Wednesday, January 26, 2011

'ABANG' KFC = REVEAL ♥


Masih ingat tentang 'abang' KFC dalam entry pada 21 january 2011. Hari ini sudah terjawap segala persoalan yang timbul dibenak aku, ajie dan Iezah. Kenapa mereka gelak. Kenapa mesti abang blonde. Kenapa kami jadi perhatian. Sungguh ni memang lawak gila.

Hari ni sekali lagi, dengan keadaan jasin yang hujan daripada pukul 2 pagi 26 januari kami sekali lagi ke KFC. Tujuan bukan mencari abang blonde tapi nak kutip duit reunion. Lama jugaklah aku menanti datin-datin tu dalam keadaan sejuk dan basah. Redah hujan memang benda yang aku tak suka bila bawak motor. Tapi disebabkan janji aku pergi jugak bila hujan mula renyai-renyai pukul 11.30 pagi tu.



Mau aku jadi kematu + patung cendana situ. Dekat setengah jam lah jugak. Lepas datin-datin tu sampai terus nak masuk kfc. Tapi tak jadi bila teringat pasal kes hari tu. Bertekak punya bertekak siapa nak masuk dulu akhirnya redah jugak. Terus order set jimat C dekat kaunter. Masa tu staff still senyum masa kitorang datang dulu.

Aku pasti diorang ingat sapa kitorang. Kali ni tak duduk tersorok. Duduk dekat dengan pintu masuk. Sampai je aku terus keluat netbook ingat nak surf tapi line tarak. Aiyaa, keluar buku pulak buat discussion. Tak lama pun sebab lepas tu beborak jadinya. Dok gelak-gelak datanglah sorang staff perempuan dekat meja kitorang ingat nak hantar nugget rupanya...

AKAK KFC : Dik, abang dekat dalam tu kirim salam.(senyum-senyum)
ALL : Waalaikumsalam (gelak-gelak)
AKU : Tapi kak dia kirim salam dekat siapa. (dengan muka tahan gelak)

Akak tu angkat bahu dan terus blah. Kitorang terus gelak. Ingat pasal abang blonde tu. Aku pasti dia bukan kirim salam dengan aku. Ini mesti kes kirim salam pada Ajie atau Iezah. Serious masa akak tu datang kirim salam staff dia semua gelak-gelak. aiseyy, konspirasi.

Kakak tu datang lagi dengan handphone ditangan. Kitorang dah dapat agak sesuatu. Kakak tu senyum sambil letak handphone atas meja kitorang. Percayalah dia letak depan Ajie. Ajie muka dah pucat. Tak biasa kena macam tu. Aku dengan Iezah dah gelak macam nak gila.

AKAK KFC : Dik, abang tu bagi.

Akak KFC tu terus blah. Ajie dah pandang semacam kat handphone tu. Best thing is bila tengok handphone tu korang bukan nak menghina tapi lawak gila. Atas meja tu ada satu handphone nokia tanpa warna. dan BERIKAT GETAH. Oh my god. Serius kapcai abis.

Ajie dah terpinga-pinga masa tu. Dia nak mintak tolong kitorang tapi kitorang gelakkan dia abis-abis. Buat-buat tak kenal. Mati kutu dia. Aku dah kesian tengok Ajie akhirnya panggil Akak Manager KFC yang ada dekat situ a.k.a akak dak abu. Akak tu datang sengih-sengih nampak gigi taring dia. Cute.

AJIE : Kita tak nak.

Akak tu angguk sambil gelak. Dia balik pergi masuk bahagian dapur gelak-gelak. Ajie muka dah merah. Kitorang memang tak boleh nak tahan gelak. Dengan hp ikat getah, dengan cara usha macam tu. Iezah cakap dia dah agak dah ada orang minat dekat AJie ni. Ajie kata dekat handphone tu ada tulis.

Awak saya nak nombor telefon awak boleh.

Serius bertabur gelak lagi. Lawak gila rasa. Tiba-tiba lepas lupakan soal usha ngok-ngek tu kitorang borak-borak cerita hantu. Cerita zaman dulu-dulu. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Perkara tu buat aku tertanya-tanya dan teringin nak tahu hal sebenar.

AKU : tapi kan abang mana yang kirim salam. Abang mana bagi phone tu
IEZAH : aah ek.
AKU : cuba kau tanya kakak tu.
IEZAH : okey. tak da hal (menanti penuh sabar)
IEZAH :Kak nak tanya tadi tu abang mana yang kirim salam.
AKAK KFC : Abang yang gemuk tukang masak dekat belakang.

Aku senyum. Pah dah gelak lepas akak tu blah. Damn, bukan abang blonde. Orang lain?. Bukan nak kurang ajar pergi gelak cuma tak expect macam tu sekali. Tak mustahil orang tak suka pada Ajie sebab dia cun, cute-cute, gaya ayu dan nampak sopan gitu. Merenglah orang tu kalau suka aku agaknya sebab aku tak cun. tak cute. tak ayu dan tak nampak sopan. Aku still aku, budak yang suka pakai baju besar-besar, pakai sweater, tak pakai tudung moden-moden, simple dan muka dingin. HAHAHA~


Inilah Ajie, cutekan dia :)

Ini adalah kupasan daripada cerita di atas. Pandangan aku, pemerhatian aku, kritikan aku. Sebab apa Ajie tak mahu bagi number phone dia atau mahu kenal dengan dia. Bukan sebab dia bajet cun, bajet hot, bajet bagus. Ini sebab....
  1. Abang tu tak gentelman sebab tak pergi mintak sendiri number phone
  2. Ajie terkejut plus-plus
  3. Ajie malu plus-plus
  4. Ajie tak pernah kena macam tu sebab dia budak peruk dalam asrama dulu
  5. Ajie dah ada orang yang punya sebab tu kalau abang tu hensem pun ajie tak akan mau. *ini poin penting*
Aku rasa kitorang akan lebih respect kalau abang tu
  1. Datang sediri mintak number phone Ajie.
  2. Tayang muka dia depan Ajie
  3. Bagi handphone senonoh sikit keadaannya iyalah nak usha awek biar smart2.
Sorry lah 'abang' oi. Dah Ajie tak mahu nak wat cem na. Kalau 'abang' usha sendiri mesti tak akan malu kena gelak dengan staff lain. Mesti 'abang' je tau apa yang jadik. Pengajarannya, 'abang' please be a gentelman. So yang lain pembaca ni terutama lelaki, untuk dapatkan sesuatu kita kena berani. Terutama soal nak kenal-kenal ni. Peace, sesuka aku aje cakap cem tu. Terpulanglah korang nak dapatkan macam na. Asalkan tak langgar syariat Islam dan adab-adab.



Tapi sekarang persoalan aku sekarang, macam mana pulak dengan abang blonde?. Adakah dia mahukan Ajie jugak?.Siapa yang sebenarnya dia senyumkan?. Siapa sebenarnya dia pandangkan?. Itu masih lagi belum terjawap dan menjadi tanda tanya.

Abang blonde + Abang tukang masak = Abang KFC

aku tak pasti kalau lepas ni akan ada lagi series abang KFC lagi ke tidak. ajie kata taubat tak mahu datang KFC lagi. Terutama KFC jasin. Gelak habis-habis. Lawak betul bila budak yang biasa kena kurung asram hadap cara usha dunia luar. Ajie-Ajie, nasib kau lah. Siapa suruh menawan sangat.Terlupa pulak take picture kfc jasin tadi. Kalu ada line wifi tadi time tu gak aku update. :P

p/s : aku rasa aku dah nak demam dah ni. Oh, tengah cari inspirasi. Tengah layan full house balik. Layan segala cerita korea supaya dapat idea bernas. Tak lama lagi aku nak tayang mini novella aku. Pendek aje. Tak sampai sepuluh episode kot. Itu aku tulis masa form 3. Kalau ada slack tu maaflah. Tengah bertatih.

E-novel = MISS VIOLENCE AND MR CASANOVA 19

6 Komen:

Mama Zharfan said... [Reply]

i like this entry :)
ajie sgt cute, so standardlah kalau selalu ada cubaan usha2 or tackle2 tu :)

salam ziarah dari UK

nak mintak tlg vote kalau sudi. tq in advance yer
tlg vote utk MZ!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Mama Zharfan betul ajie cute..sy tak..ahahhah..tq mama.

okey i will

n.haliban said... [Reply]

wah...experience yang best dibaca...buat cerita, lagi best!

ARC™ said... [Reply]

ok awek tu cute. kirim salam! :P
pe brg layan abg kfc weh haha. cek dulu bground die jgn bg personal details kt strangers

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@n.haliban hahah..kalu ada menarik lg saye story okey :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™
ko sempat nak kirim salam. HAHA..
ye ar kan ape barang abang kepsi.
gilalah..ajie tu x bg apa2 pun..
kalu ikut waras aku pun x akan bagi..tol cakap ko cek background dulu :)