Wednesday, January 05, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 10 ♥






"Baiklah bibik tolong kamu. Sekarang kamu pergi ambil asam jawa xtra dalam peti tu, gula, air suam, cawan dan juga ais” Ezamirul hanya menuruti arahan bibik Sutinah.

“Bibik mana satu gula?" Ezamirul menunjukkan tiga balang jernih bercorak yang berisi semuanya serbuk putih. Kerja dapur mana sesuai dengan dirinya yang kacak lagi menawan ini. Pada pendapatnya kerja dapur ini hanya layak untuk kaum hawa. Kaum hawa sesuai duduk rumah, manakala kaum adam pergi kerja. Tipikal betul pendapat Ezamirul ini. Bukankah sekarang institusi kepimpinan sediri mempunyai kaum hawa.

“Yang ada bentuk bunga kiri hujung sekali itu” Ezamirul menghulurkan balang itu. Bibik Sutinah sudah tersenyum. Tangannya pantas menyediakan minuman istimewa itu.

"Nah sudah siap, senang bukan. Sudah kamu pergi ambil donut dalam peti tu sekali" Ezamirul mengambil kotak donut yang berada di dalam peti. Dia meletakkan kesemua donut-donut itu ke dalam piring. Macam sedap.

Bibik Sutinah menghulurkan gelas yang mengandungi air asam jawa itu kepada Ezamirul. Ezamirul mengambil dulang kecil di atas singki. Cawan yang mengandungi air asam jawa dan piring yang mengandungi lima ketul donat yang dibeli di Donut Empire diletakkan ke atas dulang.

"Ada perisa Choz O'latte Donut, Choz O'cream Donut,O'shiok Donut, Fall in Love Donut dan Dark Mirror Donut. Sedapnya." Ezamirul yang melihatnya juga terliur. Tetapi jangankan mahu makan, sentuh pun dia tidak berani. Nanti ada yang disepak pula. Ezamirul membawa dulang yang berisi donat dan air asam jawa dengan berhati-hati ke ruang tamu.

“Saya letak di sini tau” Ezamirul mahu melangkah pergi tetapi dihalang oleh Zyra. Zyra mengarahkan Ezamirul duduk berlutut dihadapannya. Ezamirul hanya menurut, jangan melawan nanti padah. Macam anak dara sunti pulak keadaan Ezamirul saat itu.

Fuhhhhhh! Air yang di minum Zyra tersembur ke wajah Ezamirul. Ezamirul terkejut, matanya terkelip-kelip. Apa yang berlaku ini?. Perlahan-lahan dia mengelap wajah dengan kolar baju-T nya. Zyra mula berang. Bibik Sutinah didapur sudah ketawa terbahak-bahak. Perlahan Bibik Sutinah berkata “bibik minta maaf Zyra, bibik tipu Ezamirul kata itu gula sedangkan...”

“Kau ni kurang pandai ke terlebih pandai. Kau bagi aku air apa ni?” Zyra mula menengking. Mukanya mula merah. Tahap kemarahan kini melebihi 100 darjah celcius. Budak Ezamirul ni kalau tak menyakitkan hati memang tak boleh agaknya.

“Air asam jawalah. Air apa lagi awak ni” Ezamirul masih mengesat mukanya yang basah disembur air oleh Zyra tadi. Sabar wahai hati.

“Kau rasa air ni sekarang” Zyra menyua air itu ke bibir Ezamirul, kasar. Ezamirul menyambutnya dengan terpaksa. Fuhhh! Dia turut menyemburkan air itu dari ruang mulutnya. Rasa apa ini?. Semacam sahaja.

“Tahu kau luah balik. Hei kau ni gula dengan ajinamoto pun tak boleh bezakan ke. Kau memang nak menaikkan darah aku lah. Kau kemas semua ni dan pergi suruh bibik buat air untuk aku! Sekarang.. hantar ke bilik” Zyra mencuah air tadi ke wajah Ezamirul. Dia mula menghentak kaki melangkah ke tingkat atas. Pintu biliknya dihempas kuat, bagai hendak runtuh rumah.

Dengan wajah yang mencuka Ezamirul mengelap lantai yang basah dan dengan wajah yang mencuka juga dia bergerak ke dapur. Dia tahu siapa punya angkara. Silap dia sendiri tidak merasa serbuk putih itu terlebih dahulu. Lepas ini dia akan mencuba membuat air sendiri, tidak mahu ditipu lagi. Bibik Sutinah siap kau!

“Kenapa bising di ruang tamu tadi Ezamirul. Macam nak runtuh rumah bibik dengar daripada dapur ni. Apa yang sudah jadi” Bibik Sutinah berlagak bodoh. Tidak padan dengan umur yang tua, perangai nakalnya mengalahkan remaja belasan tahun. Ezamirul menombak anak mata bibik Sutinah. Geram sungguh!

“Bibik dah tahu tak usah nak tanya. Jangan nak buat-buat bodoh. Yang bibik tak cakap pada saya itu ajinamoto kenapa. Bibik sengaja nak sabotaj saya kan. Sukalah bibik buat saya kena marah dengan Zyra tu. Sudah bibik pergi buat air asam jawa,yang bergula! .Saya nak hantar pada Zyra. Kali ini jangan letak ajinamoto. Kalau bibik letak. Tahulah apa saya boleh buat ada bibik!” Nada suara Ezamirul serius dan keras.

Dia mula buat wajah tidak puas hati dan terus duduk di atas meja makan kecil disudut dapur itu. Kakinya dihayun ke depan dan ke belakang. Kelihatan rahangnya bergerak-gerak, menahan marah. Tingkah laku bibik Sutinah diawasi dengan teliti. Bibik Sutinah yang melihatnya menahan kecut. Menyesal sudah~

Andartu seorang ni memang hendak kena maki aje dengan akulah. Nasib baik dia lagi tua daripada aku. Kalau tidak. Ezamirul menggerutu sendirian. Matanya masih lagi tidak lepas memerhatikan bibik Sutinah yang sedang membuat air itu, tidak ubah seperti singa mahu menerkam mangsanya.

Bibik Sutinah belum lagi berkahwin. Dia rela menjadi anak dara tua kerana serik hendak berpasangan semenjak kes kemalangan tunangannya selepas majlis pertunangan. Tunangnya itu mati di tempat kejadian, rasa cinta kepada tunangannya itu tidak boleh dipadam daripada kotak hati walaupun sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku. Macam mana Ezamirul tahu soal kisah duka bibik Sutinah. Sebenarnya sewaktu dia tiba di rumah Zyra pagi tadi, dia telah terdengar doa bibik Sutinah sewaktu solat subuh.

Arggh! Persetankanlah tunang dia mati atau tidak. Dia nak kahwin atau tidak. Yang penting bibik ni cukup menyakitkan hati. Diam-diam kenakan aku nampaknya. Ezamirul mengetap gigi. Tangannya sudah mengepal penumbuk, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tumbuk bibik Sutinah. Tetapi ditahan, ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.

"Sabar Ez..." Ezamirul bersuara perlahan sambil mendengus kasar. Rasa sebal mesih lagi menyelubungi diri.Dengan takut-takut bibik Sutinah menghulurkan segelas air asam jawa bergula kepada Ezamirul. Ezamirul mengambilnya dengan kasar dan teris melompat turun dari meja. Dia melangkah keluar dari ruangan dapur selepas menghadiahkan jelingan maut kepada bibik Sutinah. Nampaknya amaran keras sudah diberikan kepada bibik.

"Menyesal pula aku mainkan dia. Muka comel dan kacak lagi menawan berubah menjadi bengis. Agak menyeramkan bila dia mengamuk macam tu. Tapi bila fikir semula ada aku kisah. Biar dia rasakan erti sebenar kehidupan. Masa setahun ini akan dapat merubah budak gila ni menjadi orang lebih bertamadun. Semuanya kerana Zyra. Aku pasti" Bibik Sutinah menyambung kerjanya mengemas dapur.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: