Wednesday, February 02, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 20 ♥




"Kau ni memang spesis mengada-ngadakan Ezamirul. Semua benda kau tak tahu buat. Habis tu apa yang kau tahu. Makan, berak dan tidur aje kah. Menyampah betul aku dengan kau tahu tak. Sikit-sikit mesti orang kena tolong. Aku-aku sekali kena. Aku bagi penyepak baru kau tahu. Tak bangun seminggu terus. Aku tak tahulah kau ni asal daripada planet mana sampai bodoh macam ni sekali." Zyra merungut-rungut sambil melipat kain. Sesekali tangannya mencubit lengan Ezamirul. Geram sangat dengan perangai budak seorang ni. Ezamirul bukannya mengaduh sakit dicubit oleh Zyra tetapi dia ketawa. Ketawa seronok dengan perangai Zyra yang mengalahkan mak nenek itu.

Mana tak nya dalam membebel merungut kelemahan Ezamirul, Zyra tetap juga membantu Ezamirul melakukan kerja itu. Jelas Zyra ni dalam kasar-kasarnya ada baik jugak. Serius Ezamirul mengaku yang Zyra memang baik. Cuma kalau dia cerita dekat geng futsalnya tentang kenyataan ini pasti kena gelak. Ezamirul  akan kelihatan seperti orang gila apabila dia mengatakan Zyra gadis bersolek mengalahkan hantu itu seorang yang baik hati. 

Kalau orang awam tengok pun mereke mesti kata Zyra bukan budak baik. Rambut ada highlight ungu. Mata bercelak hitam. Bibir dia masyallah, lipstik warna ungu gelap. Dah macam rupa apa. Dengan penampilan begini memang orang tak akan percaya langsung kata-kata Ezamirul yang Zyra itu baik. Itulah mentaliti manusia. Yang nampak pelik tulah yang dia kata jahat. Sedangkan ada jugak yang bertudung litup tapi perangai mengalahkan bohsia!. 

Alah Zyra tu dekat luar aje pakaian ala-ala kegelapan. Berbeza sangat kalau dia dekat rumah. Kadang-kadang si Zyra tu pakai kain batik dengan baju saiz XXL aje. Kontra bukan. Jadi betullah kalau kita nak menilai peribadi orang bukan hanya melihat luaran sahaja tetapi hati tu bahagian paling penting. "Hoi mamat, kau melangut. Cepatlah lipat kain. Termenung pulak. Aku sepuk kau nanti." Ezamirul terdorong kebelakang sebaik aje badannya ditolak dengan kasar oleh Zyra. 

Zyra pantas berlari ke tingkat atas sebaik sahaja mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Ezamirul ditinggalkannya sendirian melipat baju. Sesekali bibir Ezamirul mengukir senyuman dan kepalanya digeleng-gelengkan. Memang ini kali pertama melihat perempuan seperti Zyra. Dia sudah puas berjumpa dengan perempuan yang berlagak manja, ayu mahupun alim. Semuanya hipokrit tak pernah nak jadi diri sendiri. Tak pernah nak jujur. Cuma Zyra ni aje yang lain. Dia hanya menjadi dirinya sendiri dan sentiasa jujur dengan apa yang dia rasakan.

Zyra turun semula ke tingkat bawah dengan siap berseluar jeans dan berjeket kulit. Mekapnya macam biasalah memang true gothic punya style. Cuba bayangkan kalau Zyra beralih pada Japan Gothic atau lebih dikenali dengan Lolita. Mesti comel. Ezamirul ketawa sendiri. Memang comel sangatlah kalau minah garang ni pakai skrit berjurai, stokin panjang berjaring dengan sarung tangan berjaring. Rambut pula diikat dua lepas tu jilat lolipop. Wah, memang comel habis. Kalah Horikita Maki yang berlakon 'Hanazakari No Kimitaci E' tu.

"Hoi, apa kau senyum-senyum tengok aku. Gila ke. Nak kena terajang sekali ke bagi betul otak kau tu. Ish, dah aku nak keluar. Pastikan kain semua ni siap dilipat bila aku balik nanti. Kalau tak kau kena bagi aku pumping 200 kali. Faham." Zyra menjegilkan mata melihat Ezamirul. "Bibik, Zyra keluar pergi kafe tau." Zyra terus keluar sebaik sahaja mengambil helmet full face miliknya yang terletak di atas almari.

Bunyi enjin motor yang sayup-sayup kedengaran menandakan Zyra sudah jauh daripada kawasan rumah. Ezamirul terus merebahkan badan diatas timbunan kain yang banyak itu. Mata dipejamkan erat dan keluhan berat dilepaskan. Bibirnya menyanyi perlahan lagu no promises yang dipopularkan oleh Shane Ward.

I don’t wanna run away, 
baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, 
I just wanna die in your arms

I don’t want to run away, 
I want to stay forever, 
through Time and Time..
No promises

I don’t wanna run away, 
I don’t wanna be alone
No Promises
Baby, now I need to hold you tight, 
now and forever my love

"Ezamirul, amboi kau bersenang lenang menyanyi. Sedap telentang atas kain baju aku eh.Aku suruh kau lipat kainkan. Bukan menyanyi riang. Eii, geramnya aku dengan kau ni." Zyra memulas telinga Ezamirul kuat sehinggakan Ezamirul terjerit kecil. Lepas sudah melepas geram pada telinga Ezamirul, Zyra mencubit pulak pipi Ezamirul sekuat hatinya. Memang geram sangat. Dia ingat muka dia comel aku tak geram. Erk, apa aku cakap ni. Dia ingat dia muka dia market aku boleh berlembut hati. Zyra terus berhenti mencubit setelah merepek bukan-bukan.

"Sakit tahu tak. Awak kata nak pergi kafe. Kenapa pulak dah balik. Saya nak rehat kejap aje. Penat tahu tak. Sakit pinggang saya ni terbongkok-bongkok lipat kain. Awak tak kesian dengan saya ke. Agaknya sekarang pipi saya dah merah kena cubit tadi. Awak kalau cubit perlahan tak apa jugak. Ni tak..." Ezamirul mengusap pipinya yang terasa pedih. Bibirnya sudah muncung sedepa. 

Zyra merenung Ezamirul kosong. Kesian, nak kata aku kesian  pada dia?. Ada ke perasaan kesian dalam kamus hidup aku. Nak kata tak kesian langsung macam kejam pulak. Nanti orang kata aku dera anak orang. Alah dah memang salah dia. Aku suruh buat kerja bukan buat konsert katak puru. Actually suara Ezamirul sedap cuma telinga aku rasa macam dapat dengar biasan bunyi katak aje.

"Lorat kau ni Ezamirul. Macam budak-budak tahu tak perangai kau tu. Umur dah 21 tapi perangai macam 12 tahun. Tolonglah jadi matang sikit. Meluat tahu tak meluat tengok perangai mengada-ngada kau. Dah pergi sapu pipi kau dengan minyak gamat. Pergi minta dekat bibik Sutinah minyak tu dekat dapur sana." Zyra terus naik ke tingkat atas dan selang beberapa minit turun semula dengan backpack Puma miliknya.

"Pesan pada bibik aku balik malam sikit." Zyra hilang daripada pandangan Ezamirul selepas itu. Ezamirul mengusap pipinya dengan senyuman meleret. Dia kemudiannya menghampiri cermin besar yang terletak diruang tamu. Merah sungguh pipinya dek kerana cubitan Zyra. "Bibik nak minyak gamat." Dia terus berlalu ke dapur.

*****

"Hoi, bodoh apa berhenti tengah jalan tiba-tiba. Otak letak mana. Tapak kaki apa. Kau fikir jalan ni abah kau punya. Motor aku siapa nak bayar dah calar sana sini. Entah ada bahagian rosak. Mahu masuk ribu-riban nak baiki. Kau ingat motor aku motor cabuk aje ke." Zyra terus menempelak pemandu kereta itu saat dia sedang menurunkan cermin kereta. Dalam masa itu juga dia sempat menanggalkan topi keledar di kepala.

"Sorry dear, I cuma terkejut nampak you dekat belakang tu yang I berhenti. Tak sangka pulak I buat you cium punggung kereta I ni. You cedera tak. Biar I tengok." Lelaki itu sudah keluar daripada kereta. Zyra tergamam saat melihat lelaki yang irasnya seperti Kim Hyun Joong itu. Lelaki itu serta merta menarik tangan Zyra seolah-olah ingin melihat kalau Zyra cedera atau tidak. Saat melihat tapak tangan Zyra yang calar, dia segera meniup lembut bahagian itu.

"Sorry sangat-sangat buat you luka macam ni. I ingat nak gurau aje tadi. Motor you nanti I call mekanik I untuk ambil. You tumpang kereta I ya. Sorry sangat-sangat dear. Sakit tak. Kita pergi klinik okey." Zyra menggeleng. Dia segera menarik tangan yang berada dalam genggaman lelaki itu. Pantas dia cuba mengangkat motor yang terbalik tadi. Enjin cuba dihidupkan. Masih berfungsi. Cuma calar sedikit aje. Lelaki itu terus menghampiri Zyra yang sudah berada di atas motor. 

"Zyra, biar I yang hantar you. Motor tinggallah untuk dibaiki. Then kita pegi klinik sekali ya." Zyra menggeleng laju. "Nevermind. I boleh bawak lagi motor ni. Luka sikit aje. I bukan budak kecil luka sikit nak nangis  then pergi klinik. Pasal motor ni, apa barang beli motor mahal-mahal kalau jatuh sikit dah rosak. Motor ni okey lagi tak payah baiki apa-apa. Yang bahagian calar tu nanti I claim dengan you berapa kosnya. lepas cat semula nanti okey . Dah see you there. I tunggu you dekat kafe aje tau Izz."

Izz Riyad mengeluh berat. Susah betul nak pikat si hati batu ni. ada aje alasan. ada aje cara dia nak mengelak. Teruk sangatkah aku sampai dia jual mahal macam tu sekali. Kalau ikut rupa ramai perempuan nak dekat aku ni. Tapi jika fikir daripada apa yang aku pernah buat pada dia masa sekolah dulu memang patutlah dia nak tak nak aje melayan.

Perempuan mana boleh terima kenyataan kalau dirinya dimalukan dikhalayak ramai. Cetek betul pemikiran aku masa tu. Walaupun Zyra seorang yang kasar mustahil dia tak ada perasaan malu. Aku sendiri tengok muka dia merah padam apabila aku menegur bajunya ada kesan darah. Secara jujurnya darah ayam yang aku sengaja cuahkan ditempat duduknya dulu. Kejam sebab aku biarkan dia ronda sekolah dengan baju berdarah sebegitu sebelum memberitahu keadaan bajunya yang lecun dek darah.

Keesokkannya mengamuk Zyra apabila mengetahui darah itu bukan kerana darah haid tetapi hanya sekadar darah ayam yang aku letakkan. Seminggu aku kena dera dengan dia sewaktu latihan taekwando. Mahu birat badan-badan kena sepak terajang. Lepas kejadian memalukan itu Zyra terus pindah. Mungkin sebab apa yang aku buat atau mungkin tidak. Aku akan tanya kebenarannya bila tiba di kafe nanti.

Izz Riyad masuk semula ke dalam perut kereta. Rush biru itu terus meluncur laju menuju ke Ragamuffin Cafe. Izz Riyad sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Zyra. Dia mahu berbicara lagi dengan Zyra. Bibirnya tersenyum meleret sepanjang pemanduan. Sikap Zyra yang dingin itu sebenarnya buat dia seronok dan tercabar untuk mendekati Zyra lagi.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

6 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

ezamirul suka zyra ek?hehe..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfar hahhaha..entah~

.:kiwi:. said... [Reply]

like! ^^ menanti for the next post.. hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:. tq kiwi :)

Asnia said... [Reply]

huhu..lagi? xda smabungan dah ke? huhul..best lah cite nie

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Asnia stakat ni sampai episode 26 nntkan yg 27 ya :)