Tuesday, January 11, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 13 ♥




"Apa yang abang merepek ni. Bila pulak Zyra bawak lelaki dalam rumah. Siapa yang dah banyak sangat pahala berbakul-bakul ni sampai sanggup membazir buat fitnah dekat orang?" Zyra mula meninggikan suara. Muka sudah merah menahan marah.

"Kau jangan nak kelentong abang dik. Baik kau cakap betul-betul. Abang tak nak nanti dekat rumah kita berlaku Zina." Akmal turut meninggikan suara daripada dalam talian.

"Kepala otak abang! Abang ingat orang terdesak sangat ke!. Orang tak akan buat bukan-bukanlah. Sial betullah siapa yang buat cerita ni" Zyra sudah mula memaki hamun. Pintu surau ditendangnya sekuat hati dan terus melangkah keluar.

"Manalah abang tahu. Lagipun abang bukan selalu ada dekat rumahkan. Kau buat apa pun aku mana tahu." Akmal mula menyindir. Tahap kemarahan Zyra sudah naik ke 100 darjah celcius. Ini sudah melampau.

"Abang ni bodoh ke, bangang ke, sengal! Bibik Sutinah ada dekat rumah tu kalau tak percaya tanya dia lah!. Belajar tinggi-tinggi, otak lembap mengalahkan lembu. Hampeh. Tak gunalah abang pergi London belajar kalau nak berfikir logik pun abang tak tahu. Entah macam mana boleh jadi best student dekat sana pun orang tak paham. Memang dia orang tu buta pilih abang yang bongok ni" Zyra memberi serangan balas bertubi-tubi sehingga Akmal tak mampu untuk membalas.

"dik..." Akmal mula merendahkan suara sebaik sahaja Zyra mula memaki hamun. Kondisi bahaya ni. Nafas Zyra menderu kuat dicorong telefon bimbit. Akmal baru tersedar yang kata-katanya tadi agak melampau sehingga dia terlupa dengan sikap adiknya yang pantang ditegur.

"Hei, Pergi mampuslah kau"Zyra terus menekan butang merah di telefon bimbit. Telefon segera dimatikan. Dia segera melangkah ke pintu tandas, rasa nak buang air pulak tiba-tiba.

"Kalau aku dapat siapa yang buat cerita tu aku sepak-sepak dia. Memang nak mampus betul. Macam bangkai perangai. Ada abang sendiri pun, tak percaya dekat adik dia. Sengal. Tak guna!!!" Zyra membuka pintu tandas itu tetapi tidak berjaya. Dia terus menendang pintu itu sekuat hatinya.

"Bodoh, pintu ni pun buat aku naik angin. Bukalah cepat, aku nak masuk boleh pulak dia stuck. Ishhh" Dia menendang lagi pintu tandas dengan sekuat tenaga. Tendang,tendang dan tendang lagi kalau boleh sampai pintu tandas itu tercabut.

"Woi bengong, apa pasal ko tendang-tendang pintu ni. Aku nak berak la sengal. Tak reti nak sabar ke" Suara dari dalam tandas mengejutkan Zyra. Ada orang ke dalam ni. Setahu aku ni tandas worker, tapi semua staff dekat bawah. Zyra tendang lagi, manalah tahu kalau dia berhalusinasi.

"Woi, aku nak berak tahu tak. Aku nak berak, aku nak beraklah. Ada yang kena sepak dengan aku ni nanti. Kau nak aku eja ke. B.E.R.A.K. iaitu berak. Faham! Kalau aku keluar nanti siap kau. Ke kau nak aku berak dekat kau." Zyra terus ketawa terbahak-bahak, sehingga dia terlupa pergaduhannya dengan Akmal. Dia terus menyorok ke dalam surau. Nanti dia keluar pergi berak pada aku payah pulak. Zyra ketawa lagi.

"Baru nak emosi ada aje yang buat lawak. Sengal gila budak berak tu. Pengotor pun ada. Agak-agak muka dia kacak ke?. Kalau kacak memang memalukan." Zyra terus melihat jam tangan DIESEL di tangannya. Sudah tepat pukul 3.30 petang nampaknya.

"Baik aku sembahyang dulu. Lupakan budak berak tu" Zyra sudah tersengih-sengih sambil mengangkat air sembahyang. Sepuluh minit berlalu barulah dia sudah menunaikan solat fardhu Zohor itu.

"sengallah si berak ni, tak khusyuk aku sembahyang tadi. Asyik nak tergelak aje." Zyra turun ke tingkat bawah sambil membetulkan ikatan rambutnya. Bibirnya masih mengukir senyuman, tak boleh lepas untuk teringat soal budak berak. Dia terus duduk di anak tangga sambil memerhatikan pelanggan yang masuk.

"Wei minah, anak dara mana elok duduk dekat tangga" Zack menegurnya daripada kaunter. Zyra hanya menjelirkan lidahnya. Suka hati akulah, kedai aku. Zaman-zaman moden ni ada pulak yang percaya perkara karut-marut ni.

Zyra menongkat dagunya. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Kaunter Zack dah jaga, order Siti dah ambil dan aku nak buat apa?. Buat bodoh ajelah. Bunyi derapan kaki daripada tingkat atas membuatkan Zyra segera beralih ke tempat duduk di hadapan kaunter.

"Orang yang nak jumpa kau tu dah datang balik. Tapi dia naik tingkat atas kejap." Zyra hanya mengangguk laju. Jari-jemarinya bermain dengan pen yang berada di atas kaunter.

"Kenapa aku dengar dekat atas tadi suara kau maki-maki lepas tu bergegar kedai ni dengan bunyi bising. Kau buat apa " Zyra hanya tayang barisan giginya yang putih.

"aku tanya kenapa bukan suruh kau tayang gigi" Zack mengerutkan dahinya. Budak Zyra inilah, perangai tak serupa perempuan. Kalau adapun rupa perempuan dekat hospital bahagia tu.

"Aku gaduh dengan abang aku tadi. Emosi kejap tu aje tu aku tendang pintu. Abang aku tu bengong betul. Ada ke patut dia cakap aku bawak jantan masuk rumah. Macam-macam siot dia tuduh aku. Mana aku tak angin" Zyra menepuk kaunter sekuat hatinya sehingga semua mata memerhatikannya. Dia segera mengucapkan maaf kepada pelanggan-pelanggannya itu.

"Oh, patutlah macam perang atas tu. Lain kali nak mengamuk buat kat lain. Terkejut pelanggan kau tahu. Dia ingat gempa bumilah tadi" Zyra hanya tersengih dengan muka yang tak bersalah.

"Alahai, kedai aku. Ada aku kisah" Zack terus menepuk dahi Zyra perlahan. Zyra terus membaling pen yang berada ditangannya tadi ke kepala Zack.

"Suka sangat pukul bahagian kepala aku, bengaplah aku nanti." Zyra merungut-rungut sambil menggosok dahi. Zack hanya ketawa seronok. Zyra mula rasa tak puas hati melihat gelak tawa Zack yang mengejek.

"Sengal betul. Kalau aku dapat siapa yang tendang jamban tadi, siaplah. Aku sepak-sepak dia. Kacau orang nak berak aje. Sesuka hati dia aje tendang pintu banyak kali. Tak reti nak sabar agaknya. Aku dahlah sakit perut makan banyak sambal agaknya malam tadi. Memang malang betul. Geram betul aku." Bebelan yang jelas kedengaran daripada tingkat atas membuatkan Zyra dan Zack senyap seketika. Zyra mula menahan ketawanya. Zack pula mengerutkan dahi.

"Apa kena kau ni minah?" Zyra hanya menggeleng laju. Orang yang membebel tadi sudah menuruni tangga. Zyra hanya sabar menanti siapakah insan yang telah menjadi mangsa keganasan anak Uncle Matthew Azril ini. Macam manalah rupa mat berak tu.

"Oh My God!" Zyra terus kelam kabut berlari masuk ke dalam dapur. Zack menayang reaksi terkejut, apakah?

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: