Monday, January 31, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 2 ♥


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.




“Siapa yang nak beli prop pementasan sekarang. Yang free aje boleh pergi beli barang-barang semua tu. Siapa nak?”teriak Ezran daripada bawah pentas.

“Aku nak pergi.”Aida menawarkan diri sambil melompat turun daripada atas pentas. Dia berdiri dihadapan Ezran dengan senyum sungging.

“Kau kan dah jadi juliet buat apa nak pergi beli prop pulak. Gatal sangat nak pergi tak pasal-pasal. Baik kau tinggal sini hafal skrip.”Ezranmula mengomel dengan mata yang mencerlung ke arah Aida.

“Tak apa lah. Please bagi aku pergi. Bosan sangat dah ni. Alahai, baik kau bagi aku pergi kalau tidak aku tak mahu jadi Juliet lagi. Aku suruh Baby yang ganti aku. Kau nak?” Aida mula mengugut sambil melirikkan matanya ke arah Baby atau nama betulnya Basri.

“Gila kau nak suruh si lembut tu jadi Juliet. Ya lah, okey kau boleh pergi. Suka kau dapat ugut aku kan. Lepas ni jangan terlintas nak tarik diri. Jangan sesekali kau nak ganti tempat dengan Baby. Aku sepuk kau nanti.”Ezran terpaksa membenarkan. Gila kalau dia gantikan tempat Aida dengan Baby.  Mahu lari semua penonton masa pementasan nanti.

“Aiyai Kapten!"Aida tayang gigi.

“Aida. Aku nak ikut jugak. Janganlah tinggal aku seorang. Mana boleh Juliet tinggalkan Rome macam tu aje.”Rafiq berteriak sebelum Aida sempat keluar dari dewan itu.

“Okey lah Rafiq kau boleh ikut tapi kau dah hafal belum skrip. Kalau belum tak payah ngada-ngada nak ikut aku. Tinggal sini. Nanti Azran mengamuk payah pulak.”

“Mestilah dah.”da riak-riak bangga di wajahnya. Memang Rafiq orangnya begitu, suka bersikap riak. Aida mengutuk dalam hati. Mereka berdua keluar bersama-sama daripada dewan.
setelah sampai di kedai untuk membeli prop.......

“Okey tak ni dengan aku Aida. Ada rupa Romeo tak?”Rafiq mengacukan topi ala-ala pahlawan Inggeris zaman dahulu di kepalanya. ‘comelnye....’getus hati Aida, bibirnya tak lekang dek senyuman.

“Okey tak ni. Senyum pulak dia”Rafiq menarik muka.

“Okey. Sejibik muka Romeo kena langgar kereta api”Rafiq membeliakkan matanya. Dia segera mencubit pipi Aida dengan geram. Aida segera menepis sambil menjelir lidah. Tidak lama kemudian Suzy datang menghampiri rupa-rupanya mereka berdua diekori oleh pelajar-pelajar lain tadi. Ingatkan mereke berdua aje yang pergi. Aida segera menghampiri Suzy. Mereka berdua sibuk melihat gaun yang ada disitu.

“Aida you dengan pak we you Hazmee tu macam mana?” Suzy mengerling Aida sekilas. Aida hanya tersenyum kelat.

“Kau ni sibuklah Suzy. Macamlah aku ni artis kau nak tahu perkembangan hubungan aku dengan dia tu. Aku dengan dia sebenarnya dah clash seminggu lepas.”Aida menjawap dengan teragak-agak. Matanya masih ralit memerhati gaun yang cantik-cantik disitu.

“Kenapa?” Mata Suzy terbuntang. Macam tak percaya Aida sudah putus kasih dengan Hazmee yang digilai ramai gadis di kolej mereka itu.

“Kau ni suzy semua kau nak tahu. Dah tak ada jodoh aku nak buat apa lagi. Kalau putus dengan dia tak bermakna aku tak boleh dapat yang lain. Macam tu jugak dengan dia. Dah tak payah tanya lagi. Aku sekel kepala kau nak kalau tanya lagi.”

“Ya lah. Ya lah. Aku nak pergi pilih gaun lain pulak untuk kau.” Suzy tergelak kecil. Dia terus pergi ke bahagian lain yang mempunyai gaun. Aida menggeleng-geleng kepala. 'Rafiq kau dengar tak aku dah clash. Dengarlah Rafiq.’

“Aida diorang ni sibuk lah nak ikut juga. Tak ada privacy langsung. Jomlah balik sekarang. Mari aku bawak kan barang-barang kau yang banyak tu.” Rafiq muncul tiba-tiba disebelah Aida. Dia segera merampas beg-beg yang terdapat di tangan Aida.‘Privacy?’. Aida merenung Rafiq kosong.

“Okey. Selamat kuku aku. Aku pun dah tak larat nak membeli lagi. Nanti ada yang satu kedai aku borong.” Aida melihat kukunya.

“Eh. Asyik fikir kuku dia aje. Dah jom pergi sekarang.”Rafiq menarik tangan aida keluar dari kedai itu.Aida tergamam. dan membatu disitu. Dia tak mampu untuk berjalan lagi. ‘Apa hal pulak Rafiq ni pegang tangan aku?’

“Kenapa kau tak jalan. Ada lagi tak cukup ke?”Rafiq mengerutkan dahinya. Dia merenung wajah Aida disebalik kaca mata hitam tidak berbingkai itu.

“Tak ada apa-apa. Jom lah. Semua dah cukup lagipun”Aida ikutkan juga langkah Rafiq. Dia merenung sahaja tangannya yang di pegang oleh Rafiq.‘Dia ni sedar tak dia pegang tangan aku?’

*****

“Wah. Akhirnya berjaya juga teater kita ni. Menusuk kalbu betullah lakonan tadi. Sampai ada audience tu siap meleleh air mata.”Aida melonjak keriangan sebaik sahaja turun daripada pentas. Dia terus berlari mendapatkan Suzy.
 
“Alah kau Aida, masuk bakul angkat sendiri. Tapi betullah sungguh mengagumkan lakonan tadi. Gandingan kau dengan Rafiq memang mantap. Seolah-olah perasaan cinta tu memang wujud antara kau berdua.”Suzytersenyum manis.

“Lakonan you tadi menyentuh jiwa betullah Aida. Yang betul-betul feeling tu bila Rafiq pergi kiss dahi kau masa kau nak mati tadi. Wah touching habis. Menangis aku tengok. Bila Rafiq baca puisi cinta pada kau. Masuk ke hati lekat dijiwa gitu. ”Tokok Lina pula.

“Dahlah jangan nak sebut pasal bahagian tu. Tak mau aku ingat. Malu tahu tak. First kiss aku dah kena curi dek mamat sengal tu. Kurang asam masin betul. Sesedap hati mak bapak tiri laki bini dia aje.”Aida memuncungkan bibir.

“Tapikan Aida. Aku pelik lah sekarang ni. Pelik habis” riak wajah Suzy penuh tanda tanya melihat Aida.

“Kenapa pulak?”Aida mula gusar.

“Scene kiss dahi tu tak pernah ada dan ada beberapa dialog yang tak pernah wujud.. Sesuka hati aje si Rafiq tu tambah-tambah. Terjiwa lebih dia tu. Akukan tulis skrip, aku tahu mana ada mana tak ada. Aku dah check ulang-ulang tadi. Memang tak ada langsung. Zero.Rafiq betul-betul cium dahi kau kan. Dia bukan buat orang macam tengok dia kiss dahi kau tu?.”

Hah!!!!!!!!”Aida melopong. Dia fikir adegan tu memang ada. Mungkin ditambah saat akhir tanpa pengetahuan dirinya tapi rupanya tidak. Merah mukanya. Terasa menyesal dia membenarkan Rafiq mencium dahinya sewaktu pementasan tadi. Malu sangat-sangat. Tak sanggup dia nak mengaku yang Rafiq betul-betul meletakkan bibir merah miliknya itu ke dahi Aida.

“Ya. Dah cepat lah salin baju kau tu. ku dengan Lina nak kemas prop lepas tu nak pergi parti raikan teater kita yag berjaya ni. Prof yang belanja tau. Dia nak bawak pergi Pizza Hut”

“Kau pergi lah dulu Suzy, Lina. Aku kemaskan prop nanti aku sampai.” Aida menggaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal.

“Ya ke?. Tapi watak utama kena sampai cepat tau.”Lina ragu-ragu dengan kemahuan Aida itu. Selama ini bukan main pemalas tiba-tiba rajin nak buat sendiri pulak.

“Insyaallah tapi kalau aku rasa tak nak pergi aku telefon kau. Aku penat sangat ni. Tak makan pun dah tak lalu. Tidur aje mahu.”

“Okey-okey. Up to you dear. Thanks ya Aida and lagi satu. You look beautiful dengan gaun merah tu.” tambah Suzy sambil tersenyum meleret. Wajah aida bertukar ronanya.

“Thank you. Dah pergi lah cepat. Nanti melepas nak makan pizza." Aida menolak Suzy dan Lina keluar dari dewan itu. Memang dia tak mahu pergi ke majlis itu sebabnya..

‘Aku tak nak pergi parti tu...aku tak sanggup jumpa Rafiq.Baik aku kemas prop lepas tu baru salin gaun ni.’Itulah yang di ungkapnya pada hati tiba-tiba kedengaran benda jatuhdan juga suara orang mengaduh kesakitan disebalik kegelapan dibelakang pentas itu.

“Siapa tu?”Aida cuak. Wajahnya mula pucat. Dia siap sedia mengangkat kain gaun supaya boleh cepat berlari keluar dari situ jika situasi mula berbahaya untuknya.

"Baik cakap siapa sebelum aku bertindak kasar." Aida mula meninggikan suara. Dia cuba memberanikan diri. Matanya merenung tepat ke arah bayang-bayang yang semakin menghampiri.


TO BE CONTINUED...


8 Komen:

nelly said... [Reply]

I LIKE !

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nelly tq nelly :)

zura asyfar said... [Reply]

yeay..suke2 :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar :)

ARC™ said... [Reply]

lol rajin benau ko promot aku....da bace sampai bwh baru aku nampak...thanks weh

anyway, bground ko kena ubah ah sebab bunga2 tu kacau pembacaan

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™
hoho....welcome2

okey2 aku cri layourt len pulak lah.

al_hakim said... [Reply]

jiwang2..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@al_hakimblueekk biar lah abg kedekut oi~