Sunday, January 09, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 12 ♥




“Bibik, Zyra keluar kejap pergi kafe. Ada hal penting. Kalau abang balik cakap pada dia Zyra tak dapat ikut dia pergi makan malam nanti. Soal pergi hari keluarga firma dia tu, Zyra jadi ikut” Ucap Zyra kepada Bibik Sutinah yang sedang menyiram bunga. Dia menyarungkan jaket kulit ke batang tubuh dan di ikuti topi keledar ke kepalanya.

“Baiklah, Zyra hati-hati di jalan” Zyra mengangguk dan terus memecut pergi bersama motosikal kesayangannya itu. Setelah setengah jam meredah lalu lintas akhirnya Zyra sampai ke kafenya itu. Dia melangkah masuk ke dalam Kafe Ragamuffin. Zack sudah melebarkan senyuman. Zyra memerhati sekeliling kafe miliknya dan segera menghampiri Zack di kaunter. Jaket kulit ditanggalkan dan diikat dipinggang. Topi keledar dikelek pada sisi kiri.

“Mana orang yang nak jumpanya?” Zack garu belakang kepala sebaik sahaja mendengar soalan Zyra. Zyra membulatkan matanya sambil bercekak pinggang. Dia faham benar dengan reaksi Zack itu, mesti orang tu dah balik.

“Dia dah blah, ada emergency katanya. Insyallah nanti dia datang balik jumpa kau.” Zyra mengangguk-anggukkan kepala. Aku dah agak dah. Jaket kulit yamg dililit dipinggang tadi dirungkaikan ikatannya dan dihulurkan kepada Zack. Topi keledar diletakkan di atas kaunter.

“Bila dia nak datang tu?” Zyra membetulkan ikatan rambutnya. Topi keledar yang diletakkan di atas kaunter tadi turut dihulurkan kepada Zack.

“tak tahu pulak aku, dia tak cakap apa-apa pun. Kad perniagaan pun dia tak bagi aku.” Tangan Zack ligat menyusun barang-barang Zyra di dalam almari.

“okey, Zack hulur apron. Aku ambil order hari ni” Zyra mencapai apron yang dihulurkan Zack. Apron itu diikat pada pinggang, buku menu dan pen dicapai. Dia bergerak ke pelangan yang menanti. Sebaik sahaja selesai mengambil tempahan, Zyra mengarahkan pekerja-pekerja lain menyiapkan tempahan, Kek Blackforest dan Sparkling Apple Juice.

“Zack, kau tak tau ke siapa yang datang tadi tu? Muka dia macam mana? Muda ke tua? ” Zack segera menggelengkan kepalanya. Soalan Zyra bertubi-tubi keluarnya. Kalah M-16.

“Muda lagi. Aku rasa kau pernah ambil order dia hari tu, tak silap yang minta buku Fallen dulu. Alahai yang ada misai sikit-sikit and wear speck” Zyra mengerutkan dahi. Fikir-fikir siapalah lelaki itu. Aduhai aku ni dahlah bab mengingat ni fail sikit. Lagi-lagi ingat orang.

“guy yang baca sinopsis Fallen kuat-kuat dengan buka web Ragamuffin tu” Zyra mula mengingat, dia merenung wajah Zack dalam-dalam sehingga Zack menjadi tidak selesa.

"Kau jangan tenung aku macam tu boleh tak? Taku aku tahu tak. Macam rupa nak rogol anak teruna orang pun ada kau ni" Zack menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zyra mula menjegilkan matanya, pen yang berada di tangan terus dilempar ke arah Zack.

"Rasakan kau. Kau gila aku nak rogol anak teruna orang. Kalau aku nak rogol aku tak akan rogol kaulah. Sengal, agak-agaklah sikit. Ada ke perempuan rogol lelaki. Kau ingat aku terdesak sangat." Zack hanya tersengih menayang gigi yang berkarat.

Hisap rokok banyak mamat ni, aku benci perokok. Apa dia ingat hisap rokok tu macho sangat ke. Memendekkan nyawa adalah. Tapi untung perempuan yang kahwin dengan perokok ni. Yelah nanti bila laki dia mati, mesti dia dapat semua duit insurans. Zyra tersenyum kecil.

"Wei minah, kau jangan senyum sorang-sorang boleh tak. Macam orang meroyan pun ada. Nak aku telefon tanjung rambutan ke?. Kau dah ingat belum ni. Lembap betullah kau ni." Zyra buat tak dengar bebelan Zack tu. Macam pak cik-pak ciklah dia ni.

Zyra menepuk dahinya tiba-tiba."Aku tahu mamat hensem yang misai nipis tu kan?. Ya, aku dah ingat. Tapi apa fasal dia cari aku pulak? Dah tak ada kerja lain apa" Zyra menongkat dagu. Dia mula menyanyi-nyanyi perlahan. Zack hanya buat muka toya melihat gelagat Zyra. Minah ni buat aksi gedik dia pulak dah.

"Entah-entah dia berkenan dekat kau kut. Nak buat kau jadi bini dia." Zyra terus tarik muka. Zack tayang gigi lagi. Mamat ni memang tak beli insurans hayat. Ada aje nak sakat aku.

"Kau pernah makan kek perisa penyepak tak dengan air perisa penerajang. Kalau nak, meh dekatkan muka kau sini. Aku nak bagi kau 'makan dan minum'. Cepatlah! " Zack terus berundur ke belakang, dia faham benar dengan istilah makan dan minum Zyra yang berbunyi lain macam itu. Dia terus berlari masuk ke dalam dapur, bahaya-bahaya.

"Tau kau takut. Ada ke patut cakap mamat tu nak buat aku jadi bini dia. Gila apa." Zyra membebel sendirian sambil bermain dengan hujung rambut. Siti menghampirinya membawa dulang berisi Kek Blackforest dan Sparkling Apple Juice. Zyra segera menghantar tempahan itu ke meja.

"Siti pergi panggil Zack. Kau suruh dia jaga kaunter. Ini tugas dia bukan kau. Cepat" Siti segera menurut dan masuk ke dapur. Zack muncul dengan wajah yang takut-takut. Zyra hanya menggelengkan kepalanya.

"Sorry la awek ku sayang, aku main-main aje tadi. Nah aku buatkan kau air asam jawa special" Zack meletakkan gelas berisi air asam jawa ke atas kaunter. Pandai betul mamat ni nak mengampu aku siap panggil awek ku sayang. Bijak-bijak.

"Kau memang pandaikan bab mengampu. Nasib baik aku bos yang baik hati. Ye ke kau yang buat air ni Zack bukan abang Asri. Bukan selama ni kau tak tahu buat apa-apapun ke selain menghadap alat-alat gadget kau tu" Zack mengangguk laju dengan senyum yang melebar hingga ke telinga. Aku cakap banyak, angguk je dia bagi. Zyra menggelengkan kepalanya.

"Kau jangan letak guna-guna atau racun sudah. Aku minum ni, baik kau mengaku. Nanti kalau aku mati, aku jadi pontianak aku cekik kau. kita jadi pontianak sama-sama." Zyra sudah tersengih. Dia segera minum air asam jawa itu sehingga habis dan tersenyum.

"Sedap jugak kau buat. Apa kata tambah air asam jawa dalam menu kita. Macam menarik tu. Kau nanti jangan lupa kemas kini menu. Tambah air asam jawa okey." Zack hanya mengangguk. Zyra membuka apron yang terlilit dipinggang.

"Zack aku naik atas kejap. Sembahyang Zohor dulu, dah lambat dah ni. Kau suruh Siti pulak take over ambil order" Zyra terus naik ke tingkat atas. Belum sempat dia hendak mengambil wuduk, telefon bimbit pula berbunyi minta diangkat. Nama pemanggil dibaca, Abang Akmal. Nak apa pulak abang aku ni.

"Hello Assalamualaikum bang. Ada apa telefon Zyra tiba-tiba ni tak boleh tunggu dekat rumah dulu ke?. Kalau nak cakap pasal nak pergi hari keluarga tu, Zyra jadi ikut. Tak sabar-sabar betullah abang ni" Akmal senyap sekeita di talian. Macam suspen aje abang aku ni.

"Waalaikumssalam, bukan fasal tu dik. Tapi abang nak tanya kau ada usik anak teruna orang eh?" Zyra mengerutkan dahi. Soalan jenis apa ni. Aku kacau anak teruna orang?, bila masa pulak. Apa buang tabiat aku nak mengacau anak teruna orang.

"Ke kau ada bawa anak teruna orang datang rumah masa abang tak ada?" Akmal mengeraskan suaranya sehingga Zyra sendiri gerun mendengarnya. Pencarutan apakah ini, apa yang dah jadi ni aku tak faham langsung.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: