Wednesday, January 19, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 16 ♥





"Mungkin" Izz menggelengkan kepalanya dengan senyuman meleret. Matanya masih tak lepas merenung wajah Zyra. Zyra kali ini cuba memberanikan dirinya untuk menatap semula wajah Izz. Sayang, panahan mata Izz terlalu mencairkan hati dan melemahkan saraf-saraf perkasanya!. Goyah iman, ketar lutut dan mati kewarasan akal jadinya.

"I memang dudalah dear. Betul. Macam mana nak explain dekat you pun I tak tahu. Tapi faktanya I memang duda. Bangga I nak mengaku dekat you I ni duda" Izz menongkat dagunya. Matanya menjamah setiap inci wajah Zyra yang dirasakan terlalu berbeza. Gila apa, siap dia nak bangga mengaku dia duda dekat aku.

"Isteri you dah meninggalkah Izz?" Izz tersenyum. Meninggal dalam hidupnya adalah. Perempuan itu langsung tak bermakna untuk dirinya. Siapa yang boleh bertahan dengan isteri yang kaki 'clubbing', suka minum, suka mabuk-mabuk dan boleh buat hubungan dengan lelaki lain waktu dia tak ada di rumah.

"Hei Izz, You tak payah sibuk nak kawal hidup I. Suka hati I lah nak keluar dengan sesiapa pun. You siapa?" Risa Diana menghempaskan punggung ke sofa. Izz Riyad menarik nafas panjang.

"I husband you. Risa, you tu sekarang orang Islam. You mana boleh minum arak, pergi club dan yang penting buat hubungan dengan lelaki lain. You kena tahu tanggungjawab you sebagai isteri I" Izz Riyad melonggarkan tali leher. Matanya tajam merenung isteri yang telah dinikahinya enam bulan yang lalu.

"Tak usah cakap pasal agama dengan I kalau you sendiri sembahyang tak cukup. You jugak pernah masuk kelab dan minum air syaitan tu. Go to hell Izz. Ceraikan I. I tak mahu hidup dengan you lagi. You ni konservatif. Ceraikan I Izz, Ceraikan." Risa berdiri bercekak pinggang. Suaranya juga semakin meninggi. Tangan Izz melayang ke pipi kiri Risa sehinggakan wanita itu jatuh tersungkur semula ke atas sofa.

"I ceraikan you dengan talak satu Risa. I ceraikan you. Get out from my life now!"

Peristiwa itu masih jelas bermain di minda. Mungkin enar kata Risa Diana bahawa dirinya tidak cukup bagus untuk mendidik isterinya itu mendalam agama Islam. Eloklah dia berpisah, jalan penyelesaian paling mudah.

"Cerai hidup. Ada konflik sikit." Zyra hanya mengangguk. Dia tak mampu memberi sebarang ulasan. Iyalah, dia sendiri belum berkahwin.

"ada anak?"

"I ada anak. Anak mata, anak tekak dan anak kucing" Zyra buat muka bosan.Aku cakap serius dia main-main pulak mamat ni. Dia ingat lawak sangat agaknya tu.Izz Riyad ketawa sebaik sahaja mendengar Zyra mendengus marah.

"Adalah, perempuan. Seorang, Ina Dalina namanya. Tapi mummy I yang jaga. Kalau I yang jaga leceh jadinya" Mulut Zyra membulat. Ada seorang anak rupanya. Mesti anak dia comel. Wah! teringin aku nak tengok mamat ni punya anak. Agak-agak rupa macam siapa ya. Dia mula membayangkan wajah anak Izz RIyad.

Deringan telefon bimbit Izz mematikan lamunan Zyra. Muka Izz bertukar serius. Nada suaranya juga serius dengan kepala terangguk-angguk. Zyra hanya memerhati dengan dahi yang berkerut seribu. Apa kena mamat ni?

"Okey mummy. Izz balik sekarang jugak" Izz mematikan telefon bimbitnya. Dia segera bangun daripada tempat duduk. Wajahnya kelihatan kusut sekali.

"Ini kad I, I terpaksa pergi dulu. Sorry dear" Izz Riyad melangkah keluar daripada kafe. Dia menghampiri kereta Toyota Harrier berwarna putih dan terus memecut laju. Zyra hanya mampu garu kepala melihat pemergian Izz. Wajah ketat Izz tadi memang menakutkannya.

Zyra menyimpan kad perniagaan Izz ke dalam poket. Dia menghampiri Zack yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Izz ni rupanya peguam macam abang aku, ada firma guaman sendiri pulak tu. Hebat, alahai bapak dia pun peguam memanglah boleh dapat semua ni. Kayalah katakan.

"Jauh termenung cik kak. Dah sangkut ke dengan abang berak yang kacak tu?" Zack mula menyakat. Ini ialah bahagian yang paling tak best sekali bila kawan dengan Zack. Suka sangat sakat orang. Rasa nak bagi dia makan kaki kambing ke, stilleto ke dan apa-apa aje yang boleh masuk dalam mulut dia yang macam longkang tu. Nak aje aku tubuhkan insurans mulut dan orang pertama aku jual ialah dia.

Zyra melemparkan jelingan ke arah Zack. "Nak kena ke?". Zack terus menggeleng dan mengucapkan maaf berulang-ulang kali. Zyra hanya buat tidak faham.

"Abang berak tu, member lama aku. Masa dekat sekolah menengah dulu. Dia dulu type mamat yang patut di reject tau, sekarang entah macam mana dia boleh jadi the most wanted people in the world entah. Percayalah dia tu dulu tembam, muka jerawat dan nerd habis"

Zack angkat kening kirinya dengan bibir yang mula muncung itik. "Jerawat-jerawat jangan main sebut. Sentap hati aku tau. Aku pun muka berjerawat jugak. Cakap agak-agaklah minah"

Kukk, Zyra terus meluku kepala Zack. Padan muka dia. Itupun nak sentap-sentap, aku cakap pasal orang lain, dia pulak cakap pasal diri dia. Sengal betul mamat sorang ni. Loceng pintu berbunyi menandakan ada orang masuk. Mata Zyra dan Zack tertumpu ke muka pintu. "Abang kau Zyra" Zyra mengangguk dan bibirnya tersenyum kelat.

"Hantar abang balik, sekarang" Akmal menghampiri dengan wajah yang ketat. Apa masalah orang jadi peguam ni, semua suka tayang muka ketat dekat aku, nak aku longgarkan agaknya. Ingat nampak educatedlah tayang muka macam tu. Nampak macam orang terlalu berjayalah tayang muka ketat. Tolonglah jangan perasan.

"Salam tak ada, apa-apa tak ada. Apa pasal pulak tiba-tiba orang kena hantar abang balik, mana kereta. Bodoh apa, orang mana bawak helmet lebih. Mana nak cekup, ke nak suruh Zack potong buah tembikai lepas tu bagi abang yang 'terlalu' bijak ni pakai" Suka-suka aje Zyra memberi gelaran bodoh kepada abang sulungnya itu.Zack sudah tersengih mendengar lawak tembikai Zyra. Akmal menghulurkan topi keledar ke arah Zyra. Bila masa ada helmet dekat tangan dia, aku tak nampak pun tadi. Zyra sudah menggaru dahi yang tiba-tiba dirasakannya gatal.

"Nantilah dulu. Orang banyak benda nak buat dekat kafe ni tau tak" Zyra mula mengatur langkah ke tingkat dua tetapi Akmal menghalang. Tangannya erat memegang pergelangan tangan kanan Zyra. Matanya menikam anak mata Zyra. Aduhai, menyusahkan betullah Zykri Akmal ni. Nak aje aku tembak-tembak dia ni.

"Kereta abang mana. Kenapa suka nak susahkan orang abang ni. Beli kereta mahal-mahal tak mahu guna. Nak gatal-gatal tumpang orang pulak. Rimas betul" Zyra mula mebebel. Tangan kirinya berusaha melepaskan genggaman tangan Akmal.

"Bengkel" Hanya itu sahaja Akmal ucapkan. Aku bebel banyak-banyak dia jawap satu aje. Tadi dahlah marah orang, tuduh-tuduh orang tapi sekarang nak tumpang motor orang pulak. Bencinya aku dengan dia ni, tak tahu rasa bersalah langsung.

"Iyalah, sengal betullah dia ni" Zyra terus meminta Zack menghulurkan jaket kulit dan topi keledar miliknya. Mulutnya kumat-kamit membebel tanda protes dengan kehendak Akmal itu. Akmal pula hanya buat tak tahu seolah-olah telinganya tak mampu menangkap sebarang bunyi. Geramnya.

" We need to talk too" Akmal bersuara lagi sewaktu Zyra sedang memakai jaket. Wajahnya tidak memaparkan sebarang emosi. We need to talk, mulut Zyra herot ke kiri dan kanan mengajuk kata-kata abangnya itu.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: