Friday, January 07, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 11 ♥






Tokk..tokk..

Ezamirul mengetuk pintu bilik Zyra dengan rasa yang gementar. Setelah mendengar arahan Zyra supaya dia masuk, barulah dia berani melangkah ke dalam. Kelihatan Zyra sedang berbaring di atas katil sambil merenung siling. Ezamirul hanya meletakkan gelas jernih itu dimeja sisi katil Zyra.

“kau ambilkan aku panadol dengan air suam” Tiba-tiba Zyra bersuara setelah Ezamirul mahu melangkah keluar dari biliknya. Ezamirul berhenti di muka pintu, direnungnya Zyra dengan wajah yang berkerut. Panadol?

“aku pening kepalalah rasa nak demam, cepat sikit” Zyra hanya bersuara lemah. Tiada lagi suara menengking seperti adegan 20 minit tadi. Berdetap-detup langkah Ezamirul turun ke dapur. Tidak sampai dua minit Ezamirul telah muncul kembali dengan segelas air dan dua biji panadol.

Dengan lemah Zyra mencapai gelas dan panadol daripada tangan Ezamirul. Diteguknya air dan panadol dengan rakus. Ezamirul yang melihat, menelan air liur. Macam itu sahaja dia makan ubat. Telan sahaja. Kalau aku sampai satu jam baru dapat telan. Sungguh Ezamirul memang tidak tahu makan ubat pil. Dia setia menanti di sebelah Zyra sehingga Zyra terlelap.

Perlahan Ezamirul meletakkan belakang tangannya ke atas dahi Zyra. Dia tidak mahu Zyra terjaga. Panas, demam agaknya. Perlahan-lahan Ezamirul melangkah keluar. Dia mahu mencari besen dan tuala untuk mendemah kepala Zyra. Puas di rondanya ruangan dapur mencari barangan yang diingini.

“cari apa?” Ezamirul terkejut mendengar suara itu. Dia berpaling untuk melihat siapa gerangan yang berani menyergahnya saat-saat dia tengah kalut sebegini....

Aku fikir hantu manalah tadi. Bibik ini lagi. Sibuk betul. Keluhan berat terkeluar. Asyik-asyik bibik, menyampah betul dia melihat bibik. Nak kena marah lagi agaknya bibik Sutinah ni. Benci.

"Besen dengan tuala bersih”. Tidak sampai lima minit semua barangan itu diletakkan dihadapan Ezamirul yang duduk mencangkung di muka pintu dapur. Segera besen itu dia isikan dengan air suam.

Tupp..tapp..tupp...

Ezamirul berlari laju ke tingkat atas. Segera dia duduk dibirai katil Zyra. Perlahan tuala good morning itu direndam ke dalam besen. Diperahnya tuala itu dan diletakkan di atas dahi Zyra yang panas.

Kemudian tuala itu dilapkan ke wajah, leher dan lengan Zyra. Bila tuala itu mula mengering, direndamnya semula tuala itu dan seperti tadi diletakkan di atas dahi Zyra lagi. Tidak jemu dan letih. Kasihan dia melihat keadaan Zyra. Entah rasa simpati itu ada walaupun Zyra selalu membuli dirinya.

Ezamirul terlelap. Badannya disandarkan di kepala katil. Sesekali dia terjaga diulangnya lagi mendemah kepala Zyra dan yang pasti terlelap lagi. Pagi sudah melarut ke petang. Lama mereka berdua tertidur.

"Mana perginya budak Ezamirul ni, tak turun-turun budaknya daripada bilik Zyra. Ini mesti periksa ni" Bibik Sutinah naik ke tingkat atas menjengah ke bilik Zyra. Rasa lega tidak terhingga apabila melihat rupanya kedua-dua anak muda itu sudah terlelap.

"Comelnya budak dua orang ni tidur. Macam pasangan suami isteri baru kahwin, sweet aje” Bibik Sutinah hanya berbisik perlahan sebelum keluar dari bilik Zyra itu. Bibirnya menguntum senyuman manis. Sebelum keluar Bibik Sutinah sempat membuka pintu luas-luas agar tidak akan timbul sebarang syak wasangka nanti.

"Maafkan bibik Zyra kerana campurkan ajinamoto dalam air kamu, bibik nak ajar si Ezamirul tu. Dia fikir semua boleh diselesaikan dengan wang. Bibik marah. Maafkan bibik’ Bibik Sutinah berbicara dengan hatinya sewaktu turun ke ruang tamu. Terasa serba salah teramat kepada Zyra. Mungkin Zyra sakit kerana terminum ajinamoto itu. Kasihan.

Bunyi azan zohor mengejutkan Zyra. Dia terpisat-pisat bangun sambil mengeliat. Mulutnya berbentuk bulat apabila melihat Ezamirul tertidur sambil bersandar ke kepala katilnya. Kepala Ezamirul ditunjal perlahan.

“Bangun, bangun... kau buat apa tidur sini, nanti kena tangkap khalwat sia-sia sahaja. Aku tak mahu kahwin koboi, lagi-lagi kahwin dengan kau. Bangun!” Ezamirul terpisat-pisat bangun sama seperti keadaan Zyra tadi. Ezamirul masih dalam keadaan mamai, dia terus merebahkan badan ke atas katil Zyra.

“Amboi! Bagus punya orang. Berani betul atas katil aku dia mendarat” Telinga Ezamirul dipulas geram. Ezamirul terjerit-jerit sambil menepis tangan Zyra.

“awak ini apa fasal. Sakit tahu tak. Orang mahu tidur di pulas-pulas pula telinga. Capanglah jadi, nak telinga orang jadi kuali astro ke minah” Ezamirul terus turun daripada katil sambil berdiri menghadap Zyra yang berada dihujung katil sebelah sana.

“ini katil aku, kau tidur tempat lain!.” Zyra terus pergi meninggalkan Ezamirul. Dia mencapai tuala dibelakang pintu dan terus melangkah masuk ke bilik air di dalam biliknya itu. Pintu bilik air dihempas kuat, tanda protes.

“awak ingat saya mahu sangat ke tidur dalam bilik ini!. Bilik saya lagi besarlah, tak hadap mana pun nak tumpang tidur sini. Dengan awak , dalam bilik awak pulak lagi." Ezamirul menjerit dari luar. Dia terus keluar daripada bilik itu menuju ke tingkat bawah. Dia mahu pulang ke rumah, rasa geram dan mengantuk sedang menghambat dirinya.

"Orang jaga dia sakit dia tuduh macam-macam. Geramnya aku. Bagi susu balas tuba. Ya Allah rasa mahu penampar aje dia tadi... Warggghhhh!!!!" Ezamirul menggerutu sendirian sambil menghampiri motorsikalnya yang terletak di garaj kereta.

"Mahu pergi mana Zam," Tegur bibik Sutinah apabila melihat Ezamirul. Ezamirul merenung tajam perempuan tua yang sedang memberi ikan koi makan itu tetapi soalan yang dihalakan kepadanya tidak dijawab. Enjin motor dihidupkan dan diperah kuat sehingga mengeluarkan kepulan asap yang banyak di garaj kereta. Protes.

"Woi!" Zyra sudah menjerit dimuka pintu rumah. Dimulutnya masih ada kesan ubat gigi. Ezamirul buat tidak peduli, dia terus memecut motorsikal keluar daripada garaj. Zyra makan asap motor.

"Kurang asam masin punya budak" Zyra membaling berus gigi yang berada di tangan kanan. Geram!. Bibik Sutinah sudah terpinga-pinga tidak faham apa yang sudah berlaku. Zyra terus berlari ke dalam rumah saat dia mendengar telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello, Zack ada apa hal pula ni" Zyra menanti jawapan Zack sambil mengelap mulut menggunakan kolar baju. Telefon ditukar ke telinga kiri pula dan dikepit diantara bahu dan telinga. Dia berlari ke tingkat atas.

"Zyra, ada pelanggan kata dia nak jumpa kau. Ada hal nak bincang. Katanya penting. Sekarang juga Zyra." Zyra mematikan telefon bimbit dan segera bersiap-siap untuk pergi ke Ragamuffin Kafe.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *




0 Komen: