Sunday, January 23, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 18 ♥




"Assalamualaikum." Zyra segera ke pintu hadapan menyambut tetamu yang dia sendiri pasti siapa. Dia terkedek-kedek menghampiri pintu dengan baldi, sabun dan span. Pintu di buka dengan senyuman jahat sampai ke telinga.

"Nah ambil ni. Kau nampak Suzuki Swift bawah garaj sana. Kau pergi cuci sekarang jugak. Berkilat.  Sampai nampak muka aku. Kalau tak kilat siap kau. Aku bagi masa dua puluh minit sahaja. Lepas ni kau ada kerja lain pulak." Ezamirul membeliakkan mata. Sampai-sampai aje sudah ada kerja, bukan nak pelawa masuk dulu ke. Nak bagi minum air ke. Hampeh betul minah ni, penat Ezamirul pergi ambil teksi awal-awal pagi. Terbang duit aku.

Langkah longlai diatur ke garaj kereta. Baldi kemudiannya dipenuhkan dengan air dan sabun. Sesi menyental kereta berlumpur di awal pagi bermula. Nyanyian perlahan keluar dibibir. Shuffle dance pun keluar sama. Punyalah seronok menyetal kereta si Ezamirul ni. Makin lama nyanyiannya makin kuat.

gosok jangan tak gosok gosok
lampu yang satu gosok
sampai ternampak wajahmu
gosok jangan tak gosok
sampai berkilat
sampai ternampak semua karat

"Hoi!, memekak kau tahu tak. Mengganggu orang nak tidur " Ezamirul yang sedang menyembur air menggunakan getah paip terkejut. Dia terus menyembur air itu ke arah Zyra. Basah lecun aku. Kurang asam punya budak. Zyra mula menyinga, dia terus meluru ke arah Ezamirul dengan matanya yang penuh dengan api kemarahan.

"Bengong. Kau ni memang nak kena betullah." Ezamirul terus berlari dan Zyra mengejar. Mereka berdua berkejaran mengelilingi kereta. Zyra masih tak putus asa mengejar. Selagi tak dapat selagi itu dia tak akan berhenti. Ezamirul akan terus berlari, tak mahu jadi panda lagi.

"Baik kau berhenti sekarang sengal!. Kalau tak lagi teruk aku kerjakan. " Ezamirul menggeleng dan terus berlari. Larian mesti diteruskan. Dia tak mahu menghiraukan jeritan Zyra itu. Lantaklah ugutan apa pun kalau berhenti berlari pun kena jugak. Baik lari selagi boleh!.

Bubbbb, Ezamirul dan Zyra tergelincir dek kerana lantai yang bersabun. Badan kurus melidi Ezamirul menghempap Zyra. Zyra mula mengaduh, budak Ezamirul ni harap aje badan kering tapi berat nak mampus. Nak mati terpenyek rasanya Zyra saat itu. Ezamirul segera bangun, ucapan maaf diucapkan berulang-ulang kali. Dia menghulurkan tangan untuk menarik Zyra berdiri. Zyra menyambut dengan wajah sebal. Sekarang bajunya lagilah basah lecun. Anak mata Ezamirul direnung tajam.

Bubbbbb, sekali lagi mereka terjatuh. Ezamirul tanpa sengaja telah memeluk Zyra. Muka Zyra sudah merona kemerahan. Dia segera menolak badan Ezamirul dan berusaha bangun sendiri. Dengan pantas Zyra mengatur langkah masuk ke rumah tetapi terhenti saat Ezamirul menegur.

" Awak yang pertamanya nak cakap sorry, tak sengaja. Kedua, nak cakap ke tak ni pada awak. Nak cakap malu. Kalau tak cakap tak boleh jugak. Zyra mengangkat kening kirinya. Ezamirul menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Rasa serba salah yang amat.

"Cakap je lah sengal. Main garu-garu kepala pulak. Apa kau ada kutu ke!. " Ezamirul tersenyum kelat. Keluhan berat dilepaskan dan nafas dihela perlahan.

"Nampak your black bra behind that white T-shirt" Ezamirul terus mengambil baldi yang tergolek dikakinya. Dia segera memasukkan kepala ke dalamnya, ini sebagai langkah berjaga-jaga. Mana tahu ada nanti yang kena karate. Mati aku, mati aku.

Zyra mengebilkan matanya. Mukanya bertambah merah. Malu yang tidak terhingga dirasai saat itu. Macam manalah dia boleh tak perasan yang dia pakai baju warna putih. Boleh pulak kena tegur dengan mat bingai ni. Malu-malu, ini memang memalukan. Arghhhh, kenapa mesti macam ni. Ya Allah, rasa macam nak duduk dalam bilik tak keluar-keluar lagi sampai matilah!. Gatal punya budak sengal!.

Zyra mempercepatkan langkah masuk. Dia berlari masuk ke dalam bilik. Dengan pakaian yang masih basah dia merebahkan badan ke atas katil. Pandangan di tala ke syiling yang putih. Mata dikebil-kebilkan. Minda mula menghadam segala yang berlaku tadi.

"Semua ni memang gila" Zyra mengiringkan badan ke kiri dan kemudian ke kanan. Resah, gelisah, kacau, kusut dan semua yang serabut muncul di minda. Budak Ezamirul ni memang bahaya. Macam mana nak bertahan dengan dia lagi 363 hari. Entah apa lagi hal yang tak logik akan berlaku.

"Haaacooomm!" Zyra mula bersin, dia segera masuk ke bilik air. Nak mandi air panas, kalau tak komfem demam punya. Lepas ni nak pergi kafe, deal buku baru dengan tempahan gathering forum bakat dan ruangan menulis di laman web cari forum. Lupakan soal budak gila tadi.

*****

"Haaacoommm" Ezamirul mengesat hidung menggunakan hujung baju. Demam main air dengan Zyra hari tu tak kebah lagi. Sudah seminggu namun tiada perubahan langsung. Tangannya ligat menyidai baju diampaian. Tiba-tiba rahang Ezamirul terus jatuh. Tangan kirinya terus menggaru belakang kepala. Biar betul nak aku sida benda alah ni. Dengan teragak-agak Ezamirul mencapai pakaian itu didalam bakul.

"Bagi sini sengal. Kau pergi masuk" Zyra terus merampas baju dalam di tangan Ezamirul. Begitu juga dengan bakul. Ezamirul terus ditolak oleh Zyra keluar daripada kawasan menyidai pakaian itu. Tanpa sedar bibir Ezamirul tersenyum meleret. Malulah tu, comel-comel. "Tak tahu pulak aku minah rock ni 'dalaman' dia pink" bisik Ezamirul sambil ketawa kecil.

Zyra terus menyidai pakaian yang masih tertinggal. Wajahnya sudah merona kemerahan. mulut pula kumat-kamit membebel menahan sebal. " Silap betul pergi suruh dia sidai baju. Kenapa dengan dia asyik jadi hal-hal yang memalukan aje. Sengal-sengal. Ezamirul Hakimi aku benci kau. Benci-benci mat bingai. Benci-Benci mat sengal!."

Ezamirul yang mengintai Zyra secara sembunyi menahan gelak. Entah peristiwa main air hari tu terus bermain diminda. "Haaacoomm" Zyra terus menoleh ke arah pintu dapur saat mendegar bunyi orang bersin. Dia segera menghampiri pintu. Tiada sesiapa, tapi kenapa bunyi bersin kuat sangat.

"Selamat" Ezamirul menghembus nafas lega disebalik pintu. Kalau Zyra nampak tadi memang jadi daging salai dia lepas ni. Dia dengan langkah berhati-hati keluar daripada belakang pintu. Senyuman manis terukir dibibir. Rasa seronok pula. Nak skodeng lagi. Eh, apa pasal tak ada dia dekat tempat ampaian tu lagi.

"Ezamirul Hakimi!" Zyra bercekak pinggang dihadapannya. Mata dibeliakkan. Ezamirul tayang gigi, ini tak seronok lagi dah. Kantoi pulak. Di belakang Zyra kelihatan bibik Sutinah dengan senyuman lebar ke telinga. ini mesti kerja dia ni.

Zyra terus memulas telinga Ezamirul. Dia menarik Ezamirul ke ruang tamu. Ezamirul tak berhenti-henti mengaduh. Mahu tercabut rasanya telinga saat itu. Ruangan ruang tamu dipenuhi dengan baju yang belum berlipat. Ezamirul memandang pelik.

"Kau mengendap akukan tadi. Kurang asam kau ni kan. Sekarang, hukuman untuk kau ialah lipat baju. Semua ni, aku nak sebelum pukul 4 petang mesti siap. Iaitu satu jam setengah dari sekarang. Faham." Zyra melepaskan telinga Ezamirul. Macam yang dijangkakan Ezamirul pasti menggaru belakang kepalanya.

"Saya tak tahu lipat baju, dan baju ni banyak sangatlah awak. Mesti lambat nak siaplah. Please!" Ezamirul memegang pergelangan tangan Zyra dan Zyra segera merentap tangannya. Mengada-ngada betul budak ni.Tengok tu siap buat muka comel. Tension akulah macam ni. Ingat dia yang gila bila duduk dengan aku, last-last aku gila sekali. Pekejadahnya tu?.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

4 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

br dpr bc ptg2 cm ni..kesian plak ngan ezamyrul, asyik kene bul je ngn zyra..hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar biarkan budak ezamirul tu..hahah

qaqa said... [Reply]

betul3x kecian,, tp sweet haha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qaqa heheh :)