Monday, January 17, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 15 ♥






Lelaki itu diam sebentar. Dia merenung wajah Zyra dalam-dalam dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman. Zyra hanya bermain dengan jari. Dia sendiri jadi malu apabila ditenung sedemikian rupa, tak bosan agaknya merenung anak dara orang. Lelaki itu terbatuk halus, Zyra segera mengalih pandang ke wajah lelaki itu. Apa pulak kali ini.

"Kalau tak silap I nama you Zyra Eloise binti Matthew Azril bukan?" Zyra mengangguk laju. Siapa lelaki kasanova ni spy, CIA atau FBI. Nama bapak aku pun dia tahu, bahaya ni. Lelaki itu tersenyum lagi, dia ni senyum-senyum tak lenguh agaknya mulut dia.

"You tak ingat I langsung nampaknya. I rasa I bukannya lain sangat rupa. You ni walaupun dah bertahun masih macam dulu. Masih dengan pakaian rock-rock dengan gothic you. Tapi yang berbeza you jadi lebih cute dan cun tanpa braces." Zyra angkat kening kiri. Apa semua ni aku memang tak faham langsung. Dari dulu?, aku kenal dia dari dulu ke.

"You ni siapa, cakap straight to the point boleh tak. I manalah ingat. kalau you kenal I cubalah terangkan betul-betul. Pening tahu tak kalau cakap sangkut-sangkut macam ni." Lelaki itu ketawa. Dia mengambil cawan yang berisi air coklat itu ke bibir. Zyra hanya sabar memerhatinya. Mamat ni memang gila.

"You still macam dulu, bukan suka nak mengingat. Sampai hati you tak ingat dekat I yang kacak lagi menawan" Zyra garu kepala yang tidak gatal. Perasan betul mamat ni. Mengaku dia kacak lagi menawan.

Lelaki itu meletakkan cawan ke atas meja semula. Dia mengambil sesuatu di dalam poket seluar. Beg dompet kulit berada ditangan. Dia membuka beg dompet dan merenung ke dada beg dompet itu sambil tersenyum. Entah apa yang disenyumkannya Zyra sendiri tak tahu. Lelaki itu menunjukkan beg dompetnya kepada Zyra.

Rahang Zyra terus jatuh. Biar betul, Zyra memerhatikan gambar yang terselit di beg dompet itu dengan lebih teliti. Terdapat gambar dua orang pelajar sekolah. Dia pasti dia kenal gadis yang tersenyum dan lelaki yang terjelir kepadanya itu. Yang gadis itu ialah dia dan yang lelaki itu ialah...

"Dear, ini I. Izz Riyad. You punya teman bergaduh, bertekak dan bergusti. Lupa?" Zyra tenung wajah lelaki yang mengaku dirinya Izz Riyad itu. Mana mungkin Izz Riyad rupanya begini. Izz Riyad yang Zyra kenali dulu tembam sikit dengan berjerawat mukanya. Izz Riyad depan matanya tak tembam, mukanya bersih dan terlalu kacak. Tak mungkin Izz Riyad yang dikenali sejak tingkatan satu boleh berubah secara drastik begini.

"Tak mungkin. Kalau setakat gambar semua orang boleh bagi. I nak bukti yang lain, kalau tak I tak akan percaya" Zyra menggeleng kepalanya. Dia memulangkan kembali beg dompet itu kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya ketawa melihat reaksi wajah Zyra yang melucukan itu.

"Tak cukup ya untuk you hanya dengan tunjuk gambar. Nak bukti yang lain ya." Zyra mengangguk laju. Dia tak mahu percaya yang berada di hadapannya ini ialah Izz Riyad. Tak mahu percaya mahupun satu peratus.

"Zyra Eloise mempunyai abang bernama Akmal. Dia berkawan dengan Intan dan Qaima. Dia pernah cuba usha cikgu ganti waktu tingkatan empat di sekolah dulu yang bernama Hazry Rashid Ng Abdulah. Tapi sayang cikgu tu reject dia sebab cikgu itu hanya nak yang bertudung dan berpegang pada prinsip hadis riwayat Imam Nawawi. Hadis riwayat itu berbunyi, Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku pada mu. Betul?" Zyra hanya senyap, lelaki itu mahu menyambung bicara lagi.

"Ingat lagi waktu kita bergaduh sebab I panggil you pagar besi. Sehingga kita berdua dipanggil ke bilik disiplin oleh cikgu. Lepas itu kita bergaduh lagi pasal siapa anjing dengan kucing sampai akhirnya kita marah cikgu balikkan?" Zyra akhirnya menganggukkan kepala. Ini memang betul Izz Riyad. Cuma Izz Riyad dulu memang menyakitkan hati, tetapi Izz Riyad yang sekarang terlalu mencairkan hati. Gilalah semua ni.

"Long time no see, dear. I tahu sekarang I semakin kacak. Itu yang you tak mampu nak kenal I. agaknya masa belajar dekat Korea dulu, terkena badi muka hensem dia orang kut. Sampai you cair macam tengok Kim Sang Beom depan mata" Izz Riyad ketawa.

"Kim Hyun Joong bukan Kim Beom lah" Izz ketawa lagi sehingga lesung pipit di pipi kirinya jelas kelihatan. Zyra hanya mampu tersengih melihat Izz Riyad. Betullah aku cakap, dia gelak pulak. Dah muka macam Kim  Hyun Joong nak tipu macam mana.

"Betul ke macam Kim Hyun Joong?. You ni memang jujur betul. Tak reti nak cover-cover sama macam dulu. Tak sangka ya I rupa macam Kim Hyun Joong di mata you" Zyra tersengih lagi menampakkan barisan giginya yang putih. Dia ni suka sangat mengaitkan kisah lamalah. Suka nak tunjukkan sikap buruk aku dulu. Benci betul.

"You dah kahwin Zyra?" Zyra menggeleng laju. Izz bertanya lagi sama ada Zyra sudah mempunyai kekasih atau belum dan jawapannya juga tidak. Izz hanya tersenyum setelah mendapat jawapan daripada Zyra itu.

"you pulak?"

"I sudah berkahwin, tetapi tak sampai setahun. Sekarang I kiranya duda berhiaslah. Dah dekat setahun I pegang title duda ni. Percaya tak?" Izz hanya melemparkan senyuman hambar. Zyra mengerutkan dahi, macam tak boleh percaya aje. Maknanya dia kahwin pada usia 24 tahun dan usia 25 tahun dah jadi duda. "I tak percayalah.."

"kenapa tak percaya pulak?. You rasa I terlalu muda untuk jadi duda dan terlalu kacak untuk jadi duda jugak?" Izz ketawa perlahan. Zyra menggaru dahi, ya memang susah nak percaya ni. Tak mungkinlah 25 dah duda. Cepat gila si Izz Riyad ni jadi duda.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *