Wednesday, February 23, 2011

LELAKI MEROKOK ITU MACHO? ♥


Assalamualaikum dan good morning bloggers, readers, twitteres, facebookers and stalkers?. Tajuk hari ni , Lelaki merokok itu macho?. Erk, ye ke macho. Okey, sekarang mana-mana kita pergi tak kira ceruk mana pun tempat tu mesti ada lelaki yang merokok tak kiralah rokok daun mahupun Saleem, Marlboro, Winston, Dunhill, Gudang Garam, starmild atau macam-macam jenis lagilah rokok. Daripada yang paling murah sampailah yang paling mahal.

Even perempuan pun ada merokok, *psstt aku ada bace blog mana perempuan bertudung hisap rokok dekat kawasan terbuka. Okey sekarang aku nak cakap lelaki bukan perempuan. Lelakilah yang biasa kita tengok merokokkan daripada ayah, abang, adik, pak we or even suami. 

Sebelum aku buat topik ni aku dah buat soal selidik dulu. Aku dah tanya sebab-sebab kenapa lelaki tu merokok daripada kaum adamlahkan. So antara sebab dia kata :
  1. "Aku merokok sebab aku tension"
  2. "Aku merokok sebab aku geram dan bengang"
  3. "Aku merokok sebab aku suka-suka nak merokok"
  4. "Aku merokok sebab aku rasa bila merokok aku macho macam lelaki dalam iklan tv"
  5. "Aku merokok sebab aku nak buat apa yang awek aku tak suka." *nanti aku huraikan ya
  6. "Aku merokok sebab kawan aku ajak"
  7. "Aku merokok sebab bapak dengan abang aku merokok, jadi tak salahkan?"
  8. "Aku merokok sebab aku nak merokoklah" *sycho
  9. "Aku merokok aku punya pasallah, kau sibuk kenapa" *erk, ambik kau
  10. "Aku merokok sebab aku nak main asap" *sila abaikan jawapan sengal ni
Sepuluh alasan siap. Ini serba sedikitlah alasan yang ada cuma tak tahu lelaki yang membaca entry ni setuju ke tidak dengan sebab-sebab tu. Okey tentang sebab ke lima ya, dia merokok sebab dia nak buat apa awek dia tak suka. Maksudnya : awek dia ni telah buat perkara yang dia tak suka jadi dia nak balas dendam dengan merokok, tabiat yang aweknya tak suka. Macam tu lah sebabnya.



Ada juga sempat cakap pada aku dia memang nak berhenti smoking cuma rokok tu ada tarikan yang buat dia nak hisap lagi. Dah banyak kali cuba  tapi tak berjaya. Ermm, sorry bro aku memang tak tahu. Tapi try Niquitin yang dalam tv tu boleh kot. Dia akan bekalkan kandungan nikotin yang cukup dalam badan kau.

Aku tak nak komen banyak, aku akui aku memang tak suka lelaki yang merokok. Tahu tak risiko yang menghidu ni juga ada. Aku salute pada lelaki yang nak berubah tu, cuma sayang dia masih gagal. Serius aku terharu dengan lelaki yang seboleh-boleh tak nak merokok depan orang yang dia sayang tapi dia merokok bila orang dia sayang tak ada. Okeylah tu.

Apa pun aku nak cakap merokok tu tak macho okey, merokok buat korang sakit ada. Tak kesian pada isteri mahupun awek kalau kau sakit sebab merokok. Merokok buat kau :
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal *jangan tanya aku copy artikle mana entah hari tu
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Sayangilah nyawa anda dan yang tersayang okey. Cuba untuk berhenti, tapi pendapat aku kalau dia tak merokok depan aku itu dah syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya nampak dia sayang pada orang yang tersayang. Jaga kesihatan ya semua. *Done pasal merokok~.



Kepada empunya rusuk kiri, aku mengharapkan kau yang terbaik untukku. Kalau kamu mungkin smoker, aku harap kau belajar untuk mengurangkannya ya sebab aku si pencuri rusuk kiri yang amat menyayangi mu. Actually aku terlebih emosi pulak buat bahagian ni. Aku masih mencari empunya rusuk kiri yang telah aku 'curi'. *abaikan lah tak ada kena mengena dengan topik asal.. 

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam.
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya.
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya.
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat pada hati untuk dicintainya.

THE END


30 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

hmm, mmg ramai sekran ni lelaki yg merokok..susah nk cr yg tak merokok..yg saje suka2 pon ada..tp kalau yg cam tu senang lg nk tinggal tp kalo jenis tegar mm susah..dl my dad pon isap rokok jugak tp skrg dh tgggal maybe dh insaf kot..hehe

~ btw nasib empat org my ex-bf dl tak merokok..haha

Gula-gula hati said... [Reply]

kalau lah encek buah hati bace pasal nie , kan bagus . ^^

thanks tiya :) sangat bagus untuk dikongsi ..^^
























































































katakan tidak pada rokok ! tehee .:D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar hohoh bgus abah zura berenti..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Gula-gula hatiush panjangnya space dia...hahah...mane ade buah hati...ye ke..tq :)

Ecah Ecot said... [Reply]

x macho langsung..huhu

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ecah Ecot memang tak machokan?

cik nurussalwa said... [Reply]

mmg x macho pun.. sikit pun x.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cik nurussalwakan..huhuhu

amal_fc1303 said... [Reply]

macho ker??
sesak nafas bau rokok ada la..
bazir duit, bakar duit.
yg mati dulu bkn perokok tu yg hidu asap rokok tu mati dulu.

Aqeela LaEn :3 said... [Reply]

syok sendiri lelaki yg merokok ni :P
xde nye nak cool .
tambah dosa dan rosakkan hati sendiri adalah !
>.<
tak suka lelaki merokok !!

Wani said... [Reply]

fuyohh dasatnye kamu ni !
semua jenis rokok kamu tawu , hehek .
btw , nice sharing ^^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303yap2 hahah amal emosi ek?

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Aqeela LaEn :3heheh..sorang lg emosi gak..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Wani sy google ajelah nama rokok2 tu..hahah tp ad yg sy tau gak... :)

amal_fc1303 said... [Reply]

hahaahha. biasa la tu dtg bulan tu pasal emo semcm.
hahahahahah...
tpi btul pe apa yg amal ckp.

erm laki macho cmner ek?
laki macho kalau xisap rokok la.

mera zati M.z said... [Reply]

tak macho langsung OK! -.-

Cik Yana said... [Reply]

aku merokok sebab aku nak mati cepat. Hahaha~ aku tu bukan cik Yana. Cik Yana rela hidu asap ubat nyamuk agi. Hahaha~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303hahaha yap2 amal :) tp kalu dia marokok jugak please jangan merokok dpean mira..heheh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mera zati M.z hhheheh oraite kak~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Cik Yanahahaah cik yana...ubat nyamuk? heheheh

HAZWAN17 said... [Reply]

katakan taknak pada rokok :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@HAZWAN17 yeah! say tak nak!

apik pehe said... [Reply]

uhhh..x maco pon ..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@apik pehehohoho yap2 oraite tak macho..

amal_fc1303 said... [Reply]

btul2...
tpi ada setgh laki yg hormat org xmerokok.
dia pndai amik port jauhkn diri.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amal_fc1303yap2 suke yg elakkan diri gitu..maknanye dia prihatin..hohooh

~ ナフィルザ ~ said... [Reply]

merokok sebab nak cepat mampus,hehehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@~ ナフィルザ ~hahhaha

Ohno!!! said... [Reply]

Penah nampak pompuan tua, pakai tudung isap rokok depan orang ramai...
otai tul makcik tu.....
Aku perokok pasif yang tegar...
Amacam macho tak?
hahaha...
hari2 hidu asap rokok orang

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ohno!!! gila otai..hahahah...perokok pasif pon cpt mati oo...