Tuesday, December 28, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 7 ♥






"Awak sampai bila kita nak duduk kat garaj ni, bila nak masuk dalam. Saya panaslah duduk dekat sini" soal Ezamirul tiba-tiba tanpa segan silu. Dia mengesat peluh yang merenik di dahi menggunakan belakang lengan.

"Kau ni memang tak tahu malukan. Aku bagi sebijik karang baru tahu. Lebam mata kau sebelah lagi" Zyra mula mengangkat penumbuk. Ezamirul terus menjauhi Zyra. Kedua-dua belah matanya ditutup dengan tangan kanan dan kiri. Dia tak mahu menjadi panda lengkap dengan kedua-dua belah mata hitam nanti. Habis lah wajahnya yang hensem lagi kacak!

"Dah masuk cepat. Aku dah sediakan agreement untuk kau sign dekat dalam." Zyra terus masuk ke dalam rumah, Ezamirul hanya membuntuti. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling di dalam rumah. Ringkas tapi menarik. Konsep Zen semuanya.

Dalam hati sempati juga Ezamirul mengumam. Muka saja cun, perangai masyallah. 3GS. Ganas,Garang Gila dan Sengal! Kenapalah malang nasib aku jumpa perempuan macam ni. Kalau dia perempuan terakhir dalam dunia, rela aku jadi antertu macam ni. Anak teruna tua.

Kukk!!!

"Aduh sakitlah!" Ezamirul mula menjerit. Tangannya pantas mengosok-gosok bahagian kepalanya yang diluku oleh Zyra itu. Tak fasal-fasal kena. Bahaya betul Zyra ni. Macam periuk api, silap sedikit mesti kena masa itu juga. Ezamirul buat muka tidak puas hati.

"Yang kau berangan sampai nak langgar aku buat apa" Zyra mengangkat kening. Zyra terus berpaling ke arah dapur setelah Ezamirul tercegat di situ. Mulut Ezamirul kumat-kamit menyumpah seranah Zyra. Sebal sungguh. Macam ini kalau hari-hari kena luku, mahu tak dia bodoh selama-lamanya.

"Bikk..oh..bibik..mari sini sekejap tolong Zyra" Zyra melaung kuat. Bibik Sutinah berlari dari dapur ke ruang tamu. Dia mengelap tangan yang basah menggunakan apron yang terlilit dipinggang.

"Ya Zyra. Ada apa kamu panggil bibik tadi?" Bibik Sutinah menjawap dengan senyum manis terukir dibibir tuanya.

"Bik, pergi bilik abang. Ambilkan saya kain pelekat, bagi pada si dungu ni!" Zyra menunding jari ke arah Ezamirul. Ezamirul memapmerkan riak wajah terkejut. Bibik Sutinah segera mengangguk dan terus berlalu ke tingkat atas.

Ezamirul berbicara dengan minda. Geram sungguh dengan sikap Zyra ini. Minah ni memang tak ada insuran mulut dan hayat betul. Nasib baik aku gentleman. Tak kasar dengan perempuan, kalau tak dah lama aku bagi sekali penyepak. Aku rasa satu hari nanti aku kena wujudkan insuran mulutlah. Terutama untuk dia ni. Ezamirul mendengus kasar.

"Kain pelekat. Awak nak suruh saya pakai?" Ezamirul menyoal dengan muka poyo. Cukup berbicara dengan minda sekarang dia harus berbicara dengan manusia tiada insuran mulut ini.

"Yalah. Takkan aku yang nak pakai kain pelekat. Kau janganlah jadi sengal" Zyra menjawap malas. Jelingan tajam dilemparkan ke arah Ezamirul.

"Saya mana reti pakai kain pelekat ni. Kat rumah saya pakai boxer aje. Kain pelekat saya pakai masa khatan 10 tahun dulu adalah"Ezamirul menjelaskan tanpa dipinta. Mukanya tidak ada riak malu langsung!

Mamat ni memang tak tahu malu. Ada ke patut cakap soal dia pakai kat rumah apa dengan aku. Bagi tahu pulak tu bila dia sunat. Memang sengal betullah. Zyra menggelengkan kepalanya perlahan.

"Nah kainnya" sua bibik Sutinah kepada Ezamirul. Ezamirul teragak-agak mengambilnya tapi tangannya dipaksa mengambil kain pelikat itu juga apabila melihat mata Zyra yang menjegil seperti ingin menelan dirinya.

"Awak saya tak tahulah pakai kain pelikat ni!"rayu Ezamirul. Alasan perlu dicari dan memang betul dia tidak pernah tahu pakai kain pelekat. Leceh dan dia tak suka kerana kain pelekat akan membataskan pergerakannya.

"Kau ni lembab betullah habis selama ni kau sembahyang pakai apa. Ke kau tak pergi sembahyang" Zyra mula bengang, budak lelaki ini memang betul-betul tak betul.

"Saya sembahnyanglah. Awak janganlah nak tudh-tuduh saya tak sembahyang. Kalau sembahyang saya pakai seluarlah. Awak serius saya tak tahu pakai kain ni. Tak payahlah pakai kain pelekat. Bagi saya pakai seluar ni aje. Tak pun bagi saya pinjam seluar lain" Ezamirul merayu lagi.

"Jangan nak mengada-ngada. Kau mari sini" Zyra mula mengarah lalu dia melabuhkan punggung di atas sofa berwarna hitam yang berada dihadapan televisyen. Ezamirul dengan terpaksa dia menghampiri Zyra, tapi jaraknya 3 meter. Siapa berani nak dekat-dekat dengan minah gorilla ni.

"Dekat sini depan aku. Jauh-jauh pulak kau. Macamlah aku makan orang" Zyra mengarah lagi . Ezamirul menghampiri walaupun hatinya was-was. Kali ini dia betul-betul dekat dengan Zyra. Kalau diikut unit skala sentimeter, kira-kira 40 sentimeter agaknya. Zyra sendiri dapat mendengar perut Ezamirul berkeroncong dalam jarak itu.

"Kau sarung dulu kain tu" Ezamirul menuruti. Zyra menarik hujung baju-T Ezamirul supaya lagi dekat dengannya. Tangan Zyra ligat memakaikan kain pelikat di pinggang Ezamirul. Ezamirul hanya memerhati Zyra sambil muka membuat muka mogok setahun ala-ala budak kecil tak dapat permainan. Mengada-ngada sungguh.

"Dah" Zyra menolak perut Ezamirul yang berlapik baju-T supaya jauh darinya. Ezamirul tersenyum meleret, suka apabila diri dimanjakan begitu. Dia terus mengambil tempat duduk di sofa bertentangan dengan Zyra.

“Seperti yang kita janjikan, aku dah siapkan satu perjanjian. Dekat sini memerlukan kau punya tanda tangan aje..Intan dan bibik menjadi saksi paham?” Zyra mencapai sehelai kertas bercetak di atas meja kopi di tengah ruang tamu itu lalu dihulurkan kepada Ezamirul.

"Ada tiga helai. Satu salinan untuk aku, satu untuk kau.. dan satu lagi sebagai main agreement!" terang Zyra lagi, matanya menikam mata Ezamirul.

"Bik sini kejap" Dengan segera bibik Sutinah yang sedang menyapu menghampiri mereka berdua. Dia mengambil tempat duduk di kerusi yang berada di sebelah Ezamirul.

"Bibik tolong jadi saksi kedua untuk perjanjian ini ya?" Bibik Sutinah mengangguk faham. Matanya jatuh ke wajah Ezamirul yang nampak agak terpinga-pinga. Inilah mangsa Zyra rupanya.

"Ingat Ezamirul kau langgar perjanjian ini. Jadi kau dengan segeralah siapkan wang sebanyak Ringgit Malaysia 1 000 0000.” Ezamirul merasakan tangannya mula berpeluh. Air liurnya menjadi kesat. Gila. Anak siapalah yang nakal sangat lagi kejam ini. Seumur hidup baru pertama kali dia berjumpa perempuan yang betul-betul gila otaknya. Dalam kata lain Otak Tak Center (OTC)

Agaknya dia ni pesakit mental tak, lari dari pusat itu yang perangai memang gila lagi! Aduh kena telefon Tanjung Rambutan sekarang juga. Ezamirul mula kalut, kusut, dan melalut. Dia membaca isi kandungan perjanjian itu.

PERJANJIAN 365 HARI

Dengan ini saya Ezamirul Hakimi bin Idris akan berkhidmat dengan Zyra Eloise Binti Matthew Azril mulai 1 Jun 2010 hingga 31 jun 2011 bersamaan 365 hari. Saya:-

1. tidak akan mengingkari arahan yang diberikan
2. tidak akan menabaikan perjanjian ini
3. akan segera hadir apabila dipanggil oleh Cik Zyra Eloise Matthew Azril tanpa mengira masa.
4. tidak akan mengambil sebarang tindakan selepas perjanjian ini tamat.
5. tidak akan membantah jika ada sebarang syarat-syarat lain yang dikenakan

Jika saya melanggar isi perjanjian ini maka saya akan di saman oleh Cik Zyra Eloise Binti Mathhew Azril sebanyak RM 1000 000 atas saman malu berdasarkan kejadian pada 29 Disember 2009 yang bersaksikan Cik Intan Nabila binti Razman.

Tandatangan
...........................................
(EZAMIRUL HAKIMI BIN IDRIS)
(891119-04-XXXX)

Tandatangan
......................................................
(ZYRA ELOISE BINTI MATTHEW AZRIL)
(850515-01-XXXX)

Tandatangan saksi 1
..............................................
(INTAN NABILAH BINTI RAZMAN)
(860504-03-XXXX)

Tandatangan saksi 2
..................................
(SUTINAH BINTI KARTO)
(640818-01-XXXX)



Isi perjanjian macam apa entah. Hati Ezamirul mula memberontak. Dari ekor matanya dia melihat Miss Gorilla bt Devil menjegil mata ke arahnya. Pantas dia menurunkan tanda tangan di helaian satu, dua dan tiga.

Rupa-rupanya anak mat Salleh minah ni. Barulah Ezamirul sedar kenyataan itu setelah selesai menandatangan ke tiga-tiga helai surat perjanjian. Patutlah Zyra memiliki sepassang mata yang berwarna kebiru-biruan, hidung yang mancung dan kulit yang putih. Ezamirul menghulurkan surat perjanjian itu kepada Zyra. Zyra menurunkan tandatangannya dan diikuti pula dengan Bibik Sutinah.

"Minta maaf semua lambat sampai. Ada hal kejap dekat pejabat" suara seseorang dari arah pintu. Zyra, Ezamirul dan Bibik Sutinah segera menalakan pandangan masing-masing ke arah muka pintu.

"Sampai pun kau minah senget. Tandatangan cepat" Zyra mengarah Intan. Intan mendekat Zyra dengan senyuman meleret. Dia segera melabuhkan punggung di atas sofa. Hembusan nafas dilepaskan kencang.

"Sabar-sabar" Setelah Intan selesai menandatangani surat itu, Zyra terus berlari ke tingkat atas. Ezamirul hanya memerhati melalui ekor mata. 15 minit kemudian Zyra muncul dengan kertas itu siap diliminatekan. Dia mengambil tempat duduk di sofa semula.

"Just nice and perfect" Zyra melemparkan senyuman penuh makna. Intan mula menggelengkan kepala begitu juga dengan Bibik Sutinah. Mereka tahu Zyra mahu bertindak kejam selepas ini. Tiada simpati dan hanya mengikut kehendak hati.

Alamat matilah kau mamat. Suara Intan dari dalam hati.

Mampus lo. Jerit Bibik Sutinah dalam hati pula.

Mati aku lepas ni. Ezamirul meraung di dalam kotak minda.

Nahas kau mamat. Sorak Zyra pula, dalam hatinya mula ketawa terbahak-bahak. Jadi semua insan di ruang tamu itu mula berbicara guna bahasa hati sajalah ya.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: