Wednesday, December 29, 2010

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 8 ♥





“Ezamirul Hakimi Idris!!” rumah dua tingkat itu seolah-olah dilanda gempa bumi pagi itu. Ezamirul yang sedang curi-curi tidur di dapur tersedar. Pantas dia berlari ke ruang tamu. Tidak sempat hendak membasuh muka yang ada air liur basi,tahi mata dan macam-macamlah yang mencemarkan wajah. Inilah padah kalau buat marathon tengok filem Korea Boys Over Flower. Ezamirul tengok cerita Korea? Sudah pasti, diakan ‘mamat jambu’. Watak kegemarannya mestilah So Yi Jeong yang dilakonkan oleh Kim Sang Beom. Sebab dia gemarkan watak itu, kata orang wajahnya seiras dengan Kim Sang Beom. Tolonglah, mamat perasan betul Ezamirul ni.

“Ya saya. Ada apa awak panggil saya” Ezamirul dengan mata kuyu berdiri dihadapan Zyra. Pantas Zyra menekup hidung. Dengan suara sengau Zyra mula naik angin. Hari pertama sudah buat hal. Memang nak kena betul.

“Kau busuklah. Air liur basi. Ewww. Pergi basuh muka sekarang!!” Zyra sudah membuat isyarat menghalau. Ezamirul hanya menurut. Mamai.15 minit berlalu, Ezamirul tidak muncul semula di hadapan Zyra.

Zyra melangkah ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Ezamirul dengan sesedap rasa tidur di atas lantai dapur!. Suhu tubuh Zyra meningkat 100 darjah celcius. Nafasnya turun naik. Hidung jadi kembang kempis. Kejap-kejap berubah diameter.

“EZAMIRUL!!!! Bangun sekarang” kali ini bukan gempa sahaja keluar ribut taufan, tsunami, runtuhan salji segala jenis bencana alamlah saat Zyra menjerit. Ezamirul yang terkejut terus berdiri tegak seolah-olah mahu berkawat! Tangan di tabik ke dahi. Kebetulan saat Zyra memarahi Ezamirul, dia bermimpi sewaktu dia bangun lambat di kem PLKN dulu. Zyra yang melihat hanya menahan gelak. Dia membulatkan mata. Berlagak garang. Sabar-sabar, dalam hati sebenarnya mahu tergelak golek-golek.

“Kau pergi basuh muka tu sekarang!" Bibik Sutinah yang baru sudah solat dhuha berlari-lari anak ke dapur melihat apa yang terjadi. Bibik sutinah hanya mampu menggeleng kepala. Zyra memang kasar tidak berubah langsung sejak daripada kecil lagi. Teringat bibik Sutinah peristiwa yang berlaku sewaktu Zyra tingkatan dua.


[balik kenangan lalu]


“HEI pagar besi, cikgu tak masuk ke?” Budak lelaki itu menepuk meja tulis Zyra. Kebetulan saat itu Zyra sedang menyiapkan kerja sekolah Matematik. Zyra mengangkat wajah yang membengis.

“Boleh tak kau jangan panggil aku pagar besi!” Zyra mula menengking. Suaranya bergema di segenap sisi bilik darjah tingkatan 2 Baiduri itu.

“Memang betulkan kau pagar besi, habis tu apa?” budak lelaki itu menunding jari ke arah mulut Zyra Eloise. Dia sudah tersengih-sengih dengan riak menghina!

“Ni Braces-lah bodoh. Itu pun tak tahu ke. And for your information my name is Zyra Eloise not pagar besi” Zyra berdiri lalu tangannya dihayunkan. Belum sempat tangannya menjamah pipi lelaki itu, Alya sudah menahan. Lengan Zyra digenggam erat.

“Sabar..” wajah Alya tenang ketika melemparkan kata-kata itu kepada Zyra. Genggaman pada lengan Zyra dilepaskan lembut. Sabar, perkataan yang tidak pernah wujud dalam kamus hidup Zyra.

“Kau suruh aku sabar tapi budak tak guna ni asyik-asyik panggil aku bukan-bukan” Zyra menjegilkan matanya ke arah budak lelaki itu. Dia merasa bengang dan terus melayangkan tamparan yang ditangguh tadi ke pipi budak lelaki itu setelah melihat budak lelaki itu tersenyum sinis. Masa seakan terhenti apabila tamparan itu hinggap di pipi budak lelaki itu. Seluruh pelajar mematikan pandangan ke arah Zyra dan budak lelaki tadi.

“Kau!!” budak lelaki itu menengking sambil menarik kolar baju sukan Zyra. Buku lima diacukan ke wajah Zyra. Semua pelajar tergamam. Zyra tersenyum sinis.

"Apa kau nak tumbuk. Tumbuklah kalau berani. Buktikan aku kau anak jantan dayus. Tumbuk sini pada pipi aku ni. Cepat!" Zyra mendekatkan lagi pipinya pada buku lima lelaki itu. Saat budak lelaki itu hendak mengayunkan tumbukan sulung ke pipi Zyra, kedengaran satu suara bertempik.

“Zyra! Izz” tengking satu suara. Dua insan yang bercakaran itu segera berpaling. Guru disiplin di depan mata. Izz melonggarkan cengkaman di kolar baju Zyra, tangan yang mengepal buku lima jatuh longlai. Matilah.

“Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!” tengking Cikgu Azran. Zyra menelan air liur yang dirasakan tersekat-sekat dikerongkong. Mereka berdua berjalan membuntuti Cikgu Azran, mata masing-masing mula menjeling tidak puas hati.

"Kamu berdua ni tak tahu malu apa. Umur sudah 14 tahun tapi perangai macam budak 4 tahun!" Cikgu Azran mula membedil dengan bebelan padu. Izz Riyad hanya menunduk bisu, Zyra buat tak tahu. Matanya menikam wajah Cikgu Azran. Sekali-sekala bola matanya galak berpusing dari kanan ke kiri apabila Cikgu Azran menombak wajahnya semula. Bibirnya diherotkan ke kanan dan kiri juga. Tanda mengejek, tanda protes.

"Kamu Zyra! Kamu itu perempuan. Tak habis-habis mahu bergaduh. Bulan ini sahaja sudah 4 kali kamu dibawa ke bilik disiplin. Kamu tak malu ke?" Tangan Cikgu Azran pantas menepuk meja. Izz terkejut.

"Maaflah cikgu, saya dengan si beruk makye ni gurau aje tadi. Test power sikit" Zyra tertawa kecil sambil melirikkan mata ke arah Izz. Izz membuntangkan matanya, Kurang asam masin betul. Sesuka hati dia aje nak panggil orang beruk.

"Kamu berdua jangan nak tipu saya. Kamu ingat saya tak tau yang kamu berdua ni suka sangat bergaduh. Semua cikgu-cikgu tahu yang kamu berdua ni macam anjing dengan kucing"

"Dialah anjing cikgu" Zyra menunding jari ke arah Izz. Izz tersentak lagi, matanya mencerlung ke arah Zyra pagar besi. Geramnya.

"Kaulah anjing sengal. Pagar besi" Izz Riyad membalas kembali. Kehadiran Cikgu Azran di situ tidak di ambil peduli. Perang mulut ini harus diteruskan hingga ke titisan air liur terakhir!.

"Kaulah anjing. Anjing-anjing" Zyra mengejek-ngejek lagi. Bahu Izz ditolak kasar sehingga terdorong kebelakang. Nafas Izz sudah turun naik menahan marah yang menggila.

"Hei kamu berdua tolong diam!!" tengking Cikgu Azran tiba-tiba. Zyra dan Izz menoleh ke arah Cikgu Azran dengan pandangan yang penuh dengan bara api kemarahan.

"Kaulah Diam!!" jerit Zyra dan Izz serentak. Cikgu Azran terdiam sebentar, macam tidak percaya dia yang dimarahi semula. Ini tak logik. Cikgu Azran menghampiri mereka berdua. Telinga kanan Zyra dan telinga kiri Izz di pulas. Kali ini mata Cikgu Azran pula yang menyala dengan bara api kemarahan.

"Aduh sakit-sakit cikgu. Lepas cikgu. Mintak sorry. Mintak Sorry" Izz Riyad menepis-nepis tangan Cikgu Azran ditelinga kirinya itu. Begitu juga dengan Zyra.

"Kurang ajar betul kamu berdua ini! Saya telefon ibu bapa kamu sekarang" Cikgu Azran melepaskan tangannya daripada telinga Zyra dan Izz . Wajah Izz mula pucat seperti tiada darah. Zyra pula? tenang sahaja. Mama dan abahnya tak mungkin akan marah. Ini hal kecil sahaja.

"Cikgu jangan telefon ayah saya. Tolonglah jangan" Izz sudah hendak menangis, air matanya mula bergenang. Zyra hanya memandang jelek ke arah Izz. Pengecut!.


[........................]


"Hoi Cepatlah!" Lamunan bibik Sutinah terhenti saat Zyra menjerit lagi. Boleh sakit jantung macam ini, cepatlah kubur kata mari pada aku nanti.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: