Friday, February 18, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 22 ♥





"Assalamualaikum, mangkuk. Oh, mangkuk. Mana kau ni. Aku dah rasa panas ni. Cepatlah buka pintu pagar ni. Pergh dengan baju kurung lagi. Sengaja nak membuli aku balik dia ni. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..." Zyra mengelap peluh yang merenik di dahinya. Sudah berapa kali dia beri salam tetapi Ezamirul tak muncul jua. Dia sudah bercekak pinggang dihadapan pintu pagar. Perlahan, pintu pagar itu terbuka secara automatik.

Zyra sudah melangkah masuk ke dalam dengan wajah bungkam. Geramnya pada Ezamirul masih mampu terkawal. Kalau ikutkan hati mahu aje dia terajang pintu pagar tadi, bila mengenangkan ini rumah orang tak jadi dia berbuat sedemikian. Ezamirul berlari terkedek-kedek keluar daripada dalam rumah.

"Kau ni lembab sangat kenapa buka pintu tu. Bukannya sejuk dekat luar tu. Panas tahu tak. Buka pintu pun lembab macam siput. Apa punya orang. Bila kita nak bertolak ni. Nanti kalau lambat sampai malam punyakan. Aku bukan suka memandu waktu malam-malam." Zyra bersandar pada badan kereta yang terletak di garaj rumah Ezamirul itu. Lama dia menanti jawapan Ezamirul tetapi masih tiada jawapan. Zyra melirik ke arah Ezamirul yang membulatkan mata.

"Kau dah bisu apa. Aku tanya tak reti nak jawap atau kau dah kurang pendengaran. Okey, tadi aku tanya bila nak bertolak. Bertolak cepatlah sikit nanti kalau malam-malam leceh tahu. Cepatlah sikit." Ezamirul sudah mula menggaru dahi. Matanya sudah terkebil-kebil melihat Zyra.

"Apa kena kau tengok aku macam tu?" Zyra tidak lagi bersandar. Dia segera melihat bajunya, tiada yang kotor. Diraba-rabanya wajah, rasanya tiada apa-apa yang pelik. Jadi, apa yang sebenarnya kelihatan tidak kena dimata Ezamirul ni.

"Awak biar betul ni." Ezamirul berjalan mengelilingi Zyra dengan tangan yang menggaru kepala. Mata tak lepas memandang Zyra yang berbaju kurung berwarna putih berbunga merah itu.

"Biar betul apa. Betullah ni. Apa yang tak kenanya kau ni. Ish, cepatlah siap. Buang masalah kau ni." Ezamirul berhenti dihadapan Zyra. Ditenung wajah Zyra dalam. Sekali lagi dia bertanya "Awak biar betul."

"Apa masalah kau ni sengal. Betullah." Zyra sudah  bercekak pinggang. Mukanya merona merah menahan marah. Ezamirul dah berundur ke belakang sambil mengeluh berat. Dia sudah berpeluk tubuh sambil mata terarah pada batang tubuh Zyra. Zyra sudah mula tak tentu arah.

"Betullah saya kata. Awak biar betul pakai macam ni. Pakai baju kurung, okey itu nice.  Rambut panjang  awak biar lepas memang menawan tapi bila tengok kaki pakai sports shoes. Bila tengok muka, menakutkan tahu tak. Mata dengan celak tebal. Itu smokey eyes atau burn sampai hangit eyes. Bibir pulak, masyaallah. Pakai jugak lipstik hitam awak tu. Kalau nenek saya tengok mahu dia pengsan. Silap-silap arwah terus." Ezamirul menggeleng kepalanya laju. zyra sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Tak boleh ke pakai baju kurung dengan sport shoes. Aku rasa tak ada apa-apa masalah pun. Suka hati akulah nak pakai mekap apa. Aku rasa lawa aje. Sedap aje mata aku memandang. Alah macam ini aje kut. Mustahil nenek kau sampai arwah. Kau ni hiperbola tahu tak. Penat-penat aku mekap sikit punya lawa kau kutuk pulak. Kau ingat selalu ke aku nak pakai macam ni." Ezamirul mengeluarkan sapu tangan daripada poketnya lalu dihulurkan pada Zyra. Zyra hanya menggeleng.

"Degillah awak ni. Suka hati awaklah. Malas dah nak paksa." Ezamirul masuk ke dalam rumah dan muncul semula dengan backpack sederhana besar saiznya. "Jom cepat." Ezamirul terus berjalan pantas ke kereta Zyra sebaik sahaja pintu rumah dikunci. Zyra berlari-lari anak mengikut gerak langkah Ezamirul itu.

"Ezamirul tunggu kejap. Aku nak cakap ni. Besar gila rumah kau kan. Bapak kau jual apa sampai beli rumah besar gedabak macam ni. Tiga kali ganda daripada rumah aku. Bapak kau jual dadah ke kaya macam ni." Ezamirul membuntangkan matanya. Mahu sahaja dia tutup mulut Zyra yang tak makan saman tu tapi ditahan. Sabar ajelah dengan perangai Zyra tu. Sedap aje dia kata bapak aku jual dadah.

"Dah, tak payah merepek. Jom awak. Nanti bertolak lambat sampai malam pulak. Kita ni nak masuk kawasan felda tahu tak." Ezamirul terus masuk ke dalam perut kereta. Zyra terpinga-pinga sendirian di tengah panas. Apa kena mamat ni. Angin satu badan pulak. Tak pernah-pernah macam ni. Biasa sengal habis. "cepatlah awak!" jerit Ezamirul daripada dalam kereta.

Tiga jam memandu buat badan Zyra semakin letih. Dia masuk ke Bandar Jengka Pusat. Tekak yang terlalu kering perlu dibasahkan. Itupun tadi muka Ezamirul sudah cemberut bila Zyra mahu singgah membeli air di situ. Katanya Zyra buang masa, kenapa tak mahu bawa air daripada rumah dan macam-macam lagilah. Pelik kenapa Ezamirul asyik angin satu badan. Biasa dia yang angin satu badan, kali ini angin dia dah di culik oleh Ezamirul pula.

"Awak cepatlah sikit. Ni nak minum ke nak termenung tepi tu. Dah sudah minum cepatlah masuk. Minum dalam kereta kan boleh." Zyra tersentak mendengar suara Ezamirul yang mula keras. Aikk, aku pulak yang kena marah. Dia ni kenapa asyik nak emosi pulak. Ini sudah lebih, sudah lawan tokey. 

Zyra terus masuk ke dalam perut kereta dan terus melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang dibelakang. Ezamirul yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu sudah toleh kepala ke belakang melihat Zyra. Dahinya mula berkerut seribu. "Cik Zyra Eloise sayang, kalau awak duduk belakang siapa nak bawa kereta ni."

Zyra hanya berpeluk tubuh. Dia sengaja buat tak dengar soalan Ezamirul itu. Kelakuan Zyra buat Ezamirul mendengus kencang. "Awak tolonglah jangan buat hal. Kusut tahu tak. Cepatlah duduk depan bawa kereta ni. Tak payah lah awak nak merajuk macam-macam saya penat tahu tak. Saya dah penat nak melayan semua ni." Ezamirul mengeluh lemah. Dia terus membetulkan duduk. Jari jemari dilarikan dicelah-celah rambut.

"Arghhhhhhh!" Zyra terus menikus sebaik sahaja mendengar Ezamirul menjerit. "Baik awak cepat bawa kereta ni. Jangan buat saya hilang sabar." Suara Ezamirul yang menahan marah buat Zyra segera melangkah ke tempat pemandu. enjin kereta terus dihidupkan. Sempat Zyra melirik ke arah Ezamirul yang duduk berteleku disebelahnya itu.

"Kenapa tak bawa lagi tu. Cepatlah. Dah tak nak bawa atau dah tak reti nak bawa kereta lagi. Okey biar saya bawa." Ezamirul turun daripada kereta. Dia segera pergi ke pintu pemandu. "Kenapa kunci buka lah pintu ni sengal." Zyra memandang sepi pada Ezamirul yang dah mula menjerit di luar.

Zyra memecut kereta laju meninggalkan Ezamirul sendirian disitu. "Sial, tak guna punya perempuan. Asyik buat aku sakit hati aje. Bodoh betullah. Menyusahkan aku. Bangang betul. agaknya semua perempuan perangai macam celaka!" Ezamirul terus menyeluk poket seluar mencari telefon bimbit.

"Hell-lah. Phone dalam kereta. Wallet pun tak ada. Arghhhh!" Ezamirul terus duduk mencangkung disitu. Mukanya diraut kasar. Keluhan berat dilepaskan lagi. Sungguh dia memang tak mampu mengawal emosinya hari itu. Semua benda dirasakan tidak kena. Ini semua gara-gara betina sial itu. 

"Bee, apa pun I nak you tanggungjawab pada baby yang I kandungkan ni. I dah dua bulan pregnant tahu tak. I tak kira you mesti bertanggungjawab." Lisa sudah menepuk-nepuk perutnya dihadapan Ezamirul.

"Dengan jantan mana kau menyundal kau nak aku bertanggungjawab kepala otak kau. Bila masa aku sentuh kau. Tak pernah tahu tak. Tak pernah sekali pun. Kau jangan macam sial dengan aku lah betina. Dasar perangai macam bohsia nak suruh aku terlibat dalam hidup kau kenapa." Ezamirul mula meninggikan suara. Ditunjalnya dahi Lisa sehinggakan gadis itu terdorong ke belakang.

"You jangan nak berlagak alim dengan I, bee. You sembahyang sebab takut mummy you marah aje kan. You bukan tak pernah masuk club. You bukan tak pernah minum air syaitan tu dan you jangan lupa malam parti dekat rumah David tu. You lupa you tidur dah tidur dengan siapa." Lisa mula menempelak. Ezamirul diam.

"Nampaknya you tak ingat ya. Tak mengapa I boleh ingatkan untuk you. Malam tu you dah syok layan ecstasy. Ditambah dengan red playboy tu you terus tarik I masuk bilik dekat rumah David tu. Bee, you memang sexy malam tu. I tak boleh lupa bila you kiss bibir I. You peluk I. No wonder ramai perempuan gilakan you. You buat I rasa macam dekat heaven tahu tak. Ex-boyfriend I sendiri tak boleh buat I rasa puas macam tu sekali." Lisa menghampiri Ezamirul. Pinggang Ezamirul dirangkul lembut tetapi lantas ditepis oleh Ezamirul. Lisa ketawa manja. Tangannya mengelus pipi Ezamirul pula.

"Ouch, garangnya you ni. Tapi I suka. You tahu tak bee, setiap malam I ingatkan you. I nak ada dalam pelukan you lagi. I nak bibir you yang sexy tu lagi. Ouh, tentang baby ni. I mesti you nak tahu macam mana baby ni boleh ada kan. Serious malam tu bila you tak henti kiss me, I rasa itulah masanya. I sendiri tak dapat tahan dengan godaan you yang...."

"Cukup Lisa. Shut Up. Ini semua tak mungkin tahu tak. Kalau I mabuk mahupun high macam mana sekali I tetap ingat apa yang I buat. I tahu I tak akan buat sejauh itu dengan you. You jangan nak reka cerita bukan-bukan. Berambus daripada rumah I sekarang jugak. Berambus!" Ezamirul terus menolak tubuh Lisa keluar daripada kawasan rumahnya itu.

"Chill dear. You tak payah marah-marah. I memang nak balik dah ni. Tak guna you tempelak I kalau hakikatnya kita memang dah having a sex together!. I wonder macam manalah rupa baby ni nanti. Hot and sexy macam you atau gorgeous and fabulous like me. Tak sabarnya I." Pipi Ezamirul dikucup lembut oleh Lisa. Dengusan Ezamirul buat Lisa tertawa seronok.

"By the way, Ini untuk you. Bukti kita dah having fun together malam tu. You simpan buat kenangan. Kalau you nak rasa lagi kenangan tu just call me. I boleh sampai secepat mungkin."Lisa mengenyit mata ke arah Ezamirul sebelum memecut Ford Fiesta laju meninggalkan Ezamirul termanggu disitu.  

Ezamirul membuka sampul yang diberikan oleh Lisa tadi. Perlahan dia membelek setiap kepingan gambar itu. Kakinya terasa lemah saat melihat gambar dia dan Lisa tidak berbaju di atas katil. Digagahi juga melihat gambar-gambar yang lain. Matanya terhenti pada gambar dia mengucup bibir Lisa. Itu membuatkan jantungnya terasa bagai nak luluh. Ezamirul terus jatuh terjelepuk disitu.

Dirabanya poket mencari pemetik api. Tangannya terus menyalakan api, gambar-gambar tadi segera dibakar. Sungguh dia sendiri tak sanggup melihat aksi-aksi terkutuk yang ada dalam gambar itu.Telefon bimbit yang berbunyi terus diangkat.

"I tahu you dah bakar gambar tadi. Tak apa nanti I hantar lagi ya sayang. I akan hantar pada your email, phone and tak lupa mail rumah you. Kejap lagi I mms you video kita malam itu ya. Lepas you tengok mesti you sentiasa teringatkan betapa hotnya kita waktu tu. Bye dear." Lisa terus mematikan panggilan. Ezamirul menggumam sendiri. Hidupnya dah musnah. Musnah dek kesilapannya sendiri. Hancur berkecai harapan dan impiannya yang telah dibina selama ini.

"Hoi, jauh termenung. Dah jomlah balik rumah nenek kau tu. Aku pergi jamban kejap tadi. Tu yang terus pecut tak sempat bagi tahu kau tu. Dekat Jengka Lapan kau kata semalamkan rumah nenek kau tu. Jom cepat."  Ezamirul merenung wajah Zyra yang tersenyum manis dengan air mata yang bergenang. Zyra mula gelabah mihat keadaan Ezamirul itu. Aku tinggalkan kejap dah nak nangis. Parah betul budak ni.

Ezamirul terus masuk ke dalam perut kereta. Dia berbaring ditempat duduk belakang. Zyra pura-pura tak perasan dengan tingkah laku Ezamirul itu. Sesekali dia terdengar esakan halus dibelakang. Ezamirul menangis lagikah. Sampai teresak-esak macam tu sekali. Aku buat salah teruk sangat ke pada dia. 

Zyra memberhentikan kereta sebelum masuk ke Jengka Lapan. Dia terus mengelap mekap diwajahnya itu kemudian dia berpindah di tempat duduk belakang bersebelahan dengan Ezamirul. "Kau kenapa. Kalau pasal mekap aku kau tak puas hati, aku dah lap. Kalau pasal aku tinggalkan kau tadi aku minta maaf. Kau janganlah menangis macam ni, buruk tahu tak jantan menangis."

Bahu Ezamirul ditepuk lembut. "Saya tak apa-apa. Okey dah. Tak ada kena mengena dengan awak. Saya minta maaf sebab marah-marah tadi. Jom kita gerak. Nanti dah maghrib takut nenek dengan atuk saya pergi masjid pula." Zyra mengangguk perlahan. Dia cuba menerima bulat-bulat apa yang Ezamirul katakan tadi tetapi hatinya tetap meragui. Tak pernah dia lihat lelaki menangis seteruk itu.

"Jalan terus nanti awak belok kanan okey." Zyra mengangguk sebaik sahaja mendengar kata-kata Ezamirul itu.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang *

14 Komen:

zura asyfar said... [Reply]

sorry lmbt bace..br smpai ni dr kg..hehe..anyway tetibe mcm suka plak kat eza tu bila dia mrh zyra..hehe

~ tp betulke eza tu pernah tdo ngn lisa tu?huhu..

~ eza nangis? comel :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfarwah balik kampung eh tape baru publish entry ni tau... suka eza..huhuhu...

~kita tunggu next episode
~comelkan..siap esak2..dah lah muka comel..aaaa *over

qaqa said... [Reply]

aiihh solat pon nk kene pakse... hehe
=)

Nurfazilah Cipa said... [Reply]

wah!keep it up!best!cipa da bce~:)cipa dtg bwk award..amek tau!

http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/02/award-utk-sume-follower-cipa.html

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@qaqa biasalah manusia, ada yang kena dipaksa

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Nurfazilah Cipathanks..nnt ade masa saya amik ya

.:kiwi:. said... [Reply]

oh... (itu je yg terucap)..

ttbe jd sayu ble Ezamirul nangis..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@.:kiwi:. awatnya oh je kiwi? tak cukup isi ya..sorry... sayu ke..ermmmm....

Shamien said... [Reply]

oh no!! ezzamirul nangis?? comel...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Shamienhuhuhu..comei naaa :)

~~su manje~~~ said... [Reply]

salam...
su blogger baru kalau ada kelapangan jemputlah singgah ke blog su manje...
thanks

salam ziarah....



Blog Baru Su Manje...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@~~su manje~~~ insyallah

amira aihara said... [Reply]

hehhe...lgi??

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amira aihara bawa bersabar ya...huhuhu