Friday, January 14, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 14 ♥



"Bang, apa kena marah-marah ni. Saya dengar abang membebel dari atas sampai ke bawah dengar" Zack menyoal lelaki itu sebaik sahaja dia mendekati kaunter. Muka lelaki itu kelihatan merah, mungkin kerana menahan marah. Telinga juga merah, nampaknya marah betul.

"Kau tau tak, aku tengah berak tadi ada orang gila mana agaknya nak nak cirit birit kut sedap-sedap mak bapak tiri laki bini dia aje tendang-tendang jamban. Tak khusyuk kau tahu. Bengang betul aku. Macam nak runtuh pintu jamban itu dibuatnya.Nak aje aku keluar pelangkung kepala dia" Zack sudah menahan gelak, dia rasa dia tahu kerja siapa. Tapi dia mesti tahan kalau tak nanti dia pula yang dipelangkung.

"oooo. Habis tu abang jumpa tak siapa dia." Lelaki itu segera menggeleng kepala. Dia membetulkan kaca mata hitam yang dipakai. Zack hanya senyap selepas itu.

"Sebelum aku nak jumpa budak yang ambil order hari tu, boleh aku jumpa dengan bos kau. Aku nak buat aduan sikit" Zack sudah buat muka toya. Nak tolong Zyra ke tidak kalau tak tolong kesian pulak dengan budak tu nanti.

"Tak payahlah bang. Agaknya budak tadi tu tak tahan nak buang air itu yang dia tendang-tendang pintu. Silap kami jugak sebab sediakan hanya dua tandas." Lelaki itu terus mendengus, Zack mahu atau tak mahu dia perlu panggil Zyra juga. Dia terus berlalu masuk ke ruangan dapur.

"Wei minah, baik kau cakap dengan kau buat apa tadi sebenarnya dekat tingkat atas" Zack menepuk bahu Zyra yang sedang enak makan aiskrim coklat. Zyra hanya menggeleng laju.

"Kau tendang pintu jamban diakan?. Dah tak payah nak nyorok-nyorok. Dia nak jumpa kau buat aduan. Kau pandai-pandailah cover nanti." Zack menggoncangkan bahu Zyra. Zyra terus meletakkan ais krimnya ke tepi.

"Zack, aku tendang pintu jamban mamat hensem baca buku Fallen tu kan?." Zack mengangguk.

"Dia yang patut aku jumpa jugakkan lepas ni. Alahai aku tak nak, jatuh saham akulah nanti. Mana aku nak letak muka aku nanti Zack" Zyra buat muka merayu tetapi Zack hanya memandang sepi.

"Apa masalah kau tak nak pergi jumpa dia. Pergi ajelah bukan dia makan kau pun" Zyra menggeleng kepalanya tetapi Zack terus memaksa dan akhirnya Zyra terpaksa keluar juga dengan muncung panjang sedepa mengalahkan itik.

"Ini dia bang, bos dekat sini dan dia jugaklah yang ambil order abang hari tu." Lelaki itu hanya mengangguk. Dia segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Zyra menyambut dan melemparkan senyum tawar.

"Kita pergi duduk sana untuk bincang ya Encik. Zack kau suruh Abang Asri siapkan dua cawan air coklat panas jangan lupa letak krim. Hantar dekat meja 12" Dia bergerak ke tempat duduk yang berada di sudut kedai. Lelaki itu hanya membuntutinya.

"Okey,what you want to talk about Mr" Zyra memulakan bicara sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi. Lelaki itu membuka kaca mata hitam RayBan-nya. Dia meletakkan kaca mata hitam itu di atas meja sambil melemparkan senyuman manis kepada Zyra.

"Jadi youlah taukey kafe Ragamuffin ini ya. I ingat you tukang ambil order aje." Zyra hanya mengangguk. Lelaki itu tesenyum meleret. Lain macam aje dia ni.

"Ragamuffin..." Lelaki itu mengulang nama kafe itu semula dengan nada tanda tanya. Zyra hanya tersenyum.

"Ragamuffin bermaksud comot. Comot itu cute, sebab itulah I bagi nama kafe I ni Ragamuffin." Mereka berdua senyap seketika. Zack menghampiri mereka berdua dengan dua cawan air coklat panas berkrim. Zyra segera menghirup air coklat itu dengan nikmat. Lelaki itu masih memerhatikannya dengan senyuman lagi. Dia ni ada masalah bibir ke, tak habis-habis nak senyum.

"You pun comot dan cute" Kata lelaki itu sebaik sahaja Zyra meletakkan cawannya. Zyra mengangkat kening kiri walaupun wajahnya jelas sudah bertukar warna merah. Lelaki itu mengeluarkan sapu tangan daripada kocek. Dia segera mengelapkan bahagian atas Zyra yang mempunyai krim dengan senyuman menggoda. Zyra kaku di situ. Ini betul-betul adegan swasta.

"Okey, dah tak ada. You ni minum macam budak kecik. I Like... "Lelaki itu segera menyimpan sapu tangan itu ke dalam poketnya. Zyra yang segera menoleh ke arah Zack tanda meminta bantuan. Zack tersenyum lebar sampai ke telinga, nampaknya dia memang tak akan bantu Zyra. Ini betul-betul memalukan. Lelaki ni memang buaya, selamba kodok aje dia layan aku macam ni.

"Dear.." Zyra segera menoleh ke arah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Zyra hanya membalas seadanya. Gila aku kalau lama-lama dekat sini. Mamat kasanova manalah depan aku ni.

"Okey. I nak buat aduan dekat you ni. Tadi I dalam toilet ada yang tendang-tendang pintu tandas I. You tau tak I ni mana tahan makan makanan pedas. Kalau makan mesti sakit perut, macam tadilah. I sakit hati betul, kalau betul pun dia nak masuk tandas janganlah tendang macam tu sekali" Lelaki itu menongkat dagunya sambil merenung ke wajah Zyra. Zyra terus menundukkan wajahnya.

"Sebenarnya, I yang tendang pintu tandas tadi. Sorry, I sengaja err bukan sengaja. Tapi I tak sengaja." Zyra menundukkan wajahnya lebih rendah. Lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak sehingga semua pelanggan memandang ke arahnya.

"You ni ganas betullah. Tapi I suka. Kenapa you nakal macm tu sekali dear?" Lelaki itu menahan tawa sambil menguis jari jemari Zyra yang berada di atas meja. Zyra mengangkat wajah dan tersenyum kelat, dia terus meminta maaf sekali lagi.

"Tak apalah dear. Memandangkan you sangat cute, I tak kisah. Kalau I tahu you yang nak masuk tadi dah lama I buka." Lelaki itu tersenyum gatal. Siot lelaki ni, menggatal pulak dengan aku.

"Tapi lain kali you jangan buat lagi tau. Ketuklah elok-elok. Mesti saya tak akan jerit-jerit macam tadi tau dear." Zyra terus mengangguk kepalanya. Lelaki itu tersenyum lagi. Kenapa dengan aku ni, Zyra Eloise yang gangster jadi perempuan lembik. Hampeh betul, tapi mana boleh tahan dengan panah asmara lelaki yang muka macam Edison Chen ni. Zack tolonglah aku.

"Hmmm...nampaknya you memang tak ingat I-kan dear." Zyra mengerutkan dahinya . Bila masa pulak aku kenal dia. Aku pernah jumpa mamat kasanova ni ke, biar betik. Zyra menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan.

"You jangan buat muka macam tu, makin cute. Betul you tak ingat I??" Zyra mengangguk perlahan.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

4 Komen:

Atika Natasha said... [Reply]

eh..ni psinger k0rean ek? hihi

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Atika Natasha

yang video tu eh...haah singer korea..jang geun suk :)

Wan Gerrard said... [Reply]

nice entry..lagu korea gak, baru nak layan ^_^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Wan Gerrard

tq wan