Friday, January 21, 2011

'ABANG' KFC ♥


Dussshhh, tajuk tiba-tiba abang KFC ni. Salam tak bagi apa tak bagikan. Dahlah lambat update. Assalamualaikum semua. Dah tidur belum. Ceyyy, skema. Dah sekarang kita balik pada tajuk 'abang' KFC. Okey pagi tadi aku dengan dua orang kawan aku pergilah ke KFC, JASIN, MELAKA okey.

Memandangkan aku dengan Iezah sampai dulu, kitorang pun masuk lah dulu. Belum order lagi. Pagi tu tak ramailah sebab awal lagi. Kiranya kitorang datang sebab nak imbas kenangan masa sekolah rendah dan bincang pasal majlis reunion yang akan diadakan nanti. Bila Ajie sampai berjam-jamlah borak sampai tak sempat nak order. Penat 3 jam bercakap tanpa henti akhirnya ambil keputusan nak order. 


Sampai aje kaunter->

Manager KFC :
Dik, baru nak order ke abang ni dah lama tunggu adik order. (gelak)

Abang KFC:
Nak makan apa ya? ( senyum-senyum)

Aku, Iezah ngan Ajie terus kerut dahi. Abang KFC yang jaga kaunter senyum-senyum sampai ke telinga. Tak sangka pulak kitorang dinanti-nanti nak mengorder. Siap kena gelak ngan staff-staff situ. Serious aku tak faham kenapa diorang senyum-senyum.Abang KFC tu siap cakap punyalah sopan ngan kitorang.

Ngehhh, aku buat bodoh je la. Si Ajie ngan Iezah yang mengorder manakala aku jadi mak pacak. Berbanding style Ajie, Iezah ngan aku. Style aku macam budak2. So, Ajie ngan Iezah ni kira stylish macam gadis ayu. Wahhh, aku hanya pakai t-shirt, jeans and sweater plus back pack. Wierdo.

Dah kita bukan bincang style. Setelah aku melakukan pemerhatian baru perasan masa kitorang dok borak-borak abang KFC tu banyak kali lalu sengih-sengih. What. Ape kena dia nie. Entah, Iezah ngan Ajie tak perasan sebab leka borak. Aku jenis mata tak leh dok diam. Mesti melilau dan memerhati so tau lah. Lepas order pon abang tu lalu lagi. Sengih lagi. Aiii mamat ni. 

Bila Ajie ngan Iezah pi toilet tinggal aku sorang duduk dekat meja. Lalulah manager dia yang perempuan tadi (dengan sengaja aku rasa). Dia jengah dari tepi. Aku tengok je dia. Then dia senyum. Serious pelik. Lepas tu dia blah. Konspirasi apakah ni. Apalah aku ni, benda macam ni pun nak story. Heheheh.



Sebab apa tak boleh nak berkenan dekat abang KFC tu :
  1. rambut dia perang bahagian depan {rumah tak ada pembentung kot}
  2. suka sengih memanjang {karang orang ingat gila}
  3. nak mengusha tak reti {style mat rempit jek}
Kalau abang KFC tu macam ni mungkin ada orang nak
  1. rambut hitam
  2. kawal diri
  3. tak tayang-tayang diri gitu lah 



    Sedap aku kutuk abang tu. Hahahahah. What ever memanglah, point pertama aku dekat rambut perang tu. Inilah masalah masyarakat Malaysia sekarang rambut elok-elok hitam pergi perangkan. Konon ala mat saleh lah tu. Bangga lah sangat. Adoi, meluat adelah. Please tuhan bagi rambut elok hitam nak tukar warna pulak. Hitam tu manis okey. Sesuai dengan negara kita.

    Think positive, kita anggap yang pergi blonde rambut tu RUMAH TAK ADA PEMBENTUNG. Gelak kuat-kuat. Ramai dah aku nampak macam ni. Budak sekolah aku, lelaki datang beli buku dengan rambut blond. What the..... Buruk lah!. Siapa yang bermurah hati silalah menderma untuk dia membuat pembentung.

    Point kedua tentang usha tu. Lepas pergi KFC ade jugak round-round keliling Jasin. Budak lelaki yang kitorang jumpa kebanyakkannya mengusha buat bunyi tikus. Hello, nak berubah ke binatang tu ke. Masyallah, kalau ye pon berkenan tolonglah sopan sikit. Ada pulak lalu terus bagi 'hye'. Hello, kita orang islam bagilah Assalamualaikum. Kadang-kadang yang pak cik-pak cik pon sama. Tak faham betul aku. Please behave.


    Kadang-kadang ada perempuan boleh terima di ganggu a.k.a di usha sedemikian, tapi untuk aku tidak sama sekali. Totally not my type. Aku malu lihat orang di usha macam tu. Aku malu lihat orang mengusha macam tu. Yang mengusha tu macam tak ada tamadun, sorry to say lah. Kita orang melayu ada adab sopan.

    Yang diusha tu bukan call girl, bohsia mahupun cikaro nak dipanggil macam tu. Orang ada maruah jugak.Tak lupa kita orang Islam. Ada batas-batasnya jugak. Ingat juga malu itu berharga. Malu itu perisai orang beriman. Ingatan buat aku, wanita dan lelaki diluar sana. Subhanallah.



    Ini bukan entry nak menggedik. Cuma ini pengalaman dan pemerhatian aku. Hidup aku bahagia dengan memerhati. Seronok melihat perilaku orang sekeliling. Pasal isu blonde dan mengusha tadi, aku tak tahu mana hilangnya mentaliti mereka. Mana hilangnya kewarsan akal dan mana hilangnya adab sopan.

    Aku admit mungkin aku jalan with hot girl, diorang usha the hot girl. Aku tak kisah pun. Sedar diri ni siapa. Siapalah nak dekat aku yang tak cun, garang, emo, suka buat kepala sendiri, sombong dan segala yang tak disukai untuk jadi calon awek aku ada kot. Tapi, ada aku kisah. Biarlah aku single. Lari point lagi.

    Entry dah lari tajuk bukan. Mukadimah panjang jugak tu. Sebenarnya nak bincang mentaliti, abang KFC pemula cerita aje. Iklan kejap. Hahahah. Okeylah, akhir kata Assalamualaikum. Renungkanlah apa yang aku katakan tadi.


    16 Komen:

    nub said... [Reply]

    hihihii..semat2..

    terbaekk..abang kentuck,sila baca.

    xcyber said... [Reply]

    hehe..maybe tu style dia kot..
    mana nk tau kan

    ARC™ said... [Reply]

    ho yeah. aku pon benci org kaler2 rambut nih

    ARC™ said... [Reply]

    @xcyber
    mmg myrazoe tulis tu style dia la dr awalnye.....pebende laaaa

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @nub

    yaa..dgrlah abang kepsi..hahaha

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @xcyber

    ye kan dah mention?

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @ARC™

    tau tak pe..lorat habis..ingat dia lawa ke blonde2 ni..macam ape dah

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @ARC™

    tq asfan :)

    zura asyfar said... [Reply]

    huhu..terasa ni sebab rambut kite dikalerkan perang jugak..abes satu family rambut kaler perang..haha..ape kes entahnya tak tau la..huhu..sebab ikut tok babah kot yang kaler rambut dia blonde :))

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @zura asyfar
    alamak zura, err..dunno what to say... sorry la sentap ya.. hhehe..

    zura asyfar said... [Reply]

    lil sis : tak sentap pun, perkara biasa la tuh! bukan sebab nk tunjuk kat orang pun, just nak elak keluar rambut uban..huhu..

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @zura asyfar

    kalu uban inai kan..warna ni tak eloklah.. :)

    yang masalah ni yg muda..rambut hitam pi blonde kan~

    ARC™ said... [Reply]

    btol. nak tutup kenala pakai inai bukan benda2 merepek. ah kalau aku kisah apa orang sentap. tough love org panggil ahahhahahah

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @ARC™

    yup..betul gak cakap ko...
    tough love?
    ape tu seh????

    ARC™ said... [Reply]

    tough luv=be bad to be good.

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @ARC™


    ooo, bru dgr.. ya, leh guna ayat ko ni wat novel :)