Tuesday, February 22, 2011

GRR, AKU BENCI LELAKI MACAM NI! ♥



Assalamualaikum peeps. Entry hari ni Grrr, aku benci lelaki macam ni. Siapkah lelaki yang aku benci ni. Bukan-bukan, aku bukan cerita pasal lelaki yang aku kenali dan aku benci dia. Ini aku nak membebel tentang lelaki yang kalau aku jumpa aku akan naik angin!. Aku adalah sedikit ciri-ciri lelaki yang aku rasa annoying amat!. Check out jom...


1. Aku memang benci kalau lelaki tiba-tiba tak sampai lima minit message ataupun chat dia terus minta phone number dan kalau aku tanya kenapa dia akan cakap sebab nak kenal lebih rapat. Demm, aku tak suka lelaki macam ni. *tak sampai berapa minit aku buat entry ni ada orang dekat facebook mintak nombor telefon. Mau aje aku mambukan dia. Arggghhh..


2. Aku paling hot kalau lelaki yang baru kenal tiba-tiba nak pegang tangan, nak pegang sana pegang sini tak pun nak ringan-ringan. Wak lu, kalau aku jumpa lelaki macam ni mahu kena tempeleng bagi senget kepala. Bukan muhrim bro nak pegang-pegang. Kalau dah kahwin nak pegang lebih-lebih tak siapa nak kisah.


3. Sakitnya hati kalau kita nak bercerita dengan dia, dia buat muka blur. Tak pun buat tak dengar. Lepas tu kita tanya dia, dia boleh kata apa dia, hmmm, kot, dan jawapan yang annoying. Kalau akulah, aku suka lelaki yang mendengar dengan baik. Tak apa kalau dia tak jawap sebenarnya kalau dia dengar elok-elok aku dah cukup happy.


4. Curang. Masyallah kenapa mesti curang. Kalau dah tak suka cakap tak payah sampai berkekasih gelap. Terus terang itu senang. Pantang sungguh dengan lelaki yang macam ni. Betul apa kalau tak suka cakap tak payah nak simpan-simpan buat makan diri aje.


5. Lelaki kaki pukul perempuan. Ya Allah, hubungan baru kekasih dah naik tangan mahupun kaki. Melampau betul. Kalau dah kahwin tu lagi teruk agaknya dikerjakan. Be a gentelman, jangan dayus nak membelasah anak dara orang. Apa hak kau nak pukul dia kan?.


6. Memaki hamun. Okey fine aku pun maki hamun jugak. Maki hamun ni daripada perspektif memaki hamun sebab selisih pendapat ataupun tak boleh terima penolakkan. Gaduh sikit maki keluar bodoh, s***, b**i dan macam-macam lagi sumpah seranah.  Bila dia ajak couple kita tolak dia maki lagi. Bila minta putus maki lagi.  Demm, mau aku sepak-sepak aje. Jujurlah dulu aku ada reject orang free-free kena maki. What?. Salah ke aku. Masalahnya kalau dah tak nak, mesti ke paksa.


Okey done, banyak ini aje kut aku boleh list. Ini memang ranking tinggilah nak sakit hati dengan lelaki berperangai macam ni. Okey ni cuma pendapat aku. Kadang-kadang aku akui ciri-ciri ini boleh berbalik pada perempuan. Tak mustahil bukan pada zaman terlebih moden ni. 

p/s : masih menanti mr right. Kalau boleh yang ada ciri-ciri suami pilihan. Seriuslah aku bukan suka nak couple. Kalau boleh dia memang untuk aku dan aku untuk dia yang Allah ciptakan dengan kadar segera silalah masuk meminang. Kahwin cepat-cepat. *blushing*


THE END

28 Komen:

yana said... [Reply]

hhahaha.syg ku..dah tak sabar nak kwen kew..??hahaha...
btw semoga lelaki2 y macam ue dijauhkan..

mesmerising_wan said... [Reply]

oho,
eh
pic yg last tu, rainbow tu
siyes sebiji ngan kotak hp csl bb6600
mane dpt tu?

NuruL aTikah said... [Reply]

setuju yang amat. lagi2 numbe 4 tu

Cik Miera said... [Reply]

sama2...paling xsuka yg no. 4,5 and 6...hihi

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@yana hahah memang tak sabar...amin :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mesmerising_wangoogle la abg wan.. *ceit dia ni lari topik..hahah

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@NuruL aTikah kan2 kenapa mesti curang..tak mau cakap aje

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Cik Mierahohoh bgus2...ramai stuju..

zura asyfar said... [Reply]

kite pon tak suke lelaki2 cm ni..huhu

manna_salwa said... [Reply]

saya setuju~ lagi2 bab yang dengar x dengar bile kite ckap tu.
aish~!!

hanisa sabrina said... [Reply]

saya juga bencilah lelaki mcm itu .
haha

arenyss dyla said... [Reply]

setuju3..^^
jom kawen..hahaha

zati said... [Reply]

setuju dengan point2 kat atas :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar yeay..hi 5!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@manna_salwatau tape..sikit bnyk kita cite dia wat dunno..aaa

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@hanisa sabrinayap2..heheh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@arenyss dyla jom!! hahahah

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zati yeay kak zati hi 5!

amal_fc1303 said... [Reply]

so skrng nie dh jumpa ke laki pilihan hati??
hahahahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303 aishhh belum lagi tau...hahahah

amal_fc1303 said... [Reply]

kot2 la dh jumpa kan.
byk sgt yg dibenci nyer tu kat laki..
hehehheeh..
moga cpt jmpe pilihan hati yer.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303mana ade bnyk...6 aje..tu cri2 tak sesuai di buat suami la..hmm harus dielakkan...

amin~

sha said... [Reply]

setuju..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@sha bgus :)

AYAI said... [Reply]

perghh..nasi baik xda ciri tu..kott :D

amal_fc1303 said... [Reply]

ha ye la byk sgt dibenci tu ssh nk cri tu..
6 perangai laki dibenci byk la tu lebih drpd 2.
hehehehehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@AYAI bagus ayai :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303hahaha ye lah amal...ade aje nak membantah..