Friday, February 25, 2011

MISS VIOLENCE & MR CASANOVA 23 ♥





"Ira,  sudah-sudahlah tu tolong nenek. Nenek boleh buat sendiri. Anak-anak cucu nenek yang lain boleh tolong. Kamukan tetamu duduklah sana dulu. Penat badan dalam perjalanan semalam belum hilang lagikan."  Nenek Zahirah menolak bahu Zyra lembut agar segera beralih daripada singki. Dia turut mebasuh tangan Zyra yang sudah dipenuhi sabun itu.

"Tapi nek..."Zyra masih berdegil mahu mencuci pinggan yang banyak terdapat dalam singki itu. Dia mampu untuk buat kerja mencuci itu. Tak sampai hati melihat wanita tua itu melakukan kerja sebegitu.

"Dah pergi sana. Ajak si Ejam jalan-jalan keliling kampung sana. Kamu tak pernah rasa hidup orang kampungkan. Dah-dah. Ejam, oh Ejam." Zyra sudah tersengih dengan keletah Nenek Zahirah itu. Pertama kali dia rasa seperti disayangi oleh keluarga.

"Ya nek, ada apa panggil Ejam tadi. Ejam tengah tangkap ayamlah nek." Ezamirul mengesat peluh merenik didahi. Dahinya digaru dengan wajah yang cemberut. Seekor ayam telah berada di tangan kirinya. "Bawa Ira ni pergi jalan-jalan keliling kampung. Sementara belum tengah hari ni baik kamu pergi." 

"Kejap siapa Ira?" Ezamirul buat muka pelik. Dipandangnya wajah kakak sepupunya, Aini yang sedang memotong bawang. Aini memuncungkan bibirnya ke arah Zyra. Ezamirul secara automatik tersenyum simpul. "Alahai, comelnya nama. Lepas ni saya panggil awak Ira ya. Alololo comel-comel macam orangnya." Ezamirul sudah mengenyit mata ke arah Zyra.

Aini dan sepupu-sepupunya yang lain sudah ketawa. Muka Zyra kini telah berubah rona. Nenek Zahirah sudah menjegil mata pada Ezamirul. "Okey, okey Ejam tak usik Ira kesayangan nenek tu. Nanti Ejam bawa Ira pergi jalan ya. Sekarang Ejam nak pergi sembelih ayam dulu. Ira jom ikut Ejam."

Zyra menggeleng kepalanya laju. Tak mahu dia pergi mengikut Ezamirul itu. "Nenek tengok Ira kesayangan nenek tu. Ejam suruh ikut dia tak mahu ikut pulak." Nenek Zahirah segera menolak lembut bahu Zyra. melihat wajah tua yang bersungguh-sungguh Zyra terpaksa mengikut juga.

Ezamirul sudah tersenyum puas sebaik sahaja Zyra menghampirinya. Muka Zyra yang berkerut buat Ezamirul tersenyum sungging. Zyra membuntuti Ezamirul. Dia duduk dibuaian yang tergantung pada pokok manggis. Dibuainya buaian itu dengan gerak perlahan.

"Cantik bibir. Awak muncung dah macam itik nenek saya yang dekat kolam sana tu." Ezamirul terus ketawa sebaik sahaja Zyra mendengus kencang. Ezamirul dah siap sedia hendak menyembelih ayam. Dengan lafaz Bismillah pisau yang tajam itu memotong urat merik ayam itu. Menggelupur ayam itu di atas tanah.

Bubbbb, bunyi sesuatu yang jatuh menarik perhatian Ezamirul yang daripada tadi ralit memerhatikan ayam kampung itu menggelupur. "Masyallah Zyra. Kenapa dengan awak ni. Zyra bangun Zyra." Ezamirul merapati tubuh Zyra yang sudah terkujur diatas tanah. Kenapa pulak dah budak ni pengsan. "Nenek, kak Aini , Raziq tolong... nenek.. kak Aini..cepatlah sini tolong Ejam.."

Ezamirul menampar lebut pipi Zyra tetapi Zyra masih gagal dibangunkan. "Masyallah kenapa ni Ejam. Kamu dah buat apa dengan Ira ni. Aini cepat ambil air dengan minyak cap kapak. Ira bangun cu, kenapa ni sayang."  Nenek Zahirah mengusap lebut ubun-ubun rambut Zyra.

"Nah nenek." Wanita tua itu merenjis air ke wajah Zyra dengan bibir yang terkumat-kamit. Sayup-sayup kedengaran bacaan al-fatihah dan ayat kursi di bibir tua itu. Minyak cap kapak diletak berhapiran dnegan hidung Zyra.

Mata Zyra yang mula terbuka kecil membuatkan mereka semua mengucap panjang. Lega sungguh apabila melihat Zyra mula menyedarkan diri. Aini segera memapah Zyra masuk ke rumah sebaik sahaja mendapat arahan daripada neneknya itu. Ezamirul merenung Zyra daripada jauh. Air matanya mula bergenang tetapi dia cuba menahan.

******

Zyra duduk sendirian ditaman kecil yang terletak ditepi rumah comel itu. Dia tersenyum manis merenung bulan dan bintang. Angin malam menampar lembut pipi gebu gadis itu. Sungguh kalau dekat bandar tak secantik ini bintang dan bulannya. "Kalaulah aku bisa menjadi bintang yang berkelip indah di angkasa. Berkelip lebih terang daripada bintang-bintang lain..."

"Dan aku pula akan menjadi bulan yang sentiasa menemani dan ada disampingmu bintang." Zyra buat muka menyampah sebaik sahaja mendengar kata-kata Ezamirul itu. Senyum sumbing Ezamirul membuatkan dia rasa mahu menempelak aje lelaki yang berusia 21 tahun itu.

"Marah nampak. Awak kenapa pengsan pagi tadi. Dah tak jadi pergi jalan-jalan.Tiba-tiba aje pengsan, dah saya kena marah dengan nenek. Nenek kata saya yang buat awak pengsan tau." Ezamirul buat muka tak puas hati. Memaang dia tak puas hati dengan Zyra. Ada ke patut dia boleh pengsan masa main buaian tadi.

"Awak ni nak pengsan pilihlah tempat elok sikit. Ni atas tanah. Cuba kalau tadi tempat awak pengsan tu ada kaca ke, paku ke nanti awak cedera siapa yang susah. Saya jugak tau. Nak menjawap dengan nenek lagi dengan abang awak lagi." Zyra memandang kosong ke wajah Ezamirul.

"Jangan membebel boleh tak. Aku rimas. Abang aku pun tak kuat membebel macam kau. Dah aku nak pengsan nak buat macam mana. Itulah kau tadi aku kata aku tak nak ikut kau sembelih ayam kau degil. Paksa jugak aku ikut." Ezamirul mengerutkan dahi. "Apa kena mengena pulak?"

"Ada kena mengena. Aku tak boleh tengok darah tahu tak Darah banyak-banyak tersembut daripada ayam tu buat aku rasa nak pitam." Ezamirul terus tersenyum. Tak sangka betul perempuan yang kental macam Zyra takut kepada darah.

"Sorry Ira comel saya tak tahu. Kalau saya tahu awak tak boleh tengok darah saya mesti tak paksa awak ikut. Lain kali saya tak buat lagi okey." Zyra buat tak dengar. Malas nak melayan Ezamirul. Dia lebih suka dengar bunyi cengkerik daripada mendengar suara Ezamirul.Sungguh semua ini menjengkelkan.

Sinaran cahaya yang terang masuk ke kawasan rumah itu membuatkan mereka berdua mengalih pandangan ke garaj kereta. Toyota Hilux berwarna kelabu sudah terpakir di dalam garaj itu. Kedengaran Ezamirul sudah mengeluh berat. "Siapa tu?"

"Just another annoying man in the whole world." Zyra mengerutakan dahinya. Wajah Ezamirul yang kelihatan bungkam membuatkan naluri ingin tahu Zyra pada siapa yang datang itu semakin bertambah. Kenapa Ezamirul kata yang datang tu menjengkelkan. Apa yang dia dah buat pada Ezamirul?.

Seorang anak kecil berlari ke arah Ezamirul sebaik sahaja pintu kereta tersebut dibuka. "Abang Ejam, Nina rindu abang Ejam." Ezamirul tersenyum manis ke arah anak kecil itu. Dia segera merangkul Nina ke dalam pelukan. Nina mengalih pandangannya ke arah Zyra.

"Kakak, kakak makwe abang Ejam ke." Itu yang diucapkan oleh Nina sebaik sahaja pelukan Ezamirul dilepaskan. Muka Zyra sudah merona kemerahan. "Haah, makwe abang. Nanti nak kahwin dengan abang pun." Rahang Zyra terus jatuh. Jarinya pantas mencubit lengan Ezamirul.

"Assalamualaikum." Zyra menoleh ka arah suara memberi salam. Matanya tak berhenti berkelip selepas itu. Biar betul. Sungguh semua ni memang macam tak masuk dek akal. Tapi itu kenyataannya memang benar. suara mendatar Ezamirul menjawap salam membuatkan Zyra mengalih pandang ke tempat lain.

"Rajin pulak kau balik Ejam. Angin apa datang tiba-tiba. Selama ni tak pernah kau reti nak balik jenguk nenek sendiri." Lelaki itu bersuara sambil merenung tajam ke mata Ezamirul. Zyra cuba buat tak perasan dengan keadaan yang tiba-tiba terasa tegang. "Masuk dulu, korang bercakaplah." Zyra sudah angkat punggung.

Ezamirul menarik tangan Zyra. Kuat sungguh cengkamannya pada pergelangan tangan gadis itu. "Duduk sini. Tak payah pergi mana-mana." Suara Ezamirul yang keras kedengaran membuatkan Zyra segera duduk.

BERSAMBUNG
[Tq baca. Nak baca lagi sila like post ini ya]
* kuangasamasin pangai ni aku paksa korang **

12 Komen:

Normyzatul Akmal said... [Reply]

bez la citer nie..suke sangat =)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Normyzatul Akmal thanks :)

zura asyfar said... [Reply]

sape tu? izz ke? adoyai, lupa plak nama..hehe

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfarhahah tatau2... :P

korro suffian said... [Reply]

sape laki tu? saspen thriller sudey..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@korro suffian siapakah?heheh..nantikan di episode akan datang..hohoho

keSENGALan teserlah.. said... [Reply]

aaaaa..ni mesti laki tu.
alahai. lupalah nama dye.
yang marah2 pasal tndas tu.
betullah kot.
ada budak2.budak tu mesti anak dye.

amira aihara said... [Reply]

eh2 sme la ..sya pun takot darahh....hahahh

jom bce PDG BAB 22..HEHHE

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@keSENGALan teserlah.. hhhahahha kot....you admin mereka punya right? thanks visit sini :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@amira aiharahohoo ye ke...oraite...

Kasawari said... [Reply]

wah pandai berkarya ya.. bagus2.. teruskan usaha..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Kasawari meaceh... :)