah sofa dan di bawah timbunan majalah. Mana pula telefon ini?

"Hello" Itu yang berjaya Ezamirul ucapkan setelah berjaya menemui telefon Nokia E5-nya itu dibawah sofa. Belakang tangan kiri dibawa ke mulut menahan kuap. Dia mengambil alat kawalan televisyen yang berada dicelah sofa. Butang 'off' ditekan malas.

"Hoi sengal! Sekarang 9. 30 minit 15 saat. Aku punya mood okey hari ni, aku bagi 15 minituntuk kau sampai, kalau tak 395 hari." suara Cik Gorilla mengugut dengan nada keras. Ezamirul senyap, dia cuba mencerna informasi yang disampaikan pemanggil tidak ada kata alu-aluan itu.

"Hah!" Ezamirul terus berdiri tegak di atas sofa. Dia terus mencampak telefon bimbitnya ke atas kabinet pula tanpa sempat mematikan panggilan telefon. Mindanya telah dapat menyambungkan neurone-neurone insiden semalam nampaknya.

"Terlepas subuh. Cik gorilla dah tunggu. Mampus aku macam ini. Mampus, tamat riwayat aku" jerit Ezamirul lagi lalu terus berlari kebiliknya yang berada di tingkat dua.

"Subuh Gajah, subuh Gorilla,tapi dah bukan semua tu subuh dinasor macam ni" Ezamirul meluru ke masuk ke dalam bilik air. Tidak sampai lima minit selepas itu dia sudah keluar. Kalah kerbau!. Sembahyang pula tak sampai lima minit, entah khusyuk dan tertib atau tidak. Baginya semua ini darurat!.

"Arghhh! kerbau tak kerbau. Janji sempatlah" Ezamirul menyarung baju dan seluar. Kunci motor, telefon bimbit dan beg dompet dicapai daripada atas kabinet. Pintu rumah dikunci dengan segera. Belum sempat enjin motor Suzuki Shoogun-nya panas, dia terus meluncur di atas jalan raya.


DI HADAPAN RUMAH CIK GORILLA BT EVIL dan GARANG


"6...5...4..3..2...sa..." Jerit Cik Gorilla membuat countdown macam menunggu tahun baru. Ezamirul berlari-lari anak menghampiri Zyra. Tak guna punya motor, boleh pula tayar pancit tengah jalan!. Terpaksalah berlari 500 meter.

"okey..saya dah sampai.."Ezamirul tercungap-cungap macam ikan dah nak mati lalu terus duduk berlunjur di atas lantai simen garaj Cik Gorillanya. Mengah benar rasanya.

"Hahahhahahhahahha" Zyra ketawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perut. Ezamirul memicingkan matanya. Kenapa pulak cik Gorilla ni, Sawan apa. Tangan Ezamirul sudah dimasukkan ke dalam poket untuk mencapai telefon bimbit. Mana tahu kalau Cik Gorilla menggelupur dan mulut keluar buih-buih. Sempatlah telefon hospital.

"Awak ni kenapa?" soalnya lalu menukar posisi duduknya kepada mencangkung. Matanya terkelip-kelip sambil tangan menongkat dagu. Comel sangatkah buat pose macam itu.

"Adoyai. Penat aku gelaklah macam ni" Zyra turut melabuhkan punggung ke simen. Kakinya melunjur ke arah Ezamirul.

Nampaknya tak ada menggelupur dengan mulut berbuih, situasi selamat. Ezamirul menyimpan semula telefon bimbitnya. Dupp!!!Ezamirul terlentang ke belakang. Zyra telah menendang kaki kanan Ezamirul yang sedang  mencangkung itu.

"Awak ni kenapa?. Tiba-tiba tendang saya "Ezamirul menompang badan menggunakan kedua-dua belah sikunya. Memang melampau betul perempuan ini. Sesuka hati mak bapak tiri laki bini dia tendang orang.

"Itu balasan kau tak tepati masa dan cuba kau check baju kau tu" suara Zyra bertukar serius dan terus berdiri bercekak pinggang. Pandangan ditala ke arah anak mata Ezamirul yang masih kebingungan.

"Apa?" Ezamirul menundukkan kepala melihat bajunya. Okey sahaja, apa masalahnya.

"Terbaliklah. Sengal betul kau ni. Pakai baju pun dah tak reti" Zyra tergelak lagi. Lawakkah itu, Ezamirul mengangkat kening kiri. Bibirnya mula diherot ke kiri dan kanan.

"Eh ya ke?" Kelam kabut punya fasal lah dia pakai baju terbalik. Perempuan ni sorang lagi, kelakar sangat ke baju terbalik. Sengal betullah minah, dia yang sengal kata aku pulak. Ezamirul membebel di dalam hati kalau diluahkan terang-terangan ada yang kena terajang sekali lagi. Ezamirul terus berdiri dan membuka baju  T-shirt nya. Ezamirul kini berlenging!. Bukkk!!percuma tumbukan di mata kirinya dan dia terus jatuh terduduk. Zyra mula menunjukkan wajah bengang!

"Yang kau separuh bogel depan aku kenapa, nak mampus." Zyra mula menjerkah dengan muka menyinga. Kelihatan rahangnya bergerak-gerak menahan amarah tahap petala langit ke tujuh. Pantang nenek moyang dia melihat lelaki buka baju depan mata walaupun batas-batas aurat masih lagi belum dilanggar. Apa dia peduli?

Salah lagi ke, aku nak betulkan baju pun salah. Tadi dia yang kata baju aku terbalik. Memang betul gila cik Gorilla Devil dan Garang. Mesti rupa aku yang kacak lagi hensem dan menawan dah rupa panda mata hitam  sebelah!aduhai..kenapalah aku jumpa minah ni. Ezamirul mulamerungut-rungut. Tangan kanan dibawa ke mata kiri untuk menahan sakit di mata kirinya. Boleh buta macam ini.

"Hah satu lagi. tu..tu.." Jari telunjuk Zyra ditunjuk ke atas dan ke bawah dari bahagian pinggang Ezamirul dan ke bawah. Berulang-ulang kali. Mata Ezamirul mengikut gerakan jari Zyra. Pantas tangan Ezamirul bersilang  menutup celah kelengkangnya. Otak kuning.

"Yang kau tutup tu kenapa. Ada aku cakap pasal tu ke. Otak blue. Aku nak pesan kalau datang rumah aku jangan pakai short pants, boxer and so on. Boleh menimbulkan fitnah tahu tak?" muka Zyra kemerah-merahan, malu agaknya. Seluar pendek nak bunga-bunga apa dia fikir nak pergi hawai agaknya, tayang bulu kaki agaknya. Zyra cuba mengawal emosi.

"Saya tak sempat capai jeans takut lambat sampai. Jadi saya pakailah ni!. Ini aje yang saya mampu, tak ada maknanya . Bodoh betullah orang tu kalau dia memfitnah. Dah banyak sangat agaknya pahala berbakul-bakul sampai nak memfitnah orang pulak tambah dosa berbakul-bakul. Nak bagi seimbang dosa dan pahala agaknya dia orang tu" Ezamirul tersengih macam kerang busuk bin kepam. Segala jenis bau yang tidak menyenangkan dan rasa mahu bagi pelempang kalau ditengoknya.

"Menjawap dan membebel kau!" Zyra angkat penumbuk lagi dan Ezamirul segera mencangkung menutup kepala ketakutan. Zyra menjatuhkan penumbuknya, tidak jadi nak bertindak. Dia terus mendengus kasar selepas itu. Setelah merasakan situasi beransur selamat, Ezamirul mengangkat muka yang mula kemerah-merahan menahan panas. Lega Zyra tidak memukulnya lagi!. Bibirnya mengukir senyuman kelat.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: