Tuesday, February 01, 2011

MANDULKAN KUCING ♥

Status: Boy dah lompat sana sini tapi slow 2/2/11 3.47 am

Kenapa aku jadi doktor haiwan hari ni. Sebab hari ni kucing aku yang dekat atas ni telah dimandulkan baru kejap tadi. Sikit cerita tentang Boy a.k.a kucing aku. Boy ni kitorang baru bela akhir bulan 12 tahun lepas. Masa kitorang ambil dia ni memang lemah sangat. Mungkin homesick rindu mak dia dekat Pahang. Tapi sekarang okey dah. Boy ni  kucing Siam. Dia tak comel tapi muka ganas. Kalau nak tengok dia comel masa dia excited main. Ada telinga extra large. So, deria dengar dia power.Suka tangkap burung. Kali ni dah masuk dua ekor. Boy kecil lagi. Tidur dalam rumah. Gambar-gambar Boy sepanjang dekat rumah sebelum dikembiri:





tengok telinga dia

Boy ni dah macam orang perangai. Tidur macam adik aku je rupa. Boy ni semenjak kitorang bela semakin ganas dan aktif. Dia kuat makan tapi tak gemuk. Macam aku. Hari ni dia kena kasi, aku hantar pergi klinik haiwan dalam keadaan dia melingas. Balik dia lemah. Lembik. Serius aku menangis tengok. Menangis gila-gilalah. Aku memang tak sanggup nak tengok dia lemah macam tu.

Dia duduk diam aje sekarang. Bukan niat nak seksa Boy tapi memandangkan Boy tidur dengan aku, so dia memang kena kasi. Aku tengok dia punya 'tut' memang menakutkan. Lagilah aku menangis tengok dia sakit macam tu.Letak aje dia dekat lantai dia cuba merangkak. Dia nak jalan jugak. Dia cuba bau something tapi aku rasa deria dia macam tak ada kejap. Mata dia macam berair, menangis ke Boy. Arghh, tak mahu aku fikir sebab ada nanti menangis lagi. Bawah gambar boy selepas dikembiri, *updated* :(

Boy lepas dikembiri





Kitorang terpaksa kasi Boy sebab tak mahu dia kencing sepah-sepah. Lepas tu tanda kawasan mana-mana bahagian rumah dengan air kencing dia. Kos mandulkan Boy ialah RM30. Agaknya Boy tak nakal lagi ke lepas kena kasi. Setelah membuat rujukan di web dan blog para vaterinar aku just copy artikle diorang fakta tentang mengembiri ni a.k.a kasi ini. Tujuan kasi adalah:
  1. Bagi mengawal populasi kawalan pembiakan tabii diperlukan bagi mengawal genetic.
  2. Pembedahan kecil dilakukan seperti kasi dan pembuangan ovari bagi haiwan betina dilakukan. Ini bagi menjaga genetic baka yang baik dan menghasilkan baka yang bermutu serta mengekalkan baka asli.
  3. Bagi kes yang serius dan memerlukan pembedahan yang besar mahupun kecil, haiwan tersebut akan melalui beberapa prosedur bagi dibolehkan pembedahan tersebut dijalankan.
  4. Kebanyakan pembedahan yang melibatkan keperluan sedative digunakan. Ia perlu dilakukan oleh seorang Doktor Veterinar.
Pembedahan Castration & Spaying ?
  1. Pembedahan berdasarkan keadan haiwan tersebut.Contoh pembedahan yang biasa dilakukan ialah Castration, Spaying, Hernia, abscess, hematoma dan sebagainya.-
  2. Castration pada kucing jantan sesuai dilakukan ketika berumur 6 bulan
  3. Spaying pula dilakukan seelok-eloknya setelah beranak sekali
  4. Walaubagaimanapun ada pilihan bagi mereka yang tidak memerlukan pembedahan iaitu mencegah kehamilan menggunakan Supprestral® atau Magcat®
  5. Bagi castration harga dikenakan adalah RM 35.00 untuk seekor kucing dan RM 80.00 untuk seekor anjing- Spaying RM 50.00 untuk seekor kucing dan RM 150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu.
Bawah adalah procedure untuk mengaksikan kucing. Korang tengoklah sendiri apa yang doktor haiwan telah buat . Itu bukan gambar Boy tau. Itu kucing lain.








Manakalah fatwa-fatwa tentang mengembiri binatang daripada berbagai mazhab pulak :

Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.

Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.Ulama berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan binatang.
  1. Mazhab Hanafi tidak menghalang perbuatan memandulkan binatang kerana ia mendatang munafaat kepada binatang dan manusia.
  2. Mazhab Maliki membenarkan hanya kepada binatang yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.
  3. Mazhab Syafie mengatakan diperbolehkan memandulkan binatang yang dagingnya boleh dimakan semasa binatang tersebut masih kecil sahaja.
  4. Mazhab Hanbali membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.
  5. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syiekh Utsaimin rh. pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh didalam tidurnya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
"Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta" Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).
Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan, We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

P/S : aku tak sanggup nak snap pic bahagian kena kembiri Boy sebab sangat takut dan tak sampai hati nak gerakkan dia yang sakit dan masih blur2 kena bius. Macam mana aku nak jadi Vet macam ni kalau tengok Boy macam tu aku dah meleleh air mata. Ingat tadi dapat tengok depan mata Boy kena kasi tapi doc suruh tinggalkan and kitorang kena balik dulu. Kalau aku dapat tengok agaknya ada yang Boy tak kena kasi sebab aku dah bawak lari. :(

Boy, cepat sihat. Jangan buat aku sedih tengok kau lemah macam tu.


35 Komen:

nub said... [Reply]

boy jangan nakal2 lagi.. =)

nanti2 ok la tu..xpa,kucing jantan dia kuat! =)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@nub

insyallah..tq encik nub :)

SheNn said... [Reply]

Kesian kat Boy..mesti sakit..huhu

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@SheNn entahlah...kalaulah boy boleh cakap mesti dia cakap sakit..cara dia pandang kita rasanya cukup untuk dia bagi tau yang dia sakit :(

ceah :) said... [Reply]

nanti boy baek lahh .
dy kuadd :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ceah :) :) insyallah ek...

skooz-san said... [Reply]

bole pasneh sehat. uwaa.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@skooz-san haraplah :)

zura asyfar said... [Reply]

waa mira, aku nak nangis nih..aku tak rela tau tengok kucing sakit sebab aku pernah pukul budak yg sepak kucing aku..huhu..btw kasi utk kebaikan ok kot..hehe

beLLa said... [Reply]

uish. cam xsampai aty lak nak mandulkan kuceng neh. tapi ye nga mgatal gak neh. hee~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar ikut hati mmg tak sanggup..yup demi kebaikkan jugak :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@beLLa heheh... demi kebaikan kena sampaikan jugak hati tu :)

cikida said... [Reply]

comel je kucen dy...=))mcm tuan nyee..thnks info yg sgt menarik..6.^

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cikida hahahha...mane ade... welcome2

aizatjohar said... [Reply]

huhu..cian kucing tu nk tutt...

Syat0za said... [Reply]

boy kuat kan? nnti dia sihat lah :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aizatjohar hahah.. tett censored~

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Syat0za :) insyallah..tq awak..

Siti Safiyyah said... [Reply]

uihhh..gambar2 msa operate tu agak menakutkan..nasib takde kucing..heh lepas ni jaga boy molek2 k? ;)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Siti Safiyyahhehehhe..okey2... :)

myssmie said... [Reply]

ollololoohhh~ cian kt boy.. huhu... xpe2..nti boy akan jadi gumuk! hee...
semoga boy cepat sihat ye =)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@myssmie insyallah...tq ya :)

blur88 said... [Reply]

semoga boy cepat semboh...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Torres pengkhianat Liverpool

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@blur88 tq..okey :)

ARC™ said... [Reply]

adeh sakitnyeeeeeee. seb bek akuxde kucing

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@ARC™
sakit gak nye...hehe..

p/s berjanggut nak tunggu ko komen..baru skrng muncul~ hahaha

Kasawari said... [Reply]

mula2 baca entri ni kelakor sgt2.. tapi bila dah ke bawah tu sedih pulak .. sian boy.. tak sanggup nak tengok gambor2 kucing tu dikasikan..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Kasawari heheh kelakar ke...

Kasawari said... [Reply]

gaya penceritaan bersahaja.. tu sebab ketawa jer tadi.. pastu gambar2 boy tu tidor sebelah adik.. comey..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Kasawari heheh ye ke.... adik dengan kucing tu memang sehati sejiwa~

Halle Calypso said... [Reply]

saya nak tanya, amira kembiri aboy kt klinik ke kt hospital ye?
boleh tau kat mana x?
sbb saya bulan nie kucing saya
si cotton da masuk 6bulan.
so saya igt pun nk anta dia.
thanks =)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Halle Calypso

huhuh dekat klinik haiwan aje.... ngeeee...

chaiera said... [Reply]

hanta klinik haiwan mana ye?

Kakchah Jelita said... [Reply]

saya pon nak kembirikan kucing.

Kakchah Jelita said... [Reply]

kalau kucing saya demam, saya bagi dia makan aloevera. kalau kucing saya luka, saya letak gel aloevera. saya tak bawa pon kucing2 saya tu ke doktor, Alhamdulillah la semua kucing saya sihat dan cergas. yang beranak pun comel2 dan semuanya hidup aktif. perahan produk aloevera saya ni sangat berguna bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga untuk kucing2 tersayang saya