Thursday, February 24, 2011

CINTA VOLKSWAGEN PINK

Gambar ni untuk giveaway mak dara sebenarnya

silalah baca.
  1. 1 PELAKON LELAKI ( HERO ) - SYAFIQ ROSLI
  2. 1 PELAKON WANITA ( HEROIN ) - YUYU ZULAIKHA
  3. 1 PELAKON SEBAGAI AYAH- BEN ASHAARI
  4. 1 PELAKON SEBAGAI IBU- YASMIN DIIZ
  5. 5 WATAK PENJAHAT - KSP, ILHAM, BRO FRAMESTONE, ADAMOYU, ASLANN
  6. Cipta watak lain sekurangnya 3 watak ..- RAINDEE, ADEQ NADIERA, ALYA YANAZ, IFTI LARINA

"Umur dia 36 tahun dah, lulusan pulak luar negara tau. Kerja doktor memang kelaslah. Muka dia alamak, hensem gila. Anak datuk tu Yuyu." Puan Yasmin Diiz cuba meyakinkan anak gadisnya yang manis itu. Encik Ben hanya memandang anaknya melalui ekor mata.

"Papa tak kira Yuyu, papa nak Yuyu terima jugak keputusan papa. Papa dah terima pun lamaran diorang." Yuyu yang mendengar suara keras papanya, Ben Ashaari hanya mampu senyap. Air matanya sudah jatuh berlinangan. Yuyu segera memeluk batang tubuhnya dengan erat. "Mama Yuyu tak mahu dengan lelaki tu, Yuyu tak kenal dia pun."

"Habis tu Yuyu dah ada pilihan hati sendiri ke?" Yuyu senyap, perlukah dia beritahu kebenaran pada mamanya itu tetapi sebaik sahaja mendengar bunyi batuk papanya diluar bilik dia membatalkan sahaja niat itu. Tak apalah dia berkorban sahaja. Lagipun selama ini dia hanya bermain dengan bayangan tak nyata.

******

"Astagfirullahalzim, macam mana boleh jadi ni. Biar betul kau ni Adeq Nadiera.Yuyu kena culik?" Encik Ben dah mula gelabah. Dia segera berbisik pada bakal besannya itu. Jelas riak terkejut terpapar di muka Encik Raindee. Encik Raindee segera mendapatkan anak terunanya yang sedang membetulkan songkok dihadapan tandas lelaki.

"Syafiq, yuyu kena culik" Syafiq Rosli membuntangkan matanya. Biar betul bakal isteri diculik pada hari akad nikah mereka. Tidak sesuatu mesti dilakukan. Syafiq terus mendapatkan volkswagen pink kepunyaanya yang diparkir dihadapan masjid. Encik Raindee berusaha untuk menahan tetapi gagal.

******

Yuyu sudah menangis teresak-esak. Dia takut dengan keadaan rumah kosong itu. Mindanya sudah berfikir bukan-bukan. Alangkah bagus kalau lelaki pujaannya datang menyelamatkannya sekarang. Habis cair mekap pada wajah mulus gadis kecil molek itu. 

Dia berteleku sendiri dalam bilik gelap itu. Tangan dan kaki yang berikat membuatkan dia sukar untuk bergerak. Sayup-sayup dia terdengar bunyi pergaduhan diluar.

******

Bukk, terajang hinggap diperut Aslann hingga membuatkan dia tersungkur ke dinding. KSP cuba turut melayangkan tumbukan tetapi berjaya ditepis oleh Syafiq. Ilham dan Adamoyu bergabung tenaga mengeluarkan teknik silat yang dipelajari mereka tetapi masih sama. Gagal kerana Syafiq lebih tangkas. 

Syafiq menjerit memanggil nama Yuyu. Ditendangnya pintu bilik satu persatu sehingga tiba di sebuah bilik. Disitu dia melihat Yuyu yang masih dalam sepersalinan baju pengantin berwarna pink tersedu-sedu menahan tangis.

 "Yuyu awak okey, saya ada disini untuk selamatkan awak." Yuyu merenung wajah Syafiq kosong. Air matanya mengalir laju lagi. "Kenapa awak selamatkan saya. Bukankah awak mahu berkahwin dengan Ifti hari ini?."

Syafiq ketawa "Hei, siapa kata saya mahu kahwin dengan Ifti?.Ifti tu sepupu sayalah. Awak ni selalu sangat salah faham. Saya nak kahwin dengan awaklah ni." Yuyu segera bangun sebaik sahaja ikatan kaki dan tangannya dibuka. "Kenapa?" Soalnya sepatah.

"Sebab saya..." Tangan yang sasa memeluk leher Syafiq daripada belakang membuatkan Syafiq gagal menyambung kata-katanya. "Hei, jangan sempat nak bermadu kasih dekat sini." Bro Framestone sudah menusuk pisau pada perut Syafiq. Yuyu menjerit ketakutan.

Bro Framestone terus melangkah keluar daripada ruang itu dengan gelak puas. Yuyu segera menghampiri Syafiq yang sudah terkujur disitu. Air matanya mengalir laju. "Awak jangan pergi, awak jangan mati, awak tolonglah saya cintakan awak. Saya sayangkan awak."

Syafiq yang berada diatas riba Yuyu Zulaikha terus tersenyum dan gelak besar akhirnya terlepas. Yuyu segera mengesat air matanya. Muncul pula Bro Framestone, KSP, Aslann, Ilham, Adamoyu, Encik Ben, Puan Yasmin dan Encik Raindee di muka pintu. "Surpriseeeee"

Yuyu mengerutkan dahi. Dia tak faham. Syafiq segera bangun, dia duduk bersila dihadapan Yuyu. "At last awak mengaku jugak, kenapa sebelum ni susah sangat nak mengaku pada saya yang awak sayang dan cintakan saya." Muka Yuyu sudah merona kemerahan. Sungguh dia memang 'benci' pada lelaki volkswagen pink ini.


CUUUTTTTTTTTTTTTT, tuan direktor menjerit. Alya Yanaz si mekap artis terus berlari kedalam set membetulkan mekap Yuyu. Mereka kembali beraksi lagi selepas itu. ACTIOOOONNNNN.


p/s : macam aku boleh buat e-novel sendiri aje lepas ni. Hahahah...


20 Komen:

Ifti Larina said... [Reply]

OMG !!!!!!! best gila la beb! please smbung lagi smbung lagi!

A z ! said... [Reply]

episod 2 bile adik? hahahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Ifti Larinananti cheq buat draf penuh..bolehlah masuk part ifti panjang2 sikit..heheh cerpen panjang la..i try okey..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@A z !aishhh mau ke?

Bella biela.. said... [Reply]

bestla citer nie..wakla sambungn dia ekk..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Bella biela.. insyallah ye :)

Bella biela.. said... [Reply]

emm..ok..(^_^)..nice suka2

cik bihah said... [Reply]

nanti buatlah sambungan lagi =)

Bella biela.. said... [Reply]

emm..ok..best sgt2

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Bella biela..thanks biela :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@cik bihahinsyallah :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Bella biela.. :)

Farah Rossie said... [Reply]

wah seronok !!! hahah lelaki tadi yang aku buat negative minded tu eh? hahahah :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@Farah Rossiehahahha yap2 aku guna cri2 dia bg kat orang lain..hehhehe

zura asyfar said... [Reply]

best la myra...hehe..smbung k :D

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@zura asyfarkalau ada idealah dear....

aslann said... [Reply]

perghh! jadi penjahat. OK bye!





hahahahahha.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@aslann eleh..hahah..bukan jahat pura2 disitu ya...

mieyn said... [Reply]

wah..hebat giler i jd watak ibu...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said... [Reply]

@mieyn hohoho yap2.... okey tak story nieh~