Friday, January 21, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 17 ♥



"Nak cakap apa pulak ni. Cakap dekat sini aje tak boleh ke. Abang ni dahlah nak tumpang orang, lepas tu nak arah-arah lagi. Lorat betullah" Zyra terus meluru keluar daripada kedai. Akmal hanya mengekori dibelakang. Zyra mencangkung di sebelah motorsikalnya, topi keledar diletakkan di atas motorsikal. Tangan pula laju bergerak mengikat tali kasut sukan Admiralnya. Akmal hanya sabar menanti di tepi.

"Abang tahu tak abang ni menyusahkan. Zyra tak faham betul dengan abang. Abang ada yang tak puas hati dengan orang ke. Dari kecik sampai ke besar mesti nak buat Zyra sakit hati." Zyra naik ke atas motorsikal. Topi keledar full-face disarung ke kepala. Akmal turut naik sama.

"Kita pergi Taman Seribu Bunga. Bincang dekat sana" Akmal berpesan sebelum Zyra menghidupkan enjin motor Kawasaki Ninja itu. Sesedap rasa dia aje ya nak mengarah aku macam-macam. Siaplah dia. Zyra tersenyum jahat.

"Kau jangan bawak laju-laju" Akmal berpesan lagi sambil menepuk bahu Zyra. OOO, jangan laju-laju ya. Aku tahu abang aku sorang ni penakut naik motor laju-laju kan. Ya, baiklah aku akan bawa laju-laju baru padan muka dia. Zyra ketawa perlahan.

Motorsikal terus memecut laju membelah jalan raya. Bergerak ke kanan dan kiri dengan cekap walaupun keadaan jalan raya amat sibuk waktu itu. Zyra makin seronok apabila dia merasakan Akmal sudah memeluk pinggangnya dengan erat. Dia tak kira laju lagi, laju dan laju lagi.

"dik perlahan sikit la" Akmal menggoncangkan bahu Zyra. Dia sudah berasa cukup tersiksa saat itu.

"apa laju. Okey laju"

"dik perlahan" Rasa loya mula terasa.

"Laju lagi ya bang. Okey laju lagi"Zyra memecut motor selaju yang boleh.Setengah jam seronok membuli Akmal akhirnya mereka berdua sampai di Taman Seribu Bunga. Akmal terus meluru turun. Dia mencangkung di tepi tempat meletak kereta.Segala isi perut terus terkeluar. Zyra hanya tersenyum puas hati. Padan muka kau abang ku tersayang. Akmal menekan-nekan perut menahan loya.

"Sakit bang" Zyra mengeluarkan nada memerli. Akmal hanya mengangguk sambil terbatuk-batuk. Dia muntah sekali lagi. Zyra terus mengusap belakang badan abangnya itu. Kesian pulak aku tengok dia ni. Naik motor pun boleh loya. Lembik betullah. Muka hensem macam Henry Golding tapi lembik. Apalah nasib aku, selalu sangat jumpa lelaki lembik ni. Abang sendiri pulak tu.

Akmal bangun sebaik sahaja merasakan kondisinya mula stabil. Akmal terus menarik tangan Zyra masuk ke taman tersebut. Zyra terkocoh-kocoh mengatur langkah mengikuti gerak langkah Akmal yang terlalu cepat. Mereka berdua menghampiri tempat duduk. Di situ terdapat seorang lelaki yang membelakangkan mereka berdua.

"Hei kau" Suara Akmal mengejutkan lelaki itu. Dia segera berpaling. Rahang Zyra mula jatuh. Lelaki itu hanya tersengih macam kerang busuk. Akmal terus memaksa aku duduk di sebelah lelaki itu. Dia terus berdiri bercekak pinggang di hadapan Zyra dan lelaki itu.

"Kau cakap dengan abang Zyra, budak ni yang kau usung masuk rumahkan. Dia ni jugakkan yang masuk bilik kau hari tu. Aku jaga kau dari kau kecil dengan sebaik-baik mungkin, ini balasan kau pada aku ke. Tak guna punya adik. Kau dah lupa ke batas-batas agama. Penat aku hantar kau sekolah agama dulu" Nafas Akmal sudah turun naik menahan marah yang tak terhingga.

"Tapi bang saya tak buat apa-apa dengan Zyra" Lelaki itu mula menafikan. Akmal menggeleng kepala tanda tidak percaya. Dia tak percaya apa yang dikatakan lelaki itu. Budak-budak sekarang memang dah melampau.

"Abang, biarlah betul. Budak Ezamirul ni orang kenal baru dua hari tau. Memanglah dia masuk rumah, bibik Sutinah ada masa tu. Yang dia masuk bilik tu, bukan kita orang buat apa. Dia bagi Zyra ubat aje. Kalau  orang nak buat apa pun tak adanya terdesak sampai dengan budak gila ni" Ezamirul mengangguk laju. Zyra merenung wajah Akmal yang berubah riaknya.

"Cuba abang cakap dekat orang. Siapa yang bagi informasi sengal tahap dewa ni. Kalau abang tak percaya cuba tanya bibiklah. Bukankah orang dah cakap tadi tanya bibik kalau tak percaya. Ini nak tuduh bukan-bukan. Lagipun orang tak terdesak sangatlah nak cari budak bawah umur macam dia ni. Nak aje orang hentak kepala abang yang terlalu bijak tu dengan helmet" Zyra mengangkat topi keledar yang dibawanya tadi. Ezamirul segera menahan.

"Jangan buat pertumpahan darah dekat sini. Bahaya. Bukan awak aje yang masuk penjara nanti. Saya jugak kena." Zyra terus meletakkan kembali topi keledar di sisi. Ezamirul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Akmal hanya berdiri tegak di hadapan mereka.

"Habis tu buat apa budak Mirul ni ada dekat rumah tiba-tiba. Takkanlah dia masuk sesuka hati aje" Akmal masih tidak berpuas hati dengan jawapan Zyra. Dia masih tak mampu memberi keyakinan yang penuh kepada Zyra. Zyra segera bangun dan memeluk bahu kiri Akmal.

"Okey abang Akmal sayang. Si Ezamirul lembab ni ada dekat rumah sebab dia dah buat salah dengan adik kesayangan mu ini. Dia telah mencuba meraba adik mu yang masih anak dara sunti ini. Jadi dia tak mahu kena saman, sebagai ganti rugi dia telah dijadikan bibik kedua kita. Bibik Ezamirul sengal. Surat perjanjiannya ada dekat rumah. Budak ni boleh lakukan sebarang tugas yang Zyra arahkan. Nak suruh jadi drebar abang pun boleh" Zyra tersengih. Akmal hanya mengangguk faham.

"Abang, saya memang tak ada apa dengan kak Zyra ni. Saya bibik aje, saya tak mungkin usik dia" Ezamirul nak tak nak terpaksa mengaku juga. Bibik pun bibiklah. Asalkan muka aku tak kena tumbuk.

"Bila masa aku jadi abang kau." Akmal merenung tajam wajah Ezamirul yang mula terpinga-pinga. Ezamirul memaksa diri mengukir senyuman kelat.

"Okeylah dik. Abang minta maaf. Informer salah beri maklumat. Tapi balik nanti abang nak tengok dan dengar semua bukti-bukti. Kau budak, sekarang kau kena berkhidmat untuk aku dan Zyra sekali. Berani betul kau meraba adik aku ya." Akmal menghala jari telunjuk tepat ke arah batang hidung Ezamirul. Zyra hanya ketawa seronok. Bahagianya.

Ezamirul mengangguk laju. Akmal dan Zyra terus berlalu pergi selepas itu. Pulang ke rumah agaknya. Ezamirul terus menjerit sekuat-kuat hatinya saat itu juga.

"Bodoh betullah. Adik beradik ni memang gila. Ini nak jadikan aku kuli dia orang nampaknya. Mati aku macam ni. Si abang tu boleh pulak tiba-tiba tahan aku dekat pintu keluar Ozana tadi. Siap ugut nak belasahlah apa-apalah kalau aku tak ikut arahan dia. Arghhh, aku jumpa dengan orang perangai macam hawau ni. Lepas dah puas marah-marah orang. Dah baik-baik dengan adik dia tinggal aku macam tu aje dekat sini. Memang tak guna betul" mulut Ezamirul terkumat-kamit dengan sumpah seranah lagi. Dia terus melangkah keluar daripada Taman Seribu Bunga itu dengan wajah bengang.

"Mati aku. Mati aku. Baik aku matilah. Kalau adik dia dah macam tu, Abang dia agaknya lagi teruk!. Mummy tolong Mirul mummy." Ezamirul menghampiri motorsikalnya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kedua-dua tayar motor itu.

"Sengal betul. Ini mesti kerja perempuan gila tu. Bengong dia pergi pancitkan dua-dua tayar motor aku. Kena tolak motor ajelah balik ni. Tidak, kenapa aku malang betul bila jumpa minah gila ni." Ezamirul terus duduk berlunjur di atas tar. Kedua-dua belah tangannya dilarikan dicelah-celah rambut. Wajahnya sudah bertukar warna kemerah-merahan menahan panas cuaca dan panas hati.

Padangannya dihala ke jam tangan. Jarum jam sudah tepat menunjukkan pukul enam petang. Senja-senja nak kena tolak motor.Ezamirul dengan rasa malas bangun daripada duduknya. Motorsikal perlu ditolak sebelum hari menjadi semakin gelap.

Dia menolak motorsikal dengan rasa sebal. Mulut tidak berhenti terkumat-kamit dan menyumpah seranah. Nasib baik rumah tak jauh sangat daripada kawasan perumahannya itu. Dia sampai ke rumah sebaik sahaja  azan maghrib berkumandang. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan badan yang lesu. Perut pula berkeroncong. Nampaknya makan mee maggi sahajalah hari ni.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

2 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

haha..kelakar la mirul tu..ngatkan dh kena kawen ngn zyra tuh, kikiki..tp kecian plak cz zyra suke2 je buli dia...suke2 nk lg :))

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar

hhaha..tq zura..:)