Sunday, February 06, 2011

SAMPAI MENUTUP MATA 3 ♥


 Cinta itu hadir tanpa dipaksa.
Cinta itu hadir tanpa kenal siapa.
Cinta itu hadir tanpa mengira masa.
Cinta itu hadir tanpa dibataskan oleh usia.








“Akulah. Rafiq. Nak bertindak ganas konon agak-agaklah minah. Aishh, sakit kepala aku ni kau tahu tak. Aduhai, benjol agaknya dah ni. Sengallah kotak tu boleh pulak jatuh atas kepala aku” Rafiq muncul sambil menggosok kepalanya. Mulutnya sudah muncung itik.

“Hmm...kau rupanya aku ingat perogol bersiri mana tadi. Aku balik dululah mamat tempe. Penat sangat dah. Chiow..”Aida cepat-cepat mahu keluar daripada belakang pentas. Sungguh dia memang tak sanggup bersemuka dengan Rafiq buat masa ini. Asyik teringat aje kes atas pentas tadi.

“Nanti tak kan kau nak tinggalkan prop ni macam tu aje mak cik. Jom kemas cepat-cepat lepas tu baru kai boleh balik. Jangan nak lari okey dan sebagai lelaki yang budiman aku tolong kau sekali. Macam mana?” Rafiq bersahaja. Seolah-olah tak ada perkara memalukan terjadi sebentar tadi. Aida berhenti melangkah. Betul juga kata-kata Rafiq itu.

“Aida kau memang cantik.”Rafiq berseloroh. Matanya tepat merenung ke wajah Aida. Aida sudah angkat kening kiri. “hah apa kau cakap tadi?”

“Macam ni kau jadi lah awek aku.”Ada nada gurau di sebalik kata-katanya. Ada juga nada serius. Aida mula kerut dahi. Susah nak percaya apa yang Rafiq katakan tadi. Dia ni salah makan ubat ke apa?.

“'kau ni asyik gurau benda tak patut aje lah pak cik. Awek kau nak campak mana kalau nak aku jadi awek kau. Kau jangan nak mainkan perasaan perempuan. Tak baik tau. Tak insaf-insaf lagi ke kau jadi player. Makwe kau yang ada sekarang sikit punya cun. Jauh beza daripada aku yang rock lagi tak ayu ni.” Aida ketawa perlahan. Atau lebih tepat ketawa yang dibuat-buat?.

“Siapa awek aku?” Rafiq bersuara mendatar. Tangannya masih ligat mengemas alatan prop.

“Eh, buat tak tahu pulak dia ada awek. Kau biar betul. Kotak yang jatuh atas kepala kau tadi buat kau tak betul plus lupa ingatan ke sengal. Kuat sangat ke terhentak sampai kepala otak kau yang tak betul tu jadi tak betul lagi?.Awek kau yang nama Azmeera tu lah. Kesian nama awek sendiri pun tak ingat. Bahaya-bahaya kau ni ”

“Oh, budak nama Azmeera tu ke. Itu yang kau kata awek aku rupanya.”Rafiq termenung seketika. Azmeera gadis yang suka mengongkong, terlebih manja, kuat cemburu dan mengada-ngada tu?.
“Az....I nak hentikan hubungan kita....”

“kenapa Fiq...kenapa tiba-tiba aje you ambil keputusan macam ni sekali?”

“I tak cintakan you. I tak pernah cintakan you. I terima you dulu sebab I ingat I mampu untuk mencintai you. Tapi hakikatnya I tak mampu, tak sanggup dan tak kuat lagi untuk bertahan dengan you...”

"Tipu! Perempuan tak guna mana dah rampas you dari I. Siapa perempuan tu.Aida kan?.Tak guna punya perempuan!. I dah agak perempuan tu mesti tak suka tengok I dengan you. Jahanam betul.”

“Don’t you ever call her like that Azmeera Adzlina!!!”

“Wah. Sekarang you dah berani tengking I ya Fiq. Perempuan tu memang hebat dalam menghasut ya. Perempuan jalang. Kekasih orangpun dia berani nak rampas. I dah agak dia memang nak rampas you daripada i sejak dulu lagi.”

“Stop it Az...dah kita putus!!!!”

“Fiq....Fiq....Rafiq I belum habis cakap lagi. Rafiq!!!!”

“Pak cik kau termenung pulak. Iyalah awek kau Azmeera Adzlina tu. Siapa lagi, tak kan perempuan seorang tu kau dah lupa ke kau ada banyak sangat awek sampai tak ingat mana satu ni. Rafiq-Rafiq bawak-bawaklah bertaubat nak mainkan perasaan anak dara orang. Kau tahukan perempuan mana suka kena tipu. Lagi-lagi soal perasaan." Wajah Aida mula serius. Kotak yang berada ditangannya dihempaskan ke lantai.

“Aku mana ada awek. Mana ada aku mainkan perasaan orang lagi. Aku dah tak buat lagilah. Aku dah nak berubah tahu tak. Kau ni.” Rafiq menyambung menyusun kotak-kotak.

“Bohonglah kau tak ada awek. Habis yang hari tu berkepit dekat panggung wayang tu siapa. Hantu atau sugar mummy?.” Aida mula ketawa berdekah-dekah apabila menyebut bahagian Sugar Mummy itu. Bayangkan Rafiq ada sugar mummy yang tua bangka. Memang tak mahu dia mengaku kawan kalau macam tu.

“Aku dah clash ngan dia hari tu lah.” Rafiq selamba berkata sedemikian. Tiada nada sedih pun dalam intonasi suaranya itu. Aida mengerutkan dahinya lagi. Biar betul, punyalah lama diaorang couple tiba-tiba aje putus.  Pasangan paling popular dekat kampus ni putus. Memang tak percayalah.“Kenapa beb?”

“Entah.”

“Macam-macamlah kau. Boleh pulak kata entah. Buang tebiat apa tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba putus. Mesti ada sebab punya kau nak putus dengan model tu. Kau ni biarlah munasabah sikit. Azmeera tu dahlah anak orang kaya, model pulak lepas tu otak bijak gila. Senang-senang aje kau nak putus." Rafiq menjungkit bahu. Malas nak cerita banyak-banyak. Biarlah orang nak kata dia bodoh apabila putuskan ikatan dengan Azmeera ngok-ngek tu.

“Aida kau dah clash dengan Hazmee ke?”

“Hmmm...kau agak aku dah putus ke belum?”Aida menunduk. Lain yang dibincangkan lain pulak yang ditanya oleh Rafiq.

“Dah. Sebenarnya aku dengar kau cakap hari tu dengan Suzy yang kau dah putus dengan mamat pan-asian tu. Kenapa kau clash pulak. Dulu bukan main seronok si Mamat Pan Asian mintak couple dengan kau. Sekarang putus pulak.” Aku clash sebab kau lah. Tapi tak kan aku nk cakap macam tu. Aida menjerit didalam hati.

“Aku tak sanggup nak couple dengan dia sedangkan hati aku. Cinta aku pada orang lain. Buat niaya anak orang aje kalau aku terus bersama dia. Aku tak mahulah sakitkan hati dia. Sampai bila aku nak tipu dia lagi. Aku tak nak kalau rahsia aku tak sayang dia kantoi nanti saat aku still couple dengan dia. Baik aku putus sekarangkan?.”Aida ketawa sinis.

“Siapa lelaki bertuah tu Aida. Aku ke?” Aida merenung wajah Rafiq sejenak. Takkan lah dia patut bagi tahu Rafiq perkara sebenar ni. Aku tak sanggup, aku tak kuat lagi dan aku rasa masanya belum tiba lagi.

“Adalah”

“Bagi lah tahu Aida ku sayang. Please. Aida kau cantik lah dengan aku kawan baik kau pun nak main rahsia-rahsia.”Rafiq mencapai tangan Aida. Digenggamnya erat.

“Hei.. Tak malu ke pegang tangan orang pak cik?”Aida menarik tangannya ke sisi. Matanya mencerlung ke arah Rafiq.
.

“Tak. Kau nak bagi tau ke tidak. Ke kau nak aku cium dahi kau sekali lagi ke baru kau bagi tahu hal sebenar pada aku ni."Rafiq bersahaja. Dia menghampiri Aida yang sedang berpeluk tubuh di atas kerusi.

“Tak nak. Dah lah aku nak balik. Malas aku nak layan budak gila macam kau ni”Merah padam wajah Aida mendengar kata-kata Rafiq yang tak tahu beralas itu. Dia terus berlari keluar meninggalkan Rafiq sendirian di belakang pentas.

“Aida!!!Aida!!!!”Teriak Rafiq. Dia cuba mengejar tetapi Aida semakin hilang dari pandangan. Keluhan berat terus dilepaskan.

*****

“Aida sorry la pasal semalam. Aku gurau aje. Tak sengajalah mak cik. Aku saje aje nak test sejauh mana keperkasaan kau dek godaan aku yang kacak lagi menawan ni.” Rafiq menjungkit kening. Dia tersenyum sinis.

“Apa-apa aje la mamat. Malas aku nak melayan kau  ni.”Aida sekadar tidak ambil peduli. Serius dia malas nak melayan Rafiq saat itu.

“Okey. Sebagai tanda mintak maaf, aku ajak kau makan malam ni boleh tak.” rayu Rafiq. Aida mengangguk laju. Malas nak bertekak. Terima ajelah. Dah orang nak belanja, rezeki jangan ditolak. Lagi-lagi orang nak belanjakan.

“Tapi kau kena pakai cantik-cantik tau. Jangan pakai macam jantan pulak. Aku nak bawak kau pergi restoran mahal-mahal tau. Bukan warung mamak untuk tengok bola.”

“Iyalah. Okeylah aku busy sangat sekarang ni. Banyak benda nak buat. Prof Aiman pulak dahpanggil aku tadi. Kena cepat gerak tahu tak.”Aida menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Parah kalau lambat jumpa Prof Aiman tu.

“Kacau daun betullah Prof Aiman ni. Asyik nak mengusha awek aku aje tapi jangan lupa malam ni. Kau jaga-jaga sikit tau dengan Prof Aiman tu. Dia miang-miang keladi tau." Aida memukul bahu Rafiq kuat. Ada aje nak mengutuk Prof Aiman tu sedangkan Aida rasa dia tengok Prof Aiman tu baik aje dengan dia.

“Kepala otak kau berjambul. Prof tu baik tau. Mana ada miang tau. Kau pandai nak mereka cerita bukan-bukan. Tak baik fitnah orang macam tu sekali. fitnah tu lagi teruk daripada membunuh. Okey aku pergi malam ni.” Aida terus berlari dicelah-celah orang ramai. Dia memang dah kesuntukan masa. Rafiq hanya menggeleng kepala daripada jauh melihat tingkah laku Aida yang kelam kabut itu.

*****

“Apa mimpi kau ni Rafiq ajak aku pergi makan candel light dinner ni. Aku tau lah kau nak mintak maaf tak kan lah sampai bawak aku pergi sini. Selama ni bukan main kedekut nak belanja aku tempat mahal-mahal. Sekarang bukan main murah hati. Kau menang nombor ekor ye.” Aida berseloroh sebaik sahaja selesai makan Chicken chop di situ.

“Mana ada. Nombor ekor haramlah ngek. Ada lah tujuannya. Kau tengok aje okey.”Rafiq tersenyum simpul. Dia menepuk tangan. Dahi Aida mula berkerut melihat tingkah laku Rafiq yang kelihatan ganjil itu.

“Wah. Kek coklat. Sedap-sedap ni. Aku suka sangat. Diorang main lagu yang aku suka lah. Lagu yang tajuk Lucky tu. Jason Mraz dengan Colbie  apa namanya tu nyanyikan. Syok-syok.”Aida menggaru kepala. Dia memang sudah lupa.

“Dah makanlah kek tu cepat. Kata kau suka.”Rafiq menolak piring kek coklat itu supaya lebih hampir dengan Aida.

“Sedapnya. Coklat dia memang ada umpph.. Kejap apa ada dalam kek ni.”


TO BE CONTINUED...


    PART 2 | PART 4

0 Komen: