Saturday, January 01, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 9 ♥






Aura marah Zyra yang makin panas membara membuatkan Bibik Sutinah segera mahu berlalu pergi. Cukup sesi mengingat kembali kes-kes yang dilakukan Zyra dulu dan dia sememangnya malas hendak melayan karenah Zyra yang panas baran itu. Lantaklah dia mahu buat apa dengan budak Ezamirul itu. Jangan mati budak itu sudahlah.

“kau ni memang 'bagus' betullah, aku suruh berkhidmat untuk aku tapi kau membongkang dekat sini! Bagi aku tekan tubi 100 kali! Sekarang juga!” Zyra menengking. Ezamirul terus meniarap di atas lantai. Tekan tubinya kini bermula. Zyra memulakan kiraan.

“1 2 3 4 5 6 7 8 9 10....kejap” Ezamirul diarahkan berhenti seketika. Zyra berlari ke ruang tamu, beberapa minit kemudian di muncul dengan buku undang-undang milik akmal, kamus dewan, pengembaraan Ibnu Batuttah, buku rujukan biologi tingkatan lima, fizik tingkatan 5, kimia dan buku-buku lain yang tebalnya beratus-ratus muka surat. Diletaknya buku-buku itu di belakang badan Ezamirul. Ezamirul mula berkerut.

“okey start semula. 1 2 3 4 5 6 7 8 9........” Zyra mengira sambil tersengih puas. Tekan tubi Ezamirul semakin perlahan. Badannya penat, buku yang ditampung itu terlalu berat.

“48 49 50..” gerakan Ezamirul semakin perlahan lagi. Siput pun lagi laju daripada dia.

"dahlah awak. Saya penat ni" Ezamirul merayu-rayu supaya tekan tubinya dikurangkan. Zyra menggeleng laju, jangan haraplah aku nak simpati pada dia ni.

"95 96 97 98 99 100..." kiraan Zyra tamat. Ezamirul terus merebahkan badan ke atas lantai. Buku-buku rujukan di atas belakang badannya itu jatuh bertaburan. Zyra menghampiri Ezamirul dan kemudiannya mencangkung. Telinga Ezamirul dipulas.

“aduh..aduh sakit lepaskanlah!” Ezamirul menepis-nepis tangan Zyra dan terus terbangun dari pembaringannya. Zyra melepaskan pulasan enak ditelinga itu. Mata Ezamirul direnung tajam. Geram dan sebal!

“awak kenapa main tenung-tenung. Dah terpikat dengan saya ke.. aduhai jangan tenung macam itu tergoda I” Ezamirul memang tidak tahu malu. Dengan percumanya satu tunjalan diberikan pada dahi Ezamirul. Kepala Ezamirul terdorong ke belakang. Perasan betul budak seorang ni. Terpikat, apa-apa ajelah. Tapi bila difikirkan kembali mustahil dia akan terpikat pada Ezamirul. Ezamirul terlalu muda buatnya. Mentah lagi.

“janganlah main tunjal-tunjal, bodohlah saya nanti. Bergegar otak tahu” Ezamirul menggosok-gosok dahinya. Zyra masih senyap. Tidak lama selepas itu dia berdiri. Banyaklah alasan dia.

“buat air asam jawa untuk aku, sekarang!” Zyra sudah mahu keluar daripada ruangan dapur.

“tapi mana saya tahu buat air macam tu, air masak.. air paip saya tahulah!” Ezamirul merungut-rungut. Zyra berpaling dan menjeling tajam. Ezamirul kecut perut melihatnya.

“menjawap? Kau nampak ni?” Zyra menghulurkan penumbuk. Ezamirul terkejut. Pantas dia bergerak ke singki dan Zyra ke ruang tamu. Ezamirul mula menggaru-garu kepala. Sungguh dia memang tidak tahu bagaimana hendak buat air asam jawa itu. Jadi macam mana ni?

“Ezamirul kenapa kamu tergaru-garu macam kera situ. Ada kutu atau Ada masalah?”Bibik Sutinah menghampiri Ezamirul. Dahi tuanya berkerut-kerut melihat tingkah laku Ezamirul itu.

“bibik...Zyra, dia suruh saya buat air asam jawa..” Ezamirul sudah mengerdip mata berulang kali. Bibik Sutinah hanya memandangnya hairan. Apa masalahnya dengan membuat air asam jawa itu. Cuma hanya perlu masukkan air suam segelas, air gula yang sudah larut, dan yang penting asam jawa. Guna Adabi Asam Jawa Xtra aje pun boleh. Kacau-kacau semua bahan tambah ais. Itu sahaja. Jadi apa masalahnya. Tidak sampai lima minit sudah siap.

“habis itu kenapa dengan air asam jawa-nya? Buat sahaja lah Ezamirul.. bukannya susah pun” Bibik Sutinah mahu membebel lagaknya. Kening bibik Sutinah terangkat disebelah kiri!. Macam tak logik air yang senang untuk dibuat itu pun Ezamirul tak tahu.

“tapi bibik saya tak tahu macam mana nak buat air-air macam ni!” Ezamirul berkerut-kerut. Terasa dirinya bodoh tidak terhingga. itulah padahnya kalau semua benda tidak reti mahu buat sendiri, semua hendak diharapkan bantuan orang. Semua benda di selesaikan dengan wang yang ada.

“masyallah... habis selama ini kamu mahu minum air siapa buat?” bibik Sutinah juga mengerutkan dahi. Macam manalah boleh wujudnya orang seperti Ezamirul ini. Buat air senang pun tidak tahu. Susah betul remaja zaman sekarang. Semuanya perlu orang buatkan. Walaupun perkara itu boleh diselesaikan hanya dengan sekelip mata.

“mama saya buatkan..minum dekat kedai...tak pun orang gaji lah. Kalau macam sekarang mama dan orang gaji semua diangkut ke London, saya beli aje. Senang. Tak perlu membazir tenaga dan waktu buat air sendiri.” Sah Ezamirul sudah terbiasa hidup dalam kemewahan. Semuanya hanya diselesaikan melalui wang ringgit. Tidak sekalipun dia berkira asalkan segala kehendaknya dapat. Wang dan wang. Otak bibik Sutinah sudah mendendangkan lagu Duit nyanyian M. Nasir.

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

“bibik dengar tak ni?” Ezamirul mula meninggikan suara. Bahu bibik sutinah digoncang. Terasa otak bibik Sutinah yang bernyanyi tadi bergegar. Menganggu betul si Ezamirul ini.

“hah! What? Why? Where? When? Whose? Whom? How?” Penuh soalan Bibik Sutinah. WH Question tu. Terer bahasa Inggeris bibik Sutinah ni. Maklumlah masa muda-muda dulu belajar di sekolah Inggeris. Ezamirul sudah buat muka pelik.

“bibik saya nak bibik tolonglah saya buatkan air asam jawa ni. Tolonglah bibik kalau tak saya nanti jadi panda lagi.” Bibik Sutinah sudah tersenyum sungging. Teringat kejadian semalam sewaktu Ezamirul datang ke rumah ini. Zyra telah berjaya 'mem-panda-kan' mata Ezamirul yang agak sepet itu. Lucu betul.

Di minda bibik Sutinah sudah ada idea jahat mengenakan Ezamirul. Bibik Sutinah ini perangainya masa muda-muda dulu sampai sekarang sama macam Zyra . Tahap pemikiran gila pun sama macam Zyra.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

0 Komen: