Wednesday, January 12, 2011

INFO TENTANG PENDAKAP GIGI ♥


Okey, ini soalan yang selalu aku dapat tentang pendakap gigi a.k.a braces yang aku pakai sekarang ni. Daripada cikgu, mak cik, nenek dan semua asyik tanya. Naik jenuh nak jawap. Memandangkan tadi baru balik daripada 'dating' dengan doktor gigi, aku dengan berbesar hati nak menerang.

1. Kos memakai pendakap gigi.

Dari segi kos di klinik gigi kerajaan. Bagi pelajar tetapi ibu bapa atau penjaga bukan kakitangan kerajaan bayarannya ialah RM 700. Kalau pelajar dan ibu bapa atau penjaganya kakitangan kerajaan bayarannya ialah RM 0 (free of charge). Kalau dua-dua bukan tu bawah Rm 2000 rasanya. Manakala dari segi kos di klinik gigi swasta bayarannya mau capai ribu-riban. Biasanya dalam RM3000 atau lebih daripada itupun ada. Bergantung keadaannya jugaklah.

2. Masa menunggu tempahan

Di Klinik kerajaan korang kena tunggu daripada tarikh daftar mahu capai tiga empat tahun. Memang lamalah jugak. Kalau nak cepat pandai-pandai cari inisiatif sendiri. Klinik swasta pulak aku rasa as soon as possible.

3. Jenis

Dia ada jenis diamond atau besi biasa tau. Jenis besi biasa ni yg biase kte nampak tuh dan yang warna-warna tu ialah getah dia, getah tukar2 bukannye sekali je. Jenis diamond pluak, macam yang misha omar pakai tu, warna die putih, tak berapa nampak sangat ada besi kat mulut.

Asasnya mula-mula korang kena pakai bracket dulu. Bracket ialah yang kotak-kotak yang ditampal pada gigi. Seterusnya selepas melalui fasa pemakaian bracket dalam dua tahun korang akan pakai wire. Alahai yang wayar lurus aje.

Nota : kalau swasta bracket tu dalam bentuk lain contohnya betuk love dan macam-macam lagi. Ada sesetengah kes yang mana dia perlu memakai braces dengan bracket itu dalam bentuk helix. Kalau kes aku pulak kena pakai ada dawai merentang dekat lelangit. tak ingat pulak nama dia apa. Sebab apa aku kena pakai ini ialah rahang kecil.



4. Tempoh pemakaian

Tempoh memakai braces ini sekurang-kurangnya tiga tahun. tetapi boleh menjadi lebih daripada tiga tahun kerana kerap tangguhkan appointment, bracket kerap tercabut dan lain-lain komplikasi. Bracket sekurang-kurangnya dipakai dalam dua tahun, manakala wire hanya setahun.

5. Procedure

Hospital kerajaan, mulanya macam biasa daftar. Selepas itu tunggu nama naik. Bila dia dah panggil tu dia akan check gigi bagi tau apa-apa maklumat. Nak cabut berapa gigi ke apa ke. Then X-ray gigi kena ambil. Seterusnya pattern gigi diambil pulak untuk reka bentuk braces tu. Akhir sekali proses bonding. (Seingat akulah). Nota : aku kena cabut gigi empat tahu tak?. TIme tu ajelah sakit sikit, tapi syiok asal cabut gigi aje abah aku belanja ice cream :)

6. Sakit tak?

Soalan ni memang popular sangat-sangat. Nak kata sakit, tak adalah. Cuma awal-awal rasa irritating la sebab ada benda dalam mulut. Entah aku tak rasa sakitpun ada orang kata sakit. Bergantunglah pada orang. Kalau korang yang nak pakai tu tak usah nak fikir sakit ke tidak, benda ni sementara aje.

7. Warna.

Okey kalau warna-warna ni dekat klinik kerajaan dia main bagi aje. Aku dah pernah pakai ungu, merah, putih, biru, gold dan hari ni dia tukar PINK. OMG, aku dah bengang aje kena pakai pink. Kalau swasta dia bagi pilih aku rasa. Tau tak dekat oversea ada yang boleh menyala dalam gelap. Erk, pelik. Nota : getah warna-warna tu ada versi baru. Yang aku pakai ini lah. Antara setiap band tu dia connecting to each other. Dia tutup bahagian wayar. So macam wayar tu berwarna sekali la. Tapi aku pakai bahagian atas aje. bawah band biasa

8.Haram ke pakai braces? (sumber)

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.




9. Pantang larang

Jangan makan makanan keras. Gigit benda keras. Makan choc , gula-gula, apple , gigit ice dan banyak lagilah. Tapi aku tak pernah ikut pun, jeles tu tengok orang makan sedap-sedap tapi kita tak dapat. Tapi risiko tanggung sendiri la. Sebab dia akan beralih ataupun bracket tu akan tercabut dari gigi. Aku paling tension bila time tukar band tu. Mesti tegang punya part gigi. Nak makan sikit punya payah, siap senget2. tapi kejap aje la. :P

10. Berus gigi

Korang boleh dapatkan berus gigi braces yang halus tu dekat farmasi. Tapi pakai berus gigi biasa pun tak mengapa. Time gosok tu, gosok dalam bentuk bulat dekat setiap bahagian. Dalam dan luar.

Aku rasa sampai sini aje kot. Kalau ada kemusykilan boleh tanya.
p/s : aku baru pakai setahun masa akhir tahun tingkatan empat 200. Aku sebenarnya rasa nak tembak aje orang yang selalu kutuk orang pakai braces ni. Kata diorang buruklah , gelilah dan ape-ape lagilah. Alahai macamlah dia lawa sangat. Ingat Allah SWT cipta hambanya semua cantik. DIA maha adil. Anggap aje yang kutuk tu ada wayar short. Yang pakai braces tu berbanggalah sebab kita berlainan :)

SOALAN DAH DI JAWAP DALAM ENTRY NI : http://amirazoe155.blogspot.com/2012/10/info-braces-dan-retainer-2.html#axzz2AVBpgtJK


113 Komen:

Anisah Zahorin said... [Reply]

i like this entry~hee

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Anisah Zahorin

tqvm dear :)

pu3mas89 said... [Reply]

MAS pakaai braces ! bes ...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@pu3mas89

kan?
mcm difference from other. :)

Ratu Sulaman said... [Reply]

nice information.. bru ingat nak buat braces jugak.. thank you..

Ratu Sulaman said... [Reply]

nice information.. bru ingat nak buat braces jugak.. thank you..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ratu Sulaman

welcome :)

good_boy said... [Reply]

mesti best pakai ni..huhu
tapi mahal la..huhu

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@good_boy

kalau swasta je mahal :)

aien zell said... [Reply]

pakai braces itu comel la kakak~
haha...kalau kita pandang benda 2 dr segi yg buruk..buruk la jadinya..kalau kita pandang dari segi yang baik..SEMUA ORANG YANG PAKAI BRACES AKAN JADI COMEL..
bhaha....>.< (gila sbb kurg kalsium kot aq ni..abaikan3)
anyway..hail the optimist in ya..^^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aien zell

jadi I comellah..hahahahah..
tqvm dear...
yang padang sudut buruk tu rasa nak tembak ngan sniper~ :P

BUNGA said... [Reply]

bagus info ni.. saya baru terfikir nak buat.. kalau tak sakit sangat, nak buatla.. :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@BUNGA

buat la...kalu sakit sikit je...n kejap

Minsofea said... [Reply]

mira....kena tunggu gigi susu habis dulu ke baru boleh pakai braces ni?

anak akak tu, gigi depan dia tu mcm jongang laa....tp gigi susu x abis lagi.....pls adv...:)

AdaNaz87 said... [Reply]

kalau orang tu sendiri kerja kerajaan dan nak wat braces, harga pun rm500 ke? hikhik. (✿‿✿)

buDAK keCIK said... [Reply]

tp ak tgk cam comel je mereka2 yg pakai braces nih. siyes comel~!

tp ak dh bersyukur ngn ciptaan Allah ni so, ak x prlu la nk pakai braces ni

ARC™ said... [Reply]

nice one weh. aku igt mahal gilebabi rupenye murah je.....nak yg rm700 tu ah.

tp gigi aku xdela terabur sgt..just 2 batang ni terlebih besar. kalau aku pakai pon xde efek rasenye...member aku gigi die sume besar dan sikit jongang tp pas bukak, same jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

p/s: camne buat sharing is caring?ajar pelisssss

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Minsofea

haah kak kena tunggu gigi susu abis dulu rasanya baru boleh pakai braces :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@AdaNaz87

huh? tu dunno lak..huhuhu

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@buDAK keCIK

alhamdulillah :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™

dah tau tak da effect tak yah gatai nak wat pakcik walau murah. hahah

http://akusyamira.blogspot.com/2010/12/tutorial-letak-note-di-bawah-setiap.html

kau refer blog ni untuk sharing is caring tu. buat masa ni aku memang tak leh nak log in blog..siot betul. line tgh biol2. kalu ko nak masukkan fb share ngan twitter tu ko masukkan je dekat bahagian tulisan tu nanti code tu. kecikkan 1px untuk fb.. o px untuk twitter

ARC™ said... [Reply]

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE

aiseh. tu note je...nak code sekalikk

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™

ada lah code nak garisan tu.. kejap ko nak code mana ni? kode fb share ngan twitt ke?

mimimemo said... [Reply]

saya pun pakai braces jugak..hahahha...sepatut tengah tahun ni da habis pakai..tapi nampak macam lame lagi jek kena pakai sebab gigi tak rapat2...ade gap sebab cabut gigi..samela...4 batang cabut..:)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mimimemo


ooo lambat lah ye.... okey2

MissyNursy ♥ said... [Reply]

hai!! 1st singgah sini..sgt mmbantu entry ni!! since me akan de appointment this june..takuutt la plak..spatutnye september thun lpas, tp surat xsampai kt umah..sedih2..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@MissyNursy ♥

jangan takut. biasa aje maaa...ekekekekek

Sheera Razak said... [Reply]

I dalam proses nak bat ni. Skrng baru 2 batang gigi kena cabut. lagi 2 gigi atas kena cabut. Segan bila gigi tak teratur. Belah depan pulak tu. Nak gelak pn kena tutup mulut. Nak ambik gamba pun tk boleh nampak gigi. So lepasni bersabar jelah dgn segala kesakitan. Hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Sheera Razak

heheh ye ke.... ye sabar jek :P

erd'sassin said... [Reply]

nak tnya..
ada org bgtau klu parents krjaan..kna byar duit jgk..emm..mcm mna amira tau pcuma ja ntk stdnt yg ibubapa gov

erd'sassin said... [Reply]

amira..ada org bgtau saya prents yg kja gov un kna byr duit jgk..tp dlm blog amira kta percuma sja..mcm mna 2..blh trg kan dak

Anonymous said... [Reply]

kalu umur 18 still boleh buat lagi kat hospital kerajaan?free lagi x kosnya??

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@erd'sassin

okey walaupun kerja gov tu kan... sy rasa sebab dah 18 kot. kalau budak sekolah still dia free.. sbb sy buat masa sekolah. my mom and dad gov. ermm cuba awak tanya sendiri dekat klinik gov. cuba tanya. tak tahulah kalau sekarang dah lain .

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

boleh tu tak tahulah. cuba deal dengan klinik dulu. sy sendiri tak pasti.

Anonymous said... [Reply]

salam...akak pakai braces nie kat hospital kerajaan yg mne ye?

BeBe haNna said... [Reply]

thanks 4 infom me..ingat nk buat jugak..sebab tekde keyakinan diri langsung,klu kt ipt kn byak presntation nak tanak kena jugak berdepan dgn org ramai.walaupon kene tgur tapi wat dunno je,hihi

mac said... [Reply]

tapi member aku buat smpi 7k tu die pasang ap ek kt gg ?
emas ke pe ?
ke die tpu ak ?
ak mlas nk tnye lebih ...sbb lantak die la ..duit mk bapak die ..n gg ak pon okei ...
xperlu kot braces ni ..
nk mkn pon mcm susah je ..
celilt2 situ sni ...mse kecik2 ak ckp braces ni gg besi ..:D

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@mac

walaweiiiii. tataulah sampai 7k.
err entah. entah2 dia jenis lain ke. think positip je la... hahah biasa dah dgr gigi besi tu

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@BeBe haNna

hehhe okey. WC :)

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

errr melaka?

johana said... [Reply]

errmm...lau blh tau,mira bwt braces tu bla..

Anonymous said... [Reply]

salam mira , nak tanye ni , saye ni baru je nak pkai . bt mase ni baru je lpas bt pattern gg and xray . after this ape ye yg doc nk bt ? and bape lame die nk amek baru dpt pakai fully braces to ? bukn tlalu excited ni tp just leceh la sb asyik2 kne aply cuti , leceh ;)

Anonymous said... [Reply]

For 700 tu skali bayar or boleh bayar monthly ? :)

missp0tpet said... [Reply]

kerajaan dh x trime kn law umo dh 20 thn...law kt swasta, berape ea kos psg braces skrg..??nak tahu...ade dikaun x untuk student..?

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

saya tak ingat pula lah procedurenya.
kena cabut gigi tak? ermm tak pastilah cuba tanya ke klinik ya. maaf.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous tak pasti, sila rujuk klinik. maaf ya

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@missp0tpet

dalam 3000-4000 kot. ermm bergantung pada klinik kut. cuba survey ya.

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@johana

akhir tahun tingkatan 4

Anonymous said... [Reply]

@AMIRA ATIYA

ok , sb mase yg dorg amek untk pattern , xray to sume selang sebulan-sebulan . dah hbs pattern ,sbln lps to bru g klinik blik .

Nur Taqiyya said... [Reply]

klau nk buat kat klinik kerajaan kat mana ek ?? mcm mn ??

Anonymous said... [Reply]

@Nur Taqiyya

g daftar je kat klinik kjn bhampiran . tpi kjn lame , waiting list die bertahun2 ;) . lepas name dah naik nt dorg akan bt mould gigi , then pegi xray . then baru die tentukan gigi kene cabut tak ,brape btg ;) kalau kos skrg ni , around rm700++ . tpi krjn ni slalunye focus more on budak sekolah . kot parents keje krjn , tunjuk guarantee letter je nt free ;) kalau ade kad pesara , yg umo 19-21 pon boleh bt lagi asalkan tgh sambung study ;) huhu

AF's said... [Reply]

Miraa.. nak tanya..ibu saya kerja kerajaan so free lah kan . tapi gigi saya ni tak teruk mana just rabbit.so kerajaan still support ke kalau gigi kita tak teruk mana? and mira tunggu nama naik berapa tahun ? terima kasih :)

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@AF's

Umur berapa sekarang? kalau bawah 18 lagi free la kot. tu tak tahu mcm na. kalau gigi tak teruk, tak tahulah dentist nak buat ke tak. kerajaan ni kalau elok diorang tak buat. diorang check dulu. kalau nak check je dulu. dengar dulu pendapat dia. kalau nak pakai jugak swasta la jawap.

AF's said... [Reply]

@AMIRA ATIYA

baru 14 tahun . Gigi awak before pakai dulu teruk ke ? then awak kene pakai berapa lama ?

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@AF's

oh check dulu, kalau dia kata problem daftarlah. ada ke masa doc gigi dtg sekolah dia kata gigi tu kena pakai braces? oh gigi dulu mmg teruk. berlapis. tak tersusun. kena pakai berapa lama? entahlah. paling kurang 3 tahun.

Anonymous said... [Reply]

kak mira..klau na pkai braces..contoh macm sye na pkai braces dkat klinik gov punye..kne tggu bpe tahun, bru bleh pkai braces ekk. .?

AMIRA ATIYA said... [Reply]

@Anonymous

sudah diberitahu atas sana. lama. 3-4tahun jugak tp bergantunglah.

gee_purple93 said... [Reply]

hye ! nak tanya sikit.. pakai kat klinik kjaan jga eh? klo kita dah buat acuan gigi, then xray, apa proses selepas tuh? selepas xray tu, agak2 dlm masa sebulan lebih kita dah boleh siap pkai braces ni ke?? kira2 dlm lingkungan tempoh cuti sem. lagi 1. untuk klinik kerajaan pun ada rubber band yg berwarna jgk?? tq :)

gee_purple93 said... [Reply]

@gee_purple93

tertinggal.. lepas xray tu, 25hb4 nie appoinment.. apa yg diorg akan buat??

MissyNursy ♥ said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
MissyNursy ♥ said... [Reply]

@gee_purple93

just nk sharing..bleh kan owner blog?:)

nnt diorg akan psg separator tuk 2minggu, then appoinment psg band plak..pas2 appoinment utk bond atas n gigi bwh..

pnah gak la review skit pasal bende ni klu nk tau lebih pasal band n separator ni:

http://aidasalihan.blogspot.com/2011/12/band-braces.html

http://aidasalihan.blogspot.com/2011/08/separator-braces.html

tuk kerajaan pun de warne2..dun wori..mine aritu warne purple..hehe..:)
n slalunye kerajaan ni lame skit la br nk psg braces even dh pasang band n separator..maybe takes about 2 months br complete..

MissyNursy ♥ said... [Reply]

sori tertinggal..nnt Doc akan decide brpa btg gigi kene cabut, n ade kene amik gmbar..pas2 br psg separator, band n lastly br doc akan psg braces atas bwh..:)

gee_purple93 said... [Reply]

@MissyNursy ♥
ouwh maknanya dalam masa sekarang sampai bulan 6 cuti sem tak dapat pakai habis lah?? ohh.. sedihnyaaa.. tak boleh mnta dicepatkan ke?? :(

cHʊpεlїηα said... [Reply]

kalau kerajaan memang lah murah. tapi ambil mase yang lama. >.<

Anonymous said... [Reply]

klu student universiti masih consider as student jgak ke utk dptkn pendakap gigi di hospital kerajaan?

Anonymous said... [Reply]

knp bahagian yg dicabut gigi tu masih belum diisi oleh gigi lain. maksud saya dah pakai 3 bulan masih belum rapat lagi utk tutup bahagian yg xdek gigi?

Radha Juni said... [Reply]

HMMMM...LAU 700 AK MMPU R TP 2000 ?? HMMMMMMM

Luqman Hakim Azlan said... [Reply]

assalamualaikum. akak guna yang kerajaan atau swasta? akak punya, berapa lama masa nak tunggu tempahan eh?

Anonymous said... [Reply]

salam..acctually i nk tnye klu umur da 22thun hos gov still trima lg ke nk pkai braces?

azlin ali said... [Reply]

salam..acctually i nk tnye kalau umur da 22tahun hos gov still trima lg ke nk pkai braces?

Anonymous said... [Reply]

tak boleh cepatkan ke ah ?

Anonymous said... [Reply]

sya ney dh umo 17 thn...rasanya klau sy g dftar kat klinik kerajaan sy bleh dat kos yg sma mcm bdak sekolah x?

Anonymous said... [Reply]

myra_zoe tlong larh rply i need your answer....^-^

Anonymous said... [Reply]

@AMIRA ATIYA

nak tanya sikit kalau parent tak berkerja gov tapi adik beradik ada yang kerja gov tetap kena bayaran jugak tak??plss reply

Aanum said... [Reply]

Kita nak pakai. Kita nak buat dekat hospital kerajaan. Tapi tak tahu macam mana mula-mula nak buat apa lah. Emm. Kawan kita ada cakap kena buat surat dula lah apa lah. Tapi kita tak tahu nak tulis apa, nak bagi kat siapa. Haha. Tolong kita bolehh? Hee :)

Ohh Durra said... [Reply]

Hi Amira , can I ask you something .Mira buat bracey dekat hspt kerajaan or swasta ? and your parents bukan kerja kerajaan so memang bayar RM2000 ke ? Kalau kita byr RM2000 tu sekali terus or ansur-2 ? Lastly waktu mira daftar tu , berapa tempoh lama nak kena tunggu yee ? Really need all this info , kindly rep asap yaa .Tq

Amira Atiya said... [Reply]

@Ohh Durra & @Aanum

soalan dah jawap here http://amirazoe155.blogspot.com/2012/10/info-braces-dan-retainer-2.html

Puteri Nur Aisyah said... [Reply]

nak taye akak buat ni kt hospital kerajaan kt ne?

juita petra said... [Reply]

da la lama nk pakai braces tp takut gila sbb ramai kata haram...was was smpai skrg...tp da ade dalil so rse yakin sket lah.hehe tq!

dgku eliey said... [Reply]

esok arcy nak g buat braces , arcy pun baru form 1 . betul ke free ? sbb ada member arcy yg pakai braces , tp dia pnya bole bukak . then bole pasang balik . arcy nak pakai cam gmba tuh . kalo yang tuh free erkh ?

Farah Johari said... [Reply]

@Amira Atiya Hmm Masa akak pergi klinik kerajaan mcm mana proses dia? Kita kena isi borang ke? Or ada cara lain. Saya nak buat kerajaan cause parents kerja kerajaan.

Anonymous said... [Reply]

Salam..klo umor 22tahun nk pkai braces still free lg ke skang?sbb mse skolah dulu doc ta bg pkai,dye kte gigi ok je..tp siyes nk btulkn gigi sket je..tq :D

Nabihah Johan said... [Reply]

Gerahang gigi kena cabut tak? :l

Anonymous said... [Reply]

kalau nak daftar braces tu kat kaunter klinik gigi tu ke ?

o®aиgє_aN!Ez™ said... [Reply]

Hhmmm

o®aиgє_aN!Ez™ said... [Reply]

Kalau umo dh 20 thun, parents xkje gov boleh ke wat kt klinik krajaan?

o®aиgє_aN!Ez™ said... [Reply]

Hhmmm

ska amirah said... [Reply]

SALAM... Amira start pakai braces akhir form 4 kn??
so, mohon mse bile??
brape tahun tunggu??
hope dpt jawab..
thanks for the infomations.

Anonymous said... [Reply]

Knpe prlu cbut gigi? Ummm~ tkut la bile dgr cbut gigi nih @@ hehe

Anonymous said... [Reply]

awak buat kat mane ? kerajaan ke swasta ?

"bella Chentaku" said... [Reply]

nak tye la... agak2 u berape lame ye tempoh gg lain bergerak untuk tutup lubang sb gg yg kene cabot tuh? angaran bulan la? hehe
xsabar..so far...lubang stil belom tutup tp pergerakkan gg da napak la sikit2

Hanie said... [Reply]

akak,kawan saya ckp nk pkai pendakap ni kalau buat kt hospital kerajaan kene queue lama..tu yg sye takot tuh..sye pon nk pakai pendakap gak sbb sye x de keyakinan nk bcakap dgn org..nk senyum pon ssh.. :(

zee azie said... [Reply]

Thanks utk info ni...nak suh anak dara yg pakai sbb gigi dia jarang2....dia msh sekolah tingkatan 2...mintak dia amek surat kt sekolah x blh pulak...sbb sepatutnya amek masa di sekolah rendah kata cikgu dia...
Macam akak ni keje kjaan boleh la amek surat dari ofis kot? Nak buat kt klinik swasta mahal tu.....

Anonymous said... [Reply]

saya umur 24, dulu accident time 18, teruk jugak la sebab muka terhempas atas jalan sampai pengsan. gusi jadi pecah so gigi semua goyang. so, masa nak recover tu semua gigi saya mengalami tekanan antara satu sama lain antara atas dengan bawah, once awek saya kat sekolah dulu, paling hot. tapi sekarang ni saya kat U nak cakap dengan orang pun segan2.. rasa macam nak pakai, sebab dah nak kerja. kat swasta harga tak sure.. dulu saya tak ambil berat sangat, tapi nanti kalau nak jadi jurutera yg ada masalah gigi, segan pulak nak bercakap dgn orang. pengajaran kepada akak2 yang baca ni, jangan bagi anak akak keluar naik motor malam2 keluar saje2 dgn kawan, nanti gigi rosak kalau accident and cakap kat anak akak tu akibatnya nanti nak cari awek yg lawa will be susah and keyakinan diri pun akan menurun.

azira said... [Reply]

Assalam..klau buat dkt kerajaan,doktor tu bgi murah or free

Aiedam Blurzz said... [Reply]

nak tanye dekat mane nak daftar kerajaan atau swasta... saya maseh pelajar dan macamana nak mempercepatkan proses menunggu ... sekurang-kurangnyer berapa tahun pn/en tunggu..

haqqim thurmizi said... [Reply]

Ade Yang Jenis Letak Dekat Belakang Kan , Mahal Tak? Pantang?

Anonymous said... [Reply]

emm camne proses pembaayaran die ekk??? pendahuluan die bpe ekk? anyway entry nie amat membantu la.:)

Anonymous said... [Reply]

Is it pain during the time doctor doing braces on u ?

Anonymous said... [Reply]

salam. entri yg best :)
dulu mak saya paksa sy pakai braces. tp sy degil tk nk, ni la akibatnya. menyesal gila tk dgr ckp mak. sy dh apply yg krajaan punya. at the same time sy pn ada la jugak survey swasta pnya harga. mak bapak harga mahal kot. stakat ni hrga range dlm rm4000-rm6000. bila saya ckp nk pakai atas je. dia ckp takleh kena pakai atas bawah. pdhal ada je member yg pakai atas je. cekik darah btol. sy redha je la tnggu yg kerajaan pnya wlaupn lmbt. nk pakai yg swasta, duit mkn pn tk lepas. btw, sy suka tgk org pkai braces..comel :)

Anonymous said... [Reply]

Mne lbih bgus? Buat dkt klinik kerajaan ke swasta? Sye klu boleh nk cepat bukak braces tu..

Shafikaika Shamsul said... [Reply]

Tq,bleh lah saye pkai... Saye nak pkai tapi kawan kate sakitlah

Shafikaika Shamsul said... [Reply]

Tq,bleh lah saye pkai... Saye nak pkai tapi kawan kate sakitlah

Shafikaika Shamsul said... [Reply]

Tq,bleh lah saye pkai... Saye nak pkai tapi kawan kate sakitlah

asyiqinakbar said... [Reply]

sy pkai braces tahun depan bulan3. tp kt klinik swasta. 4000ribu harga semuanya

Aien said... [Reply]

gigi belah mana yang akan doktor cabut untuk memakai brces erk???

the care one C: said... [Reply]

COP!like seriously!i tak faham why people keep on asking the things that not worth it or the things that totally answered--"annoyed tau x?from noW on,please jgn tanya the questions like oh,if i'm 19/20/21,can i get braces for free?look,this question had been answered and yet,still ada people going to ask AGAIN!?c'mon man...sorry to say this but i have to.sorry again.thanks for the support.your cooperation are really apreciated.:D

Amira Atiya said... [Reply]

@the care one C:

thanks dear! sebenarnya i sesungguhnya dah penat nak jawap jugak sebab mostly semua i dah jawap. siap ada entry lain yg jawap semua soalan tp diorang yg tak baca dan keep asking same things kemudian nak marah i. erghhh -_- kesian i..

NANA AZRIN said... [Reply]

permanent braces nak beli dekat mana eh? dan boleh pasang dekat klinik kan? takpayahlah bayar ribu-ribu. hehehe

Syahira Arianda said... [Reply]

Akak....akak kan ade ckp pkai breses tu ketat kan..so x de risiko ke?..mksodnye gg x patah ke?

Anonymous said... [Reply]

assalamualaikum..bleh tak pakai braces pada bhagian gigi atas dpan shaja.

Anonymous said... [Reply]

Assalam, nak tanya, kalau anak sekolah kerajaan dan ibu bapa mereka kerja swasta harga nya tetap rm700 ke?

Anonymous said... [Reply]

aslm,akq..sye bru berumo 14 taon..n kalo sye nx wt pd umuor sye wk2 tu.15 tahun..agak2nyer..bila mau siap ?? hope akq rep..sye salu mnangis pabila my family,fwens n ckg sye ejek jongang..siyesly..need ur help Q_Q ..thanks..syg akq ^^