Friday, February 11, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 21 ♥







"Zack aku nak kau keluarkan peti kecemasan tu cepat. Pastu cepat tolong letak dekat aku punya luka ni. Cepat-cepat.Pedih dah ni. Nanti kalau bernanah ke, berkulat ke payah pulak aku. " Zack dah tayang muka seriau tengok tangan Zyra yang dah luka-luka. Dia terus capai peti kecemasan yang ada berdekatan dengan kaunter. Iodin disapu dahulu pada luka Zyra itu.

"Aaaaa.." Zyra dah terlompat-lompat. Zack buat muka pelik. Bila dia sapu iodin lagi, Zyra sebut 'aaaa' lagi. "Kau kenapa sengal. Sakit sangat ke sampai macam tu sekali keadaannya. Aku dah buat cukup hati-hati ni. Tahanlah sikit apa salahnya adik oi." Zack terus berhenti sapu iodin pada luka Zyra.

"Aku tak sakitlah, aku nak pergi berak. Sakit perut gila makan apa entah tadi. Aku tak tahan dah ni. " Zyra terus berlari naik tingkat atas. Zack sudah menggeleng kepala laju. Budak Zyra ni lah. Cakap tak reti nak berlapik. Kasar betul bahasa. Muka lawa tapi mulut macam longkang kadang-kadang.

Loceng pintu berbunyi. Zack segera mengalih padang ke pintu. Bibirnya terus tersengih. "Mat romeo sudah sampai nak mengusha si budak sewel tu. Kita tengok drama lagi hari ni nampaknya." Zack bersuara sendirian sampailah Izz Riyad sampai betul-betul di hadapannya.

"Hi there. Zyra dah sampai kedai tak. I nak jumpa dia sekarang ni." Izz Riyad bersuara macho. Zack menahan tawanya dek kerana teringat peristiwa pergaduhan berak sewaktu pertama kali Izz Riyad ke sini. Betul siapa tak mahu gelak kalau orang nak berak boleh bergaduh dengan orang luar jamban iaitu Zyra tu lah. Puas dia gelak macam nak pecah perut bila Zyra cerita apa yang terjadi masa itu.

"Zyra pergi toilet kejap. Encik duduklah dulu. Kejap lagi dia turun. Sebelum tu ada nak order apa-apa sementara menunggu ni." Izz Riyad menanggalkan kaca mata Marc Jacobs-nya itu. Dia mengambil buku menu yang terletak di atas kaunter itu. "Coffe Latte, please. Bagi I buku tajuk Torment by Lauren Kate jugak." Izz Riyad terus mengambil tempat duduk bersebelahan cermin kaca.

Zyra yang turun daripada tingkat atas terus menghampiri Zack. " Pergh lega siot pergi berak kejap. Kosong dah perut aku ni" Zyra tayang gigi. Zack terus tarik muka. " Sengal kau ni. Pengotorkan. Aku lelaki pun tak seteruk kau minah. Kau dah cuci ke belum ni. busuk tahu tak." Zyra terus menunjal dahi Zack.

"Dah cucilah. Bengong kau ni." Zack terus ketawa. Dia menghulurkan Coffe Latte dan buku hasil tulisan Kate Lauren itu kepada Zyra. "Nah, pergi bagi dekat kekasih kau. Dia duduk meja tiga sana tu. Wah kau, seronok sekarang. Dah ada pak we pulak. Hensem kalah aku."

"Kau memang tak hensem langsung pada hakikatnya." Zyra terus cepat-cepat melangkah dengan pesanan tadi. Zack dah buat muka cemberut. Zyra memang cakap tak fikir perasaan orang betul. Nasib baik dah biasa dengan perangai dia tu. Zack mengomel sendirian. Dia memerhati Zyra dan Izz Riyad daripada jauh. Bibir tak henti daripada mengukir senyuman.

"Izz nah order you tadi. Sorry I pergi toilet kejap tadi. So you nak jumpa I cepat-cepat kenapa ni. Penting sangat ke sampai tak boleh nak cakap dekat telefon aje." Zyra melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Izz Riyad. Izz Riyad terus menarik tangan Zyra. Dibeleknya luka di siku dan tapak tangan Zyra. "Zack, emergency kit mana. Bagi saya cepat!." Jerit Izz Riyad tiba-tiba. Jaritannya yang agak keras itu memaksa Zack terus berlari menghantar peti kecemasan itu.

Zyra hanya membisu. Sempat dia melihat Zack melalui ekor mata. Mulut Zack yang kumat-kamit membuatkan dia tersengih. Zyra dapat menangkap apa yang Zack sedang katakan itu. 'Itulah kau minah. Aku sapu ubat kau nak pergi jamban pulak.' Muka Zack yang cemberut buat Zyra terus  tersenyum sumbing. Gelak tawanya yang halus membuatkan Izz Riyad menjeling tajam. Tangan Zyra ditarik lagi supaya lebih dekat kearahnya.

Perlahan Izz Riyad menyapu Iodin pada luka Zyra. Sesekali luka itu ditiup lembut olehnya. Zyra menggigit bawah bibir. Bingung apabila diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh dia tak pernah dilayan sebaik ini selain daripada abangnya Akmal. Setelah selesai menampal handy plast, Izz Riyad mengucup lembut tapak tangan Zyra. Zyra terus menarik tangannya ke sisi. "Please behave yourself Izz Riyad." Mata Zyra mula mencerlung.

"Sorry, I cuma tak boleh tengok you sakit macam ni. I rasa serba salah sangat. Nasib baik tak besar lukanya. Hodoh dah tangan you jadinya. Bodoh betullah I ni. Gurau tak kena tempat. Kesian you." Jeda. Mata Izz Riyad menjamah wajah Zyra yang bungkam.

"You marahkan I ya. Zyra I minta maaf sekali lagi. I minta maaf atas segala kesilapan I sejak kenal dengan you di sekolah menengah lagi. I tahu I dah malukan you. I admit yang I memang nakal masa sekolah dulu. I tak tahu macam mana I boleh sebodoh itu bertindak. I tahu you banyak bersabar dengan sikap I sampai kita form four. Zyra, I sakitkan hati you supaya I sentiasa dalam ingatan you. Supaya I boleh sentiasa dapat berinteraksi dengan you. Sebabnya I sukakan you masa tu. Sukakan you sampai sekarang jugak. I cintakan you dari dulu hingga sekarang. Saat ini detik ini."

Zyra menjungkit kening. Dia terus menghamburkan tawa sinis. "Izz Riyad apa yang you merepek ni. Gila apa. For your information mister I pindah sekolah sebab I masuk sekolah teknik faham tak. Sekolah teknik dekat Subang sana. You gila apa I nak sentap sampai sanggup nak pindah. Mustahil I boleh sentap sebab I tak rasa I ada sebarang perasaan. Stone and cold. " Zyra tergelak lagi.

"Lawaklah you boleh kata you sukakan I Izz. Lawak antarabangsa tu. Kalau you cintakan I, sukakan I daripada dulu sampai sekarang tak ada lah you sanggup kahwin lagi. Mesti tunggu I dulukan. Nampak sangat you ni menipu. Sorry-lah I tak makan rayuan cinta macam ni. By the way tak lawaklah lawak you ni. Kalau masuk raja lawak masa audition terus kena reject. Hmm, hari ni april fool ke sampai perlu you mengusik macam ni sekali "

"Zyra I...."

Together make it love
Forever making you smile
Noye hwanhan miso gadukhi
Together make it love
Forever making you smile
Ije naesoneul naesoneul chaba

Stand by me nareul parabwajyo
Ajik sarangeul moreujiman
Stand by me nareul jikyobwajwo
Ajik sarange sotungot kata


"Opss kejap ya Izz. I nak angkat call dulu. Hello Sayang." Mata Izz Riyad terus membulat saat mendengar perkataan sayang itu. "You rindukan I sayang. Sorry I bukan tak nak call you. I tahu setiap waktu macam ni I waji call you. Cuma sekarang ni I ada client nak bincang. I mintak maaf sangat. Iya I sayangkan you jugak. I rindukan you. Selalu rindukan you." Zyra tergelak manja. Matanya sempat melirik ke arah Izz Riyad. Izz Riyad terus bangun daripada duduknya. Bahu Zyra dicuit. 

"I balik dulu. Ada appointment kejap lagi. Nanti apa-apa I text you nanti pasal apa  yang kita nak bincang itu." Zyra mengangguk laju. Izz Riyad terus keluar dengan keluhan berat selepas membayar  di kaunter. Dari kejauhan dia dapat mendengar gelak halus Zyra. Zyra memerhati Izz Riyad yang sudah masuk ke dalam perut Toyota Rush.

"Hoi sengal. Menggedik kau sekalikan aku panggil kau sayang. Sengal. Kau nak apa ni tiba-tiba call aku. gila apa. Dah siap belum kerja aku suruh." Zyra mengeraskan suaranya. Tidak lagi bersuara manja seperti tadi. Ezamirul yang berada dihujung talian terus berkerut dahi. Tadi bukan main gatal suara dia, tiba-tiba marah-marah pulak. 

"Dah siap lah. Awak yang start dulu panggil saya sayang. Lepas tu nak marah-marah pulak. Saya nak minta izin awak ni. Saya nak balik kampung esok. Lusakan hari raya haji. So nenek saya dekat kampung sana suruh balik. Mummy saya pun suruh balik sana kejap.  Boleh tak?." Zyra diam sebentar."Kampung kau dekat mana?."

"Kampung saya dekat Pahang sana. Bolehlah awak saya nak balik sana. Dah lama saya tak balik. Apa pulak kata nenek saya nanti. Please tapi kalau awak tak boleh bagi pergi nak buat macam manakan. Saya tahu saya tak layak nak meminta. Tak apalah biar nenek dan mummy saya kata saya orang lupa daratan. Orang yang derhaka." Suara Ezamirul mula lirih.

"Kau pernah kena sepak tak. Sabarlah aku tengah fikir ni. Okey kau boleh pergi balik kampung. Tapi aku nak ikut. Aku nak rasa kehidupan dekat kampung sana. Aku dah lama teringin nak pergi kampung-kampung. Okey. Set esok aku bawak kereta aku kita pergi kampung kau together-gether. Baik kau bagi aku ikut kalau tak aku tambah hari kau." Zyra tersenyum sumbing. Seronok apabila mengugut begitu. Terutama apabila mengugut Ezamirul.

"Okey, tak payahlah saya naik bas. Esok awak datang rumah sayalah. Jemput saya daripada sana. Kita nak pergi sana tu tiga hari tau. Awak bawaklah baju kurung tau. " Zyra sudah tersenyum senang. Akhirnya dapat jugak dia merasa kehidupan orang kampung.

"Okey, aku teringin nak makan sup yang kedai Berkat Salam sana. Kau pergi belikan. bungkus. Nanti balik aku nak makan. Suruh bibik masak nasi. Sayur Kalilan Ikan Masin. Sambal belacan. Dah aku ada kerja ni. Bye." Talian dimatikan.

"Kejap dia suruh aku bawa baju kurung?. Nak suruh aku pakai baju kurung. Masyallah!"  Zyra terus menepuk dahi. Dalam banyak-banyak pakaian dia paling malas nak pakai baju kurung. Zyra terus mengeluh berat. Dia bingkas bangun dan pergi ke arah  Zack yang berada di kaunter. Peti kecemasan dihulurkan semla kepada Zack yang sedang tersenyum sungging.

"Apa kau senyum-senyum. Buang tabiat dah ke. Aku sepuk sekali baru tahu. Nampak ni." Zyra dah menganggkat tangan. Zack segera berundur kebelakang. "Relaxlah. Aku cuma tpuching tengok aksi romantik kau dengan abang romeo kau tu." Zack tayang barisan giginya.

"Apa yang kau merepek ni Peah!." Zyra terus duduk di kerusi yang berada di tepi kaunter. Dia menompang dagu sambil mengeluh berat lagi. Zack dah garu kepala. Biasanya kalau macam ni dah kena pukul sekali. Tapi Zyra tak buat pulak. Sakit atau dah kena virus angau plus tangkap cintan ke budak ni.


BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

    8 Komen:

    zura asyfar said... [Reply]

    zyra nak balik kg eh? mst ayu je dia pakai bj kurung..hehe..and mst ezzamirul tpegun gila ms tu :)

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @zura asyfarhahahaha... ye la kot.. zura meneka yer~

    Shamien said... [Reply]

    lagi3...

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @Shamien :)

    .:kiwi:. said... [Reply]

    dah macam bwk blk bkl isteri aje, siap pesan bwk bju kurung.. hee~ suka! ^^

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @.:kiwi:. hahahah... tq kiwi :)

    aLieF si Muncung ManiS said... [Reply]

    waahh..awak tulis novel mmg best..kenapa awak tak bukukan novel ni..mana tahu,ada rezeki..huhu..awak,kalau awk sudi,awk dtang la blog alief..kalau awk rasa blog alief best,awk follow la..tapi,kalau awk rasa blog alief tak best,,jgn paksa diri follow taw..alief nak awk follow blog alief kalau rasa blog alief best je.okay..thanx awk..selamat berkawan..thanx again..huhu

    ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"kalau korang berani,sila baca..kalau tak berani,sila ajk kawan sebelah utk baca bersama korang..deaL???""

    AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

    @aLieF si Muncung ManiSinsyallah..kalau ada rezeki saya bukukan ye. Erm, okey nnt sy tgk blog awk ye :)