Thursday, January 27, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 1♥


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.




“Kita akan buat pementasan teater untuk malam gala nanti. Saya nak kamu semua bagi cadangan kita nak buat cerita apa. Tak lupa jugak saya akan bagi markah bonus kepada sesiapa yang terlibat dalam pementasan teater malam tu nanti. Tapi pastikan ia terlaksana dengan jayanya.  Kalau tak berjaya Okey ada apa-apa cadangan.  Syirah?” kata Prof Azril Akmal, pensyarah teater.

“Apa kata kita buat Romeo dan Juliet. Senang sikit. Lagi menarik gitu dengan cerita cinta sampai hujung nyawa.”Syirah sudah tersenyum-senyum. Suka sangat dia ni dengan cerita cinta klise macam tu. Syira ni hantu segala cerita, sajak dan apa-apa lagilah yang ditulis oleh William Shakespear. Macam Macbeth, Hamlet dan Romeo Juliet ni lah.

“Okey cadangan pertama Romeo dan Juliet. Yang lain ada lagi cadangan?” Prof Azril Akmal melemparkan senyuman manis. Gigi taringnya jelas kelihatan. Comel berlipat kali ganda jadinya dengan kewujudan lesung pipi yang dalam.

“Kita buat Snow White. Lagi comel cerita tu. Sumpahan pecah dengan ciuman. Wah, seronok.” Nisa terjerit riang. Rafiq sudah mengerutkan dahinya sambil tersenyum sungging.

“Alahai macam budak-budaklah snow white tu. Lagipun mana kau nak curi orang kerdil sampai 7 ekor. For your information Cik Nisa, kita orang Islam. Nak cium-cium apa kejadahnya. Sensored action tu. Kau ni pun logik lah sikit.”Rafiq membetulkan kaca matanya agar elok terletak diatas batang hidung.

“Ya tak ya jugak. Dah tak ada cadangan lain ke. Cerita Serunai Malam ke, Kerusi ke, apa lagi yang awak nak.”Prof Azril bersuara sambil tertawa. Proffessor muda itu kelihatan kacak sekali dengan cermin mata tanpa bingkai.

“Kitorang semua nak buat Romeo dan Juliet. Betul tak semua?” Teriak Fiezie secara tiba-tiba.

“SETUJU!!!!” Bergema satu dewan kuliah dengan suara pelajar-pelajar seni teater.

“Okey sekarang dah muktamad nak buat cerita ini ya. Baiklah kita akan pentaskan Romeo dan Juliet. diatas kata sepakat kamu semua”Prof Azril menulis 'Romeo dan Juliet' dipapan putih.

“Ya lah Prof. Biar I yang buat skrip romeo juliet versi melayu, no kissing or room scene punya. I akan pastikan tak ada tayangan lapan belas tahun ke atas. Hanya untuk Umum. Clean and clear punya cerita.” Suzy menawarkan diri. Bunyi gelak nakal dari pelajar lelaki kedengaran.

“Okey terima kasih Suzy. Sekarang kita dah ada penulis skrip. Seterusnya saya nak pilih orang yang akan memegang watak sebagai Romeo, Juliet dan watak-watak lain. Pemilihan watak bergantung pada jumlah undian pelajara-pelajar semua.”

“Saya cadangkan Rafiq untuk watak Romeo Prof!”Fiezie berdiri dengan bibir yang tak lekang dek senyuman. Rafiq mula menggerutu sendirian.

“Berapa orang yang undi Rafiq menjadi Romeo. Fiezie kira” Prof Azril menulis nama Rafiq pula dipapan putih.“okey ..5....10..15........” Fizie ligat mengira tangan-tangan yang diangkat ke atas.

“Berapa semuanya Fizie?”

“28 Prof!!!!” Fizie sudah tersengih macam kerang busuk melihat wajah Rafiq.

“Okey Rafiq, dapat 28 undi. Majoriti setuju awak akan jadi Romeo. Atau kamu semua ada cadangan lain. Kalau tak ada saya tutup undian.” kata Encik Azril. Fizie dan rakan-rakan yang lain mula bertepuk sakan.

“Hah? Apahal aku pulak. Fizie bukan tadi kau kira 8 aje ke?”Rafiq terperanjat bercampur geram. Matanya mencerlung ke arah Fizie.

“Kau ingat aku buta ilmu hisabkah. Lagipun kau kan mat jiwang  plus minus mat romeo dekat kolej kita ni. Sesuai lah tu. Pantang freshie masuk kau nak usha, tu nasib baik kau kena gari dengan siapa tu awek kau yang cun lagi sombong tu. Az... hah! Azmeera kan?”Fiezie berseloroh. Bibirnya tersenyum kambing.

“Kepala otak kau-lah.” tengking Rafiq. Rafiq kalau masuk acara maki hamun mesti dapat juara maklumlah orang Melaka. Katanya orang Melaka dalam isu maki hamun memang tip-top. Samalah macam insan yang bernama Rafiq ini.

“Okey dah-dah jangan bergaduh. Sekarang watak juliet saya cadangkan Aida. Iyalah kalau Aida, Rafiq baru sudi nak naik pentas ni.Betul tak?. ”Encik Azril spontan.

“Okey semua orang setuju Aida jadi Juliet.”Suzy mencelah untuk bersuara sambil berdiri. Keningnya terjungkit-jungkit.“Setuju...!!!!”bergema lagi dewan teater itu.

“Apa hal aku pulak berlakon dengan Rafiq. Nanti tak pasal-pasal awek dia serang aku..Tak ke nahas.Aku tak mahu ambil risiko tu.” Aida membantah dengan muka yang serius.

“Dia tak kan berani serang kau. Ni Rafiq lah. Aku memang nak kau jadi juliet pun. Tolonglah Aida kau jadi Juliet aku kalau tak aku tak nak berlakon jugak.”Ujar Rafiq dengan mata yang bersinar-sinar.

“Kau ni ape kes hah Rafiq. Aku? Juliet?. Dah lah jangan merepek. Aku mana sesuai dengan watak-watak ayu macam tu. Biar lah munasabah sikit.”Aida mula berasa tidak berpuas hati.

“Okey semua watak-watak dah di tetapkan tak boleh di ubah...” Prof Azril sudah tersenyum meleret ke arah Aida.

“Apa hal pulak. Aku tak nak jadi Juliet lah. Prof mana aci, saya tak mahulah. Lagi-lagi dengan si sengal Rafiq ni. Dia bukan boleh kira. Mana boleh prof bagi spekulasi yang Rafiq akan naik pentas kalau saya ada sama. Saya tak nak lah prof”Aida merungut-rungut

“Tak boleh tukar. Dah fixed. Kau jangan nak mengelak. Kena join jugak kalau tak aku tak nak belanja kau Secret Recipe waktu kau birthday nanti. Aku tak nak teman kau pergi bookstore lagi. Aku tak nak jugak belanja kau beli novel.”Ugut Rafiq sambil tersenyum-senyum Aida mengeluh berat.

“Alah. Hei rafiq apehal kau senyum-senyum hah?. Macam kambing!!!”Aida mula bengang dengan perangai Rafiq yang tak sikit pun membantunya meloloskan diri dari pementasan itu sebagai juliet

“Kambing tu comel jugak tau. Salah ke aku nak senyum. Senyuman aku ni tak ada apa-apa makna Juliet. Cuma aku tak boleh lari daripada tersenyum melihat wajahmu yang rupawan”Rafiq tertawa kecil

“Jangan panggil aku macam tulah sengal!.”Membara-bara lagi kemarahan Aida pada Rafiq.

“Juliet. Aku cintakan kau. Aku sayangkan kau. Kau adalah oksigen ku, tanpa kau aku akan mati tidak bernafas lagi.” Ucap Rafiq tanpa segan silu. Semua pelajar melihat telatah mereka berdua sambil tertawa begitu juga dengan Prof Azril. Mereka semua sedia maklum dengan telatah dua sahabat baik itu.

“Kau apa hal. Gila  dah ke. Dah buang tabit. Nak aku call tanjung rambutan sekarang?”Aida mengepal penumbuk. Walaupun luaran kelihatan marah dalamannya tersenyum senang. ‘Serius ke Rafiq ni?. Tak mungkin lah...’Hati pula tertanya-tanya kebenarannya.

“Aku gilakan kau lah Juliet. Kau jugak adalah denyutan jantungku, tanpa denyutan datang daripada dirimu aku akan mati. Oh, Juliet. Dengarlah suara batinku yang sangat mencintaimu sampai hembusan nafas terakhir ku." Rafiq melutut dihadapan Aida.

“Ishhh... Dah malas aku nak layan kau. Gila punya orang. Sengal. Bengong. Lemas aku dengan kau ni lah.  Nanti aku telefon mak kau suruh bawa kau jumpa pakar sakit otak. ”Aida mahu mengorak langkah pergi dari Rafiq.

“Selamat tinggal Juliet buah hati, Pengarang jantung pisangku. ” Rafiq masih berlutut dan membuat gaya-gaya yang aneh sambil ketawa berdekah-dekah. Aida berpatah balik. Bukk, dia mengetuk kepala Rafiq menggunakan fail keras.

“Aduh. Sakitlah Aida. Kau ni dah tak sayang aku ke. Nak aku mati cepat eh. Sampainya hatimu!, membuatkan ku begini. ”Rafiq mengaduh sambil menggosok-gosok kepalanya dan bingkas bangun.

“Padan muka kau...”Aida menjelirkan lidahnya.

“Ganas betullah perempuan ni. Tu yang aku suka tu.”Rafiq masih lagi berjenaka. Pelajar-pelajar lain turut ketawa.

“Stop joking okey. kau nak kena lagi. Nak aku bagi blue black mata kau tu ala-ala beruang panda.”Aida menghulurkan penumbuk. Rafiq segera mengelak sambil tertawa. ‘Serius ke Rafiq ni. Aduhai, serabut otak aku nak fikirkan dan tafsirkan segala yang dia cakap...’bisik hati aida walaupun dia marah. Marah sayang sebenarnya.


TO BE CONTINUED...

6 Komen:

Indra Amirrul said... [Reply]

best cerita..

btw..anda ditag..jom singgah meriahkan contest pertama saya..

http://fiarcacoutura.blogspot.com/2011/01/contest-bergambar-saya-sayang-kawan.html

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Indra Amirrulthanks.. nanti saya join ya :)

myssmie said... [Reply]

BEST!!! hee~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@myssmie tq :)

ARC™ said... [Reply]

suke benor ko tulih novel ye haha. nostalgia doh lagu nih

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™
hohoho...rajin la sangat..
nostalgia abis~